Sebut sahaja nama pasangan ini, pasti ramai yang terbayang gelagat si suami yang mencuit hati. Tidak sekadar itu, anak sulung pasangan ini sangat berbakat dalam bidang seni dan dilihat banyak mewarisi perangai si ayah yang ‘gila-gila’ orangnya.

Azad Jasmin dan Eira Syazira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose. “Orang Tengok Dalam TV Jenis ‘Loud’, Tapi Di Rumah Saya Lebih ‘Soft’.” Azad & Eira Dedah Didik Anak Ikut Acuan Ibu Bapa

Mengakui awal perkahwinan, pasangan ini sedikit ‘stres’ tatkala bercakap soal anak.

“Apabila baru berkahwin dan berada di bawah satu bumbung baru sedar banyak cabaran. Apatah lagi waktu itu kami ‘try hard’ untuk dapatkan anak. Selepas 7 bulan baru saya disahkan mengandung. Pada saya itu sudah lambat.

“Ditambah lagi usia suami waktu itu 37 tahun manakala saya 27 tahun. Jadi kami beremosi dan mula tension. Memang stres untuk tahun pertama tapi alhamdulillah selepas dapat anak barulah reda,” ujar Eira sambil mengakui anak ketiganya “tidak dirancang’ hanya selepas 7 bulan baru sedar diri mengandung.

“Orang Tengok Dalam TV Jenis ‘Loud’, Tapi Di Rumah Saya Lebih ‘Soft’.” Azad & Eira Dedah Didik Anak Ikut Acuan Ibu Bapa

“Loud’ di luar ‘soft’ di dalam

Mengakui anak perempuan sulung banyak mengikut perangai ‘gila-gila’ nya, namun tegas Azad masih ada batas dalam apa yang anaknya lakukan.

“Itu adalah tanggung jawab kami terutama saya sebagai bapa untuk mendidik. Waktu belajar kena belajar betul-betul, begitu juga waktu bermain, saya akan biarkan mereka bermain.

IKLAN

“Kami tahu batas untuk anak-anak dan tak lepas begitu sahaja. Saya tak suka marah-marah tapi lebih kepada terangkan pada anak apa yang kesalahan mereka.  Mungkin orang tengok dalam tv saya jenis ‘loud’ tapi di rumah saya lebih ‘soft’ tetapi kalau sekali cakap boleh buat anak mengalir air mata,” ujar Azad lagi.

Mengulas lanjut mengenai anak sulung yang nampak serasi di hadapan kamera, Eira bagai mana pun enggan membenarkan anaknya terjebak awal dalam bidang seni.

“Orang Tengok Dalam TV Jenis ‘Loud’, Tapi Di Rumah Saya Lebih ‘Soft’.” Azad & Eira Dedah Didik Anak Ikut Acuan Ibu Bapa

“Jangan kita fikir duit, kasihan pada anak-anak kerana bukan masanya lagi mereka bekerja. Ini waktu mereka belajar itu yang saya cuba elakkan untuk anak-anak. Bila berganding dengan anak-anak dalam sesebuah drama, saya kasihan melihat mereka terpaksa berjaga sedangkan itu masa mereka bermain dan belajar. Bukan masanya lagi mereka bekerja,” ulas Eira sambil memberitahu akan menghantar anak sulungnya ke International School apabila bersekolah di Indonesia kelak.

“Orang Tengok Dalam TV Jenis ‘Loud’, Tapi Di Rumah Saya Lebih ‘Soft’.” Azad & Eira Dedah Didik Anak Ikut Acuan Ibu Bapa

Lebarkan kerjaya ke Indonesia

IKLAN

Eira yang kini meluaskan kerjayanya di Indonesi mengakui suami adalah penyokong kuat dan membuatkan semangatnya kembali berkobar dalam meneruskan kerja walaupun ditimpa pelbagai dugaan dan cabaran.

Bernaung di bawah Syarikat Positif Arts Entertainment yang menguruskan artis popular republik itu seperti Ayu Tingting, Wali Band, Matta Band dan Kerispatih, Eira mengaku keputusan berhijrah ke Jakarta cukup besar buat dirinya dan keluarga.

“Orang Tengok Dalam TV Jenis ‘Loud’, Tapi Di Rumah Saya Lebih ‘Soft’.” Azad & Eira Dedah Didik Anak Ikut Acuan Ibu Bapa

“Ikutkan saya nak fokus pada keluarga sahaja dan hanya mahu duduk di rumah menjaga tiga cahaya mata, tetapi suami ‘push’ dan dialah yang bertungkus lumus sehingga membolehkan saya dikenali di negara jiran. Buat masa sekarang dia yang menguruskan saya di Indonesia. Kalau diikutkan di sini pun ramai yang bertanya bila nak berlakon macam dulu tapi sebab komitmen di Indonesia dan juga anak-anak menyebabkan susah nak bahagikan masa.

“Orang Tengok Dalam TV Jenis ‘Loud’, Tapi Di Rumah Saya Lebih ‘Soft’.” Azad & Eira Dedah Didik Anak Ikut Acuan Ibu Bapa

IKLAN

“Kami ada rumah di Indinesia yang disediakan oleh pihak syarikat rakaman dan biasanya kalau ‘terbang’ ke sana, saya akan bawa bahan-bahan untuk memasak. Bohonglah andai kata awal-awal dulu saya tak takut. Malah macam-macam rasa ada. Bimbang ditipu dan pelbagai lagi. Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang memerlukan kekuatan jiwa.

“Tapi suami banyak bagi semangat dan Alhamdulillah sekarang sudah 4 tahun saya aktif disana Buat masa sekarang kami berulang alik sambil menantikan kelulusan permit untuk bekerja di sana. Kiranya tahun depan kami akan menetap di sana dan anak-anak pun akan ikut sekali,” cerita Eira lagi.

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI