Sesungguhnya cahaya mata adalah anugerah yang tidak ternilai buat setiap pasangan suami isteri. Begitu juga dengan penyanyi Nourul yang akan melahirkan anak keempatnya beberapa minggu lagi.
Siapa sangka pada usia yang mencecah 42 tahun dia masih lagi bertenaga dan sihat. Malah, dalam tempoh kehamilannya, Nurul melahirkan rasa syukur apabila tidak menghadapi sebarang masalah.
Syukur itu menjadikan kita bahagia. Bahagia itu hadir apabila pasangan saling menghargai. Biarpun hidup cara sederhana kebahagiaan itu menjadikan hidup lebih baik.
Tular video seorang isteri yang meraikan hari jadi suaminya dalam serba sederhana di dalam rumahnya telah meriah perhatian wargamaya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ramai yang meluahkan rasa sebak melihat video yang berdurasi 51 saat yang telah mendapat tontonan lebih 800K itu.
Menerusi video berkenaan kelihatan si suami baru pulang dari kerja dalam keadaan penat dalam pakaian yang lusuh terkejut dengan kejutan daripada isteri tersayang.
Sebak melihat kesungguhan isteri meraikan hari jadinya, si suami mengesat air mata.
Difahamkan isterinya baru keluar dari wad dan hanya sempat buat persiapan yang ringkas buat suami tercinta.
“Kami bahagia dengan cara kami. Alhamdullillah mensyukuri dengan apa yang ada.”
WARGAMAYA LUAH SEBAK
Sementara itu, meninjau di ruangan komen rata-rata meluahkan rasa sebak melihat pasangan suami isteri ini meraikan bahagia cara mereka.
Esok umat Islam bakal menyambut 1 Syawal, pastinya segala persiapan tersedia untuk seisi keluarga. Bagi yang gemar tampil sedondon, pasti inilah saat yang dinanti-nantikan.
Ibu dan ayah orang yang paling sibuk saat ini dalam menyediakan segala keperluan seisi keluarga. Bertuah andainya dikurniakan pasangan yang cukup memahami dan sentiasa berlembut dengan anak isteri.
Berbeza bagi situasi yang pernah dilalui oleh puan Intan Dzulkefli baru-baru ini apabila melihat situasi seorang suami memarahi isterinya.
“Mahal-lah! Dah letak balik!” jerkah suara si suami.
Nampak reaksi sedih di wajah isteri dan anak yang ditempik.
Allah.. Kita yang berada berhampiran pun terasa tempiasnya.
Boleh rosak mood window shopping apabila melihat lelaki yang marah-marah isteri, marah-marah anak-anak di tempat awam begini.
Wahai encik suami, jika tidak mahu isteri memilih baju yang mahal, atau usik barang mahal bila keluar shopping, dalam rumah atau dalam kereta sila beritahu siap-siap berapa bajet yang ada. Larang siap-siap, dah lihat harga barulah boleh sentuh.
Orang perempuan ni bila dia lihat cantik, mulalah dia nak mencuba, atau dia suruh suaminya cuba. Kadang, dia cuma sentuh, belek-belek dan sekadar mencuba sahaja. Bukan nak beli sangat pun, tetapi bila reaksi suami yang marah-marah, boleh sedih dibuatnya isteri dan anak-anak yang ceria nak shopping barang raya tadi.
Berpakaian sedondon, buat persiapan raya ni memang seronok kalau semua sehati sejiwa, tak banyak cerita, suami beri izin dan support. Tiada perli-perli, tiada kata-kata menyakitkan hati.
Namun, kalau dapat salah satu pihak yang ‘bekeng’, itu tak nak, ini tak boleh, itu tak payah, ini membazir. Pendek kata semua pasangan nak buat, semua dibantah, semua nak marah-marah, terasa tak bermakna semua itupun.
Tiada makna jika baju sahaja lawa berwarna sedondon, tetapi hati penuh rasa tak puas hati sesama sendiri. Lebih baik tidak ada buat apa-apa, hati tak sakit, duit pun tak terusik. Walau akhirnya duit itu tetap akan habis juga, percayalah.
Biasa orang perempuan yang sibuk hendak sedondon, nak beli itu ini, buat persiapan raya. Sebab mereka seronok. Kadang isteri tak mahu susahkan suami, mereka sendiri berdikit kumpul duit untuk beli itu ini.
Bukannya apa, kebanyakan isteri kadang berkorban, guna duit sendiri untuk beli serba sedikit, untuk menjaga air muka pasangan juga bila tetamu berkunjung. Biarpun akhirnya orang akan fikir itu semua duit poket suami walau ada sesetengah suami, tak pernah ambil tahu pun.
Ya, demikianlah sayangnya, tak ramai suami fikir semua ini. Betapa hal-hal remeh ini sebenarnya mendatangkan rasa seronok di hati isteri. Sesetengahnya tak habis-habis fikir ini semua hanyalah membazir! Tak habis-habis nak menghabiskan duit!
Masih terkesan rasa hati ini dengan peristiwa tadi. Hati tisu betul ?
Wahai suami, hargailah isteri. Selagi tidak berlebihan, apa kata raikan sahaja permintaan mereka. Isteri dan anak-anak kalian sahajalah orang yang sudi pakai warna yang sama dengan kalian, berseronok meraikan hari lebaran bersama. Cuba tanya orang lain, tentu tak hingin mereka nak ada pakaian sama tona warna dengan kalian pun.
Jangan bila dah tiada nanti baru hendak terkenang, ‘kalau isteri saya ada… Tentu dia buat ini, buat itu bila nak raya macam ni…’ Dah terlambat! Itu semua dah berlalu…
Maaflah emosional sedikit.
Entahlah.. Doa diri ini buat semua isteri yang diuji dengan suami jenis begini, semoga rahmat Allah-lah semata yang mampu membahagiakan hati kalian, InsyaAllah. Biarpun mungkin tiada siapa mengiktiraf khidmat kalian dalam bab yang dianggap ‘remeh’ dan ‘membazir’ ini, percayalah, semoga ia bernilai pahala di sisi Tuhan.
Sempena malam-malam Ramadan yang bakal meninggalkan kita ini, jangan lepas dari bibir untuk berdoa, “Allahuma innaka afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu anni,”
Moga Allah jugalah yang akan membalas kalian dengan sebaik-baik perhiasan, secantik-cantik pakaian di syurgaNya kelak di hari merayakan kemenangan paling besar, bertemu lelaki yang paling sayangkan kita, itulah dia Rasulullah SAW. Aamiin.
Menerusi media sosial semalam, laporan akhbar dan perkongsian warganet mengenai kemalangan itu begitu menyentuh hati.
Lebih meruntun jiwa apabila melihat sebuah keluarga kehilangan ibu tersayang dan anaknya pula putus kaki.
Terkini, menerusi perkongsian saudara Raja Shamri menyatakan hasrat untuk membantu keluarga ini menerusi Yayasan Raja Shamri. Difahankan mangsa merupakan sebuah keluarga kurang kemampuan.
Moga akan lebih ramai lagi membantu adik ini untuk meneruskan kehidupannya akan datang.
“Dapat tahu salah seorang mangsa kemalangan di Pasir Puteh pagi tadi merupakan orang miskin dan susah.”
Adik ini cedera parah dimana telah kehilangan ibunya dalam kemalangan melibatkan sebuah treler muatan besi menghempap beberapa buah kereta, berpuluh basikal dan motosikal.
Adik ini patah di beberapa bahagian tubuh badan, putus sebelah kakinya dan luka parah. Kluster perubatan yayasan raja shamri sedang berhubung rapat dengan sahabat2 di hospital …
Ibunya telah dihantar kampung halaman bagi dikebumikan dengan segera.
Bantuan Buat Keluarga Mangsa
Yayasan Raja Shamri terpanggil untuk bantu ringankan beban keluarga adik ini.
Abang Raja sendiri telah luluskan segera untuk bantuan yang perlu bagi adik ini.
Jom semua kita pakat-pakat bantu adik ini. Dapat tahu juga adik ini merupakan anak pelajar darjah 6 di sebuah sekolah di pedalaman. Wakil kita di bukit awang akan bagi info dari masa ke semasa.
Nantikan perkembangan semasa dari kita ya.
Apa – apa pertanyaan lanjut boleh rujuk mana – mana sukarelawan 3rdForce kawasan. Kita bantu mereka yang terbeban hari ini, ALLAH akan bantu pula kita bila tiba hari kita memerlukan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.