Meruntun hati membaca kisah kasih sayang hingga ke hujung nyawa ini. Biarpun kisah ini telah lama tular, namun ia membuatkan hati sebak buat yang mengetahui kisah wanita ini.

Lebih-lebih lagi apabila hari raya bakal menjelang tiba, ingatan buat insan tersayang yang telah pergi menghdap Ilahi pasti menjelang di minda.

Saat gembira semasa menyambut hari raya bersama tersayang pasti membuatkan mata berlinangan di pagi raya. Itulah kasih sayang yang tiada penghujung walaupun pasangan telah berjumpa sang pencipta.

Sebagaimana yang dirasai oleh seorang warga emas ini yang merindui arwah suaminya sehingga menjadikan dirinya kuat untuk meneruskan kenangan manis menghantar bekalan makanan di tempat arwah suaminya. Biarpun tiada lagi kelibat senyum tawa dan pelukan mesra, wanita ini tetap menghantar bekalan makanan hampir 40 tahun!

Kisah ini pernah disiarkan oleh laporan Berita Harian tahun 2012 dan tahun 2017. Ramai yang sebak melihat kasih sayang wanita hingga ke hujung nyawa. Kembali tular hari ini setelah kisah benar ini menjadi inspirasi kepada sebuah iklan raya jenama makanan terkenal.

Menurut laporan berita harian wanita yang berusia 81 tahun (2017) Saadiah dari Kampung Padang, Kuala Kenderong, mengayuh basikal kira-kira lima kilometer setiap hari menghantar nasi dan lauk-pauk kepada suaminya, Alias Nik Daud, yang bertugas di IPD itu.

Suaminya terkorban dalam tragedi serang hendap oleh komunis ketika bertugas pada 28 Ogos 1975, namun Saadiah meneruskan amalan berkenaan demi kasih sayang dan kesetiaan kepada Allahyarham suaminya dan supaya rakan suaminya dan anggota balai itu dapat menjamah masakannya.

Dalam pada itu, menurut cerita orang kampung suami Makcik Saadiah ini dahulunya seorang BotMan.Peranan BotMan ketika itu menghantar barangan keperluan kepada penjuang didalam hutan,ketika beliau dan beberapa rakan menjalankan tugas,ketika itulah mereka diserang hendap,komunis ketika itu memang sangat kejam,Botman ini diseksa sehingga mati,ada diantaranya mereka kemaluan dipotong,dikelar-kelar,diikat pada bot dan diseret. AL-FATIHAH

Trendinghttps://www.keluarga.my/pak-azad-makan-sahur-macam-berbuka-cara-eira-santuni-suami-ketika-sahur-tarik-perhatian-warganet/

BERHENTI SELEPAS JATUH BASIKAL

Seterusnya menurut laporan Berita Harian tahun 2017, Saadiah berhenti melakukan rutin itu selepas terjatuh basikal pada akhir tahun 2012 dan anaknya yang tinggal bersama pula membuka tayar basikal supaya ibunya tidak mengayuh basikal lagi kerana dikhuatiri berbahaya.

IKLAN

Selepas itu, tabiat gemar menghantar bekalan dilakukan untuk anak dan cucunya di Kampung Pulau Belayar sejauh hampir dua kilometer dari rumahnya dengan hanya berjalan setiap hari.

Trending: http://www.keluarga.my/pam-kiri-kanan-dapat-1-jug-penuh-susu-badan-terlampau-banyak-perkongsian-wanita-ini-tarik-perhatian-warganet/

RINDU IPD GERIK 

Bagaimana pun warga tua ini kembali menghantar makanan ringan ke IPD Gerik tahun 2017.

IKLAN

Laporan berita tahun itu, menjelaskan bahawa Saadiah berbuat demikian untuk melepaskan rasa rindu untuk melihat Balai Polis dan anggota polis yang lain.

“Sekarang mak cik hanya dapat pergi ke balai polis (IPD Gerik) hanya sekali sebulan. Rasa terlepas juga rindu mak cik nak tengok balai polis dan anggota polis kita yang setia berkhidmat untuk orang ramai dan negara.

“Kini, mak cik hanya bawa makanan ringan terutama gula-gula setiap kali pergi ke situ… dah tak masak lauk-pauk dan bawa nasi macam dulu lagi.”

Saadiah pergi ke IPD itu dengan membonceng motosikal anaknya, Wan Jelani Alias, 47, yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.

Dia yang tinggal bersama seorang lagi anaknya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) kabur penglihatan, Wan Samsul Alias, 52, berkata dirinya masih teringin membawa bekalan makanan itu setiap hari seperti dulu kerana masih boleh mengayuh basikal walaupun usia lanjut.

Begitulah kisah cinta yang begitu membahagiakan. Kasih sayang tetap di hati dan kenangan indah yang sentiasa mekar hingga ke hujung nyawa.

Sumber: Berita Harian.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club