Dalam diam-diam pelakon ini selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya. pelakon Zarina Anjoulie yang baru bergelar isteri baru-baru ini berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan yang diadakan serba ringkas untuk tatapan pengikutnya di Instagram. Perkongsian tersebut memaparkan Zarina bergambar bersama keluarga suaminya ,Eilyas Azhar. Menerusi kapsyen yang disertakan, Zarina meluahkan rasa sayang terhadap kedua ibu bapa mentuanya. love my family ! Tq so much n Alhamdullilah ️ @eilyasazhar_ side family yas – – saya Sayang parents mertua saya I’m truly blessed
Zarina sebelum ini pernah berkahwin dengan lelaki berasal dari Brunei pada tahun 2015, namun bercerai setahun selepas itu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Awangku Gabriel Martin Ezra
Rata-rata warganet memuji dan mendoakan semoga Zarina dan suami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Malah, ada yang mendoakan Anju kembali berhijab seperti dulu.
shafirahshafie the best parent! tak menilai orang sesuka hati walau mereka seperti itu. in sha Allah anju. you will be better with them. the right choice at last came for ypu
addeenliciousSeronok tengok family mertua Anjou walau Islamic tapi open minded.
nr.farhana23alhamdulillah, zarina dapat husband dari family yg baik2.. mudah2an sehingga ke syurga ❤️
emmaraz_ Alhamdulillah anju dapat family mertua baik2 …semoga kebaikkan berpanjangan amin🤲Di doakan juga kedua pengantin baru bahagia hingga ke syurga Allah swt..amin
frz.7576Antara artis yg nikah tapi masih jaga aurat. Tengok family mertua pun 👍👍👍. Siapa kita nak nilai orang. Tahniah!.
izanisismailKeluarga mentua yg baik utk anju. Semoga perkahwinan to yash akan membawa berkat dan kekal hingga ke jannah. Cepat2 tambah anak.
weloveanjuforeverSo proud dgn fmly yas sebab x memilih langsung calon menantu.Cmnilah org panggil, org org beriman.Tak layak nak judge org sesuka hati 🙌
Surat yang dikarang si anak itu mendapat reaksi ramai. Malah, keprihatinannya terhadap si ibu yang keletihan pulang dari kerja membuatkan dia enggan menyusahkan si ibu.
Dek kerana itu, si anak memujuk bapa untuk menyediakan Agar-Agar Pandan untuknya. Perkongsian lelaki bernama Amyrul Almuhaziq ini ternyata cukup menyentuh hati.
Dia memuatnaik kisah mengenai anaknya yang meminta membuat Agar-agar Pandan untuk dibawa ke sekolah.
“Balik kerja pagi tadi dapat surat dari anak bongsu..kesian pulak bacanya nak gelak pon ada🤣🤣🤣.
Walaupun tidak pernah buat, namun demi permintaan si anak, ayah ini sanggup mencari resipi di google dan berkongsi hasilnya.
“Atas permintaan sempena bfday anak, abang gagah google dan inilah hasilnya..
“Agar- agar pandan kalau sedap bgtau family kalau tak komplen kat Haziq 😅😅😅
Walaupun pertama kali mencuba tetap menjadi dan elok kejadiannya.Perkongsian tersebut membuatkan ramai memuji cara si anak yang cukup sopan dan cute memujuk si ayah. Tak kurang yang terhibur terutama part terakhir tulisan si anak ini.
Pelbagai karenah anak-anak kadang-kadang membuatkan ibu dan ayah pening kepala. Namun tidak dinafikan mereka juga penghibur dan juga penawar duka kan.
Mendidik anak di zaman ini sememangnya cukup mencabar. Mana lebih tepat, mahu berlembut dengan anak atau tegas tetapi anak memberontak. Payah bukan?
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, elakkan sama sekali Permissive Parenting kerana ia memburukkan keadaan anak. Jom ikuti perkongsian beliau.
Tolong jangan samakan ‘berlembut’ tu dengan Gentle Parenting. Gentle Parenting tak membesarkan manusia yang entitle. Sebab dalam Gentle Parenting masih ada ketegasan. Masih bergantung pada peraturan yang tegas.
Berlembut adalah Permissive Parenting. Terlalu berlembut dengan anak sampaikan takut untuk kecewakan anak. Biarkan anak buat sukati. Tanpa letak sempadan/ kawalan / peraturan.
Ya. Permissive parenting berisiko melahirkan anak yang perangai diva. Serba betul. Narsisistik. Dan rasa diri entitled.
5 kesalahan dalam mendidik anak
Sehingga berisiko melahirkan anak yang entitle.
1. Memberi apa saja yang anak inginkan
Tak salah nak gembirakan anak. Saya pun bagi aje. Takut jugak kalau tak bagi apa dia nak, anak belajar panjang tangan.
Cuma, kita beringat. Kita berpada. Terlalu banyak dapat benda yang diingini, lama-lama anak makin hilang rasa menghargai.
Terlalu memewahkan membuatkan anak melihat dunia dari aspek material semata-mata. Kalau boleh letakkan ini sebagai reward atas kerjasama anak yang baik selama ini. Bukan anak yang letak syarat sampai pandai mengugut kita.
2. Tak ada kawalan/ sempadan/ peraturan
Anak nak buat apa, buatlah. Asal bahagia. Asal tak menangis mengamuk. Itu yang paling utama. Sehingga mak ayah takut nak letak peraturan pada anak.
Anak yang begini pandai memanipulasi mak ayah dengan rajuk dan tangisnya. Tanpa peraturan yang jelas, anak tidak belajar untuk menghormati peraturan. Sampai besar dia rasa dia berhak buat apa saja.
3. Overprotective
Lawnmower parenting adalah antara ciri mak ayah yang overprotective. Terlalu takut anak susah dan gagal. Sampai mak ayah jadi tukang buatkan semua untuk anak-anak.
Kehidupan anak terlalu senang. Hasilnya, anak tak belajar untuk menghadapi cabaran dan belajar bersusah-susah sikit untuk capai sesuatu.
4. Tak diajar tanggungjawab
Anak perlu diajar untuk membantu kerja-kerja rumah. Supaya mereka belajar bekerjasama dan menyumbang tenaga dalam hidup bekeluarga.
Pun begitu, jangan sampai deligate kebanyakan kerja di rumah. Sampai anak hilang kehidupan kanak-kanak dia. Ada beza parentified kids dengan responsible kids.
5. Puji berlebihan untuk usaha anak yang sedikit
Anak akan lihat apa saja yang dibuatnya adalah sesuatu yang betul. Anak tak rasa mereka perlu berusaha. Sebab mereka tak belajar bahawa untuk dapat sesuatu, kita perlu berusaha keras.
Kelima-lima ciri ni sebenarnya adalah ciri-ciri mak ayah Permissive. Penting untuk kita jadi mak ayah yang bijak. Iaitu mak ayah penyayang dan berlembut. Tapi ada sempadan dan peraturan yang jelas.
Ini untuk ingatan saya sebagai ibu yang tak sempurna. Jangan biarkan anak-anak kita membesar dengan rasa entitled tanpa rasa tanggungjawab.
Dengan pendekatan yang seimbang, kita boleh membantu anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan menghargai setiap usaha yang dilakukan.
Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang memberi kasih sayang dengan penuh bijaksana.
Pasangan suami isteri yang gagal mempertahankan keharmonian rumah tangga sehingga berlaku penceraian didapati berpunca daripada sikap keengganan menunaikan solat lima waktu.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, kegagalan menjaga rukun Islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan.
“Kalau solat ini merupakan hablumminannas (hubungan sesama manusia), bila mana wujudnya habluminnallah (hubungan manusia dengan Allah), hablumminannas akan terwujud.
“Bila wujudnya hablumimallah, maknanya tak wujud lagi hablumminasyaitan kerana sifat syaitan akan pisahkan suami isteri, tetapi apabila ini berlaku, dia akan jadi kukuh dan ampuh,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya pada Jumaat minggu lepas.
Menurut Zulkifli, antara tanggungjawab Nabi Muhammad SAW apabila berada di rumah adalah mengajak keluarganya menunaikan solat.
“Mintalah keluarga kamu untuk solat dan sabar dalam mengerjakannya. Itu tiang agama.
Tuan-tuan minta maaf cakap secara ekstrem sikit, kenapa rumah tangga keluarga bercerai-berai? Minta maaf kita minta berlindung daripada Allah SWT biarlah keluarga kita baik-baik semua.
“Salah satu puncanya tak pernah solat jemaah dan bersama-sama, sebab itu Allah bila cerita ayat cerai dalam al-Quran seperti surah Al-Baqarah,” katanya.
Jelasnya, di celah-celah ayat cerai, Allah sengaja menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat yang lima waktu dan juga solat pertengahan penuh taat serta patuh.
“Kemudian bincang balik ayat cerai, ulama fikir apa puncanya. Fikir punya fikir, mereka kata apa, siapa yang jaga solat, rumah tangga dia kukuh,” ulasnya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.