Lemon memang diakui kehebatan dan khasiatnya pada tubuh badan. Selain meningkatkan metabolisme tubuh dengan hanya secawan lemon panas, tubuh juga makin segar bugar.
Dr Hamid Arsyad sendiri menyarankan agar mengamalkan air lemon panas setiap pagi. Khasiatnya cukup baik untuk wanita malah membantu wanita yang mengalami
cyst, fibroid pada rahim termasuklah endometriosis dan adenomyosis. Hebat kan?
Malah bukan hanya baik untuk melawas dan membakar lemak, paling penting amalan minum air lemon panas ini dapat menurunkan berat badan. Tapi kenalah rajin amalkannya setiap hari. Barulah nampak hasilnya.
Mungkin anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nurul Diyana Kamaludin ini. Badan segar dan berat pun turun. Jom amalkan.
Ads
Bahan-bahan:
2 keping potongan lemon
1 bunga lawang
1 atau 2 cengkih
Sehiris halia
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit madu
Caranya:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk.
Ads
2. Biarkan mendidih.
3. Tutup apinya dan biarkan sedikit suam.
Ads
4. Bolehlah diminum ketika masih suam.
Kita boleh segar sihat dengan bahan yang ada di dapur sahaja. Rajin-rajinkanlah diri untuk nak pastikan tubuh sihat dan tak sakit-sakit badan.
Selamat mencuba!
Kredit: Nurul Diyana Kamaludin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umumnya, kenaikan kadar kolesterol dalam badan seseorang adalah berpunca daripada pola pemakanan harian yang kurang sihat.
Pun begitu, paras kolesterol juga boleh diturunkan malah dicegah sebelum menjadi lebih serius secara semulajadi.
Melakukan aktiviti bersenam secara rutin umpamanya dapat menjadi ‘perisai’ tubuh daripada serangan kolestrol.
Selain itu, pengambilan makanan kaya serat juga dapat membantu usaha anda untuk memgawal mahupun menurunkan kadar kolestrol dalam badan.
Selain itu, melalui perkongsian Lin Zalika founder group MAHN memberi satu lagi cara alternatif yang boleh dipraktiskan oleh kita semua bilamana setelah dia amalkan terbukti memberi kesan yang baik.
Wanita ini menjadikan jus minuman ini sebagai amalan harian untuk menurunkan paras kolesterol. Ayuh kita semak bagaimana cara menghasilkan jus tersebut.
Bahan-bahan
30 ulas bawang putih – yang besar-besar
5 biji lemon – dipotong sekali dengan kulit
Caranya
1. Kisar semua bawang putih dan lemon dengan 1 liter air.
2. Masak sampai mendidih.
3. Simpan dalam peti sejuk.
[su_highlight background=”#b9d82e” color=”#242121″]Amalkan Sebelum Sarapan[/su_highlight]
* Setiap pagi ambil 10 atau 15 ml (lebih kurang 1 penutup plastik) dan minum.
* Pada yang tak boleh minum, boleh campurkan dengan sedikit madu.
Sumber FB Lin Zalikha
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila kandungan gula dalam darah tinggi, pastinya pelbagai jenis penyakit akan datang menyerang termasuk penyakit kencing manis atau Diabetis melitus.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, untuk menurunkan kandungan gula dalam darah ada caranya. Beliau berkongsi cara mudah untuk kekal sihat.
TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing.
Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
Air ketuban atau cecair amniotic ini merupakan cecair yang melindungi dan meliputi janin dalam kandungan ibu hamil.
Air ketuban kurang atau terlalu tinggi boleh mendatangkan beberapa komplikasi terhadap kehamilan anda. Disebabkan itulah doctor sentiasa memeriksa kandungan air ketuban ini agar tidak memberi kesan kepada bayi.
Air jernih yang mengelilingi bayi dan melindungi bayi ini juga berfungsi seperti berikut:
* Melindungi janin di dalam rahim daripada tekanan di bahagian luar sama ada pukulan atau trauma.
* Membantu perkembangan paru-paru bayi
* Mengawal suhu agar sentiasa stabil dan normal untuk memastikan bayi dalam keadaan hangat.
* Membantu perkembangan otot dan tulang bayi.
* Memainkan peranan dalam perkembangan system penghadaman bayi disebabkan cecair yang ditelah semasa dalam rahim.
* Memastikan bayi mendapat keperluan nutrisi, ruang dan oksigen yang mencukupi.
Bahaya jika air ketuban ini semakin berkurangan. Ini pula pentanda bila air ketuban makin berkurang. Awas mama!
* Jumlah cecair amniotic kurang yang dikesan melalui ultrasound
* Tidak mencapai berat badan yang ideal Ketika hamil.
* Degupan jantung bayi yang turut secara tiba-tiba beberapa saat sebelum Kembali normal.
* Cecair keluar dari faraj.
* Air ketuban kurang juga boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas (untuk komplikasi yang teruk)
Risiko air ketuban kurang
Kekurangan cecair amniotic boleh menjejaskan tangan, kaki, paru-paru dan anggota badan si kecil. Ia boleh menyebabkan kecacatan kepada anak anda.
Oleh itu anda perlu ketahui langkah-langkah untuk menambah air ketuban seperti yang disyorkan oleh doctor.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.