Kepada yang suka makan telur, inilah cara menyimpan telur yang disarankan oleh doktor. Cara yang ditunjukkan oleh doktor ini menjelaskan kenapa telur tidak boleh dibasuh dan sebaliknya.
Informasi yang dinyatakan oleh doktor ni di laman facebooknya sungguh bermanfaat Kamarul Ariffin Nor Sadan.
…………………………………………………………
“Doktor, betul ke kalau nak telur tak cepat rosak, jangan cuci telur tu?”
Macam-macam pendapat, ada yang kata basuh dulu sebelum simpan sebab nak elak pencemaran dari tahi ayam. Ada pula yang kata jangan basuh dulu sebab nanti telur cepat rosak.
Mana yang betul? Jom lihat penjelasan pada kedua-dua pendapat ini.
ℹ️JANGAN BASUH SEBELUM SIMPAN
Ads
Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.
Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.
Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?
ℹ️BASUH SEBELUM SIMPAN
Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.
Ads
Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!
Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.
Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.
⚠️AMALAN MANA YANG BETUL?
Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kahkahkah macam politik pulak!
Ads
Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.
Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layer-nya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak.
Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan. Nak sental sampai berkilat pun tak apa, asalkan tak guna wax kereta suami kalian. Hehe.
✅ Oh ya! Pastikan masak telur dengan sempurna untuk elakkan keracunan.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
#BKKMnakpesan #BKKMHQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini media ada melaporkan mengenai Ali Puteh yang memohon orang ramai dan para sahabat agar mendoakan kesihatan puterinya, yang dirawat di Hospital Ampang. Baru berusia seminggu, Ainul disahkan mempunyai masalah jantung.
Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, anak perempuannya itu dilaporkan mempunya masalah jantung selepas mengalami demam kuning berpanjangan beberapa hari setelah dilahirkan.
Semalam, Ali memuat naik gambar mereka sekeluarga dengan kapsyen yang membuatkan ramai sebak. Di dalam perkongsian tersebut, Ali memberitahu itu merupakan gambar pertama mereka sekeluarga sebelum anak keduanya itu memasuki dewan bedah untuk melakukan pembedahan.
Salam semua..ni gambar pagi td sebelom adik ainul operation..kali pertama kami dpt bergambar satu family…kepada yg bertanyakan anak sy ainul mardhiah…
“Jam 8pagi td msuk operation dan selesai jam 8malam td…12 jam menunggu..dengan rasa berat hati..anak sy mengalami komplikasi pada paru2 die..dan sekarang hanya bergantung pada bantuan pernafasan.
“Doctor dah cuba sedaya upaya..semuanya bergantung pada bantuan pernafasan…harap ada sinar buat anak walid dan ibu..harap ade keajaiban dari allah yg maha esa..doakan adik ainul kuat.
Pastinya ramai antara kita suka melihat perkembangan dan perkongsian Eyra dan suaminya Haziq di media sosial. Apatah lagi melihat gelagat comel anak-anaknya berada di stadium untuk memberi sokongan setiap kali Haziq turun beraksi di padang.
Nak dijadikan cerita, beberapa bulan yang lalu pasukan JDT berjaya merangkul kejuaraan menentang TFC pada Piala FA September lalu, barisan keluarga pemain diberi kesempatan untuk sama-sama turun meraikan kemenangan.
Namun sempat berlaku satu insiden melucukan ketika Haziq menghadiahkan satu kucupan kepada isterinya di dahi.
Tak disengajakan, makeup yang dipakai Eyra ketika itu malah melekat dan kesan tersebut jelas terlihat di bahagian bibir pemain tersebut.
Gara-gara ditegur oleh si adik kononnya solekan itu tebal, aktres tersebut lantas menundukkan wajah dek kerana merasa malu tapi sempat juga sambung usik suaminya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi spontan pasangan suami isteri tersebut. Walau bagaimanapun mereka faham, bukanlah solekan Eyra itu terlalu tebal namun ia mula mencair kerana peluh susulan suasana stadium yang agak panas.
Hati ibu bapa mana yang tidak risau bila terpaksa mengambil keputusan untuk menghantar anak-anak ke pusat asuhan kanak-kanak. Kebimbangan ini bertambah-tambah lagi bila mana kita sering dikhabarkan pelbagai kes penderaan, kemalangan dan sebagainya berlaku di tempat anak-anak kecil ini ditempatkan.
Malah melalui satu kajian, dalam tempoh 6 bulan pertama pada tahun 2018, hampir 200 kes penderaan kanak-kanak oleh pengasuh telah dilaporkan. sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa terhadap keselamatan anak mereka. Kecuaian adalah antara perkara yang amat dititikberatkan oleh ibu bapa dalam memilih sama ada hendak menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau mengupah pegasuh yang lebih mesra dipanggil ‘bibik’.
Isu tersebut tidak sekadar selesai dibicarakan pilihan mana yang lebih selamat dan mengikut kemampuan mereka, sama ada ke taska atau ‘bibik’. Ibu bapa juga mementingkan kemahiran dan pengalaman pengasuh tersebut khususnya tentang penjagaan dan protokol keselamatan kanak-kanak.
Boleh semak secara online
Menyedari keperluan mendesak bagi masyarakat untuk mendapatkan pengesahan latar belakang secara mudah dan segera, Verity Intelligence Sdn. Bhd., sebuah syarikat berkaitan saringan dan pengesahan latar belakang terkemuka di Malaysia dan Singapura, melancarkan Verity Plus Online (www.verityplusonline.com), sebuah platform untuk membantu mana-mana syarikat atau individu untuk mengesahkan latar belakang seseorang. Antaranya termasuk untuk membolehkan majikan memeriksa latarbelakang bakal pekerja sebelum diambil bekerja atau juga untuk orang ramai memeriksa latar belakang mana-mana syarikat sebelum menggunakan perkhidmatan atau membeli produk mereka.
Menurut pengasas platform Verity Plus Online, Mark Leow membangunkan platform ini dengan harapan supaya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih selamat. “Seringkali kita melihat dan membaca laporan media tentang penipuan di internet, kecurian identiti, penderaan kanak-kanak di pusat asuhan dan terbaharu, golongan profesional yang menggunakan kelayakan palsu. Dengan pelancaran VPO, ia akan membolehkan mana-mana pihak termasuk juga syarikat kecil dan sederhana (PKS) dan individu membuat semakan latar belakang terhadap seseorang individu atau sesuatu pihak lain dengan kos yang minima iaitu RM140 sahaja,” katanya.
Syarikat yang telah ditubuhkan sejak tahun 2010 ini sudah mempunyai lebih 500 pelanggan dan telah berjaya menjalankan semakan latar belakang ke atas 100,000 individu. Daripada jumlah tersebut, 90% daripada semakan adalah dijalankan oleh golongan majikan untuk memeriksa dan mengesahkan latar belakang bakal pekerja mereka bagi mewujudkan suasana bekerja berisiko rendah atau lebih selamat.
Antara lain Platform VPO yang telah dibangunkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia ini juga berhasrat membantu syarikat PKS menyaring bakal pekerja manakala pemilik premis memeriksa latar belakang bakal penyewa mereka. Malah menurut Mark, platform ini juga boleh digunakan secara berkesan oleh golongan ibubapa untuk memeriksa latar belakang penjaga atau pengasuh anak mereka sebagai langkah keselamatan sebelum menghantar anak mereka ke sesuatu tempat asuhan.
Semakan VPO antara lain mampu memberikan maklumat bagi pengesahan identiti seseorang, rekod jenayah, rekod kredit, dan sebarang maklumat lain berkaitan kes litigasi dan semakan integriti.
Menggunakan VPO, orang ramai juga boleh membuat semakan ke atas diri sendiri secara berkala untuk memeriksa rekod kewangan masing-masing bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian kecurian identiti. VPO mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan menyediakan laporan lengkap seawal 1 hingga 5 hari bekerja.
Bagi syarikat korporat yang besar, Verity Intelligence (www.verityintel.com) merupakan sebuah syarikat yang diyakini oleh lebih daripada 500 syarikat di Malaysia dan Singapura serta menawarkan penyelesaian semakan latar belakang yang boleh diselaraskan untuk memenuhi pelbagai keperluan syarikat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di