Rasa manis-manis daripada udang pasti akan membuat masakan anda lebih aroma dan kelazatan yang lebih memukau. Bagi ibu-ibu yang jenis mengopek kulit udang, pasti rasa membazir kan kalau dibuang begitu sahaja.
Kalau rajin, apa kata ibu-ibu buat stok daripada kepala dan kulit udang. Sesuai sangat kalau ditambah dalam masakan berkuah seperti mee kari, char kuey teow, sambal, tomyam, sup, dan sebagainya. Tip ini dikongsikan oleh puan Salmah Shahidan
Salam Jumaat & Salam hujung minggu
Cik Abe beli udang segar sekilo semalam, siap suruh siang kulit semua nnt nk makan senang katanye
Ada yg buat mcm nie X… ada gunanya tau
Nak tahu Rahsia penyedap masakan……. Air rebusan kulit ngan kepala udang sekarang nie udang kan mahal …… syg nak buang kulit ngan kepala udang je……. so sya bt mcm dlm gambar Rajin nyaaa Hari Nie
Ads
Cara membuat:
Basuh bersih…. rebus kulit dan kepala udang, kemudian kisar dan tapis untuk dapatkan stok air udang.
Ads
Kulit ngan kepala udang di blend sampai hancur dan halus…..
Tapisan pertama
Ads
Tapisan kedua
So boleh jadikan stok udang dan bekukan. Nanti senang nak masak sayur air ke, nak masak mee kari, tomyam, kita guna stok air udang nie…… kann²…… Nk grg mee atau nk bt mee kuah boleh masukkan…… nk bt coq udang pun boleh bu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini kecoh di media sosial bila salah seorang pengguna facebook terkejut apabila menjumpai beberapa biji batu ketika membersihkan pedal ayam yang dibelinya.
Ketika sedang mencuci pedal tersebut wanita itu bagaimanapun berasa hairan apabila terjumpa batu di dalam pedal tersebut.
Ini menyebabkan wanita tersebut tidak puas hati dan menyangka bahawa perkara itu merupakan satu taktik yang telah dilakukan oleh peniaga untuk mengenakan harga yang lebih mahal bagi mengaut keuntungan.
Tapi, sebelum bersangka buruk adakah anda tahu bahawa sememangnya di dalam pedal ayam akan ada macam-macam dan antaranya cebisan batu dan pasir.
Ini penjelasan dr tentang itu, semoga bermanfaat.
Dalam pedal ayam ada batu?
Mungkin hantaran ini(gambar) dibuat dengan niat bergurau, namun mungkin ada juga yang tak tahu apa fungsi pedal ayam.
Pedal adalah organ penghadaman, dan fungsinya untuk menghancurkan makanan. Ayam perlukan organ ini kerana ia tak mengunyah makanan.
Bagi membantu pedal melumatkan makanan, ayam menelan batu-batu kecil, dan ia akan masuk ke dalam pedal dan kekal di situ.
Bukan Perkara Aneh
Di dalam pedal, batu-batu ini akan berfungsi seperti gigi-gigi yang akan mengisar makanan menjadi ketulan lebih kecil.
Jadi, bukanlah perkara yang aneh jika kalian jumpa ketulan batu dan pasir dalam pedal ayam yang dibeli di pasar. Terutamanya ayam kampung.
Selain ayam, haiwan seperti burung, ikan, dan buaya juga mempunyai pedal. Pedal mereka juga kadangkala ada batu di dalamnya.
Pernah dengar geliga buaya? Batu geliga yang dikatakan dimuntahkan oleh buaya. Ada orang buat cincin dari batu ini, kononnya ada sakti.
Agak-agak batu geliga itu datang dari mana? Betul! Batu dari pedal buaya, yang kemudian dimuntahkan semula atau keluar bersama tinjanya.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Solat tahajjud merupakan solat sunat yang dikerjakan di waktu malam. Ada banyak keistemewaan bila seseorang melakukan solat tahajjud secara istiqomah dalam kehidupan sehari-hari.
Pun begitu untuk bangun tengah malam bagi mendirikan solat tahajjud walau hanya 2 rakaat, nyata bukanlah perkara mudah untuk dilakukan.
Untuk menyuntik semangat dan motivasi pada diri kita yang baru ingin membiasakan diri, apa kata kita baca perkongsian daripada wanita ini. Semoga bermanfaat.
BAGAIMANA MAHU ISTIQAMAH UNTUK BANGUN BERTAHAJJUD?
Saya tidak tahu bagaimana untuk mengajarkannya, namun inilah yang telah saya lakukan…
1. Pertama-tama sekali, saya mula bertahajjud setelah membaca:
“Doa Di Saat Tahajud Bagaikan Anak Panah Yang Melesat Tepat Mengenai Sasaran” (Imam Syafi’i)
Saya merasakan ianya adalah suatu usaha yang perlu saya lakukan tanpa “modal” bagi merubah nasib saya. Rugi besar jika tidak dilakukan. Modalnya untuk kita mengubah nasib, adalah hanya dengan meninggalkan selimut dan bangun malam.
Barangkali keadaan saya yang sangat memerlukan dan tempat tidur yang tidak begitu selesa ketika itu sangat memudahkan saya untuk bangkit di tengah malam….
2. Kali pertama saya berdoa ketika bertahajjud adalah lebih 9 tahun lalu. Saya tidak malu untuk mengaku bahawa saya sudah berusia 41 ketika itu.
Saya duduk beralaskan sejadah yang dihamparkan di atas lantai simen yang sejuk. Saya telah berdoa untuk perkara yang langsung tidak munasabah dengan keadaan saya ketika itu, iaitu untuk bersujud di hadapan Kaabah.
Sedangkan saya tidak punya wang dan pekerjaan. Bahkan sedang sangat susah masa tu…
3. Oleh kerana kesukaran hidup saya waktu itu, ianya sungguh menghimpit… Hinggakan saya telah meletakkan kebergantungan saya hanya kepada Allah. Tidak ada yang lain. Cinta kepada manusia telah banyak mengecewakan. Tapi tidak kepada Allah. Yakin itu….
Barangkali kekecewaan dan ujian yang datang berkali itulah yang membuatkan saya sangat bergantung hanya kepadaNya.
4. Pada permulaannya saya paksa diri untuk bangun malam. Kerana yakin bahawa doa dalam Tahajjud sangat mustajab. Saya tahu sungguh berat. Tapi paksalah diri kita.
5. Biarpun dalam keadaan letih, mengantuk, tidur lewat atau apa sahaja, saya tetap gagahkan diri untuk bangun. Tidak susah jika kita benar-benar berkehendak. Susah bagi yang masih belum benar-benar mahu. Orang yang benar-benar mahu pasti akan sanggup melakukan apa sahaja kerana sangat berkehendak.
6. Lama kelamaan ianya menjadi habit. “Body clock” saya membuatkan saya sering terjaga sekitar jam 4 pagi. Ianya memudahkan saya untuk bertahajjud. Rasa bersalah jika terjaga dan tidur lagi….
7. Jika kita dapat paksa diri untuk bangun malam selama 2 ke 3 minggu tanpa henti, ianya akan menjadi habit. So you have to create that new good habit in you (untuk bangun malam).
8. Bila dah biasa buat, akan timbul rasa addicted untuk melakukannya pula. Seolah jika tak buat sehari….rasa tak best nanti.
9. Ada yang tanya saya mengapa sudah bertahun mereka bertahajjud namun doa mereka seperti tidak termakbul lagi.
Maka, boleh jadi kita perlu semak diri kita dari sekecil-kecil perkara, contohnya sejauh mana kita ikhlas terhadap diri kita dan orang lain. Boleh jadi kita ini sering suka berjanji namun sering melupakan atau tidak menepati.
Mungkin kecil, bahkan sangat kecil… Seperti ketika kita minta orang PM kita untuk membeli online, kemudian bila orang PM kita diamkan sahaja pula. Kecil kan?
Atau kita sering bebelkan suami sendiri dengan suara kecil. Ya suami tidak dengar… tapi, itulah….dosa….
Atau sering tidak ikhlas bila lihat posting di Facebook, nampak gambar orang…. Hati kita sebut yang tidak baik, tangan kita klik “like”, dan kita tulis kata-kata pujian. Fikiran kita tidak “align” dengan hati kita. (Ini saya ajarkan dalam Secret Group saya dengan lebih mendalam).
Semua contoh ini kelihatan kecil, belum yang besar-besar, tetapi boleh jadi menjadi “filter” kepada doa kita. “Filter” itu bermaksud seperti penghalang kepada rezeki. Anda faham bukan?
10. Allah memberi dengan cara yang berbeza. Boleh jadi kita minta rezeki, Allah hadirkan jodoh. Kemudian jodoh itulah yang menjadi laluan bagi rezeki kita. Boleh jadi kita minta agar dipermudahkan urusan, Allah lindungi kita dari kemalangan atau sakit demam. Boleh jadi juga, doa kita belum termakbul sekarang, tapi akan datang.
Namun yakinlah, Allah akan mengabulkan doa kita tidak lambat dan tidak cepat, bahkan tepat pada waktunya.
Miracle of Tahajjud
Sekali minta, berkali Allah bawa.
Sejak sesi persekolahan bermula secara giliran, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi persekolahan secara bersemukan.
Sistem giliran menyediakan beberapa orang pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.
Murid-murid yang berada dalam kumpulan tertentu sahaja yang dibenarkan pada hari yang telah ditetapkan.
Rentetan berkisar dengan waktu giliran persekolahan ini, sebuah perkongsian meruntun jiwa daripada seorang pendidik, Cikgu Lynn Ismail dari group Kami Guru Malaysia mengenai seorang murid yang hadir sekolah setiap hari tanpa mengikut waktu giliran.
Setelah ditegur beberapa kali, rupanya baru guru berkenaan sedar bahawa kedatangan murid berkenaan kesekolah adalah untuk menikmati bantuan makanan percuma kepada murid yang kurang berkemampuan.
Selanjutnya ikuti perkongsian guru ini.
Minggu ini ada seorang murid dari kumpulan A hadir. Saya menyangka mungkin murid itu tidak tahu tentang penggiliran .
Lalu saya terangkan kepada dia. “Minggu lepas awak dah hadir, minggu ini tak payah hadir. Belajar di rumah. Minggu depan baru hadir ke sekolah.” Dia mengangguk tanda faham.
Keesokan harinya dia hadir lagi. “Kenapa awak datang ke sekolah hari ini? Kan cikgu kata jangan datang minggu ini.
Minggu depan baru datang.” Dia hanya tunduk dan diam. Hari seterusnya, dia datang sekolah lagi. Saya berasa pelik. Tak kanlah dia tak faham-faham.
Saya dah jelaskan berkali-kali, malah kawan-kawan diapun suruh jangan datang ke sekolah minggu ini.
Hari Selasa, giliran saya menjaga kelas waktu rehat. Budak itu penerima RMT. Saya tengok dia makan nasi lauk kari ayam dengan lahapnya seolah-olah terlalu lapar. Mungkin dia datang ke sekolah setiap hari untuk makan.
Hari ini hari keempat dia hadir ke sekolah minggu ini. Dan saya tak mahu lagi bertanya. Biarlah dia datang ke sekolah untuk makan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.