Sudah jatuh ditimpa tangga, lepas satu-satu nasib malang yang menimpa seorang ayah yang berusia 80 tahun ini. Hanya disebabkan positif Covid-19, seorang anak dan menantunya sanggup bersikap tidak adil kepada dirinya hingga tergamak ‘membuang’ bapanya di tepi jalan.
Kejadian yang menyedihkan ini berlaku di Bangkok, Thailand seperti mana memetik berita di Harian Metro.
Dijangkiti Covid-19
Suami isteri dari Nakhon Ratchasima, Thailand tergamak ‘membuang’ bapa mereka yang berusia 80 tahun di sebuah kuil hanya kerana lelaki itu dijangkiti Covid-19.
Bangkok Post melaporkan, kisah itu dikongsikan seorang petugas perubatan di Hospital Bua Yai menerusi Facebook (FB).
Gambar dimuat naik menunjukkan seorang lelaki terbaring di denai berhampiran Wat Pa Suan Thamma Sawaddee di Kampung Ban Nong Waeng dekat daerah Bua Lai.
Perkongsian gambar itu disusuli dengan luahan petugas berkenaan yang kesal dengan tindakan anak perempuan kepada lelaki warga emas berkenaan.
Sumber foto : Agensi
Tinggalkan Ayah Bersama Beg Pakaian
Penghulu Wat Pa Suan Thamma Sawaddee, Luang Phor Sitthichai berkata, anak perempuan dan menantu kepada lelaki berkenaan meninggalkan bapa mereka di kuil itu pada Ahad lalu.
Ads
Ketika kejadian, suami isteri itu meninggalkan lelaki berkenaan bersama beg berisi pakaian sebelum berlalu pergi menaiki kereta.
Sementara itu, Ketua Kampung Ban Nong Waeng, Thongsuk Thaebtham diberitahu, lelaki warga emas itu dibawa anak perempuannya dari wilayah Lop Buri sebelum ditinggalkan di kuil berkenaan.
Hanya Mampu Terbaring
Lelaki tua itu berjalan dari kuil berkenaan pada Selasa sebelum dia ditemukan terbaring di satu laluan berhampiran.
Lelaki itu kemudian dibawa ke sebuah hospital di wilayah Khon Kaen kerana dia berasal dari situ.
Sementara itu, sami, petugas kesihatan dan anggota penyelamat yang menjadi kontak rapat dengan lelaki berkenaan diminta menjalani kuarantin selama 14 hari.
Ads
Ketua kampung itu berkata, anak perempuan kepada lelaki berkenaan tidak sepatutnya memperlakukan bapanya sebegitu rupa kerana turut mendedahkan individu lain dengan jangkitan Covid-19.
Dalam pada, Bernama pada Selasa melaporkan Thailand mencatat 14,150 kes baharu Covid-19 dan 118 kematian dalam tempoh 24 jam sebelumnya.
Ia menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan kepada 526,828 dan 4,264 kematian setakat ini.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang wanita apabila mengetahui diri sedang berbadan dua. Rasa syukur dan gembira dikongsikan bersama yang tersayang. Demikian juga dengan Yatt hamzah yang berkongsi berita gembira dirinya kini sedang hamil anak keenam.
Berita tersebut dikongsikan menerusi laman instagramnya. Menurut Yatt lagi, kandungannya kini memasuki usia 20 minggu. Biarpun hamil dalam usia 40 tahun, namun Yatt bersyukur kerana tidak mengalami sebarang masalah, sebaliknya kandungannya sihat selain dirinya sendiri kuat untuk melalui proses kehamilan tersebut.
Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil.. Ish ish ishhhh.. . Pada usia kandungan 20 minggu (5 bulan) patutnya dah boleh tahu jantina baby kan.. Rasanya baby girl lagi ke atau boy kali ni..? Apapun Allah bagi bonda OK je Alhamdulillah.. Tak tahulah abahnya.. 😅
. Alhamdulillah kehamilan ke – 6 pada usia 40 tahun. Alhamdulillah Allah bg sihat, kuat dan cergas.. walaupun kdg2 x larat dan asyik sakit pinggang je.. . Hello lil baby 👶 In shaa Allah Bonda, abah & all your sisters will see you in July ya.. Stay strong & healthy.. Ameen.. 🤲🤗❤🥰😘
mengalami keguguran pada September tahun lalu akibat keracunan makanan.
Yatt yang mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.
Sebelum ini, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 11, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.
Anak terlampau gila gajet sangat memeningkan ibu ayah. Menangis dan memberontak setiap masa adalah kes parah bagi anak-anak. Korek rahsia ibu ini yang berjaya melatih anaknya 100 peratus tanpa gajet dalam masa 2 bulan.
Inspirasi dan motivasi untuk mak-mak mencuba. Anda nak anak bagaimana? Tepuk dada tanya selera. Ini cara yang dikongsikan oleh Nurul Diana. Hebat!
2 BULAN ANAK TANPA GAJET
Sebelum aku cita apa yang aku buat untuk pisahkan uwais dengan gajet, aku nak cerita dulu sikap aku sebagai mak bapak dan sikap uwais sebagai anak. Aku bisnes online , ada 10 orang staff . ratusan stokis . Aku induk kepada company ,jadi hidup aku tersangatlah sibuk . Kadang-kadang nak kiss suami pun tak sempat hehehehehehe, tapi aku takde BIBIK / MAID.
Kami suami isteri bangunkan company, anak ( uwais ) mangsa kesibukan kami. Uwais umur 3 tahun, nak perhatian tapi kami sibuk kami suap dia dengan CARTOON. 24 jam dekat umah tv, kat opis hp ,dalam keta hp ,nak makan hp , nak tido pun hp .nak keluar r shoping SEMUA IPAD / HP sampai kan aku beli 1 ipad khas untuk uwais. Sentiasa hotspot dgn hp aku . TERUK KAN ?
Tapi 1 hari aku rasa uwais tahap yang teruk. Aku tengah tidur dia gerak aku nak hp, balik umah Tok dia nak hp walaupun ada sepupu dia , dia tetap nak hp, tak dapat menangis tahap teruk, berguling-guling.
JADI APA AKU BUAT ?
Kesan dapat di lihat seawal minggu pertama
Sekarang dah 2 bulan lebih Uwais tanpa gajet langsung takde walaupun 1 minit. Tiada istilah main kejap , takde pantau . STOP KAN TERUS .
1. PERMULAAN TUKAR IPAD KEPADA TV
Kenapa ? sebab nak buang focus mata dia kepada ipad. Bila anak terlalu tenung ipad , lama-lama mata dengan tangan dia akan rosak . Umah aku smart tv , boleh link dengan youtube, tapi aku cakap kat dia tak boleh buka, tengok tv je. So setiap pagi dia nak tengok hp aku akan buka tv. Mula-mula memang dia menangis sebab tv takde cartoon yang dia suka . Dia akan suruh kita tukar tukar tapi lama-lama dia akan redha dengan konsep TV tu . Dia tetap akan tengok walaupun bukan cartoon fav dia.
2. DEKAT OFFICE PUN ADA TV
Bila berjaya kat rumah tapi pergi office dia akan boring, dia nak hp lagi so aku beli lak 1 TV letak kat office.
3. BELI APA YANG DIA SUKA DAN BOLEH BELAJAR
Uwais takde mainan, teruknye kami sebagai ibu bapa. Kalau ada pun setakat patung otomen je, patut gila gajet . Dia boring sebenarnya , permulaan aku hanya beli 1 mainan LEGO . First aku duduk dengan dia susun-susun lego. Bina lego
Sekarang dia pandai bina lego sendiri, istana , pistol ,kereta . tugas kita ?
Setiap kali dia cakap ” ami ami ” ,dia tunjuk apa yang dia buat. Walaupun kita sibuk, hanya 1 word yang buat dia semangat .
“ WAHHH CANTIK NYEEE . atau WAHHH UWAIS PANDAI “. Tepuk tangan .. dia akan seronok sangat, percaya lah.
.
4 . TAMBAH MAINAN MASA KE SEMASA
Aku sibuk jadi aku takde masa, semua mainan aku beli. Nak murah beli kt MR DIY .( google outlet MR DIY ). Aku beli yang dia boleh explore dan learn, contoh abc dan animal puzzle ,patung kereta , patung kereta . robot , otomen, ( tgk gambar aku contoh mainan uwais )
Lego dan beberapa mainan aku bawak ke opis dan tinggal kan kat sana . Sebab bagi dia main kat sana. Bila dia dah biasa dgn keadaan umah .
Kalau utube OTOMEN pun dia buat bodo je. seronok susun lego . Masa ni uwais 70% dah lupa gajet dia . Bangun pagi sambil tgk tv dia akan susun lego . TV yang dia redha ntah katon apa ntah . Takde ASTRO CERIA ,pakai tv biasa pepagi ada cartoon tu .so habis masa cartoon habis lah. dia akan main sendiri .
5. MINIMA 1 MINGGU SEKALI MAIN PLAYGROUND
Ni memang ramai parent susah buat faktor kekangan masa tapi sebenarnya aktiviti luar ni sangat penting, bg dia berkawan . Playground sebenarnya tak terhad kepada kawasan taman je . aku bawak smua playground yang aku sempat ,
PLAYGROUND BUKAN TERHAD WAKTU PETANG SAHAJA ..
Pukul 9 malam pun aku bawak main playground , kol 10 balik.
Contoh aku ada nak jmpa client, aku setkan jumpa kt KFC . Kenapa, sebab ada playground . Jumpa kt MCD ,jumpa kt mydin . Kadang tak makan pun tapi sebab hampir dengan playground, Duduk seat paling dekat dengan playground, sangat membantu didik uwais jadi displin .
6. PLAYGROUND DISPLIN KAN ANAK
” UWAIS . jom pergi playground tapi kol 10 kita balik ok . Uwais budak baik . janji ? ”
uwais : anjiiii. Ulang ayat ni 10 kali masa otw pergi main playground. Bila dah dia dok main tu , kol 9.55 .
” uwais kita nak balik dah , lg 5 minit je ( tunjuk jam kt tangan ) Uwais dah janji kan?
Tepat kol 10 panggil dia ” uwais pukul 10 dah , jom balik uwais dah janji kan ” memula dia memang akan nangis .
Dia nak main lagi, tak puas main . tapi lama-lama dia pegang dengan janji dia .Habis main ..” uwais tak nangis . nanti kita datang lg ” .
7 . DIDIK DISPLIN TAPI MAK AYAH JANGAN MENIPU ATAU MUNGKIR JANJI
” Uwais kemas rumah, kemas semua lego . Kalau tak kemas petang ni kita tak pergi PLAYGROUND , kalau tak mamy tak tengok otomen , Uwais kemas rumah mamy bagi coklat ” . Kalau dia kemas .. mesti bawak playground atau apa-apa janji yang kita buat.
Aku tak suka menipu anak . Kalau aku takleh bawak aku paksa suami aku bawak hehehe .Kadang aku sorok lego dia, dia cari. UWAIS jom MANDI .. pas mandi mamy bagi lego
Konsep ni boleh displin kan anak dengan semua keadaan . Dia nak air kotak, dia nk tengok tv, “uwais kemas umah dulu ,mamy bagi air kotak”. Dia faham untuk di didik, kita jangan tipu dia dengan janji palsu bulan dan bintang.
8. BELI BUKU MEWARNA DAN CRAYON COLOUR
Yang ni ni best, buku n crayon colour murah je . Uwais suka sangat mewarna, semua buku beli semua habis dia warna walapun SEDIH ! haha tak betul warna nya tapi dia dapat pegang batang warna dengan kenal warna .
Kenapa CRAYON ? 12 batang baru 3.90 . beli size jumbo, yang besar so tak patah . tak payah susah nak asah . Buku baru rm1.50 . mudah nya nk buat anak seronok. Beli pensil box spiderman . Lepas warna simpan dalam crayon colour dalam box .
Semua anak-anak sangat rajin sebenarnya. Kalau aku cakap UWAIS JOM KEMAS UMAH, dia akan kutip semua crayon colour , lego . semua simpan . Dia akan cakap ” AMI ENAT NYEE ” ( mamy penat nye ).
9. BELI PLAYDOH DAN MAINAN NO 1 PALING DIA SUKA
Uwais suka sgt2 dgn playdoh. playdoh modal tak mahal pun. yang basic dalam rm45 kat toy & us kalau kt MR DIY murah skit. Aku beli playdoh sebab tanah liat tu tak melekat kat lantai atau kotor kan lantai, aku beli jugak pemotong sayur ( kayu )
so lantai tak kotor, nanti dia buat piza , dia buat roti , dia letak dalam pinggan bagi kita makan.. walaupn kita sibuk dengan laptop.
Buat-buat je makan . uwais happy sangat kita makan dia nye playdoh. kalau nak bagi reward kat uwais sebab perangai baik , beli doh tu rm5.90 je. Berbaloi kan ?
10 . MACAM MANA KALAU TENGAH MAKAN ? DALAM KERETA ? MESTI NAK HP KAN ?
Benda yang sama gak, betul memang nk hp . Selalu nye aku bawak mainan dia ,
mainan yang simple contoh mcm puzzle . otomen , animal ( tgk gmbr tengah makan )
Dulu sampai 1 tahap aku takut nak bawak uwais pergi mall . Nanti dia duduk dalam storller dia nak hp . Tapi tu sebenarnya tu semua atas diri kita as ibu n bapa nak didik anak. GAJET atau tak semua boleh di bentuk .Kadang-kadang aku bagi dia gula-gula, kadang bagi sugus tapi bukan hari-hari pun.
Dalam kereta pun ada otomen , pergi hotel pun ada otomen . bg dia tak boring n sentiasa nak bermain, otomen patung ye bukan otomen UTUBE . klau tak otomen pun animal pun dia suka.
Sekarang Uwais 99.9% dah tak bergajet, tinggal dengan mak tok pun dia tak minta gajet. Semua mainan dia aku bawak balik umah mak tok
Paling aku happy dalam tempoh 2 bulan ni, NO TV ? NO PROB, pasang otomen atau tobot pun tak tengok sangat.
TV KAT OFFICE ? sekadar tv.. tak pasang pun no prob, perubahan sangat besar bagi aku dan suami ..
LECEH ? Permulaan nye memang rasa macam tu tapi percaya lah bila korang tengok anak tanpa gajet 1 kepuasan teramat sangat. rasa lapang dan bahagia. Bila anak tanpa gajet 1 benda yang sangat ketara perubahan uwais DENGAR CAKAP
.
Jujur cakap, anak gajet atau tak 100% adalah kehendak ibu bapa tu sendiri
kalau kita sendiri malas dan rimas dengan tangisan anak2 , jadi ubat kepada kemalasan kita tu
adalah GAJET !
paling sedih ipad uwais aku sorok , tp punya sorok sampai sekarang ntah mana.. aku sendiri lupa ipad tuheheheheheh..
share UNTUK IBU BAPA PEKA ANDA TANPA GAJET
Kredit: Nurul Diana
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular baru-baru ini satu rakaman video oleh seorang pelanggan salah sebuah stesen minyak Shell yang cuba mengejutkan pekerja tertidur semasa bertugas ‘shift malam’ sekitar jam 3.50 pagi.
Tidak mahu isu tersebut mencetuskan kontroversi, Pak Cik Shell selaku pemilik stesen minyak tampil membuat penjelasan menerusi satu hantaran Instagram.
Pak Cik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani Husain merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd sejak September 2016.
Dalam perkongsian tersebut, beliau meminta maaf terlebih dahulu kerana pelanggannya terpaksa menunggu pada waktu itu.
Menurut Pak Cik Shell, pekerja itu dipercayai keletihan selepas membantu ibunya meniaga di pasar pada awal pagi.
Ekoran video yang tular itu, pekerja itu telah dihantar untuk buat pemeriksaan kesihatan dan majikannya telah memberikan cuti seketika untuk dia berehat.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Rata-rata memuji dan terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan Pak Cik Shell.
Malah ada yang memuji pekerja itu beruntung kerana mendapat majikan yang sangat bertanggungjawab dan memahami situasi sebenar pekerja.
Dalam masa yang sama, ada yang pekerja tersebut kerana sanggup melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Bahkan mereka turut menitipkan doa supaya pekerja tersebut kembali pulih dan dapat terus berkhidmat dengan baik.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...