Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah kini memasuki trimester akhir kehamilan.
Dijangka bersalin awal Mei ini, bekas pengacara Nona ini berkongsi keadaannya yang kini sering mengalami sakit belakang dan kaki yang semakin membengkak.
“Sekarang pun dah sarat kalau ikutkan, kandungan usia dah masuk lapan bulan lebih saya dah mula rasa kerap sakit belakang, kaki pun selalu bengkak.
Saya berhasrat melahirkan anak secara normal. Tetapi, iyalah, semuanya bergantung kepada keadaan. Kita tengok pilihan mana yang okay nanti.
“Sekarang saya masih lagi ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan sebelum fokus bercuti bersalin selepas 5 April nanti,” kata Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini.
Mengulas persiapan dalam menyambut kelahiran anak sulungnya itu, Mira berkata tiada persiapan khusus dilakukan dan masih belum selesai lagi.
“Persiapan sebenarnya banyak benda belum selesai kerana masih sibuk dengan kerja. Jadi saya banyak tempah secara online sahaja macam baju anak.
“Bukan sahaja kerana bimbang akan virus Covid-19 sekarang, malah saya sendiri tak terhadkan untuk keluar. Cuma memang kekangan dari segi masa sahaja.
“Dari segi persiapan mental saya tak banyak fikir sangat ada sahaja bersembang dengan kawan mengenai proses bersalin dan sebagainya selebihnya saya hanya berfikiran positif.
Ads
Semua barangan dibeli saya hantar ke rumah emak. Saya akan berpantang di rumah emak.
“Bagaimanapun, saya tidak merancang tempoh rehat selepas bersalin. Semuanya bergantung kepada keadaan diri dan anak. Kalau semua terkawal, saya boleh kembali bekerja.
“Lagipun, saya tiada komitmen kerja yang dipersetujui selepas bersalin dan berpantang. Kebanyakan syarikat produksi nyatakan andai saya sudah boleh bekerja, jangan lupa beritahu mereka,” katanya lagi.
Mengenai nama untuk si comel, Mira berkata, beberapa nama sudah dibincangkan dengan suami.
Ads
“Cuma belum diputuskan nama yang akan dipilih. Insya-Allah, nama dan jantina anak akan dimaklumkan selepas saya bersalin.
“Majlis mengalu-alukan kehadirannya seperti ‘baby shower’ pun tidak dibuat secara khusus. Lebih kepada sesi makan dan santai bersama kawan-kawan dan keluarga,” katanya
Terdahulu, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 2 September 2020 dan diraikan dalam empat majlis berasingan.
Setiap anak ada cara tersendiri untuk menghargai dan melayan ibu bapa mereka. Inilah masanya untuk membalas kembali jasa Dan pengorbanan ibu melahirkan dan membesarkan dengan penuh kasih sayang.
Demikian juga dengan pelakon Fikry Ibrahim. Dia rajin berkongsi video mahupun gambar bersama Ibunya,Bibi Zaleha. Rata-rata peminatnya cukup kagum dan terharu melihat cara pelakon ini melayani ibu kesayangannya itu.
Menjengah perkongsian terbaru Fikry, kelihatan satu video baru dia bersama ibunya ketika berada di dalam kereta.
Menurut pelakon Rahsia Hati Perempuan ini, disebabkan tidak boleh turun ,mereka memilih untuk makan di dalam kereta. Walaupun tidak kelihatan wajah Fikry dalam video ini dan hanya ternampak tangannya sahaja mengesat mulut ibunya dengan tisu, momen tersebut membuatkan peminat kagum dengan cara Fikry menyantuni ibunya.
Sang ibu pada awalnya tidak menyedari perlakuannya dirakam menerusi video berkenaan. Dia kemudiannya hanya tersenyum dan mengatakan ‘ terima kasih mendoakan makcik ‘. ibu mana yang tidak terharu dan sebak dilayani oleh anak sedemikian ketika sakit.
Keluar bersama keluarga dan anak-anak itu merupakan antara detik yang cukup menggembirakan malah menjadi aktiviti yang mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Lazimnya melakukan riadah bersama-sama orang tersayang pada waktu yang terluang terdapat banyak perkara boleh kita lakukan. Selain pergi ke taman rekreasi, pergi ke pusat membeli belah untuk ‘cuci mata’ dan sebagainya, anda juga boleh lakukan seperti keluarga Diana Amir ini, bermian ice skating.
Aktiviti ini telah mencuri tumpuan wargamaya apabila Diana Amir selepas tampil berniqab pada awal tahun lalu, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dirinya bermian ice skating sambil ditemani suami dan tiga cahaya matanya iaitu Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra, dan Muhammad Khalid Al Habib.
Rakaman yang dimuat naik di laman IG milik Diana itu mendapat perhatian ramai apabila di dalam rakaman tersebut Diana dilihat turut beriadah meluncur ais bersama anak-anaknya.
Apa yang lebih mencuri perhatian umum, apabila Diana yang mengenakan pakaian jubah hitam dan berniqab begitu asyik meluncur ais.
Biarpun bejubah dan berniqab, Diana mengakui itu kali pertama dia meluncur ais dengan berpakaian begitu. Diana turut mengakui pandangannya jauh lebih jelas walaupun wajahnya berniqab.
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan dan antaranya adalah seperti :
“masyaAllah kak…dh macam Elsa versi Muslimah sy tgk…wlpn tutup likup tp nmpk sgt indah di mata ❤️ flowy kain tu main peranan 😆😆”
“Eee best nya main ice skating,, kita ni main xpandai asik jatuh gedebuk je.. hahahha”
“terornyaaa, proud muslimah❤️🙌😍”
“Diana amir saya cemburu dengan awak.. Tengok keazaman awak, istiqomah awk menjadi hambar Allah yang taat saya saya cemburu dan kagumi.. Mudahan saya juga Allah bantu beri keazaman serta istiqomah yang sama”
Sumber : Ig Diana Amir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Satu lagi kes kematian anak akibat ditinggalkan di dalam kereta berlaku semalam. Dlam kes tersebut si ayah terlupa akan anaknya yang sedang tidur di tempat duduk belakang. Kejadian sedih tersebut mengundang reaksi ramai. Rata-rata menghulurkan takziah dan mengharapkan keluarga mangsa sabar dengan dugaan tersebut.
Ini bukanlah sesuatu yang disengajakan dan tiada ibu bapa yang sanggup membiarkan darah daging sendiri menderita kepanasan sehingga meninggal dunia, tetapi takdir Allah tak siapa mampu menduga. Mungkin ada antara kita yang tidak tahu, di dalam aplikasi penunjuk arah atau Waze ada ‘child reminder’ di mana pengguna hanya perlu mengaktifkan bahagian ‘Reminders’.
Kemudiannya, tekan butang ‘Child reminder’ dan anda boleh menetapkan ‘Custom message’ dengan menulis nama anak dan sebagainya.
Paling menarik, peringatan tersebut bukan sahaja akan keluar di skrin telefon malah juga melalui audio yang akan mengingatkan ibu bapa mengenai anak-anak setibanya mereka di destinasi. Memang sangat berguna!Inilah yang dikongsikan oleh puan Nadia Arluna menerusi laman facebooknya.
Takziah kpd famli anak kecil yg meninggal smlm krn tertinggal d dalam kereta.. Sedih bile ade sad news bkaitan budak2 kecil ni.. Dan lagi sedih bile ade yg ckp klau xpakai carseat mesti xjadi mcm ni.. Carseat lagi d persalahkn
Bagi pengguna WAZE, perasan x dlm tu ade function utk Child Reminder? Function de adalah utk mengingatkn kite bile kite arrived kt satu2 tempat, Child Reminder tu akn pop-out keluar (Rujuk gambar kanan). Dan Child reminder function ni bole d setting dlm waze (Rujuk video d bawah)
Sorry krn hujung video tu ade iklan.. Video ni sy buat masa rilek2 scroll2 pasal carseat awal Januari haritu.. Tibe2 terfikir bile government dh implement penggunaan carseat, mesti ade parents yg terlupa ade anak dalam carseat.. Lagi2 baby yg perlu d letakkn d belakang.. Possibility utk tertinggal dlm keadaan kelam kabut tu ada sbb baby ni bile masuk carseat kebiasaan nye tertidur.. Parents mmg bole terlupa ade anak d blkg.. I nk post dr awal jan haritu mase blum ade kes lagi.. Tp husband ckp xpayah la.. Mane ade org nk trtinggal anak dlm kereta.. I pun krik2 la trus simpan video ni.. Bile jd kes smlm, I mmg perlu pos video ni.. Memandangkn ramai yg gune apps Waze.. Jd maaf ye iklan hujung tu.. Mcm xsesuai bile dh ade kes kematian mcm ni.. Nk edit balik xdone dah.. Xpayah tengok la iklan tu..
Function Child Reminder ni mmg berguna sgt.. Ada anak kecik memang xlari dr klam kabut dan terlupa.. Cuma kelemahan de kalau xbukak apps Waze tu, xfunction la Child Reminder ni.. Tp utk pengguna Waze dan yg ade ank kecil, sy sarankn la utk on kn Setting ni krn mmg sangat membantu.
Posted by Nadia Arluna on Monday, 17 February 2020
Sama2 la kite mencegah dr berlaku.. Yg dah berlaku tu harap kuatkn semangat .. Bende mcm ni xde parents pun nk ia nya terjadi.. Kite ni yg masih xhadapi bende mcm ni, jgn la salahkn penggunaan carseat.. Cube study pasal carseat tu.. U akan jumpe something yg mmg carseat ni perlu utk protect ank sewaktu dlm kenderaan.