Belum selesai tempoh berpantang, penyanyi Shila Amzah sudah pun kembali beraksi di atas pentas nyanyian.
Menerusi perkongsian di TikTok, ibu kepada bayi comel Rhea Akira ini dilihat sedang melakukan persiapan untuk mengadakan persembahan untuk sebuah majlis.
Menurut perkongsiannya, Shila membuat persembahan untuk mendendangkan lagu tema bersempena sambutan ulang tahun persahabatan antara Malaysia dan China.
“Kerja pertama setelah tiga bulan, dari hujung trimester, bersalin dan berpantang. Bismillah, ayuh kita kayuh.
Ads
“Kembali bekerja, walaupun belum habis pantang, saya masih ada beberapa hari lagi tapi kira halal la.
“Persembahan hari ini untuk sambutan 50 tahun persahabatan antara China dan Malaysia, jadi saya akan menyanyikan lagi temanya,” tulis Shila menerusi kapsyennya.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji perubahan fizikal penyanyi berusia 33 tahun itu yang kelihatan kurus walaupun baru sahaja melahirkan anak.
Biarpun belum habis pantang, Shila dilihat cukup cergas dan sihat untuk Kembali ke pentas nyanyian.
Terdahulu, Shila dan suami, Ubai MZ telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Bila sakit kepala menyerang, semua kerja jadi tertangguh. Sakit yang tiba-tiba menyerang buat kita hilang fokus pada kerja-kerja kita. Kalau di rumah pasti ada bekalan ubat yang tersimpan kemas di dalam peti ais untuk meredakan
sakit.
Kalau berada di dalam kereta atau di pejabat pasti gelabah juga dibuatnya. Maklumlah ubat tidak ada, sakit pula makin berdenyut-denyut.
Jika tiba-tiba diserang sakit kepala, anda boleh ke kafe atau minta rakan belikan minuman jenis ini untuk meredakan sakit kepala anda. Kenali 5 jenis minuman ini yang bertindak meredakan masalah sakit kepala anda.
Kopi
Kopi berupaya untuk meringankan sakit kepala yang berlebihan. Kafein yang terkandung di dalam kopi inilah yang bertindak sebagai bahan utama untuk meredakan sakit kepala. Sekiranya anda diserang sakit kepala pada siang hari, cubalah minum secawan kopi untuk meredakan sakit kepala serta menghangatkan tubuh.
Air Halia
Air halia atau teh halia mungkin membantu anda meredakan sakit. Halia bertindak membuang angin sekaligus meredakan masalah angin yang menyerang kepala. Jika anda muntah, sakit pasti kembali reda.
Teh Hijau
Teh hijau mengandungi antioksidan yang merangsang sistem saraf dan mengaktifkan otak untuk mengurangkan stress, penyebab kepada masalah sakit kepala ini. Minumlah secawan teh hijau panas. Sangat membantu!
Teh Hitam
Kandungan kafein yang tinggi dalam teh hitam ini mampu meredakan sakit. Tambahkan kepekatannya dan minumlah tanpa ragu-ragu. Angin juga akan dapat dikeluarkan dengan mudah.
Susu Halia
Secawan susu halia yang panas sangat membantu untuk meredakan sakit malah membuang angin dengan pantas. Sifat susu yang mengenyangkan juga buat sakit makin tenang dan terkawal. Jika terasa hendak muntah, itulah langkah sebaiknya untuk meredakan sakit kepala.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biji kacang bendi telah lama digunakan di Turki untuk membantu masalah diabetis.
Ini kerana;
a. Biji kacang bendi kaya bahan ‘procyanidin’ (bahan antidiabetis)
b. Kacang bendi juga kaya fiber larut air (fiber larut air akan kawal gula dalam darah)
c. Kacang bendi bantu kawal aktiviti enzim ‘amylase’ dan ‘glucosidase’ (bantu kawal pemecahan kanji kepada gula)
Fiber larut air dalam dalam kacang bendi juga bantu kawal kolesterol darah.
Makan kacang bendi juga boleh kurangkan rasa letih. Ia bertindak dengan kurangkan ‘asid laktik ‘ dan tingkatkan antioksidan darah.
Semua fakta ini dikongsikan oleh Dr Suri Roowi tentang istimewanya kacang bendi.
Rugi kiranya jika kita tidak manfaatkannya. Manakala melalui perkongsian dari Dr Izaza Mohd Zan, turun mengakui bahawa kacang bendi kaya dengan kalsium.
Malah Dr Izaza turut berkongsi resipi untuk menyediakan menu kacang bendi yang ringkas, sihat dan menarik untuk dicuba.
Selain itu,banyak juga tip dan pesanan yang diberikan. Jom semak apa katanya.
“Selain nama kacang bendi ada ke lagi nama lain? Sebab tau kacang bendi atau lady’s finger jek. Ni lagi satu sejenis sayur yang ada banyak CALCIUM kalau dimakan mentah atau dimasak.
“Kalau masak jangan lama-lama sangat, nanti khasiat kacang bendi hilang. Kalau masak pun celur-celur je jangan terlalu lama masak.”-Dr Izaza
BAHAN-BAHAN:
Kacang bendi, lengkuas, bawang merah, bawang putih, cili api, asam keping dan garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
1. Didihkan air di dalam periuk dan dalam masa yang sama hiris lengkuas, bawang putih.
2. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan tadi bersama asam keping.
3. Setelah itu hiris bawang merah dan masukkan ke dalam rebusan.
4. Akhir sekali masukkan bandi dan rebus seketika.
5. Sedia untuk dinikmati.
Sumber : Izaza Mohd Zan via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ajal maut di tangan tuhan, tidak kira usia muda atau tua bila-bila masa sahaja kita akan dijemput pulang ke negeri abadi. Apatah lagi ketika pandemik ini, nyawa seseorang begitu mudah direntap tanpa dijangka.
Inilah yang terjadi pada pasangan suami isteri yang pada awalnya terasa teruja menanti kelahiran anak sulung mereka ke dunia. Namun tanpa diduga si isteri menjadi korban Covid-19 hingga meranapkan impian si ibu untuk menatap wajah anak sulung yang dikandung.
Menurut Mohd. Aiman Syakir, 26, isterinya, Allahyarham Izzati Najah Amran, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang kelmarin.
Katanya, arwah menghembuskan nafas terakhir selepas dua hari melahirkan bayi perempuan yang dinanti-nantikan mereka.
“Kami ke hospital pada Khamis lalu kerana isteri sudah rasa sakit bersalin dan dia perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan masuk wad.
“Bagaimanapun isteri saya didapati positif Covid-19 dan doktor terpaksa mengeluarkan bayi dengan segera,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya, isterinya selamat melahirkan bayi seberat 3.02 kilogram itu pada pukul 5 pagi, Sabtu lalu namun tidak dibenarkan untuk melihat anaknya sebelum kesihatannya merosot.
“Dia ditidurkan selepas oksigennya turun kepada 30 peratus sebelum disahkan meninggal dunia semalam,” ujarnya.
Bayi Dalam Keadaan Sihat
Aiman yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang berkata, bayi mereka masih ditempatkan di Hospital Pulau Pinang dan dalam keadaan sihat.
“Buat masa sekarang keluarga arwah isteri di Pendang akan menjaga anak kami memandangkan saya dan keluarga di Pulau Pinang perlu menjalani kuarantin,” jelasnya.
Tambahnya, arwah mahu menamakan anak mereka dengan nama Lilly Elleyna yang diberikan sejak awal kehamilannya.
“Saya sedih kerana kehilangan arwah isteri ketika usia perkahwinan kami baru lebih setahun dan baru menerima kelahiran cahaya mata pertama.
“Saya reda dan perlu lebih kuat untuk menjaga anak pertama kami ini walaupun dia tidak sempat rasa kasih sayang ibunya. Saya juga berharap keluarga dapat mendoakan dan beri semangat kepada saya,” katanya.
Jenazah Allahyarham Izzati Najah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Tengah, Pendang dekat sini pada pukul 12 tengah malam semalam selepas selesai proses bedah siasat.
Menakala memetik petikan berita di Harian Metro, kakak iparnya turut berasa sedih di atas permergian Izzati Najah dan turut memaklumkan mereka baharu sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan pada Julai lalu.
“Sedih kerana mereka (Izzati Najah dan Aiman Zuhaili) baharu menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 19 Julai lalu dan kedua-duanya teruja menanti masa untuk menimang cahaya mata sulung.
“Bagaimanapun Allah lebih menyayanginya dan mahu atau tidak, kami sekeluarga perlu reda malah bersyukur kerana dapat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah ketika doktor membuat panggilan video sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.