Kes Dua Beradik Lemas, Kereta Terjunam Sungai, Bapa Direman, Polis Kesan Ibu Kandung. Polis menahan reman bapa kepada dua kanak-kanak yang maut selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke Sungai Linggi, Tanjung Agas pada Khamis lalu. Turut direman ialah teman wanitanya yang juga berada di lokasi ketika insiden berlaku.
Kes Dua Beradik Lemas, Kereta Terjunam Sungai, Bapa Direman, Polis Kesan Ibu Kandung
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kedua-dua suspek direman bermula 5 hingga 11 September selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Seremban.
Beliau turut mengesahkan bahawa wanita berusia 41 tahun yang berada dalam kenderaan bersama dua beradik tersebut bukan ibu kandung mereka, sebaliknya adalah teman wanita kepada bapa mangsa.
Kredit foto: Sinar Harian
“Setakat ini, status hubungan antara bapa dan ibu kandung kanak-kanak tersebut masih belum dapat dipastikan sama ada mereka masih suami isteri atau sudah berpisah,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan kedua-dua suspek ditahan selepas keterangan yang diberikan menimbulkan keraguan.
Ads
“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes yang masih dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Ujian air kencing terhadap kedua-dua mereka didapati negatif, namun semakan ke atas kereta yang digunakan didapati merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang dalam satu laporan polis di Nusa Bestari, Johor pada tahun 2022,” katanya.
Dalam tragedi tersebut, dua beradik berusia enam dan lapan tahun ditemukan lemas selepas terperangkap dalam kenderaan yang terbabas ke dalam sungai berkenaan. Difahamkan, kereta itu diparkir di tebing sungai dalam keadaan enjin dimatikan sebelum menggelongsor masuk ke air, manakala bapa mereka dikatakan keluar sebentar untuk merokok.
Ads
Polis kini sedang berusaha mengesan ibu kandung kepada kedua-dua kanak-kanak berkenaan bagi melengkapkan siasatan.
“Setakat ini, status hubungan antara bapa dan ibu kandung kanak-kanak tersebut masih belum dapat dipastikan sama ada mereka masih suami isteri atau sudah berpisah,” katanya.
Pastinya apabila kita berada dalam satu perkahwinan, kita ingin melayarinya dengan penuh ketenangan dan kasih sayang.
Namun, kadang kala, badai tetap melanda sebuah rumah tangga itu. Tiada lagi persefahaman. Jika itu yang terbaik, maka berpisah jalan penyelesaian segala masalah.
Sebagaimana perkongsian Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria ini. Moga kita terus muhasabah diri.
Lepaskan, Jika Dia Minta Cerai
17 tahun dlm training korporat. Sy jumpa ratus ribu manusia. Slps hbis training, org cerita kisah hidup mereka. Sy belajar bukan sekadar dari berguru, dari buku, dari training & tauliah tetapi lebih lagi pelajaran dari pengalaman org sekeliling.
Set appointment. Dtg 2 org ni sorang tersangatlah cantik, sorang amatlah segak. Bukan level biasa2 ni. Org ada2 pula tu. Dlm hati berkata.. “Hai.. Sepadannyalah.. Ya Allah. Apa lg yg dicari…”
Dtg bersungguh berapa pun snggup byr untuk konsultansi asalkan dpt jumpa saya. Pasangan muda, dah 10 tahun.
Rupanya suami makan luar dgn kawan kerja. Isteri org pulak tu. Ni kali ke 10 curang dgn org berbeza.
Isteri remuk hati. Suami dtg mahu minta jalan bagaimana mahu pertahankan rumahtangga. Taknak cerai. Isteri pula nk minta cara bagaimana nak redakan remuk di hati. Dah berulang kali bg peluang. Dan isteri nak cerai. Sekarang apa nak buat?
Begitulah. Bila masa tak cukup untuk berdua. Jasad ada, tapi hati di tempat lain. Keluar pagi, balik mlm. Di ofis masa 8 jam tiap2 hari. Paling bnyk berjumpa, diskus, ada pula yg sentiasa depan mata, teman makan, teman sembang, teman gurau2, teman naik kereta sekali, ngusik2, ambil berat, cerita hal pasangan masing2 yg begitu begini..
Bila dh kerap jumpa, dan jumpa untuk masa yg panjang, maka tarikan tu kuat. Yg lebih kuat tu yg dah kahwin ni. Iblis takkan biarkan begitu saja. Yg haram dihiaskan jd amat2 menarik dan cantik ‘menyejuk’ hati walau wajah asal tak sebegitu. Yg tak jaga pandangan ni, dan tak jaga batas2 pergaulan atas dasar kerja, lagilah mudah jatuh dlm perangkap. Dan akhirnya…. Hmm.. Tak sdr pun benda tu berlaku. Plan taknak buat lagi, alih2 buat jugak.
Tak bnyk yg sy tanya pd pasangan ni. Tanya sikit pun dh dpt jawapan.. Rupanya dah talak 3 dh pun. Selesai dh pun. Selama ni hidup bukan sebagai suami isteri lagi pun. Hidup dlm dosa sbb dlm perkahwinan dh terjadi berkali2 talak luar mahkamah. Dah confirm lafaz yg jelas dlm peristiwa yg berbeza dan kali ni dah lafaz talak kali ke 3. Lepas tu main rujuk sendiri2. Ok tak perlu ckp bnyk dh. Begitulah…
Yg perlu buat skrg terus ke mahkamah. Yg perlu buat skrg, bawa haluan masing2 dan baiki diri. Yg perlu buat skrg, tukar tempat kerja sebagai hijrah dari maksiat yg dh bersarang kat situ. Yg perlu buat skrg top up ilmu agama & berguru cari jln keluar dari ketagihan buat jahat. Yg perlu buat skrg taubat sungguh2 & top up dgn kebaikan dan kebaikan smpai hujung nyawa. Yg perlu buat skrg, tutup aib rapat2. Yg perlu buat skrg, mula dgn cari ketenangan di masjid & jaga solat jemaah. Jika perlu, jumpalah psikitrist, kaunselor, rawat diri..
Pinggan kalau dh pecah berderai tak boleh lekatkan dgn gam. Sebelum pecah, jaga baik2 jgn bagi jatuh. Kdg dah jaga, pegang baik2 pinggan pun, tiba2 jatuh jugak, itulah takdir. Move on. It is a learning process in life.
Kdg kita sgt sgt sgt berharap org tu berubah, tp setiap kali pun makan hati tak berubah2, berubah sekejap buat balik. Jika dia nak berubah, ya dia akan buat. Jika tidak, stop bermimpi. Jika kita pilih jln untuk bersama dgn dia, kita mesti bahagia. Tu syaratnya.
Ambil kertas, tulis 10 sebab kenapa aku perlu bersama dia atau 10 sebab kenapa aku perlu bercerai dgn dia. Timbang tara mana yg lebih bnyk & lebih beri manfaat untuk diri. Istikharah dan istikharah.
Kalau isteri minta cerai, mudahkan. Lepaskan. Itu nasihat sy setelah meneliti tidak ada ruang untuk menyatu-kembalikan hati yg dh pecah kecamuk.
Jika masih ada ruang, ya beri peluang. Jika tidak, bincang sehabis baik, pujuk sehabis baik, ubah dan buktikan, jika tidak, cukuplah. Jgn siksa lagi. Lepaskan. Kita simpan org yg tak ada lg hati untuk kita, tentulah sebenarnya kita menyeksa org itu.
Benar ada org bertahan kerana anak & ini kes paling bnyk sy jumpa.Bila anak dh besar, dah jadi Tok Wan, Tok Nek, tiba2 bercerai. Terpulang. Mana2 yg kita pilih, pastikan kita bahagia di dunia & di akhirat. Jgn hidup dlm derita.
Jln hidup kita berbeza. Jgn sakiti diri sendiri, dan jgn pula sakiti org lain.
Stop nasihat itu ini hal rumahtangga org lain dgn cara mengejek2, memerli @ menghina. Nasihat dgn doa itu lebih mulia. Hadiahkan Al- Fatihah, mudah2an yg sdg diuji dpt keluar dari ujian tersebut. Mudah2an kita selamat dari ujian sedemikian.
Sumber: Noor Laila Aniza Binti Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam kecoh di media sosial kontroversi hutang RM1 juta, aktres terkenal, Rozita Che Wan.
Pada hari yang sama pada malamnya dia tampil menjual baju terpakai secara langsung di aplikasi TikTok miliknya.
Menerusi siaran langsung itu, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mempromosikan baju terpakai miliknya serta ahli keluarga.
Kemunculan Che Ta nyata menarik tontonan lebih 20,000 pengguna selain mendapat kira-kira 200,000 tanda suka.
Meninjau diruangan komen siaran langsung berkenaan, Che Ta dilihat tidak menghiraukan komen-komen terbabit serta hanya fokus terhadap barang jualannya.
Ujarnya, jualan baju-baju berkenaan adalah untuk mengosongkan rak di premis miliknya.
Terdahulu Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersama peguam dan wakil mahkamah menyerbu kediaman Rozita di Kota Damansara berikutan pelakon tersebut didakwa gagal melunaskan hutang pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Selain membuat penilaian harga, pelbagai barangan peribadi bernilai hampir RM100,000 milik pelakon itu turut disita sementara menunggu proses lelongan yang dijangka dibuat dalam tempoh dua minggu lagi.
Sumber: Tiktok Che Ta & Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak kelas pendidikan khas, bangga pencapaian anak, bapa tak pernah rasa malu. Seorang bapa membuktikan kasih sayang sejati tidak mengenal batasan apabila beliau tidak pernah merasa rendah diri memiliki anak istimewa yang mengikuti kelas Pendidikan Khas.
Anak Kelas Pendidikan Khas, Bangga Pencapaian Anak, Bapa Tak Pernah Rasa Malu
Sanusi Ali, seorang penasihat jualan kenderaan, meluahkan rasa bangga terhadap anak keduanya daripada empat beradik, Muhammad Hazem Sanusi yang kini berusia 13 tahun. Muhammad Hazem didiagnos dengan Disleksia ketika berusia 10 tahun oleh pakar perubatan.
Sanusi, 52, yang membesarkan anak-anaknya sebagai bapa tunggal setelah kehilangan isteri beberapa tahun lalu, berkongsi perjalanan anaknya yang istimewa itu.
“Hazem mula disahkan menghidap Disleksia ketika dia berumur 10 tahun. Saya segera mendaftarkannya di sekolah yang menyediakan kelas Pendidikan Khas bagi membantunya,” katanya.
MUHAMMAD HAZEM TELAH MERAIH ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM UNTUK PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SESI AKADEMIK 2024/2025. BELIAU MEMENANGI PINGAT EMAS DALAM ACARA 100 METER LELAKI BAWAH 12 TAHUN DENGAN CATATAN MASA 14.87 SAAT.
Selain itu, Hazem turut menyertai pelbagai kejohanan seperti pertandingan petanque Pendidikan Khas jemputan antara daerah Kulim, Kedah, serta kejohanan merentas desa dan olahraga Pendidikan Khas untuk acara 400 meter dan 800 meter.
Walaupun berdepan kekurangan, Hazem tetap bersemangat mengambil bahagian dalam kem jati diri di peringkat sekolah, menunjukkan minatnya yang mendalam terhadap aktiviti sukan.
Sanusi turut menggunakan media sosial sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan menyedarkan masyarakat mengenai potensi anak-anak istimewa. Beliau percaya bahawa setiap anak istimewa berhak diberikan peluang untuk mengembangkan bakat dan minat mereka sepenuhnya.