Nama penyanyi popular, Datuk Hattan menjadi sebutan hangat kebelakangan ini di media sosial selepas ‘sekolahkan’ seorang pembaca berita baru-baru ini.
Bukan hanya itu, isterinya, iaitu Datin Arianie Abidin mendedahkan ada menerima ugutan bunuh dan santau susulan insiden suaminya itu.
Menerusi hantaran di Instagram Stories (IG Story), Arianie berkata dia dan suami telah menjadi mangsa kecaman netizen selain dihina, diugut dan dilemparkan dengan kata-kata yang kurang sopan.
“Tentang kes suami sis (Arianie) yang viral, dikecam, dihentam, dicaci dimaki, disumpah, diugut daripada netizen yang sangat mulia dan baik budi bicara.
“Walaupun ramai yang kata bagi la pencerahan tapi bagi sis tak perlu kot sebab sis perhati kalau sis berkata-kata pasti ada yang cakap “ala suami dia, mestilah dia pertahankan”.
“Tidak apa lah biarlah sis simpan cerita sebenar. Hanya keluarga dan sis sahaja yang kenal dia.” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, Arianie turut mendedahkan bahawa pelantun lagu Mahligai Syahdu itu tidak pernah membaca segala komen yang ditinggalkan netizen, sebaliknya dia yang mengawal aktiviti di media sosial suaminya itu.
Menurut Arianie lagi, air matanya jatuh setiap kali membaca komen negatif yang dilemparkan oleh warganet.
“Untuk pengetahuan semua, saya yang jaga IG suami dan saya yang private IG dia. Suami tak baca pun komen. Menitik juga air mata sis bila baca komen-komen.
Ads
“Tetapi sebagai isteri, saya kena kuat dan sentiasa berada di belakang suami. Walau apa pun jadi, baik atau buruk, dia suami saya.
“Semoga semua ambil iktibar, tiada yang sempurna, setiap manusia ada buat kesalahan. Jangan komen sehingga menimbulkan fitnah”, tambahnya.
Sementara itu, Arianie turut memuat naik beberapa tangkap layar yang memaparkan mesej ugutan yang diterimanya.
Ads
Terdahulu, nama Hattan panas dan menjadi bahan bualan netizen di media sosial selepas insiden menempelak penyampai berita Astro Awani kerana mendakwa tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan kepadanya.
Soalan diajukan kepada penyanyi itu susulan pemergian vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael yang menghembuskan nafas terakhir pada 27 April lalu.
Jika suami sentiasa tolong menolong isteri tentu ada bahagia menanti. Begitu juga petua yang diamalkan oleh penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni yang mendedahkan cara ibu ayahnya bahagia yang kini.
Kadang kala, petua orang dulu-dulu memang praktikal untuk diikuti agar kebahagiaan rumah tangga kekal abadi. Melalu perkongsiannya, Haziq melahirkan rasa kagum melihat kebahagiaan ibu bapanya selama 30 tahun. Jalinan kemesraan ibu bapanya menjadi idola kepada Haziq melayari kehidupan bersama isteri tersayang Ayunda Putri.
“Happy anniv to the couple that I most admire! 30 years and still counting doh. Aku dah cuba korek rahsia rumahtangga bahagia. Baba cakap for longlasting relationship, kita ni suami kena kuat, jangan sesekali bagi chance dekat isteri, apa barang kannn.”
“Nampak isteri lipat kain, kita jangan kasi chance, belajar lipat kain, nampak isteri basuh pinggan, jgn bg chance kita rebut pi basuh pinggan, lap meja lepas makan pun sama, jangan bg isteri chance! In Shaa Allah kekal bahagia selamanyaaaa.”
Untuk rekod, pasangan Haziq dan Putri mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini, Muhamad Heidy Nufael yang berusia dua tahun dan Chayra Auliya, setahun.
Sumber: Instagram haziq_hotfm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
buah hati kita, dan katakan padanya, “ayah / ibu menyayangimu, maka kami hantar kau ke sini”
8.Peluk cium anak anda dan ucapkan selamat berjumpa kembali. Simpan sikit air mata tu, kat dalam kereta nanti boleh nangis sampai banjir. Good luck parents!!!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Banyak makanan yang dijual sebagai makanan kesihatan sekarang melabelkan makanan itu sebagai tinggi serat.
Kita selalunya agak keliru mengenai fakta ini kerana pemahaman kita perihal kelebihan serat kepada kesihatan masih terbatas.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad.
Sebenarnya, terdapat banyak kajian menunjukkan kelebihan pengambilan serat secukupnya setiap hari mampu mencegah pelbagai penyakit kronik.
Serat sebenarnya adalah bahan karbohidrat iaitu selulos yang terdapat dalam tumbuhan yang biasanya tidak boleh dihadam oleh sistem penghadaman dan akan dikeluarkan semula di dalam najis kita.
Ia terbahagi kepada jenis boleh larut dan tak boleh larut. Serat yang tidak larut boleh kita lihat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan dan jenis serat boleh larut adalah seperti pektin, inulin dan beta glukan.
Makanan yang tinggi serat adalah seperti beras perang, tepung gandum serat penuh (wholegrain), oat, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kajian mencadangkan pengambilan serat sekurang-kurangnya 30 hingga 32 gram setiap hari cukup untuk memberikan faedah kesihatan dengan mengurangan risiko penyakit seperti diabetes jenis 2, sakit jantung koronari, darah tinggi, strok dan kanser.
Kajian menunjukkan pengambilan serat yang cukup membantu mengawal paras kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi, mengawal paras glukosa darah, meningkatkan sensitiviti insulin kepada sel tubuh dan mengurangkan masalah keradangan mikro yang menyebabkan masalah pengerasan saluran darah atau atherosklerosis.
Kajian menunjukkan pengambilan serat yang tinggi membantu melawaskan pembuangan air besar dan mencegah masalah sembelit. Ini kerana serat meningkatkan kadar pergerakan usus dan melancarkan sistem penghadaman makanan dalam usus.
Kajian juga menunjukkan pengambilan serat yang tinggi mencegah penyakit buasir dan kanser usus yang berpunca daripada masalah sembelit kronik.
Pengambilan serat yang tinggi dalam pemakanan juga membantu mengawal berat badan selain mengurangkan obesiti. Kajian menunjukkan makanan karbohidrat berserat tinggi juga mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah dan akan membantu mengawal paras glukosa darah dengan lebih baik di samping mengurangkan kolesterol yang tinggi.
Dalam satu kajian meta analisis di Eropah dan Amerika Utara membabitkan sejuta peserta menunjukkan penurunan risiko kematian akibat penyakit kronik sebanyak 10 peratus dengan setiap peningkatan 10gram serat setiap hari.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan pada 2013 melaporkan setiap tujuh gram lebihan serat yang dimakan setiap hari akan menurunkan risiko penyakit strok sebanyak tujuh peratus. Jumlah tujuh gram serat ini adalah seperti pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak dua hidangan tambahan setiap hari.
Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan 2014 pula menunjukkan pengambilan tambahan 10 gram serat boleh larut berkaitan dengan pengurangan risiko 15 peratus kematian akibat penyakit kronik secara umum.
Kajian juga menunjukkan seseorang yang mengambil serat paling tinggi mengurangkan risiko 25 peratus kematian akibat penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser dan strok untuk 10 tahun mendatang berbanding dengan seseorang yang sangat kurang mengambil serat dalam pemakanan seharian mereka.
Serat juga penting untuk kesihatan kerana ia menjadi makanan utama kepada bakteria baik atau probiotik dalam usus kita.
Kuman baik probiotik membantu meningkatkan imuniti atau sistem pertahanan antibodi tubuh kita. Oleh itu, secara tidak langsung serat membantu dalam mengekalkan tahap imuniti tubuh yang terbaik.
Kadar pengambilan serat sebanyak 30 gram sehari cukup untuk membekalkan makanan kepada bakteria baik dalam usus dan membantu perkembangan baik bakteria di dalam usus kita.
Masyarakat kita sekarang amat rendah pengambilan serat dalam pemakanan seharian kerana pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang amat rendah.
Kita selalu lebihkan pemakanan karbohidrat rendah serat seperti nasi putih, roti putih dan makanan proses berasaskan tepung gandum putih yang amat rendah seratnya.
Kajian Universiti Harvard menunjukkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang cukup dalam hidangan kita adalah sebanyak 50 peratus daripada jumlah makanan dalam pinggan setiap hidangan yang kita makan setiap hari.
Kita perlu banyak mengambil makanan yang tinggi serat setiap hari dengan cara makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran di samping pengambilan makanan tinggi serat seperti beras perang, roti gandum berserat penuh, oat dan sebagainya.
Makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi pelbagai khasiat lain seperti vitamin, mineral, antioksidan dan enzim yang amat baik untuk kesihatan.
Terdapat beribu kajian menunjukkan kelebihan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mengekalkan kesihatan dengan lebih baik dan mencegah pelbagai penyakit kronik dan di antara punca utama kelebihan ini adalah kerana kandungan seratnya yang sangat tinggi.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.