Sebagai ibu bapa, anda sepatutnya mengawasi anak-anak lebih-lebih lagi apabila berada di tempat awam. Ini kerana, akibat kecuaian ibu bapa atau penjaga boleh berlaku perkara yang tidak diingini kepada anak-anak seperti culik, kemalangan dan lain-laian.
Seperti yang tular baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak tertinggal di sebuah stesen minyak selepas ibunya tidak menyedari kehilangan anaknya.
Nasib menyebelahi kanak-kanak ini apabila pekerja stesen minyak ini sudi untuk meminjamkan telefon pintar miliknya kepada kanak-kanak ini untuk menghubungi ibunya.
Panggilan kanak-kanak ini turut diaktifkan loud speaker serta dirakam.
Namun apa yang mengejutkan adalah reaksi ibu kanak-kanak tersebut yang seolah menyalahkan kanak-kanak tersebut walaupun ianya terang-terang adalah kecuaiannya.
Ads
Reaksi ibunya seolah berang dan bercakap kasar dengan anaknya manakala reaksi kanak-kanak ini yang sedang dalam ketakutan akibat ditinggal dan dimarah jelas kelihatan pada video tersebut.
Apa yang menjadi perhatian dalam kes ini adalah cara si ibu malah berkomunikasi dengan anakya.
Ads
Malah ramai meluahkan rasa kurang senang terhadap respon si ibu ini menangani masalah anak tertinggal di stesen minyak.
Indahnya melihat pelakon Puteri Sarah kekal menjaga silaturahim dan hubungan baik dengan keluarga mentua meskipun sudah berpisah dengan bekas suami iaitu pelakon, pengarah dan penerbit, Syamsul Yusof.
Baru-baru ini, warga maya tersentuh hati melihat satu perkongsian apabila pelakon, Puteri Sarah menyantuni pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam mengenai kejutan sambutan hari jadinya.
Kelihatan sayu diwajah Datuk Yusof Haslam dengan ‘surprised’ hari jadi yang dibuatkan ibu kepada sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 ini.
Dalam pada itu, kelihatan Sarah menghulurkan tangan untuk bersalam, namun seakan menahan sebak, Datuk Yusuf memeluk bekas menantu kesayangannya, bagaikan ayah memeluk anaknya tanda kasih sayang seorang ayah sepanjang masa.
Raih sebak dikalangan wargamaya
Perkongsian yang dipaparkan oleh salah seorang staff Puteri Sarah, menerusi laman TikTok milik Rosfazeera3, begitu meruntun jiwa.
“Puteri Sarah Liyana our Lady Boss. You are always such a beautiful, kind-hearted person!”
Menjengah diruangan komen,rata-rata meluahkan rasa kagum dengan sikap Puteri Sarah yang begitu menghormati bekas mertuanya itu. Bahkan turut memberi doa kebahagiaan Sarah.
“Sayangnya Dato’ dekat menantu dia.. kita yang tengok sebak.”
“Dah macam ayah dengan anak sendiri..dah naik sebak aku di buat nya”
“Nampak ikhlas kasih sayang antara Datuk Datin dengan Puteri Sarah.”
“MasyaAllah mulianya hati Datuk. Bekas menantu rasa anak sendiri. Subhanallah sihat terus Dato aamiin.”
Menjadi satu perkara yang membanggakan buat ibu ayah apabila melihat anak-anak mampu berjaya dalam pelajaran dan menggenggam segulung ijazah.
Baru-baru ini, anak penyanyi rock terkenal 90-an, Rahmad Tohak atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega, Suhazrin Amrin, berjaya bergelar graduan Sarjana Sains di sebuah universiti tempatan.
Perkara itu dikongsikan oleh Rahmad sendiri di laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa foto mereka sekeluarga dan meluahkan rasa bangga apabila anak lelakinya itu berjaya menamatkan pengajiannya.
“Tahniah buat anakanda Suhazri Amrin kerana telah berjaya menyelesaikan master in science (sarjana sains) di UMP. Papa doakan semoga terus berjaya.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Di samping itu, Rahmad juga sempat membuat kejutan dengan muncul di pentas dan menyanyikan lagu popular kumpulan Mega, Takdir dan Waktu sambil ditemani anaknya, sekali gus menarik perhatian ibu bapa yang hadir pada sesi pertama Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke-17 itu.
Rahmad berkata, ibu bapa seharusnya memberikan sokongan atas minat anak masing-masing.
“Kita harus lihat kecenderungan dan potensi anak. Kalau boleh jangan sekat minat mereka,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ucapkan tahniah pada mereka satu keluarga. Malah, ada yang berpendapat wajah Rahmad dan anaknya itu seakan adik dan abang.
Apabila datangnya bulan Ramadan pelbagai persoalan yang timbul dalam pelbagai aspek. Ia termasuk mengenai pergaulan dengan pasangan ketika bulan puasa.
Menerusi sebuah laman maktabahalbakri.com menjelaskan persoalan mengenai hubungan suami isteri yang memberi ciuman mesra ketika bulan puasa.
Nak tahu lanjut, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. ada penjelasannya.
Soalan:
Assalamualaikum w.b.t. Adakah seorang suami dibolehkan untuk tidur sebelah isterinya berpelukan pada siang hari Ramadhan? Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan:
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan riwayat daripada Aisyah R.Anha, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ إِحْدَى نِسَائِهِ وَهُوَ صَائِمٌ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mencium salah seorang isteri Baginda dalam keadaan Baginda sedang berpuasa.”[1]
Begitu juga dalam riwayat Aisyah R.Anha yang lain, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كَانَ أَمْلَكَ لإِرْبِهِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mencium (isterinya) dalam keadaan Baginda sedang berpuasa. Baginda juga bermesra-mesraan (dengan isterinya) dalam keadaan Baginda berpuasa, akan tetapi Baginda ialah orang yang paling kuat menahan syahwatnya.”[2]
Secara umumnya, perbuatan bermesraan sesama suami isteri adalah suatu perkara yang menjadi lumrah dalam kehidupan rumah tangga. Berdasarkan hadith-hadith di atas, kita mengetahui bahawa Rasulullah SAW juga mencium dan bermesra-mesraan dengan para isteri Baginda.
Berbalik kepada soalan yang diajukan, Imam al-Nawawi menyebutkan dalam kitabnya bahawa dihukumkan sebagai makruh bagi sesiapa yang bercumbuan dalam keadaan dia sedang berpuasa jika terangsang syahwatnya dan tidak dihukumkan sebagai makruh bagi selainnya — yang mampu mengawal nafsunya. Namun, yang utamanya adalah meninggalkan perbuatan tersebut.
Begitu juga tidak ada beza antara orang tua dan orang muda kerana perkara yang diambil kira ialah terangsang syahwat dan dikhuatiri keluarnya air mani. Dalam erti kata lain, jika seorang tua ataupun muda itu kuat untuk terangsang syahwatnya, maka hukumnya adalah makruh, dan jika tidak terangsang syahwatnya, maka hukumnya tidak makruh.
Akan tetapi yang utamanya meninggalkan perbuatan bercumbuan itu, tidak kira mencium pipi, mulut atau selainnya. Begitu juga perbuatan bermesra-mesraan dengan tangan dan berpelukan, hukumnya adalah sama dengan hukum bercumbuan.
Kemudian, hukum makruh yang dimaksudkan bagi sesiapa yang terangsang syahwatnya ialah makruh tahrim. Ini merupakan pendapat pengarang al-Muhazzab, al-Qadhi Abu al-Tayyib, al-‘Abdari dan lain-lain ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i. Manakala sebahagian lagi pula berpendapat, hukum makruh di sini ialah makruh tanzih selagi mana tidak keluar air mani. Inilah pendapat yang disahihkan oleh al-Mutawalli. Namun, al-Rafi‘i dan selainnya menyebutkan, pendapat yang paling sahih ialah makruh tahrim. Selain daripada itu, apabila seseorang itu berciuman dan tidak keluar air mani, maka puasanya tidak terbatal tanpa sebarang khilaf di sisi ulama mazhab Syafi‘i, tidak kira bagi mereka yang berpendapat makruh tahrim atau tanzih.
Keluar Air Mani Batal
Di samping itu, seluruh fuqaha menyebutkan bahawa perbuatan berciuman itu tidak membatalkan puasa melainkan berlakunya inzal (keluar air mani). Oleh itu, sekiranya keluar air mani, maka puasanya batal dan wajib ke atasnya untuk menggantikannya tanpa dikenakan kafarah.[3]
Justeru, difahami bahawa puasanya tidak terbatal semata-mata disebabkan perbuatan berciuman, berpelukan dan bermesraan tetapi disebabkan oleh keluarnya air mani kerana perbuatan itu. Hal ini adalah berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Umar bin al-Khattab, beliau berkata:
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, hari ini aku telah lakukan sesuatu yang berat. Aku telah mencium (isteriku) dalam keadaan aku berpuasa. Maka Baginda SAW menjawab: ‘Apa pendapat kamu sekiranya kamu berkumur-kumur dalam keadaan kamu sedang berpuasa?’”[4]
Imam al-Nawawi ketika mengulas hadith ini menyatakan, Baginda SAW menyamakan perbuatan mencium itu dengan berkumur-kumur. Sesungguhnya telah sabit bahawa jika seseorang itu berkumur-kumur lalu air sampai ke dalam rongganya, maka ia membatalkan puasa, dan sekiranya air tidak sampai ke dalam rongganya, maka ia tidak membatalkan puasanya. Justeru, ini menunjukan bahawa perbuatan berciuman (atau berpelukan) itu adalah sama sepertinya — yakni berkumur-kumur.[5]
Selain itu, Mantan Mufti Besar Arab Saudi juga ada menyebutkan, seorang lelaki yang mencium dan bermesraan dengan isterinya selain daripada jimak, sedangkan dia dalam keadaan berpuasa, kesemuanya itu adalah diharuskan dan tidak mengapa melakukannya kerana Nabi SAW sendiri mencium dan bermesraan dengan isterinya, sedangkan Baginda dalam keadaan berpuasa. Akan tetapi jika dia takut terjatuh ke dalam perkara yang diharamkan oleh Allah SWT disebabkan cepat terangsang syahwatnya, maka perbuatan tersebut adalah makruh. Sekiranya air maninya keluar (kerana perbuatan itu), wajib ke atas dirinya untuk imsak (menahan diri daripada makan dan minum) dan qadha’ (menggantikan puasa) serta tidak diwajibkan kaffarah di sisi jumhur ulama. Adapun keluarnya air mazi tidak merosakkan puasa menurut pendapat yang sahih dalam kalangan ulama kerana hukum asalnya adalah sah dan tidak membatalkan puasa disebabkan kesukaran untuk mengelakkan diri daripadanya.[6]
Kesimpulannya
Oleh itu, berdasarkan kepada perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa seorang suami yang tidur disebelah isterinya dalam keadaan berpelukan pada siang hari Ramadhan, hukumnya adalah makruh sekiranya perkara itu menyebabkan syahwatnya terangsang atau dikhuatiri keluarnya air mani, dan tidak mengapa serta tidak makruh jika dia mampu untuk menjaga dirinya daripada hal itu.
Tidak kira dia seorang lelaki tua mahupun pemuda. Namun, adalah lebih baik untuk dia meninggalkan perbuatan berpelukan itu, ketika dia sedang berpuasa kerana hal itu adalah lebih selamat dan keluar daripada khilaf. Begitu juga puasanya tidak terbatal selagi mana tidak keluar air mani. Ini adalah sebagaimana pendapat muktamad dalam mazhab Syafi‘i.
Walau bagaimanapun, jika perbuatan berpelukan atau bermesraan itu menyebabkan keluarnya air mani, maka puasanya adalah terbatal. Dia wajib menggantikan puasa itu dan tiada kafarah dikenakan ke atasnya.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di