Tidak dinafikan ada cabarannya menguruskan anak autisme kala menyambut Aidilfitri.
Namun, ia dapat diatasi apabila ibu bapa tahu menguruskan anak-anak ini supaya tingkah lakunya dapat dikawal dengan baik terutama berkunjung ke rumah saudara mara. Ikuti tip daripada Autism Malaysia yang bermanfaat.
Terdahulu, kami dari EAP Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri kepada anda semua. Sebagai rakyat Malaysia, sama ada kita menyambut Aidilfitri atau tidak, kita mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai perayaan. Walau bagaimanapun, ini mungkin boleh mengundang cabaran kepada kanak-kanak autisme dan keluarga mereka.
Antara perkara atau aktiviti yang biasa dilakukan semasa menyambut Aidilfitri ialah menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara. Penziarahan ini biasanya diiringi dengan laungan takbir raya yang boleh didengari dari masjid mahupun dari TV di rumah. Kanak-kanak autisme mungkin akan menghadapi cabaran dalam menangani isu bunyi yang kuat dan berterusan (takbir raya) dan pada masa yang sama berhadapan dengan ahli keluarga yang ramai. Tambahan pula, kanak-kanak ini akan dijangka untuk memenuhi permintaan yang biasa dihadapi semasa Aidilfitri. Antara permintaan ini ialah:
Bersalaman antara saudaraMengucap “Selamat Hari Raya” dan “Maaf Zahir Batin”Menerima duit raya
Ada juga ibubapa yang ingin anak mereka mengalami aktiviti lain semasa Aidilfitri termasuklah, solat sunat Aidilfitri di masjid; Memakai baju baru (baju kurung/baju Melayu bersertakan songkok dan sampin boleh menjadi cabaran kepada kanak-kanak yang tidak suka memakai baju berlengan tangan panjang); Salam & mengucapkan “Selamat Hari Raya”; Menerima duit raya; Menikmati pelbagai juadah tradisional (ini boleh menjadi cabaran kepada kanak-kanak yang makan makanan tertentu sahaja)
Persiapan
Seorang kanak-kanak autisme mungkin belum mempunyai kebolehan untuk membina kemahiran mereka sendiri dari persekitaran mereka secara semula jadi. Oleh itu menghadapi keadaan dan harapan baru boleh menjadi cabaran bagi mereka. Antara cadangan kami adalah:Hari Raya Social Story: Strategi ini boleh digunakan untuk menggambarkan suasana Aidilfitri dan apa yang bakal anak anda lalui. Baca cerita ini setiap hari bersama anak anda (ulang 3-5 kali sehari jika perlu). Kami telah menyediakan contoh Hari Raya Social Story yang boleh dimuat turun secara percuma.Jadual visual (bertulis, bergambar atau dicetak) boleh digunakan untuk menjelaskan rutin aktiviti dan jangkaan kepada anak anda.
Membina tahap toleransi anak anda (penyahpekaan / desensitization)
Kanak-kanak autisme mungkin akan mendapati bahawa aktiviti yang akan dilaluinya pada Hari Raya sedikit mencabar atas beberapa sebab, termasuk isu-isu deria , ketakutan dan kebimbangan, dan ketidakselesaan mereka dengan orang dan persekitaran yang baru. Oleh itu, mereka memerlukan program toleransi individu untuk membantu membina tahap toleransi mereka terhadap keadaan tertentu.
Kanak-kanak yang menutup telinga dan menangis apabila mendengar laungan takbir di pagi raya mungkin belum boleh menangani isu bunyi yang kuat. Dalam situasi ini, anda boleh membantu anak anda menanganinya. Dengan menggunakan Hari Raya social story, anda boleh berkomunikasi dengan anak anda tentang Hari Raya dan tumpukan fokus anda kepada laungan takbir. Setelah itu, anda boleh melayari YouTube dan perdengarkan laungan takbir Aidilfitri kepada anak anda bagi tujuan latihan. Mulakan dengan tahap suara audio yang rendah dan tunjukkan kepada anak anda apa yang boleh mereka lakukan sepanjang laungan takbir. Sekiranya anak anda berjaya mengikut demonstrasi anda, walaupun sekadar 30 saat, berikan mereka pujian yang disertakan dengan item kegemarannya seperti mainan atau coklat. Ulangi latihan ini 2-3 kali sehari, dengan setiap latihan dilakukan dalam masa yang ringkas (1-2 minit maksimum).
Bagi latihan membina penyahpekaan, anak anda perlu mula pada peringkat yang mudah untuk mereka tangani. Contohnya, sekiranya anak anda mengalami kesukaran untuk tangani takbir raya selama 5 minit, mulakan latihan penyahpekaan anda untuk hanya 5-10saat. Anak anda akan dianggap berjaya pada peringkat ini sekiranya tiada tangisan, jeritan mahupun tidak melarikan diri. Apabila anak anda berjaya menangani 5-10 saat takbir raya, anda boleh meningkatkan masa sedikit demi sedikit dan ulangi latihan yang sama.
Secara umumnya, latihan penyahpekaan sebegini akan mengambil masa dan kadar kejayaannya bergantung kepada tahap keupayaan anak anda dalam pembelajaran, dan bentuk serta pelaksanaan strategi anda.
Nota ringkas di atas hanyalah antara banyak cadangan untuk menangani pelbagai cabaran untuk kanak-kanak autisme yang boleh dijangka semasa meraikan sambutan Aidilfitri.
Sekiranya ia tidak berhasil, jangan menyerah, kurangkan tahap kesukaran aktiviti anda dan teruskan latihan anda. Anak anda tentu akan berjaya.
Sumber: @autismmalaysia.com .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Untuk menjadi ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak sahaja tetapi banyak perkara yang perlu dilakukan agar anak-anak membesar dengan sikap cakna yang baik dalam diri.
Namun, dalam tempoh membesarkan anak ni, ada cabaranya salah satunya karenah anak-anak yang boleh mengundang kemarahan ibu bapa.
Dengan tekanan persekitaran, hidup, masalah kewangan dan kerja, ada segelintir ibu bapa tidak dapat mengawal kemarahan. Anak pula yang menjadi mangsa, walaupun hanya kesalahannya kecil sahaja.
Menurut Puan Farhana, melalui perkongsiannya, ada ibu bapa bersikap baran dan mudah mengamuk, tapi akhirnya menyesal dengan perbuatannya.
Siapa yang tak sayang anak-anak, tapi kadang kala, hilang sabar dibuatnya.
Nak tahu cara hadapi situasi ni, baca panduan ni.
Ikuti perkongsian kaunselor sekolah ni, Puan Farhandi laman facebooknya.
Anda jenis ibu bapa yang baran, mudah hilang sabar, mudah mengamuk?
Kemudian anda rasa dah menyesal?
Baca panduan di bawah ini:
Di bawah ini ada beberapa perkara yang anda boleh buat
MAAF
1.Minta maaf dengan anak anak.
Minta maaf sungguh sungguh dan akuilah kesilapan yang anda pernah buat pada anak anak.
Apa sahaja yang anda pernah buat, pernah termarah ke terpukul ke.
Peluklah anak sungguh sungguh sambil anda ucapkan kata maaf
TERANGKAN
2.Terangkan keadaan anda pada anak.
Buat anak anak faham kenapa anda mudah sangat marah atau mengamuk.
Beritahu juga pada anak kondisi diri anda yang mungkin buat anda jadi begitu. Mungkin anda letih atau stress.
Jangan terkejut tau, bila anda tengah marah tiba tiba anak bawa air untuk tenangkan diri anda.
BANTUAN
3. Minta bantuan anak
Minta bantuan anda untuk bantu anda handle emosi anda.
Ada orang bila dia tengah marah, dia tak boleh tengok anak anak ada di depan mata.
So, mintalah anak untuk segera menyelamatkan diri bila anda marah.
Atau, mungkin juga anda boleh suruh anak anak untuk ingatkan diri anda jangan marah marah.
Saya percaya bila anak anak ingatkan anda, mesti anda mudah ‘sedar’
Paling mudah suruh anak peluk anda bila mana anda hilang kawalan. Ibu bapa mana yang tidak lemah dengan pelukan anak kan
DOA
4.Minta anak anak doakan anda, supaya anda dapat meningkatkan kesabaran dalam mendidik mereka.
Minta juga anak anak doakan anda agar anda dapat melihat sisi kebaikan pada diri anak anak.
Semoga yang bergelar ibu bapa muhasabah diri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Proses mendidik anak perlu dilakukan berterusan sejak mereka kecil lagi. Agar personaliti dan sikap mereka dapat dibentuk menjadi insan yang baik setelah dewasa kelak.
Manakala di sini, dikongsikan 5 perkara yang perlu diajar kepada anak lelaki sebelum mereka remaja. Jom baca.
Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ni Secepatnya Sebelum Dia Menjadi Remaja
1. Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri
– contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya & berbuat baik dan lemah lembut pada semua wanita
2. Ajar anak lelaki untuk ada Sense Of Responsibility
– ajar anak lelaki untuk simbah & cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak
3. Ajar anak lelaki tentang Personal Hygiene & Cleanliness
– banyak anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness
– personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra' & berinstinjak. Antara ilmu istibra' yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem & urut kemaluannya sebelum membasuh kencing
4. Ajar anak lelaki Coping Skills
– coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke
– Sebab kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum arak
5. Ajar anak lelaki tentang Empathy
– bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita tu
– amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak kita "Adik, cuba tengok Mama tu. Penat kan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka Mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong Mama lipat baju nak? "
– bila anak kita dah mampu faham & rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi
Tolong sangat ajar ilmu ni pada pasangan dan anak kita sendiri. Kongsi ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye sebab saya rasa masih ramai lagi mak ayah di luar sana belum tahu tentang ilmu ni
Dah lama saya nak tulis tentang amanah (hutang), Allah izinkan saat ini. gambar di bawah ni adalah pinjaman yang dibayar adik saya. Terharu hanya Allah yang tahu saat melihat dia mengangkat satu plastik besar yang mengandungi sejumlah wang syiling RM1,000 dan keseluruhannya termasuk wang RM1 dan RM5 ini total RM3,000.
Saya hanya mampu membalasnya dengan doa moga Allah terus deraskan lagi rezqinya. Allah nilai usaha gigihnya dengan berniaga mengumpul wang ini untuk menyelesaikan segala amanahnya.
ARWAH MINTA SAHABAT LANGSAIKAN HUTANG
Teringat adik saya pernah cerita kisah seorang sahabatnya yang sangat baik dan telah meninggal dunia di usia yang sangat muda. Suatu hari arwah datang dalam mimpi sahabatnya dan dalam mimpi tersebut arwah minta tolong sahabatnya cari nota yang dia tinggal dan tolong selesaikan hutangnya.
Selepas terjaga dari mimpi sahabat arwah mencari nota yang di maksudkan arwah dan dia terjumpa sticky note yang tertulis hutang arwah dan dia segera menyelesaikan hutang tersebut.
Allahuakbar. Allah bantu arwah.
CATAT HUTANG TAKUT LUPA
Selepas dengar kisah ni saya sangat terpanggil untuk menulis perihal hutang. Ya benar hutang memang di benarkan dalam Islam. Tapi satu perkara penting yang kita selalu lupa ialah mencatat hutang-hutang kita. Realiti berlaku sekarang ramai yang menganggap hutang adalah perkara kecil. Sedangkan Allah cerita panjang tentang hutang dalam Ayat 282-283 Surah Al-Baqarah. Bukalah Quran tafsir dan hayatilah terjemahan ayat 282-283 ini.
Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga meninggalkan pesan pada kita dengan sabdanya :
“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan keresahan di malam hari dan menyebabkan kehinaan (aib) di siang hari” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
“Ruh seorang mukmin itu tergantung dengan hutangnya hingga lah dia melunasinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi).
Marilah sama² kita mula menulis hutang-hutang kita dan tanamkan azam serta niat untuk menyelesaikan kembali segala hutang-hutang tersebut. Pesan pada orang terdekat kita jika kita meninggal dunia bagaimana cara mereka boleh bantu melunasi hutang-hutang tersebut.
Bila kita berhutang jangan larikan diri atau bermusuhan. Jika masih belum mampu bayar hubungilah orang yang kita pernah berhutang dan maklumkan keadaan yang kita masih belum mampu melunasi hutang²nya. Ingatlah sahabat, orang yang mati syahid sekalipun ruhnya masih tergantung selagi hutangnya tidak diselesaikan.
Semoga Allah bantu kita kembali mengadapnya dalam keadaan bebas dari segala jenis hutang piutang. Allahumma #Aamiin Ya Allah Mujeeb.
Sama² kita ingat mengingatkan kerana Allah.
Sumber: Ustazah Huda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.