Berpantang maut sebelum ajal, demikian yang terjadi ke atas seorang kanak-kanak selepas diselamatkan dengan mengeluarkan lapan jarum suntikan yang ditelannya tanpa disedari oleh orang tuanya.
Memetik berita lanjut yang dikongsikan ig Buletintv3, kejadian tersebut berlaku di timur laut Peru di mana seorang budak berusia dua tahun tertelan lapan jarum suntikan ketika bermain, lapor media tempatan.
Jarum itu digunakan untuk suntikan vaksin bagi haiwan ternakan di ladang, tempat ibu mangsa bekerja.
“Di dalam bilik bedah, kami membuka perutnya dan menjumpai batang logam itu sebelum menyedari ia adalah jarum,” kata Dr Efrain Salazar.
Budak yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan tinggal di kawasan pertanian Taratopo, kira-kira 622 kilometer dari ibu kota Lima.
Ads
Menurut ibu mangsa, kemungkinan anaknya menelan jarum berkenaan ketika dia bermain di ladang berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui turut berasa bimbang jika kejadian tersebut berlaku pada anak mereka. Ini memandangkan kebiasaannya kanak-kanak memang suka mengutip apa sahaja yang mereka nampak dan memasukkan ke dalam mulut tanpa mengetahui bahaya perbuatan tersebut.
Ads
“Macam mana boleh detect ye anak makan? Risau la sbb anak sye suka mengutip 😭”, luah seorang ibu di media sosial.
“Benda org paling takut kene kat anak,” komen yang lain pula.
Setinggi-tinggi rasa kesyukuran yang dapat diucapkan bila mana diberikan kesembuhan daripada sebarang penyakit yang ditanggung. Begitulah yang cuba dinyatakan oleh Achey apabila ibunya yang sebelum ini bertarung nyawa melawan Covid-19 selama 29 hari, akhirnya disahkan kembali sembuh.
Achey menitipkan penghargaan buat petugas barisan hadapan dan kaum keluarga atas pengorbanan dan perkhidmatan yang diberikan dengan berkongsi video saat manis semasa ibunya dibenarkan keluar daripada hospital di instagramnya.
“Alhamdulillah… 29 hari fight… umur 70an dengan penyakit yang sedia ada… hadir pulak covid19 … mmg semangat nak kena sangat sangat sangat kuat.. baik pesakit dan orang sekelilingnya…
Terima kasih frontliner hospital SEGAMAT … khidmat anda tak terbalas…
Tq pada adik beradik saudara semua.. dan semua yang mendoakan mak serta keluarga kami.. 🤲🤲🤲
Adapun antara syarat sah solat adalah badan, pakaian dan tempat mestilah bersih daripada najis.
Atas hal ini juga, kita tidak mahu ada perasaan ragu-ragu di atas kesucian rumah kita. Maklumlah, kadang-kadang anak terkencing tanpa sempat ke tandas, malah ketika kita pakaikan lampin pakai buang hingga terbocor pula. Bahkan pelbagai lagilah ceritanya.
Jadi bagaimana sebenarnya cara untuk kita mencuci najis tersebut agar benar-benar bersih dan suci?
Ikuti perkongsian ini untuk manfaat bersama.
Membersih & Menyucikan Najis Anak
Dalam pada para ibu teruja nak ajar anak potty train.. Jangan sehingga terlepas pandang bab menyucikan najis (air kencing/poo²) anak.
Biasalah kes² ‘incident’ kecil masa potty train ni..pasti anak ada terlepas & terbabas kat memane.. Tu tak termasuk kes diaper bocor atas tilam/karpet/sofa atau anak kencing malam..
Sebelum ni saya pernah kongsikan cara buat spray serbaguna menggunakan sabun & larutan cuka. Spray ni juga sangat berkesan untuk hilangkan bau hancing (boleh rujuk post saya sebelum ni untuk sukatan). Alhamdulillah, lepas kering memang dah takde bau lagi.
Najis anak dikira najis mutawassitah iaitu najis pertengahan (kecuali air kencing anak lelaki bawah 2 tahun yang belum makan & hanya minum susu ibu je).
Najis mutawassitah ni pula terbahagi kepada 2 iaitu yang boleh nampak (ainiah) & tak boleh nampak (hukmiah). Cara membersih & menyucikan najis berbeza bergantung pada kategorinya.
Baru² ni saya dengar ceramah seorang ustazah mengenai penyucian najis anak. Alhamdulillah, cara ini juga yang saya gunakan selama ni.
Saya kongsikan cara menyucikan najis ni terutamanya bagi ibu² baru yang mungkin tak banyak pengalaman. Semoga dapat dimanfaatkan..
Cara sucikan najis yang boleh nampak (ainiah)
Najis yang sedikit (percikan/tompokan najis & air kencing yang sedikit)
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.
Disunatkan:
4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3x.
Najis yang banyak & tempat terkena najis boleh diangkat
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Basuh dengan mengalirkan/menjirus air hingga sebahagian air mengalir, menitis/menitik.
Disunatkan:
4. Membasuh dengan air sebanyak 3x.
Najis yang banyak & tempat terkena najis tidak boleh/sukar diangkat (contohnya seperti karpet yg mempunyai barang berat diatasnya, dll)
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.
Disunatkan:
4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3x.
Cara sucikan najis yang tak boleh nampak (hukmiah)
Najis yang diyakini kewujudannya tetapi tak boleh nampak sifatnya tetap dikira najis secara hukum.
Contohnya air kencing yang telah kering, najis yang terkena lantai namun tidak melekat (boleh jadi sebab najis keras/permukaan licin) ataupun tempat yang terkena najis telah hilang sifatnya (warna, rasa & bau) disebabkan terlalu lama terbiar.
Jika tersentuh tempat terkena najis hukmiah ini ketika tangan basah boleh membatalkan solat. Untuk menyucikan najis hukmiah, memadai hanya dengan
1. Menjiruskan air di tempat diyakini ada najis & kawasan sekitarnya.
Disunatkan:
2. Membasuh dengan air sebanyak 3x
Ni pulak menurut Ustaz Azhar Idrus-
*Jika selepas kering masih ada bau – dimaafkan dalam Islam kerana hanya tinggal 1 sifat (bau sahaja)
*Tempat terkena najis yang telah dicuci masih dikira najis ketika basah & boleh membatalkan solat.
*Tempat terkena najis yang telah dicuci & kering, jika dipegang/disentuh walaupun ketika tangan/kaki basah adalah dimaafkan.
Direzekikan untuk bertemu dengan orang yang baik-baik sememangnya satu rezeki yang paling disyukuri. Apa lagi bila melibatkan anak-anak dan orang tersayang.
Dalam satu perkongsian di Tik Tok, seorang ibu memuat naik video pembantu rumahnya yang melayani kedua anaknya dengan baik sehingga menyentuh hati ramai.
“Saya tidur lama sangat, terdetik nak tengok CCTV. Rupanya ini yang bibik buat dekat anak-anak saya,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menerusi video itu, pembantu rumah dilihat sedang memangku bayi dan memeluk anak kecilnya dan melayani mesra mereka. Begitu juga ketika hendak pergi sekolah dan sewaktu mengaji di rumah.
Menurut ibu ini yang hanya mahu dikenali sebagai Yaya, video itu ketika dia jatuh sakit baru-baru ini.
“Saya terpaksa menyerahkan tugas jaga empat anak termasuk bayi berusia lima bulan kepada bibik.
“Kita ni kalau jatuh sakit pun mesti asyik fikirkan anak. Jadi saya terdetik nak periksa kamera litar tertutup CCTV untuk pantau anak-anak.
“Sebaik tengok video saya sebak dan terharu tengok bibik layan anak saya, terutamanya dua yang masih kecil,” ujarnya.
Tambahnya lagi, pembantunya yang berasal dari Indonesia itu turut mempunyai anak yang sebaya usia dengan anaknya.
Akuinya lagi, pembantunya itu sudah berkhidmat selama setahun malah berjiwa keibuan dan begitu penyayang dengan anak-anak.
Dia paling bersyukur kerana direzekikan untuk bertemu dengan orang yang baik.
“Dia juga mempunyai anak lebih kurang sebaya anak ketiga saya, jadi saya faham dia sebenarnya mahu melepaskan rindu pada anaknya yang ditinggalkan di kampung halaman.
“Dia pandai jaga anak saya dan faham dengan kerenah mereka. Malah kalau anak demam pun dialah yang bantu saya.
“Dapat pengasuh yang baik juga adalah satu rezeki. Semuanya atas izin Allah,” katanya lagi.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.