Sampai bila dan berapa lama lagi kita terpaksa lalui PKP ini hakikatnya terletak ditangan kita semua.

Semakin semua berdisiplin untuk sentiasa kekal berada di rumah pasti kita berjaya dalam perjuangan menentang Covid-19, musuh halimunan!

Pun begitu tidak dinafikan, ada antara kita kini sedang menanggung rindu apabila sudah sekian lama terpisah dengan keluarga dan tidak dapat pula bersua muka.

Ketika PKP Ada Keluarga Yang Terpisah, Teruskan Bersabar!

Ini juga turut dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh dan turut meminta agar semua terus bersabar dengan rasa rindu yang ditanggung.


Ibu-ibu mula merindukan anak yang keseorangan terperangkap di asrama di IPTA/IPTS.

Isteri mula gelisah, sudah hampir sebulan terpisah dengan suami dan anak-anak. Suami balik ke kampung dengan anak sebelum PKP bermula dan sebaik nak pulang semula PKP dikuat kuasa.

Bahkan ramai ibubapa terpisah dengan anak-anak yang dihantar ke kampung masa awal cuti sekolah mula tidak senang duduk.

Keluhan kesedihan, keluhan kerinduan, keluhan tidak selesa tinggal di rumah mertua yang sempit dengan perlu menjaga aurat dengan adik-adik ipar mula kedengaran.

IKLAN

Ramai mereka meminta kerajaan memberi kelonggaran untuk bergerak pulang.

Isteri mahu disatukan dengan suami.
Anak mahu bertemu ibu dan ayah.
Yang berkeluarga mohon pulang ke rumah sendiri setelah lama terperangkap di rumah mertua.

Ketika PKP Ada Keluarga Yang Terpisah, Teruskan Bersabar!

Dan pengumuman dari PM hari ini menambah gusar mereka. Tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020.

Tempoh itu sudah masuk bulan Ramadan. Bagaimana suami nak makan sahur? Bagaimana dengan anak-anak? Bagaimana nak hadapi kesesakan dalam rumah mertua yang kecil?

Ramai sangat memohon agar diberi kelonggaran kembali pulang bersatu dengan keluarga di rumah sendiri. Mereka sanggup berkurung di rumah. Mereka sanggup patuhi semua perintah PKP.

IKLAN

Ketika PKP Ada Keluarga Yang Terpisah, Teruskan Bersabar!

Cuma mereka mohon diberi SEKALI sahaja kebenaran bergerak pulang ke rumah sendiri dan berkumpul bersama keluarga mereka. Setelah itu mereka akan diam-diam di rumah.

Tapi itu lah. Ia akan melibatkan pergerakan yang sangat besar hingga akan merosakkan semua rancangan dari kerajaan.

Negara kita semakin hari semakin memulih. Sebab itu kerajaan strict sangat tetap tidak membenarkan pergerakan sebegini.

Semua usaha dan pengorbanan barisan frontliners akan menjadi sia-sia jika kebenaran diberi.

IKLAN

Berpuluh ribu pelajar yang terperangkap, beribu lagi keluarga yang terpisah bergerak pulang dan berkumpul bersama akan membuat risiko serangan COVID-19 bermula kembali.

Bukan mereka tidak faham tentang suara hati semua orang. Tapi tiada satu jalan penyelesaian yang membolehkan semua yang terpisah kembali bertemu saat sukar seperti ini melainkan pergerakan besar-besaran.

Kepada yang terpisah, bersabarlah. Bertahanlah. Keadaan bertambah baik, dan kita akan menang perang melawan musuh halimunan ini jika kita terus berdisiplin dan patuh pada arahan kerajaan.

Sudah jauh perjuangan kita menentang musuh ini. Hanya sedikit sahaja lagi kesabaran diperlukan untuk kita mencapai kejayaan.

Boleh lihat statistik serangan COVID-19 peringkat Antarabangsa. Setiap hari kita menuruni tangga. Setiap hari banyak berita gembira.

Kadar kematian makin rendah, kadar jangkitan baru makin sedikit dan kadar sembuh 100% makin banyak.

Itu petanda kita sedang menghampiri kejayaan. Maka kawan-kawan, tolong bertahan.

#StayAtHome
#MFS
sumber : Mohd Fadli Salleh 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI