Ketumbar Herba Beraroma, Sihat Juga Dijadikan Air Rendaman Untuk Keluarga!

Share

Menyediakan ayam goreng berempah umpamanya tak sempurna kalau tidak menggunakan biji ketumbar sebagai penyedap rasa dan sekali gus  menjadikan masakan lebih beraroma.

Pun begitu, selain biji ketumbar biasa digunakan dalam masakan ia juga bagus untuk diminum air rendamannya untuk dapatkan khasiatnya.

Ini sebagaimana yang diamalkan oleh Lelawati ini. Jom semak.

bANFAAT MINUM AIR RENDAMAN BIJI KETUMBAR

Pagi ni kekla nak citer sikit pasal biji ketumbar. Selalu kita buat masak je kan biji ketumbar. Rupanya biji ketumbar ni banyak manfaatnya seperti

~Mencegah dan mengubati diabetes.
~Osteoporosis.
~Menyembuhkan gangguan pencernaan.
~Mengatasi masalah penglihatan.
~Mencegah radang sendi.
~Membantu mencegah sakit perut.
~Menyembuhkan masalah kulit.
~Mencegah dan menyembuhkan anemia.
~Mengubati cacar.

Banyak rupanya manfaat biji ketumbar ni. Ternyata hanya dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi je kita dapat mengubati dan mencegah pelbagai jenis penyakit jika kita rajin membaca dan mengkaji.

Kat sini kekla bagitau cara-cara nak minum air rendaman biji ketumbar ni okey.

Mula-mula korang ambil biji ketumbar tu anggaran dalam 3gram dan air pulak dalam 150ml.

Caranya korang rendamkan biji ketumbar tu semalaman kat luar je bukan dalam peti ais tau!Dan keesokkan paginya bolehlah diminum.

Minum sebelum sarapan ye. Buat tiap-tiap hari nanti korang akan rasa hasil yang luar biasa.
Selamat mencuba dan silakan share jika rasa bermanfaat.

Sumber : Lelawati Lela

IKLAN