KidZania Kuala Lumpur adalah sebuah pusat keluarga yang telah memenangi berbagai anugerah yang menggalakkan pembelajaran  melalui pengalaman dengan menawarkan permainan lakon peranan yang interaktif dan hiburan menyeronokkan untuk kanak-kanak dengan  konsep unik pertama sekali diperkenalkan di dunia.

Keluasan ruang dengan saiz 80,000 kaki persegi, menjadikan ia sebagai ruang untuk kanak-kanak diberi kebenaran dan inspirasi untuk mengejar kehidupan impian mereka dengan mendalami bagaimana rasanya pengalaman hidup dan bekerja di dalam sebuah tempat yang berfungsi seperti bandar sebenar.

KidZania Kuala Lumpur, mencipta pengalaman sebuah bandar yang disasarkan untuk kanak-kanak yang berusia di antara empat hingga 17 tahun, di mana mereka diberi kebenaran untuk memilih lebih daripada 100 aktiviti daripada 60 ruangan akitiviti.

LATAR BELAKANG

KidZania telah diasaskan di Mexico City oleh seorang usahawan, Xavier López Ancona, yang mempunyai impian untuk mencipta sebuah tempat di mana kanak-kanak boleh berseronok sambil mengalami pengalaman kehidupan sebenar. KidZania yang pertama telah dibuka pada bulan September, tahun 1999 di Santa Fe, Mexico (sebuah bandar di Mexico City) telah menarik hampir 800,000 pengunjung dan lebih kurang 41 juta pengunjung telah direkodkan mengunjungi KidZania di serata dunia.

Semenjak dibuka, KidZania telah berkembang dengan pesat di mana 28 KidZania metropolis, termasuk KidZania Kuala Lumpur telah dibuka di pelbagai negara. Antara KidZania yang dalam perancangan untuk dibuka adalah KidZania USA (3 lokasi), KidZania Surabaya (Indonesia) dan KidZania Johannesburg (South Africa).

KONSEP

KidZania Kuala Lumpur, Sedia 100 Aktiviti Pembelajaran Dan Hiburan Interaktif

IKLAN

KidZania Kuala  Lumpur menawarkan persekitaran yang selamat, unik dan pengalaman pembelajaran yang realistik di mana ia merupakan sebuah bandar bersaiz khas untuk kanak-kanak.

Seperti di dunia sebenar, kanak-kanak ini juga ‘bekerja’ di KidZania Kuala Lumpur dan mereka dibayar gaji untuk setiap pekerjaan yang dibuat atau mereka harus membayar untuk setiap perkhidmatan atau pembelian yang mereka lakukan.

Sebagai sebuah fasiliti tertutup, KidZania Kuala Lumpur dibina sebagai satu replika bandar yang berfungsi untuk kanak-kanak di mana ianya dilengkapi dengan bangunan, jalan raya, kenderaan, dan sistem ekonomi. Malah, yang lebih menariknya, terdapat platform untuk syarikat-syarikat multinasional dan tempatan untuk mengetengahkan jenama mereka iaitu dengan menjadi rakan industri KidZania Kuala Lumpur untuk setiap ruangan aktiviti yang tersedia.

KidZania Kuala Lumpur, Sedia 100 Aktiviti Pembelajaran Dan Hiburan Interaktif

Di KidZania Kuala Lumpur, kanak-kanak boleh menjadi ahli bomba, juruterbang, polis atau mereka boleh memilih pekerjaan-pekerjaan lain yang juga mempunyai keaslian lakon peranan yang tersendiri. Mereka boleh belajar melalui pelbagai jenis pekerjaan, juga belajar bagaimana sesebuah bandar itu berfungsi, kemahiran menguruskan kewangan cara hidup di dalam sebuah komuniti dan etika bekerja samada sebagai seorang individu mahupun secara berkumpulan.

IKLAN

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh lakukan semasa lawatan ke KidZania Kuala Lumpur ialah memandu kapal terbang, memadam kebakaran, menjadi seorang paramedik atau pakar bedah. Dengan melaksanakan tugas-tugasan tersebut, kanak-kanak akan mendapat kidZos yang boleh disimpan di dalam bank KidZania atau dibelanjakan untuk membeli barangan ataupun mendapatkan perkhidmatan.

NILAI PENDIDIKAN

KidZania Kuala Lumpur, Sedia 100 Aktiviti Pembelajaran Dan Hiburan Interaktif

Belajar melalui lakon peranan bukanlah hanya untuk keseronokan sahaja, malah ia juga memberikan pengalaman pembelajaran yang positif dan juga berfaedah dari segi psikologi dan motivasi. Dengan menggabungkan realiti dan hiburan, KidZania Kuala Lumpur menawarkan pengalaman kehidupan sebenar; memberi kuasa dan inspirasi serta mendidik kanak-kanak melalui lakon peranan. Di sini, mereka bekerja untuk memperolehi wang pendapatan (kidZos), membayar untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan dan barangan dan menguruskan kad ATM – semua aktiviti yang mereka saksikan orang dewasa lakukan di dunia sebenar. Ini mereka diberi peluang untuk berdikari dan membuat keputusan mereka sendiri.

IKLAN

Destinasi PembelajaranKidZania Kuala Lumpur telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai destinasi untuk para pelajar mengembangkan fizikal dan minda intelektual mereka. Aktiviti-aktiviti yang terdapat di sini, secara tidak langsung boleh dikaitkan dengan pelbagai silibus di sekolah di mana ianya menyokong kurikulum sebagai program pembelajaran untuk aktiviti kokurikulum.

LOKASI

KidZania, Kuala Lumpur ini beroperasi pada 27 Februari 2012, terletak di Curve NX di Mutiara, Damansara dan hanya mengambil masa 45 minit daripada Kuala Lumpur International Airport (KLIA), 20 minit perjalanan daripada Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Subang dan lebih kurang 15 minit sahaja daripada Pusat Bandar Kuala Lumpur. Ia juga dihubungkan dengan pusat membeli-belah The Curve dan berdekatan dengan IKEA Damansara, pusat membeli-belah IPC dan eCurve.

WAKTU OPERASI KIDZANIA KUALA LUMPUR:

Ahad – Jumaat
10:00 pagi – 5:00 petang
Sabtu, Cuti Sekolah dan Cuti Umum Malaysia
10:00 pagi – 7:00 petang
Isnin
*Kecuali cuti sekolah dan cuti umum Malaysia TUTUP

ANUGERAH
Merupakan pusat permainan dalam bangunan yang popular untuk kanak-kanak menjadikan KidZania sering menjadi tumpuan ramai. Antara anugerah yang diterima menjelaskan bahawa KidZania adalah sebuah ruang pembelajaran sambil bermain terbaik untuk kanak-kanak.
KidZania Kuala Lumpur
2019 – Best Family Engagement Activities (Malaysia Tourism Council Gold Award)
2018 – Best Edutainment Centre (Malaysia Tourism Council Gold  Award)
2018 – Superbrands Malaysia Award
2017 – TripAdvisor Certificate of Excellence
2015 – Best Employee Engagement Strategy, Silver Winner (Asia Pacific Loyalty &
2014 – Best Experience for Kids, Winner (Best of Malaysia Awards, Expatriate Lifestyle)
2013 – Best Experience for Kids, Winner (Best of Malaysia Awards, Expatriate Lifestyle)
2013 – Best Online Driver (Marketing Events Awards)
2018 – Best Edutainment Centre (Malaysia Tourism Council Gold  Award)
KidZania Franchise
2018 Global Leisure Operator of the Year (The Global RLI Awards)
2012 National Quality Award (Ministry of Economy)
2012 Best Mexican Company (Las Mejores Empresas Mexicanas)
2011 CSR Distinctive (Mexican Philanthropy Centre)
2011 New Outstanding Product (Korean Management Association Consulting)
2011 Excellence Award (America Economia)
2011 Most Innovative & Leisure Concept Award (Global RLI)
Untuk keterangan lanjut ikuti laman website www.kidzania.com.my dan facebook www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur serta Instagram & Twitter KidZania Kuala Lumpur @KidZaniaKL

Sumber: Majalah Keluarga Januari 2020

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI