Usia muda ini sangat berharga, apa yang kita buat ketika muda akan memberi impak kepada kehidupan kita di masa akan datang.
Jika kewangan dan aset tidak dicari dan dijaga dengan baik sedari awal, bimbang potensi untuk hidup selesa diusia emas tidak kesampaian.
Berkongsi pengalaman dalam hal mengumpul aset ini, ada baiknya kita baca perkongsian daripada Zu Shimalain ini. Beliau sangat suka berkongsi pengalaman dirinya dalam pelaburan dan hartanah. Jadi bolehlah dijadikan panduan dalam mengatur langkah untuk mengumpul aset.
Ini perkongsiannya.
Betul ke anda sedang kumpul aset? atau sebenarnya anda sedang kumpul liabiliti?
Kawan-kawan, minda orang yang celik ilmu kewangan akan sentiasa memilih aset untuk meningkatkan pendapatan atau dijadikan sebagai alat untuk membayar liabiliti.
Seawal usia 20-an, rajinkan lah diri untuk mepelajari ilmu kewangan dan pelaburan.
Gunakan ilmu yang ada untuk membeli aset terlebih dahulu. Rata-rata anak muda kita tersekat di tahap ini.
Kereta yang berjenama dan berharga mahal menjadi sasaran utama, sedangkan gaji tidak seberapa, aset pun tiada.
Seeloknya, bila sudah bekerjaya, buatlah sasaran untuk membeli rumah pelaburan.
Untuk mengumpul duit bagi modal pembelian rumah ada seni nya.
Mulalah melabur duit anda setiap bulan secara tetap ke dalam pelaburan yang boleh memberikan kadar pulangan yang lebih tinggi dari kadar inflasi.
Kadar pulangan purata 8%-15% itu adalah lebih baik kerana ianya akan menggandakan wang anda lebih pantas dari menyimpan di dalam fix deposit.
Tetapkan tempoh masa pelaburan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun untuk mendapatkan jumlah deposit untuk pembelian rumah pelaburan anda.
Kawan-kawan, ini lah teknik yang saya gunakan sewaktu awal-awal mula melabur dalam hartanah dulu.
Ads
Alhamdulillah, kini saya telah berjaya memiliki beberapa aset yang menjana duit siang dan malam.
Sebenarnya, untuk beli hartanah ni pun ada skillnya.
Bila kita berjaya cari hartanah dengan harga yang betul dan di kawasan yang memiliki permintaan tinggi. Kita sebenarnya telah berjaya menemui lubuk emas!
Beli lah hartanah yang menawarkan harga sekurang-kurangnya 15% dibawah harga pasaran kerana modal yang perlu kita keluarkan nanti akan lebih kecil.
Bagi saya, gandingan melabur wang dalam Unit Amanah dan hartanah adalah satu kombo yang saling melengkapi dan sempurna.
Namun saya juga tidak melupakan pelaburan emas. Tapi jumlahnya tidak lah sebanyak Unit Amanah dan hartanah, kerana bagi saya emas tidak boleh menjana pendapatan pasif.
Emas hanya bertambah nilai seiring dengan kadar inflasi sahaja.
Apa pun itu pendapat peribadi dan pengalaman saya je. Mohon raikan perbezaan pendapat kita dengan harmoni.
Ads
Apa pun yang anda buat di luar sana, pastikan anda mula melabur seawal yang mungkin. Jika anda lewat bermula, ini lah masa yang terbaik untuk bermula.
Akhir kalam, mulalah mengumpul aset sekarang bagi memastikan masa depan dan hari persaraan kita kelak menjadi lebih selesa.
Menanam keledek jenis vineless (non-menjalar) satu kepuasan kerana hanya perlukan ruang terhad. Pokok keledek non-menjalar ni senang urus dan tak perlu nak bekerja untuk urus batang yang menjalar jauh.
Jadi, kalau nak cuba tanam sendiri, boleh praktikkan cara yang mudah ini. Yang penting hasilnya memang membuatkan anda tersenyum lebar. Jom cuba kaedah yang dikongsikan oleh Jusery Jausin.
Guna plastik ker atau apa-apa bekas bersesuaian. saya menggunakan plastik tong sampah (eco friendly plastic bag) tu. Walaupun ianya nipis dan mudah reput (reput selepas setahun) tetapi keledek vineless ni selesa dan tumbuh dgn baik.
Hasilnya juga tidak mengecewakan. Hanya menanam 9 plastik secara bertingkat mampu dapat ubi keledek yang banyak (lihat gambar).
Kepada mereka yg minat menanam keledek vineless cara menentang arus perdana (kelainan) boleh jadikan ini sebagai inspirasi mana tahu idea korang lagi power untuk menghiasi laman rumah anda dengan pokok keledek.
Bila terasa gatal di bahagian kulit, mulalah tangan tu asyik sangat menggaru. Sedar-sedar terasa pedih terluka.
Lazimnya bukan kanak-kanak sahaja yang terdedah dengan kegatalan namun orang dewasa juga tidak terkecuali.
Malah menurut Dr. Kamarul Ariffin, jika ada tanda-tanda lepuhan dibahagian bibir berhampiran hidung serta muka, lazimnya berpunca daripada jangkitan yang turut hadir bersama ulser di mulut dan gusi.
Memahami lagi tentang kudis jenis tersebut, ini perkongsian penuhnya.
“Anak saya ni naik kudis dekat tepi bibir, dengan hidung. Kenapa boleh jadi kudis ni eh, doktor?”
Kalau kudis jenis lepuhan di bibir, berhampiran mulut, hidung serta muka, lazimnya berpunca daripada jangkitan Herpes Simplex Virus type-1 (HSV1). Ia juga boleh hadir bersama ulser di mulut dan gusi.
Oleh itu ia juga digelar oral herpes.
Gejala-gejala lain yang mungkin berlaku termasuklah gusi bengkak serta merah, selaput putih pada lidah, bengkak kelenjar leher, demam dan sakit-sakit otot.
HSV1 ini boleh menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa.
Jangkitan HSV1 berlaku melalui cecair dari kudis. Jadi, jika anda atau anak-anak ada kudis ini, elakkan mencium sesiapa. Elakkan juga dari kerap menyentuh kudis, dan kemudian menyentuh orang lain.
Tiada ubat khusus yang boleh menyembuhkan jangkitan virus HSV1 ini, namun doktor akan beri ubat untuk mengurangkan gejala yang ada. Contohnya: salap antiviral, dan paracetamol.
Apa maksud tidak boleh disembuhkan?
Maksudnya jika anda sudah dijangkiti HSV1, dan dirawat sehingga gejalanya hilang, tak bermakna anda sudah bebas dari HSV1. Gejalanya boleh berulang di masa akan datang.
Antara penyebab ia berulang adalah:
Stress
Demam / Tidak sihat
Perubahan hormon(haid/hamil)
Jalani pembedahan
Imuniti terjejas (HIV, kimoterapi, leukemia)
dan lain-lain
Walaupun jangkitan HSV1 ini tidak boleh disembuhkan, ia tidak akan membahayakan nyawa individu yang mempunyai tahap kesihatan yang baik. Maka jagalah kesihatan!
Info tambahan: HSV2 adalah jangkitan virus herpes pada alat kelamin. Ia boleh merebak melalui persetubuhan dan seks oral. Ia juga dipanggil herpes genitalia (kemaluan).
Bukan suatu yang pelik bila ramai antara isteri berharap sangat suaminya berhenti merokok, namun penerimaan suami pula berbeza. Katanya bukan mudah untuk melakukan itu semua walau pun telah diminta berkali-kali oleh isteri tercinta.
Pun begitu, semuanya terletak pada kemahuan dan usaha yang dilakukan oleh si perokok. Jika ingin berubah pasti boleh.
Untuk itu, bagi menyuntik semangat dan inpirasi kepada lelaki bergelar suami, elok kiranya membaca perkongsian daripada Mohd Firdaus ini. Di mana dia telah setahun berjaya hidup bebas tanpa rokok. Dan terbukti banyak kebaikan yang bukan sahaj dirinya rasai malah terkesan buat seluruh keluarganya. Ayuh ikuti perkongsian ini.
28 Sep 2017 – 28 Sep 2018
Alhamdulillah genap setahun dah stop smoking dgn izinNYA. Bersyukur sangat kerana menjadi insan terpilih mendapat hidayah dan diberikan kekuatan. Setahun dah saya berhenti merokok apa yang saya dapat setahun ini?
KESIHATAN
Saya dah x batok sehingga sesak nafas lagi.
Saya dah x demam tonsil lagi dan x perlu dah operation tonsil.
Saya rasa kehidupan seharian semakin rasa sihat dan rasa dada lapang jek bila bernafaz.
KEHIDUPAN
Saya rasa semakin dekat dengan Maha Pencipta kerana rasa senang untuk beramal ibadah.
Saya rasa doa senang diterima dan apa yg dihajati senang termabrur.
Saya rasa lapang fikiran tanpa fikirkan nak merokok lepas makan atau nak kena mencari tempat nak merokok bila di shopping complex atau bila drive jln jauh nak kena berhenti untuk merokok, bayak lebih masa untuk family.
EKONOMI
First time saya dapat bawa 1 family travel overseas, biasa berdua dan selalu dapat pergi bercuti dgn family. First time dapat merasa tdo kat hotel bilik berharga 1 malam Rm1000++ di Lexis Hibiscus PD.
First time rasa nak beli apa² pon x kesah dan berkira sgt sebab fikir dulu beli rokok lagi rugi bayak.
Sehingga hari ini kos perjimatan x beli rokok yg saya untung :
-Sehari untung Rm17
-Sebulan untung Rm510
-Setahun untung Rm6,120
Bukan niat share nie untuk bangga diri tp sekadar perkongsian untuk memberi semangat pada yg ingin berhenti merokok tu, berusahalah untuk berhenti.
Pada yang belum nak berhenti tu fikir²kan untuk berhenti merokok, sebab senaraikanlah sepuluh kebaikan merokok xde 1 pon kebaikannya yang boleh disenaraikan.
Saya bekas perokok tegar 20thn dari usia 15thn sehingga 35thn, bekas perokok tegar Dunhill Red, Winston Red & Marlboro menthol.
Good luck pada nak berhenti merokok..Kita kena berusaha mencari hidayah Allah..Hidayah itu milik Allah sesiapa sahaja yg dikehendakiNYA pasti akan dapat HidayahNYA..
In Syaa Allah semoga dipermudahkan usaha kearah kebaikan. Niat berazam, berusaha dan kentalkan jiwa 2 minggu jek kena kuatkan semangat tu. In Syaa Allah lepas tu akan kembali pulih bebas dari rokok.
Terima kasih pada yg sudi baca text panjang berjela nie.
Lima beranak yang dilapor hilang sudah ditemui, semua selamat. Lima sekeluarga dilaporkan hilang setelah keluar dari sebuah rumah di Persiaran Rimba Permai, Sepang, Jumaat lalu telah ditemui selamat.