Memulakan langkah awal dalam bidang seni, Ben atau nama penuhnya, Nur Ali Nadzwan kini tidak lagi berlakon. Begitu juga Nadiyah Shahab, yang tampak selektif dalam mempertimbangkan tawaran lakonan.
Mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018, pasangan sama cantik sama padan ini dilihat begitu aktif dalam dunia perniagaaan diusahakan mereka.
Selepas tiga tahun bekerja keras mengukuhkan jenama Absolut Chocolat termasuk memiliki kios fizikal pertama di Mid Valley, pasangan suami isteri ini terus diaju persoalan mengenai cahaya mata.
Begitu pun, baik Nadiyah mahupun Ben tak pernah putus berharap dan berusaha untuk dikurniakan anak sebagai pelengkap bahagia.“Siapa yang tak mahu anak?. Bayangkan dalam perniagaan kami usahakan pun, sudah ‘lahir’ kios fizikal pertama di Mid Valley Megamall. Mestilah kalau boleh dan diizinkan, kami nak baby juga.
“Malah ada teman berseloroh, kios fizikal boleh diadakan, takkan anak sendiri tidak boleh diusahakan.
“Jujur, ikutkan baik saya dan Ben memang nak anak. Kalau boleh sekarang pun memang nak jadikan ia kenyataan. Tapi kita hanya, merancang dan berusaha. Selebihnya, kuasa Tuhan,” kata pelakon drama Korban Kasih itu.
Pelakon jelita kelahiran Singapura yang menempa nama di Malaysia itu turut menepis cerita kononnya dia tidak mahu hamil.
Sebaliknya, Nadiyah atau nama penuhnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab percaya tempoh waktu sekarang dilihat tepat untuk hamil.
“Tak ada istilah saya tak nak hamil. Semestinya kahwin itu sebagai isyarat untuk kita terus menambah zuriat dan keturunan.
“Cuma baik saya dan suami memang terlalu fokus bekerja. Masing masing mempunyai peranan penting dalam syarikat.
“Saya sendiri lebih kepada penjenamaan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kerja sumber manusia. Suami saya pula terarah kepada kerja pemasaran, kewangan, pembangunan perniagaan serta operasi syarikat.
Ads
“Dalam hal berniaga ini, kami tidak boleh ambil mudah. Untuk mengukuhkan jenama Absolut Chocolat bukan perkara yang dibuat dalam masa singkat. Apatah lagi dalam keadaan dunia diuji dengan pandemik COVID-19,” katanya.Dalam pada itu, Nadiyah yang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Eksekutif, Absolut Brands Sdn Bhd teruja kerana impian mempunyai kios pertama akhirnya menjadi kenyataan. Lebih manis lagi, perniagaan diusahakan baru baru ini turut diiktiraf Superbrands International dan dianugerahkan Superbrands Malaysia’s choice 2020.
Sementara itu, Ben dalam perkongsiannya memuat naik kegembiraan kerana membawa ibu dan ayahnya melawat kiosk pertama mereka.
“Harini baru dapat bawak Ayah & Ibu tengok first kiosk Absolut Chocolat di MidValley 🥺. Nak bawak datang masa buka 2 bulan lepas tapi tak boleh rentas negeri.
“Sewaktu menetap di KL dulu. Ayah akan selalu bawa keluar pergi ke mall sekali sebulan. Antaranya seperti, suria klcc, midvalley & one utama. Menjadi angan-angan untuk membuka outlet absolut di mall2 utama ini.
“Nasihat dan didikan dari segi perniagaan tak ada. Tapi selalu tengok ayah struggle untuk cuba buat macam-macam jenis business tapi tak berjaya. Sampaikan rasa nak mencabar diri bila dah besar nanti nak cuba buat business yang berjaya sebab nak bagi ayah dan ibu bangga.” kongsi ben lagi.
Bagi peminat-peminat pizza, anda harus melengkapkan seleksi menu pizza dengan mencuba pizza wagyu oleh Jofliam kerana ianya sarat dengan pelbagai ramuan premium dan berkualiti tinggi.
Sejak ianya dijual, pizza wagyu ini mendapat permintaan tinggi daripada penggemar makanan yang ingin merasa sendiri air tangan suami usahawan yang juga blogger terkenal Cik Epal ini.
Hanya mengambil tempahan menerusi Instagram, Jofliam yang merupakan bapa kepada dua anak ini menerusi media sosial sebelum ini pernah mendapat tempahan mencecah puluhan kotak.
Lebih mengagumkan, dia sendiri yang membuat pizza dari proses mengadun doh, membakar hingga dihantar kepada pelanggan tanpa bantuan staf.
Walau seronok menerima banyak permintaan dan maklum balas positif daripada pelanggan, Jofliam atau dikenali sebagai Jo juga tidak terlepas diuji apabila pizza yang sudah siap tidak diambil oleh pelanggan.
Kekal positif dengan ujian, pizza wagyu Jofliam mula dijual sekitar tahun 2021 dan pasangan suami isteri ini pernah tular di media sosial kerana niat murni mereka mengagihkan pizza berkenaan kepada mangsa-mangsa banjir.
Difahamkan pizza wagyu Jofliam berharga RM150 sekotak. Walau dilabel harga kayangan tapi rata-rata komen daripada pembeli mengakui ia berbaloi kerana sedap, lembut dan daging wagyunya ialah daging gred tinggi dari Australia.
Jelas Jo menerusi ruangan komen di salah satu video yang memaparkan aksi dirinya sedang menebar doh pizza, proses penyediaan pizza tersebut kini turut dibantu beberapa orang jiran.
“Video ni saya record lepas dah hantar kesemua pizza keluar. Dulu boleh nak buat, sekarang tak sempat dah. Saya hanya sempat buat dough pagi-pagi, buat sos dan hantar ke setiap kereta.
Yang lain-lain stretch pizza, letak topping, letak kotak, jiran-jiran saya ada yang sudi tolong. Thank you semua.
Saya akan stop bila ramai minta stop. Selagi semua happy, insyaAllah saya akan teruskan walaupun dehydrated dan badan saya makin rasa kurang sihat. Belum lagi kulit mula kering dan terbakar. Doakan saya dan moga doa sama dikembalikan pada semua.”
Bukan senang uruskan bisnes pizza wagyu seorang diri. Banyak faktor kena ambil kira tambahan pula melibatkan kesihatan.
Selain menawarkan daging wagyu, pizza ‘viral’ ini juga dilengkapi dengan sos istimewa.
Ketika ulang tahun kelahiran Jo pada Januari lepas, Cik Epal mendedahkan peribadi suami tercinta yang berjiwa besar, pemurah, kreatif dan suka cuba benda baru.
Semoga Jo dan Cik Epal terus berjaya dalam perniagaan dan kejayaan mereka menjadi kekuatan semangat buat masyarakat.
Menabung sangat penting baik yang bujang mahupun sudah berkeluarga. Sebaiknya kena mulakan dari awal memandangkan kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Sekurang-kurangnya dengan menabung kita ada simpanan untuk masa depan. Bagi wanita yang bakal melahirkan anak, pasti sedia maklum banyak duit yang kena guna termasuklah membeli keperluan bayi, membantu suami untuk membayar bil rawatan hospital dan sebagainya.
Perkongsian ibu bernama Wany Zabry ini cukup bermanfaat untuk kita semua. Beliau memulakan simpanan sebanyak RM50 sehari!
Walaupun Wany kini sudah bersalin, namun perkongsian yang dimuat naik menerusi laman instagramnya boleh dijadikan panduan oleh bakal ibu dan wanita lain bagaimana untuk memastikan diri istiqamah dalam menabung.
MENABUNG UNTUK MASA HADAPAN
Yes yes! Menabung! I orang paling gila menabung dari kecik lagi rasanya tak duit syiling 20 sen duit syiling 50 sen! For those nak tahu apa Wany aim semua Wany buat tabung, contoh:
bayar muka kereta
down payment rumah
buka kedai pagi daisy
travel
shopping (barang-barang branded sikit) (Apa yang Wany aim dah cukup barulah Wany realisasikan so that tak payah semua benda hentam loan or kita akan rasa tak terbeban dengan banyak benda)
Since sedar diri business ada up and down, so kena ada perasaan boleh ke tak ke boleh ?? YES!!! BOLEH! (Ikut kemampuan)
And now for my baby day 1 Wany tahu Wany preggy, Wany buat tabung RM 50 per day, tak campur dengan duit tabung business. Kadang-kadang daddy masukkan tapi dalam hati berkobar-kobar jangan skip menabung sebab nak tengok result! Alhamdulillah hari ni keluarkan dari vase pineapple kecil comel tu tak sangka banyak juga! Sumbat-sumbat sampai padat sebab kalau bekas besar dan nampak mesti sibuk nak gunakan untuk banyak benda!
Before dapat baby pun dah simpan sikit-sikit tapi we all decided guna untuk beli barang baby and untuk bersalin di hospital swasta (mudah mudahan ada rezeki kalau gov pun tak kisah janji selamat). Menabung pun ajar diri jadi disiplin and sabar, harap anak mommy nanti pandai menabung, sikit-sikit pun takpe. Janji ada nampak hasil. Agak-agak berapa total menabung selama almost 6-7 bulan ni?
TOTAL MENABUNG 6BULAN (RM13,600) omg mommy you did it! Boleh masukkan dalam buku baby.
Semakin berusia seseorang, semakin bertambah segala penyakit dalam badan. Angin, lenguh sana sini dan sebagainya lagi. Lebih teruk lagi bila salah makan, makin mengundang macam-macam masalah pada tubuh.
Buat ibu-ibu yang ada masalah sakit kaki dan lenguh-lenguh, boleh cuba petua ini. Terutama yang selalu alami masalah sakit menyucuk di bahagian tumit kaki. Bagi ibu-ibu dalam pantang pun boleh cuba petua mudah ini. Badan jadi ringan je.
PETUA MUJARAB HILANGKAN SAKIT KAKI . Masa memula Mak bagitau petua ni, KakVee tak berapa nak buat sangat. Still lagi pergi berurut dekat spa dengan bayaran rm45-rm60 untuk sejam. Tu pun lepas urut tak hilang gak sakit kaki. . Stresskan bila sakit kaki. Tambahan lagi kalau sakit tu mencucuk cucuk dibahagian tumit. Rasa berat jer kaki nak berjalan. Nak bekerja pun jadi lemau.
.
Bila dalam pantang ni baru ada kesedaran nak buat. Hanya berspa di rumah. Jimat dari segi kos sebab bahan bahan nak buat memang dah tersedia di dapur dan boleh diamalkan bila bila masa.
.
Tapi kesannya bergantung pada individulah, ada yang hilang sakit terus lepas sekali buat. Ada yang kena buat sampai tiga kali baru rasa betul betul berkesan. KakVee lepas buat hari tu sakit kaki dan lenguh lenguh terus hilang. Jadi ringan jer kaki nak melangkah. Tu yang KakVee nak share petua ni sebab betul betul menjadi.
Bahan bahan yang diperlukan:
.
Garam
Halba
Serai
Halia
Lengkuas
Daun limau purut
Daun Pandan
(tambahan kalau ada, daun mengkudu, cekur daun sireh) – ekceli boleh letak daun apa saja yg ada khasiat. Cara penyediaan:
Hiris atau ketuk bahan bahan diatas.
Kemudian rebus sehingga mendidih.
Cara penggunaan:
Ambil air rebusan (termasuk bahan bahan) masukkan dalam baldi dan campurkan dengan air paip.
Suhu ikut individu. Tapi jangan sampai melecur kulit. Kalau boleh paras air tu sampai boleh rendam dari kaki hingga ke lutut. Baru puas hati.
*Masa rendaman tu akan terasa seolah olah kaki kita disedut sedut. Sangat selesa dan bau pun wangi kalah bau dekat spa. #PS ini hanyalah penyediaan traditional, sekiranya sakit kaki tu berlarutan dan bertambah teruk segeralah berjumpa dengan Doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya. #SILAKANSHARE supaya gejala sakit kaki dapat dikurangkan bersama sama. Nak cara jimat bolehlah cuba. Nak mudah g spa urut kat sana #PetuaKakvee.
Kredit: Ruviantie Roslan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di