Menarik perkongsian lelaki ini. Bahawa untuk menghargai isteri bukan bermakna kita takut pada isteri tetapi menghormati dan sayang kepadanya.
Begitulah perkongsian oleh lelaki ini di laman facebooknya mengenai bagaimana menghargai seorang isteri.
F A M I L Y
Kita bukan takut bini, tapi kita sayang bini kita.
Sebab apa? Sebab aku bersyukur dia boleh terima aku seadanya.
Jarang keluar lepak, sebab takut bini? Bukan bro. Bini aku tak melarang apa2 pun. Tapi Sebab aku nak QUALITY-TIME dengan bini dan anak. Hari bekerja aku tiap hari balik malam demi cari rezeki untuk keluarga aku.
Bila ajak lepak, kita bukan taknak tapi hari biasa dah habiskan masa di office atau kerja.
Tiap hari balik malam, kita bukan orang kaya duit boleh petik jatuh dari langit.
Ads
Bila hujung minggu kadang2 tu je la masa luangkan dengan family. Hari kerja dia duduk rumah, jaga anak. Takkan hari cuti pun nak tinggalkan dia.
Mereka pun ada perasaan, mereka pun nak keluar, mereka pun nak ambil angin luar. Bosan dah duduk rumah.
Bawa mereka jalan2.
Aku pun nak membesarkan anak aku depan mata sendiri.
KELUARGA KITA, KITA TAHU APA KITA BUAT
Ads
Kadang2 orang tak faham, bila tak lepak kena COP TAKUT BINI. Aku tak kisah kena cop macam tu sebab aku tahu kalau keluarga aku susah bukan orang2 tu yang datang membantu.
Keluarga kita, kita tahu apa kita buat.
Bagi aku, ada masa dengan kawan, ada masa dengan family. Kenalah pandai balance.
Aku jenis suka utamakan family sebab tu tanggungjawab aku bila dah berkahwin.
Jangan abaikan mereka.
Aku kerja sampai malam demi cari rezeki untuk mereka. Hidup bujang tak sama hidup dengan orang dah berkahwin.
Ads
Aku lebih rela di cop takut bini dari di cop ketua keluarga yang tak bertanggungjawab.
Isteri aku boleh terima aku seadanya pun aku dah bersyukur.
Hargailah mereka.
#DaddyCool~~
#AshmanFamilia
Kredit: Ashman Mat Saleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
AC Mizal Artis Pertama Buka Stesen TV, Pernah DiPerlekeh Mujur Datin Emylia Beri Sokongan Kuat.
Siapa yang tak kenal dengan pengacara, pelakon, penyanyi dan usahawan, Datuk AC Mizal yang mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidupnya.
Siapa sangka dulu hanya biasa-biasa aje dalam dunia hiburan tanah air, kini Datuk AC Mizal melangkah setapak lagi dalam dunia hiburan dengan membuka stesen televisyen dengan rangkaian media dan hiburan terbaharu di bawah jenama SUKE TV.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Namun setiap kali membuat kelainan pastinya ada cabaran yang menunggu! Tidak kecuali menghadapinya. Malah AC mengakui menerima sindiran dan diperlekehkan oleh banyak pihak termasuk rakan-rakan.
“Memang keadaan itu berlakv. Marah itu ada, tapi itu menjadikan saya lebih bersemangat sebenarnya. Sebelum saya mula SUKE TV ini, ketika itu, ia merupakan percubaan kali terakhir saya. Saya dah nak pulangkan lesen dah.
“Lesen itu sudah ada sebelum saya mula lagi dan kena bayar setiap tahun kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
DI SEBALIK KEJAYAAN SUAMI , ADA ISTERI DIBELAKANG.
Biarpun dikritik oleh orang disekeliling dengan impian yang masuk akal itu, Kata AC, dia bersyukur kerana isterinya, Datin Emylia Rosnaida sentiasa meletakkan kepercayaan kepada dirinya.
“Kami berdua ini nasib baiknya memang selalu berfikiran positif. Kita tetap nak buat. Nampaknya Tuhan tetap nak bagi rezeki menerusi SUKE TV ini sebab banyak dah bisnes lain yang dijalankan sebelum ini,Allah tetap bukakan jalan yang ini.
“Memang kami tawakal saja pada Allah dan akhirnya di hujung-hujung perasaan dah nak putus asa itu, Dia realisasikan hasrat kami ini. Saya pun pasang niat nak bantu orang, nak beri peluang pekerjaan kepada ramai orang.
“Mungkin kerana itulah, Dia kurniakan peluang ini kepada saya dan isteri. Bayangkan, kamilah artis pertama yang membuka stesen televisyen dalam negara ini, siapa sangka?”katanya.
APA ITU SUKE TV
SUKE SHOP merupakan saluran membeli belah secara dalam talian di bawah jenama SUKE TV yang dimiliki oleh pengacara dan pelakon Dato’ AC Mizal.
Mula bersiaran sejak April lalu, SUKE TV bukan sekadar menjanjikan program hiburan menarik, malah ia juga menjadi platform buat usahawan tempatan memasarkan pelbagai jenis produk mereka menerusi SUKE SHOP.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya memaparkan promosi dengan menjadi salah seorang pembeli bertuah memenangi kereta mewah jenama Ferrari atau wang tunai RM1 juta dengan setiap pembelian bernilai RM100 menerusi peraduan Suke Menang di SUKE SHOP.
Selain hadiah lumayan itu, SUKE SHOP juga menawarkan baucar bernilai RM10 juta untuk mereka yang mendaftar sebagai ahli baharu di laman suk3shop.com.
Nak membahagiakan isteri bukannya susah mana pun. Walaupun dengan hanya menghubungi isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar pun sudah cukup menggembirakan hati wanita istimewa ini.
Percayalah, walaupun ia nampak remeh tapi pada isteri ia cukup besar dan bermakna. Sebenarnya isteri bukanlah mahu diberi perhatian setiap masa, cuma ada waktunya mereka perlukan kehadiran suami untuk meluahkan apa yang tersimpan di dada untuk melepaskan segala kelelahan mereka.
Kadang kala cukup dengan menghantar mesej ‘Hi Sayang’, sudah cukup menyegarkan kembali hari-hari mereka.
Ada banyak lagi yang anda boleh lakukan untuk membuat isteri tersenyum lebar. Tak percaya? Cuba katakan ini dan lihatlah bagaimana gembiranya mereka nanti.
1. “Sayang..Jom pergi bercuti tapi kita berdua saja”
Percayalah isteri akan terus bersetuju dengan cadangan ini. Sebabnya ramai isteri yang rindukan waktu hanya berdua bersama suami yang dianggap sangat romantik. Bercuti berdua ini juga sebenarnya masa untuk isteri berehat daripada bebanan kerja rumah. Isteri mana tak suka!
2. “Pergilah berjalan-jalan dengan kawan-kawan awak. Saya akan uruskan anak dan rumah.”
Kesibukan dengan urusan kerja membataskan isteri untuk bertemu atau bersama kawan-kawan termasuklah teman rapatnya. Jadi, sesekali berikan isteri anda peluang untuk melepaskan rindu berjumpa teman-temannya. Tiga bulan sekali pun dah mencukupi.
3. “Hari ini abang tolong sayang buat kerja rumah!”
Ungkapan ini biarpun jarang diluahkan suami tapi sangat dinantikan oleh sang isteri. Tidak perlu melakukan semua kerja, memadai dengan mencuci pinggan atau menyidai pakaian. Itu sudah cukup menggembirakan isteri.
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
4 “Hebatlah isteri abang ni!”
Setiap isteri tahu diri mereka hebat, ‘superwoman’ dan sebagainya. Tetapi isteri juga mendambakan kata-kata ini daripada lelaki yang mereka cinta. Pujian sebegini sebenarnya membuatkan sang isteri ‘terbang tinggi’.
5. “Nampak stres jer, kenapa?
Sebaik bertanya soalan ini biasanya isteri akan terus bercerita isi hatinya. Sebagai suami anda hanya perlu mendengar sebagai tanda prihatin. Luahan cerita ini sebenarnya sudah cukup mengurangkan tekanan atau masalah isteri.
EXTRA! Pimpin tangan isteri
Walaupun hanya dari bilik ke ruang tamu. Perkara ini sangat memberi makna buat isteri. Mereka akan rasa sentiasa dilindungi dan dihargai selain perasaan selamat kerana dalam genggaman suami.
Semoga tip ini dapat mengharmonikan rumah tangga anda dan menjadi aspirasi buat semua. Ingat! Jangan meremehkan ia walaupun usia perkahwinan sudahpun menjangkau 5 tahun. – KELUARGA
Tentunya setiap antara kita yang berkeluarga ingin memiliki rumah sendiri, walau kecil asalkan bukan menyewa akan terasa kepuasan memiliki kediaman tersebut. Jadi bagi yang berangan-angan untuk membeli rumah di masa terdekat ini, elok kiranya fahami penerangan dalam proses membeli serta tip bermanfaat daripada penasihat hartanah ini.
Semoga perkongsian di akaun twitternya ini dapat memudahkan kita untuk terus merialisasikan impian keluarga tercinta dalam pemilikan rumah atas nama sendiri. Jom semak.
Ni thread ni untuk PEMBELI RUMAH PERTAMA. First time nak beli rumah ni mesti korang macam blur-blur sikit kan. Jadi lepas baca thread ni, harapnya korang dapat la idea sikit flow beli rumah dari niat sampai la dapat kunci.
Kita pecahkan kepada 3 fasa supaya tak pening sangat:
1 – Fasa persediaan
2 – Fasa pembelian
3 – Fasa tukar nama
FASA PERSEDIAAN
Bila korang dah ada niat nak beli rumah, benda first sekali korang kena buat adalah SEMAK KELAYAKAN LOAN DENGAN BANK (unless korang nak beli cash la kan) Bank akan tengok 3 benda untuk bagi loan dekat kita: –
Income
Formula dia = (KOMITMEN LAMA + KOMITMEN RUMAH YANG BARU NAK BELI NI) / NET INCOME x 100 Kalau lebih 70%, dia akan reject application korang.
Scoring
Scoring ni maksudnya kau ni ada ciri-ciri orang boleh bayar hutang tak. So bank nak tengok kerja korang stabil atau tak, permanent ke contract, korang ada degree tak etc. Benda-benda ni semua add value dalam application.
CCRIS
Ccris ni record kalau ada commitment dengan bank. Kalau ada commitment dengan bank, kena la bayar ikut time.
“Bang, kalau takde record langsung, boleh apply ke?”
Boleh Jep. Tips dia: JANGAN FULLY UTILISE THE LOAN. Contohnya: Kalau lepas amik loan 300k, amik la 250k je. Lagi satu, attach sekali semua dokumen – degree ke, ada simpanan tabung haji ke, simpanan apa2 ke. Boleh add value!
Document apa yang wajib bank nak?
1 – Salinan IC korang
2 – Payslip
3 – Bank Statement
4 – EPF Statement
5 – Employment Letter boleh je mintak tolong agent checkkan kelayakkan loan korang. Biasanya agent akan liase terus dengan banker. Bagi je korang punya document tu.
Settle hal loan, kita cerita pasal deposit pulak. Deposit biasanya kena prepare 10% dari harga rumah. Contoh: Harga rumah 200k. So kena ready deposit RM 20k.
“Kalau tak cukup boleh ke bang?”
Boleh. Cara dia – MARKUP LOAN. Beli rumah RM200k, ambik loan RM220k. TAPI, bila markup loan, instalment korang akan tinggi sikit la. Dan bayaran lain-lain macam legal fees semua akan ikut harga markup tu.
Lepas tahu berapa loan korang boleh amik, korang kena PLAN. Plan pasal rumah tu. – Nak duduk atau sewakan – Nak duduk lama or sekejap – Dalam masa 5 tahun lagi ada nak beli rumah lain tak – Ada plan nak kahwin dalam masa terdekat ke – Ada nak beli kereta ke Etc etc..
Sebab apa kena plan? Sebab bila korang amik loan, komitmen kena bayar SETIAP BULAN. Perbelanjaan korang pun akan berubah sikit. Yela nak bayar hutang bank. Lepas dah ada proper plan, barulah korang dah settle fasa pertama. Which means, korang dah sedia lah nak beli rumah. Yeay!
FASA PEMBELIAN
Dah masuk fasa ni, refer dulu dekat PLAN korang masa fasa persediaan tu. Then, bolehlah ‘window shopping’! Carilah rumah yang match dengan plan dan berkenan.
Dah jumpa rumah yang berkenan, kenalah bayar booking untuk proceed. Payment MESTILAH kepada property agency ATAU law firm. JANGAN bank in kepada akaun personal. Harga booking ialah 3% dari harga rumah tu.
Contoh: Harga rumah RM200k 3% x RM200,000 = RM6000
Bila dah book, owner akan sign form. Form tu nanti attach sekali dengan document-dokumen untuk loan tadi. Then korang submit la dekat bank untuk apply loan. Agent pun boleh tolong hantarkan.
Kalau document semua lengkap, dalam masa seminggu dah boleh dapat approval loan. Bila loan dah approve, agent akan inform lawyer untuk prepare Sales & Purchase Agreement (SnP). Dalam masa 2 minggu dah boleh sign.
Masa sign SnP ni kena bayar balance deposit. Booking tadi dah bayar 3% kan. So ada lagi 7% balance. 7% x RM200,000 = RM14,000 Kalau markup loan tak perlu la bayar benda ni. Owner la yang kena tunggu semua selesai baru dapat duit. SELESAI FASA PEMBELIAN!! Happy tak?
Jadi, bila dah settle semua, lawyer akan panggil korang untuk check rumah. Korang datang la tengok rumah tu. Kang tiba-tiba pintu takda pulak boleh la claim. Kalau semua okay, boleh la ambik kunci dari lawye.
So tadaaa! Dah dapat la kunci rumah pertama anda!! Biasanya rumah pertama ni mesti korang sayang lebih sikit. Sebab korang susah payah kan nak beli. Next time korang nak beli rumah lagi, mesti dah mudah sikit dah. Sebab dah ada experience kan.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...