Bagi penggemar-penggemar T-Shirt, tentu anda kecewa bila pakaian kesukaan anda itu sudah tidak sempurna apabila lehernya kembang membuatkan ianya tidak lagi selesa digunakan.
Bukan itu sahaja, tshirt yang mempunyai masalah yang serupa akhirnya di buang ke dalam tong sampah atau dijadikan kain buruk.
Sayang kan? T-shirt tersebut bukannya murah malah ada yang special edition.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok yang menggunakan nama @Syafiq.art, dia telah menunjukkan cara bagaimana mahu memperbaiki masalah ini.
Rupanya hanya menggunakan 2 bahan sahaja dan kosnya amat murah.
Langkah 1
Pertama, anda perlu jerang air dalam periuk sehingga panas dan mendidih.
Langkah 2
Kedua, sementara menunggu air dijerang, ambil baju yang kolarnya sudah meregang dan ‘kembang semangkuk’ itu, ambil segelung getah dan ikatkan pada bahagian kolar baju yang sudah hilang bentuk itu.
Ads
Ikat mengikut cara yang ditunjukkan dalam video di atas.
Langkah 3
Ketiga, setelah air siap dimasak, rendamkan baju kedalam air panas yang baharu di masak itu,
sehingga semua bahagian kolar baju yang berikat itu basah dan merata terkena air panas tersebut selama 3 hingga 4 minit.
Setelah direndam, keringkan sahaja baju tersebut dengan keadaan terikat, atau boleh juga jemur dibawah terik mentari sehingga kering.
Langkah 4
Keempat, setelah baju benar-benar kering boleh lah gosok bahagian kolar yang berkedut akibat cerutan getah tu, dan dipakai seperti biasa. Hasilnya pasti membuatkan anda puas hati, kerana bentuk kolar akan kembali seperti sediakala!
Sekadar info, pemakaian t-shirt sama secara kerap dan berulang kali boleh menjadi punca kepada masalah kolar t-shirt kembang, meskipun anda baru sahaja membeli t-shirt itu.
Ads
Kualiti kapas yang digunakan juga antara yang menjadi punca anda mengalami masalah sama, jadi sebelum membeli baju, pastikan dahulu kualiti kain dan peratusan kapas yang digunakan untuk membuat baju berkenaan.
Jadi apa tunggu lagi, jom cuba tip ini pada tshirt suami anda.
Kehilangan anak adalah salah satu bentuk duka yang paling berat untuk ditanggung oleh seorang wanita bergelar ibu. Tentunya rasa kehilangan itu memenuhi ruangan hati dan fikiran yang memberi kesan yang cukup mendalam dan sulit untuk diungkapkan.
Apatah lagi andai perginya si anak terkait asbabnya daripada diri sendiri. Pasti bukan mudah untuk diterima.
Ini sebagaimana tularnya berita pilu yang terjadi kepada seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas kira-kira 10 jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, di sini, semalam.
Menurut sumber sebagaimana memetik berita di Berita Harian, ibu mangsa yang juga seorang doktor tiba di hospital itu untuk bekerja dan tidak menyedari dia meninggalkan kanak-kanak itu, sehingga pukul 5.30 petang.
“Wanita berkenaan menerima panggil telefon daripada suaminya jam 5.30 petang menyatakan anaknya tiada di taska dan selepas diperiksa sekali lagi oleh suaminya, wanita itu terus pergi ke tempat letak kenderaan iaitu lokasi keretanya diletakkan.
“Dia mendapati anaknya berada di kerusi bayi bahagian belakang dalam keadaan tidak bermaya lantas mengeluarkan mangsa untuk memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke wad kecemasan untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sumber itu menambah, hasil rakaman percakapan bapa mangsa pula mendapati, dia telah datang ke taska dan mendapati mangsa tiada di situ.
Jelasnya, bapa mangsa telah menghubungi isterinya dan memaklumkan anaknya tiada di taska serta meminta isterinya pergi ke tempat letak kereta.
“Ketika bapa mangsa tiba di lokasi parkir kereta, dia mendapati isterinya sedang memberikan CPR kepada anaknya dan meminta isterinya membawa mangsa ke wad kecemasan untuk tindakan lanjut pada 5.35 petang,” ujarnya.
Sumber itu berkata, bantuan pernafasan telah dilakukan selama enam minit tetapi mangsa tidak menunjukkan sebarang tindak balas dan tanda-tanda hayat.
“Bayi itu telah disahkan meninggal dunia dan bedah siasat akan dilakukan untuk menentukan punca kematian,” katanya.
Kes berkenaan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, ibu mangsa membawa bayi itu untuk dihantar ke taska.
“Mangsa diletakkan di bahagian belakang penumpang sebelah kiri kereta untuk dihantar ke taska tetapi ibu bayi berkenaan terus ke tempat kerja dengan anggapan mangsa telah pun dihantar ke taska.
“Ibu mangsa hanya menyedari anaknya masih berada dalam kereta pada petang hari yang sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke taska,” katanya dalam satu kenyataan.
Zam Halim berkata, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik disahkan meninggal dunia pada pukul 5.53 petang hari sama oleh pegawai perubatan HCTM.
Tambahnya, keterangan daripada ibu mangsa akan diambil selepas selesai urusan pengebumian.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bulan Ramadan, bulan mulia yang dinantikan seluruh umat Islam di seluruh dunia untuk mencari pahala yang banyak. Bulan yang mengajar umatnya untuk sentiasa melakukan kebaikan dan mengawal segala nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang.
Melalui perkongsian Ustazah Asma’ Harun, terdapat 10 perkara tips penting yang perlu dilakukan dalam menempuhi bulan suci ini. Anggaplah ini sebagai Ramadan terakhir anda untuk merebut peluang pahala yang ada, kerana tiada siapa tahu bila pengakhiran kita nanti. Semoga bermanfaat kepada semua.
ANDAI INI RAMADAN TERAKHIRKU
Pernahkah kita terfikir, bagaimanakah agaknya andai Ramadan kali ini ialah Ramadan yang terakhir dalam hidup kita? Ramadan seterusnya, masih adakah peluang untuk kita mengumpul pahala berterawih dan bertadarus al-Quran? Masih sempatkah untuk kita merebut peluang bertemu dengan malam al-Qadar?
Tiada siapa yang mampu untuk memberi kepastian, bagi setiap persoalan.
Sahabat, mulakanlah persiapan kita seawal yang mungkin bagi bertemu dengannya. Anggaplah ini kesempatan terakhir kita untuk menikmati setiap kemanisan ibadah di dalamnya.
TIPS-TIPS PENTING ANDA PERLU LAKUKAN DALAM MENEMPUHI BULAN RAMADAN
Mulakan dengan melakukan 10 tips penting untuk menempuhi bulan Ramadan yang mulia:
Maksudnya: “Rasulullah banyak berpuasa (pada bulan Syaaban) sehingga kami mengatakan, baginda tidak pernah berbuka, dan kadang-kadang baginda terus-menerus berbuka hingga kami menganggap baginda tidak berpuasa langsung. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa Ramadan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah banyak berpuasa (di luar Ramadan) melebihi Syaaban.” (HR Muslim, hadis sahih)
3. PELAJARI HUKUM HAKAM PUASA
Dalami ilmu agama yang berkenaan dengan puasa contohnya hukum-hakam dan fadhilatnya. Jika ada kemusykilan, jangan malu atau segan untuk merujuk kepada mereka yang lebih arif.
Tujuannya adalah agar apa yang akan diamalkan dalam ibadah puasa lebih bermakna dan bulan Ramadan lebih dihayati.
Umar bin ‘Abdul ‘Aziz menyebutkan:
“Barangsiapa yang beribadah kepada Allah SWT tanpa ilmu, maka dia akan membuat banyak kerosakan daripada mendatangkan kebaikan.”
4. LAZIMI QIAMULLAIL
Mujahadah untuk bangun malam sebelum tibanya Ramadan (beberapa kali seminggu).
Hal ini bagi mengelakkan kita daripada liat untuk bangun malam di bulan Ramadan serta memudahkan kita untuk bangun bersahur.
5. BERAZAM UNTUK TIDAK MENINGGALKAN SAHUR
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” (HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. (Surah Al-Isra’ : 27)
7. MEMPERBANYAKKAN DOA
Berdoa supaya Ramadan kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Memohon pada Allah supaya diri dan keluarga sentiasa sihat sepanjang Ramadan.
8. MELAZIMI SEDEKAH
Mulakan amalan bersedekah sedikit semi sedikit daripada sekarang. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk harta. Ianya termasuk dengan mempamerkan akhlak yang baik, senyuman dan raut wajah yang menyenangkan, meringankan beban dan membantu orang lain.
Boleh juga kenalpasti jiran tetangga yang kurang berkemampuan dan hulurkan bantuan kepada mereka.
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – أجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أجْوَدَ مَا يَكُونُ في رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْريلُ، وَكَانَ جِبْريلُ يَلْقَاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسُولُ الله – صلى الله عليه وسلم – حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِن الرِّيحِ المُرْسَلَةِ .
Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, hadis sahih)
9. MENGHIDUPKAN AL-QURAN DI RUMAH
Mulakan membaca Al-Quran dan lazimi zikir supaya ia menjadi satu kebiasaan.
Memperkemaskan bacaan Al-Quran dengan pelajari ilmu tajwid.
Bila Ramadan tiba, amalan ini diteruskan dengan beberapa penambahbaikan seperti membaca terjemahan dan mentadabbur ayat-ayatnya.
10. MERANCANG TARGET RAMADAN
Target untuk khatam al-quran (rancang berapa helai atau juzuk yang akan dibaca dalam sehari supaya dapat khatam sebelum Ramadan berakhir).
Target untuk bersedekah di mana dan kepada siapa.
Target untuk solat sunat (solat sunat rawatib, dhuha, tarawih, tahajud, taubat, hajat, dan lain-lain).
Daripada Hasan al-Basri:
Maksudnya: “Maka amat menghairankan bagi mereka yang bermain-main dan bergelak ketawa (tidak bersedia untuk Ramadan) dalam hari orang-orang yang baik itu sedang berjaya (dalam mempersiapkan diri untuk Ramadan). (Ibn Rajab, Bughya al-Insan)
Subhanallah. Nukilan Hasan al-Basri di atas sangat menyentuh sanubari. Maka sungguh rugilah bagi mereka yang tidak mempersiapkan diri untuk menuju bulan Ramadan al-Mubarak.
Semoga kita semua akan menempuh Ramadan kali ini dengan penghayatan yang berbeza.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
Kreativiti wanita ini dalam mendeko dan menghasilkan kek memang mengundang perhatian ramai. Apa tidaknya, hasil sentuhannya sebiji kek yang berlatar belakangkan sebuah cerita mengenai Senah dan Mamat membuatkan ramai terhibur.
Menurut puan Noormaziera Mohd Nor fondant kek yang dihasilkan tersebut asalnya terletak elok bersandar pada kek, namun entah bagaimana apabila sampai ke tangan pelanggannya, fondant tersebut berubah kedudukan dan tergolek di tengah-tengah dengan aksi yang melucukan.
Rupa-rupanya kek tersebut ditempah oleh pasangan suami isteri sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
“Pelanggan yang request overload cake. Tapi minta tukar kartun ke orang.Contoh gambar tu pelanggan yang bagi. Dia ambil gambar dari google.
Ni Senah dengan Mamat. Tertido kekenyangan lepas balun kek anniversary orang. Si Mamat ni siap air liur basi lagi.
Masa masuk kotak elok lagi dorang tidur macam ni. Sampai kat customer dorang dah berubah kedudukan.
Awalnya, dia terkejut dan bimbang pelanggan marah kerana fondant cake berubah kedudukan, namun sebaliknya yang berlaku apabila pelanggan turut sama ketawa kelucuan.
Terkejut customer tengok aksi Senah tidur terkangkang ni. Adoi la. Nasib ku tak kena marah. Customer duk bantai gelak je. 😅😅
Terima kasih yang sudi singgah.
Chill ya 😘❤️🎈
Membaca komen yang dimuat naik warganet memang mengundang kelucuan. Rata-rata turut memuji hasil kek yang cukup comel dan kreatif.
Aduiiii laaa.. Maap sis.. Sy pun turut tergelak.. 2kali tengok gambar baru bace caption pastu tengok gambar.. Terus tergelak sakan.. Hahha sory3 pape pun kreatif tema kek sis ini.
Nice story senah n mamat..pandai buat kek terbaek.. citer pun best
Wahh..tahniah..kreatif sungguh!!
Orang kata….Kalo makan Manis sblm terlena mmg kuar air liur basi….betui la Tu..jalan citer nyer
Cantik pulak jln cite nye…biasa terlebih kenyang la tu tidur x sedar dah terkangkang…hai senah2…apa2 pun cantik kek..
Lama sampai kat cust.. senah n mamat da lena sgt sampai baring ke lantai.. hahahahha comel keknye..