Jangan buat main apabila berkaitan dengan pemakanan ubat untuk kesihatan diri. Jika salah makan boleh mudaratkan diri. Begitu juga dengan ibu ayah kita yang kebanyakknya pada usia emas mengalami sakit lutut.
Pastinya akan dibekalkan ubat atas nasihat doktor. Namun kadang kala, terlepas pandang boleh membahaykan nyawa.
Sebagaimana penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai penggunaan ubat tahan sakit dan steroid yang digunakan untuk membantu melegakan rasa sakit lutut apabila ditanya oleh warganet di facebook beliau.
Kombinsi maut
Soalan: Assalamualaikum Doktor. Emak saya mengalami sakit lutut sejak dari dulu lagi. Umur dia sudah 71 tahun. Pil tu sesuaikah utk dia? Terima kasih.
Ads
Walaikumusalam. Kombinasi ubat tahan sakit NSAIDs (contoh indomethacin, mefanamic acid, diclofenac, brufen) dan steroid (seperti betamethasone, prednisolone) adalah kombinasi maut terutama bagi wargamas yang mengalami sakit lutut.
Kerosakan buah pinggang
Bila mereka mengambil dua ubat ini serentak, memang cepat rasa lega, tetapi boleh menyebabkan gastric ulcer dan pendarahan dalam perut. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan ginjal.
Ads
Bawa maut
Saya sudah lihat ramai wargamas yang muntah darah dan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Wad Pembedahan depan sama kerana mengambilnya dalam masa yang lama.
Ramai juga yang mengalami kerosakan ginjal. Jadi berhati2 dgn kombo ubat tahan sakit NSAID dan steroid.
Pelbagai cara dan petua yang ada untuk anda yang mengalami masalah perut buncit, lemak berlebihan dan sebagainya. Mungkin ada antara kita yang tidak berani mengambil produk di pasaran, bimbang kesan buruk pada tubuh.
Nah, admin sediakan satu petua yang cukup mudah, ringkas dan yang penting menggunakan bahan semula jadi.
Sesuai diamalkan oleh wanita dan lelaki, petua ini bukan sekadar dapat membantu kempiskan perut, ia juga dapat mengeluarkan angin degil dan lemak terkumpul, melancarkan pencernaan, menyihatkan dalaman dan luaran serta untuk mengekalkan awet muda.
Bahan Bahannya:
3 inci Kunyit
1 inci Halia
Segenggam asam jawa
2 sudu gula melaka/ gula kabung
Sedikit garam
Cara Caranya:
sumber: Azwani Muzammel
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menggayakan meja makan marble diakui mampu menjadikan ruang makan kediaman nampak elegan dan mewah. Sama ada pilihan meja makan marble 4 kerusi, 6 kerusi atau 8 kerusi akan terlihat sempurna digayakan di ruang makan. Bahkan melihat kelebihan permukaan meja yang licin, berkilat dan mudah diselenggarakan menjadikan ramai mengidamkan untuk memiliki meja makan jenis marble ini.
Pun begitu, tidak dinafikan meja makan marble ini sangat berat dan memang agak sukar jika ingin diubah kedudukannya. Apatah lagi jika ingin menggantikan karpet yang digunakan di ruangan meja makan tersebut, tentunya bukan kerja mudah. Banyak tenaga diperlukan untuk mengangkat meja marble tersebut untuk ditukar kedudukannya.
Walau pun begitu, melalui perkongsian Saryani A. Rahman di dalam group fb Kelab Kaki Deko, berkongsi cara dan tip bagaimana dia berjaya menggantikan karpet yang sedia ada dengan yang baharu di ruangan meja makan kediamannya.
Melalui perkongsian ini bolehlah dijadikan panduan untuk yang tengah semangat hendak menghias ruang makan dengan karpet baharu.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya dan semoga bermanfaat.
Alhamdulillah…akhirnye dapat jugak saya tukar karpet raya di bawah meja nie.
Tips Alihkan Meja Makan
1. Alihkan kerusi semua dulu bagi ada cukup ruang kosong keliling meja
2. Lapik lantai dengan towel/toto
3. Angkat permukaan meja, sendengkan letak ke lantai yang ada towel/toto tadi, seret ke dinding. Park kejap kat situ.
4. Alih pulak tapak meja ke tempat lain dengan cara gerakan senget-senget kiri kanan. Tak perlu angkat.
5. Bersihkan kawasan carpet lama dan pasang carpet baru.
6. Seret tapak meja cara sama atas carpet (yang ni dah mudah sebab carpet licin)
7. Angkat table top cara sama
8. Susun kusi. Siap
Setelah mengucapkan selamat tinggal sebagai penyampai radio sepenuh masa tidak lama dahulu, Nana Mahazan kini kembali on air di radio online EFM (efm.live) sejak Januari 2018.
Selebihnya Nana banyak terlibat dalam mengacara majlis-majlis tertutup. Jika tiada jemputan untuk ke konti, stesen TV ataupun majlis lain, masa Nana banyak dihabiskan di rumah bersama anak-anak.
Namun Nana yang sememangnya aktif di laman sosial Instagramnya sentiasa menjadi perhatian para peminatnya. Malah, dia kini banyak muncul di kaca tv sebagai pengacara dalam beberapa program.
Personaliti dan penampilannya yang sentiasa up to date menjadi idola peminat wanita muda berkarier dan tak kurang ibu muda sepertinya.
“Memang ada harinya bila malas tu, di rumah saya hanya berpakaian biasa. Tapi, bukanlah tak ‘semenggah’. Masih kemas. Saya percaya, setiap orang punya keinginan sendiri.
“Saya pula, mahu sentiasa menjaga penampilan dan kelihatan kemas walaupun berada di rumah. Ia merupakan satu kepuasan untuk diri sendiri.
“Dengan cara itu, kita akan rasa gembira dengan diri kita sendiri. Ini penting kerana ia juga membantu mewujudkan keyakinan pada diri. Jagalah penampilan diri walaupun mungkin kita hanya suri rumah.
“Diri kita layak untuk ‘dihadiahkan’ atau ‘dimanjakan’ sebegitu. Tetapi, jangan hanya pentingkan penampilan kita semata-mata dan mengabaikan suami dan anak-anak,” tegas Nana.
Bentuk tubuhnya juga tidak membayangkan dia sudah memiliki dua orang cahaya mata. Tiada rahsia bagi selebriti ramah ini.
“Cuma sejak berkahwin dengan Brian, dia lebih teliti soal pemilihan makanan. Hal ini memandangkan Brian amat menjaga pemakanannya. Bimbang berat badan mudah naik.
“Sebelum berkahwin saya makan apa yang saya suka. Berbeza lepas berkahwin, perlu teliti tentang pemakanan. Alhamdulillah, satu perubahan yang amat baik.
“Maksudnya, dulu makan apa sahaja tidak kira tinggi kalori ataupun tidak. Meski berat badan tak naik tetapi sebenarnya kurus tidak bermakna tiada kolesterol.
“Jangan hairan kalau ada orang yang kurus tapi kandungan kolesterol tinggi dalam badan. Sekarang, bila jaga pemakanan dengan lebih baik, saya rasa lebih sihat.
“Terasa perubahan itu pada diri sendiri. Mulanya, ikut sahaja bila Brian kata pilih makanan yang sihat. Kalau beli susu, pilih yang rendah lemak, lebih banyak gunakan minyak zaitun, banyakkan sayuran dan buah-buahan.
“Beli makanan juga sudah dibiasakan membaca label atau kemasan makanan. Lama-kelamaan, sudah jadi tabiat. Menariknya, bila diamalkan memang saya dapat rasakan sendiri perubahan yang lebih baik,” ujar Nana yang baru tamat host Mentor7 selain turut menjadi hos untuk Pesona Pengantin di Astro serta game show Jangan Buat Hal di Astro Warna.
Semakin Sayang
Serasi bersama, riak wajah keduanya menyerlahkan kebahagiaan yang dilalui Nana dan Brian. Bukanlah niat untuk bermegah-megah dengan kebahagiaan rumah tangga tetapi Nana berlaku jujur mengakui dirinya bertuah dipertemukan dengan suami tercinta.
Istimewanya Brian pada dirinya, sukar digambarkan dengan kata-kata. Namun, dari segi peribadinya Nana bahagia kerana Brian tidak lokek menunjukkan kasih sayang terhadap dirinya.
“Dari dulu sehingga kini saya tak pernah terasa kurang kasih sayang daripada Brian. Sekarang, terasa sangat kasih sayangnya melimpah buat saya.
“Pada Brian, dia amat bersyukur dan berterima kasih kerana saya sanggup melahirkan dan menjaga anak-anak, Althea,9 tahun dan Aaqib 5 tahun.
“Dia benar-benar menghargai pengorbanan saya yang sanggup berhenti kerja dan menjaga anak-anak. Kata-katanya itu membuatkan saya rasa terharu dan amat bersyukur adanya Brian di sisi saya.
“Apa sahaja yang ingin saya lakukan, Brian sentiasa menyokong saya. Tugas-tugas di rumah juga dia sanggup berkongsi dan lakukan bersama-sama. Dalam rumah tangga yang penting saling memahami dan percaya antara satu sama lain.
“Barulah tak timbul syak wasangka antara suami isteri. Sebagai isteri kena tahu kehendak dan isi hati suami baru tak timbul alasan cari yang lain. Kalau suami tetap juga ada yang lain, tanyakan apa kurangnya kita sebagai isteri dan cuba perbaiki untuk jadi yang lebih baik,” cerita Nana yang memohon semoga tiada sebarang musibah dalam rumah tangganya itu.
Sumber: Majalah Keluarga 2015 & Media Hiburan Online