Kombinasi Ubat Tahan Sakit Dan Steroid Boleh Ragut Nyawa Dan Kerosakan Buah Pinggang, Take Note Peringatan Dr Ini.

Share

Jangan buat main apabila berkaitan dengan pemakanan ubat untuk kesihatan diri. Jika salah makan boleh mudaratkan diri. Begitu juga dengan ibu ayah kita yang kebanyakknya pada usia emas mengalami sakit lutut.

Pastinya akan dibekalkan ubat atas nasihat doktor. Namun kadang kala, terlepas pandang boleh membahaykan nyawa.

Sebagaimana penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai penggunaan ubat tahan sakit dan steroid yang digunakan untuk membantu melegakan rasa sakit lutut apabila ditanya oleh warganet di facebook beliau.

Kombinsi maut

Soalan: Assalamualaikum Doktor. Emak saya mengalami sakit lutut sejak dari dulu lagi. Umur dia sudah 71 tahun. Pil tu sesuaikah utk dia? Terima kasih.

Walaikumusalam. Kombinasi ubat tahan sakit NSAIDs (contoh indomethacin, mefanamic acid, diclofenac, brufen) dan steroid (seperti betamethasone, prednisolone) adalah kombinasi maut terutama bagi wargamas yang mengalami sakit lutut.

Kerosakan buah pinggang

Bila mereka mengambil dua ubat ini serentak, memang cepat rasa lega, tetapi boleh menyebabkan gastric ulcer dan pendarahan dalam perut. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan ginjal.

Bawa maut

Saya sudah lihat ramai wargamas yang muntah darah dan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Wad Pembedahan depan sama kerana mengambilnya dalam masa yang lama.

Ramai juga yang mengalami kerosakan ginjal. Jadi berhati2 dgn kombo ubat tahan sakit NSAID dan steroid.

Sumber:Dr Zubaidi Hj Ahmad

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN