Kontak rapat lengkap dos penggalak yang tidak mempunyai sebarang gejala tak perlu lagi menjalani tempoh kuarantin seperti sebelum ini mulai 1 Mac depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu tentang SOP terkini tersebut dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari Khamis.

Dalam ucapannya, beliau mengumumkan tentang prosedur terkini kontak rapat kes positif COVID-19 yang melibatkan penerima dos penggalak atau booster yang berusia 18 tahun dan ke atas  tidak perlu menjalani kuarantin sekiranya tidak mempunyai gejala pada hari pertama.

Namun begitu, mereka perlu melakukan ujian RTK kendiri pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir mereka terdedah dengan kes positif berkenaan.

“Jika keputusan negatif pada hari pertama dan ketiga, mereka boleh melakukan urusan seperti biasa. Sekiranya positif, mereka mesti melaporkan di aplikasi MySejahtera dan menjalani tempoh isolasi,

Bagaimanapun, sekiranya mereka mengalami gejala pada hari pertama, mereka perlu menjalani kuarantin selama 5 hari.

IKLAN

Kotak rapat lengkap dos penggalak

Bagi mereka yang lengkap dos vaksin tapi belum menerima dos penggalak, mereka kekal perlu menjalani kuarantin dalam tempoh 5 hari sama ada bergejala ataupun tidak,” katanya dalam sidang media tersebut.

Manakala bagi individu yang belum lengkap vaksinasi ataupun tidak divaksinasi pula, mereka perlu menjalani kuarantin selama 7 hari sama ada bergejala ataupun tidak bergejala.

Bagi individu dibawah 18 tahun pula, penerima vaksin lengkap hanya perlu menjalani kuarantin selama 5 hari sama ada bergejala ataupun tidak bergejala.

IKLAN

Jika belum lengkap vaksinasi atau tidak divaksinasi, mereka perlu menjalani kuarantin selama 7 hari sama ada bergejala ataupun tidak bergejala.

Khairy menjelaskan, peraturan baru ini adalah sebagai satu langkah kerajaan ke arah endemik dalam mengekang wabak berkenaan di dalam negara.

WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT

IKLAN

Kontak Rapat Lengkap Dos Penggalak Tak Perlu Kuarantin Mulai 1 Mac

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.

Daftar nama sebagai peserta webinar di sini WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT

Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join  Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI