Tragedi bencana banjir yang melanda negara pada bulan lalu memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Traumanya masih terasa sehingga kini. Arus deras yang datang tanpa amaran, mengakibatkan banyak harta benda musnah.
Antaranya puluhan ribu kenderaan rosak akibat banjir. Ramai yang menanggung kerugian akibat bencana itu.
Menerusi perkongsian pengguna facebook, Dr. Zaharuddin Abd Rahman memaparkan sekeping resit yang menunjukkan kos membaiki kenderaan akibat banjir. Lebih mengejutkan walaupun telah diberi diskaun, kos telah mencecah sehingga RM67,000!
Namun tidak dipastikan jenis kenderaan berkenaan. Namun ia menunjukkan sejumlah kos yang terpaksa dilalui oleh mangsa banjir.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen beranggapan kos terlampau tinggi. Begitulah cabaran buat mangsa banjir.
Ads
Seterusnya ikuti perkongsian tersebut.
Innalillahi wainna ilaihi rajioun, ada yang menghantar kepada saya kos baiki kenderaan akibat banjir. Tidak diberitahu jenis kenderaan tetapi inilah kosnya.
Itupun sudah diberi 15% diskaun. Kalau yang ada masukkan banjir sebagai salah satu insiden dalam coverage insuran/takaful, maka takaful yang akan bayar, namun bagi yang tiada masukkan banjir dalam senarai cover, semua itu kena bayar sendiri.
Ads
Yang mahal-mahal per unit itu katanya adalah harga block silinder dan cylinder head, yang paling mahal itu harga gearbox.
Sukar untuk memikirkan bantuan yang sesuai dalam kes besar sebegini, untuk mengenalpasti yang layak juga panjang jalannya. Ditambah terdapat keperluan asasi lain yang juga sangat mendesak.
Apapun diharap apa saja sumbangan dapat meringankan sedikit beban mangsa banjir. Apa yang tidak dapat dibantu semua, jangan tinggalkan semua.
Bagi yang ingin terus menderma, boleh berbuat demikian di link ini.
Untuk memastikan rekod kemas dan resit automatik akan masuk ke email para penderma.
Dalam pada itu, ada juga pengalaman menghadapi situasi berkenaan. Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Nik Mohd Fakrul Hisyam mengakui masih menjalan kerja pembersihan kereta sejak 19 Disember lalu.
Wargent lain juga berkongsi pandangan yang sama mengenai kos yang tinggi akibat banjir.
Anak adalah anugerah Tuhan, bukan tempat melempias marah kita 24 jam. Namun, dalam keadaan marah, kita kadang kala terlepas cakap. Ditambah pula dengan sikap anak-anak yang tidak mahu mendengar kata.
Namun, sebagai ibu bapa, kita patut mengawal emosi . Anak tidak akan menjadi baik kalau asyik dimarahi, sebaliknya itu salah satu faktor yang membuatkan emosi mereka terdera.
Sama-sama muhasabah diri dan ubah tabiat sikit-sikit asyik nak marah, sikit-sikit asyik nak maki anak-anak kita.
Jom baca perkongsian ikhlas dari seorang guru dan juga penulis bernama Muhammad Yusof ini.
Semalam aku rasa marah sangat kat anak aku. Boleh pulak dia tak tutup lampu kereta malam tu. Sampai ke pagi lampu tu menyala.
Pagi ni bila aku nak start kereta aku perasan lampu tu tak tutup. Mujur bateri kereta tak kong. Marah betul aku.
Bila anak masuk kereta senyum-senyum, aku terus buat muka serius. Tarik muka semasam mungkin.
Aku tanya dia ‘Kenapa Syafi tak tutup lampu kereta malam tadi?!.. Bla.. Bateri boleh kong.. Bla.. Bla..’ Panjang aku bebel pagi tu.
Dia terperanjat. Dia menangis.
Marah betul aku pagi tu.
Dalam perjalanan aku senyap je. Dia pun senyap.
Tiba-tiba dia datang kat aku, ‘Papa, Syafi minta maaf, malam tadi Syafi masuk kereta, gelap. Syafi bukak lampu. Syafi nak ambil barang dalam kereta. Papa lupa bawak masuk rumah. Mintak maaf Papa..’ Dia kata kat aku.
Aku terus rasa bersalah. Istighfar panjang aku time tu. Memang semalam aku ada beli barang kat Tesco dan aku terlupa bawak masuk rumah.
Aku terus cium pipi dia.
Benar aku belajar sesuatu hari ini.
Hari tu bila ada seorang bapak pukul dan dera anak dia sampai meninggal, kita bukan main marah lagi. Macam-macam kita kata kat dia, bapa durjanalah, bapak tak bertanggungjawablah.
Tapi, dalam masa yang sama, samada kita sedar ataupun tak, kita pun hari-hari tengah ‘mendera’ mental anak-anak kita.
Kita kena ingat dera ni bukan setakat fizikal je, tapi penderaan mental jauh lebih mendalam dan kesannya sangat panjang. Mungkin sampai akhir hayat anak-anak akan ingat penderaan mental ni.
Mungkin ada yang tak tahu bahawa penderaan kanak-kanak ini, kita boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, iaitu: penderaan fizikal kanak-kanak, penderaan mental kanak-kanak dan penderaan seksual kanak-kanak.
Kadang-kadang pagi-pagi buta, bila anak bangun lewat kita marah dia. ‘Itulah papa dah kata tidur awal malam tadi!’. Anak kita bangun dalam keadaan mood yang tak best sebab pagi lagi dia dah kena marah dah.
Lepas tu, bila dia siap lambat, kita marah lagi.
Sekali lagi dia kena marah.
Kat sekolah pulak kita pun tak tahu apa yang berlaku kat sekolah. Mungkin cikgu-cikgu kat sekolah marah dia, bukan kita tahu pun kan? So, 3 kali dah dia kena marah.
Balik sekolah petang-petang, anak kita penat dah, entah macamana boleh pulak dia tertumpah air. Kita terus marah dia. Kenapa tak pegang betul-betullah, mata letak manalah. Terkapai-kapai anak kena marah time tu.
So, 4 kali dah dia kena marah.
Setelah penat satu hari kat sekolah, Maghrib tu boleh pulak anak kita tertidur kejap. Bila kita dapat tahu, apa lagi membebellah kita ‘tak baik tidur lepas Asarlah, kenapa tidur maghrib-maghriblah’. Macam-macam kita bebel.
Bila malam menjelang, anak kita nampak kita free, so dia pun datang nak berbual dengan kita, nak cerita pasal apa yang dia dah buat kat sekolah. Ada kawan barulah, ada cikgu barulah. Punyalah excited dia nak cerita dengan kita.
Yang kita pulak. Bila anak datang nak sembang, kita buat acuh tak acuh je. Henset kat tangan tak lepas. Dari pagi sampailah nak tidur henset jadi ‘teman setia’ kita, sampai anak nak cakap pun kita tak pandang.
Hiduplah kita ‘bertuhankan’ henset 24 jam.
Lepas tu bila anak kita cakap ayat ‘lebih baik aku jadi henset, mak ayah aku lebih menghadap henset berbanding aku anak dia. Tahu pulak kita nak marah kat dia, sedangkan hakikatnya itulah yang sebahagian kita dok buat hari-hari.
Sehari kita ada 24 jam, apa kata kita peruntukkan sedikit masa, contohnya waktu makan atau waktu senggang lepas maghrib atau lepas anak siap buat kerja sekolah, kita buang sekejap henset dan luangkan ‘quality time’ bersama anak dan keluarga. Detik masa bersama mereka adalah lebih penting berbanding berjam-jam masa yang kita bazirkan menghadap henset. Ye tak?
Diakhirnya anak ini penat dan tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya, mak ayah dia ni sayang ke tak dia ni sebenarnya. Setiap hari, ada je yang tak kena kat mata mak ayah dia. Mesti ada saja salah dan silap mereka.
Budak-budak ni sampai keliru pada siapa mereka nak meluahkan perasaan, nak bercerita, nak mengadu. Bila nak bercerita kat mak ayah, mak ayah pulak buat acuh tak acuh.
Kalau nak tahu, ini adalah rutin yang dilalui oleh kebanyakkan kanak-kanak kat Malaysia. Dan kita sebagai ibu bapa perlu sedar tentang perkara ni.
Dalam diam sebenarnya kita tengah dera batin anak-anak kita.
Ingatlah bahawa anak adalah anugerah Tuhan, bukan tempat melempias marah kita 24 jam.
Jom, kita sama-sama muhasabah dan ubah sikit tabiat sikit-sikit asyik nak marah, sikit-sikit asyik nak maki anak-anak kita.
Bukan tak boleh nak marah anak. Sebab marah pun adalah salah satu proses pembelajaran.
Cuma apa kata selepas kita marah kita rasionalkan pada anak kenapa kita marah pada mereka. Ini basic parenting skills yang perlu setiap mak ayah ada. Anak takkan berdendam pada kita kalau kita pandai rasionalkan mereka lepas kita marah mereka. Rasional ni bahasa mudahnya ialah kita pi pujuk anak kita lepas kita marah dia.
Kita tengok contoh mak ayah kita tahun 80an, 90an dulu. Lepas mereka marah atau tibai anak mereka dengan getah paip, malam-malam mereka datang senyap-senyap pi urut atau sapu minyak gamat kat anak dia, ye tak?
Yes, macam yang aku cakap kita kena buat alternatif untuk rasionalkan anak-anak kita. Hukuman atau apa yang kita marah adalah untuk kebaikan masa depan mereka.
Mak bapak kita dulu tak belajar tinggi-tinggi pun boleh faham parenting skills ni berbanding parent zaman sekarang yang belajar sampai PHD tapi tak boleh nak hadam benda asas ni.
Ok, mulai esok apa kata kita cuba ubah tabiat suka nak marah kita. Kalau anak bangun lambat, apa kata kita suruh mereka tidur awal dan buat persiapan awal agar tak kelam kabut esoknya.
Sebagai mak ayah, kita kena ada pelan kontingensi pada anak-anak kita. Kalau anak tak boleh guna plan A, kita guna plan B. Sebagai ibu bapa, kita adalah ‘pencorak’ kepada kain putih, iaitu anak-anak kita.
Berjaya kita mendidik di rumah, InsyaAllah di sekolah, di universiti ataupun dimana sahaja anak itu berada, dia akan menjadi yang terbaik, hasil didikan pertama ibu bapa mereka di rumah.
Mana-mana parent yang suka maki-maki anak, apa kata kita tukar makian itu kepada doa yang baik-baik kepada anak-anak.
Kalau kita suka maki anak b*d*h, ba**ang, apa kata kita tukar makian tadi kepada perkataan yang baik dan positif. ‘Pandai betullah anak papa!’ atau ‘bijak betullah anak ayah ni!’ walaupun time kita tengah marah. Kan doa ibu bapa adalah antara doa yang mustajab. Betul tak?
Jom kita sama-sama berubah. Status ini relevan buat diri saya dan sahabat semua. Sharelah kalau hangpa rasa status ni bermanfaat, ye.
Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya bila kita sebut sahaja menanam, mesti kita bayangkan tumbuhan tersebut akan ditanam di atas tanah. Namun ini mungkin sesuatu yang pelik, bagi yang baharu mengetahuinya dimana kita juga boleh menanam bawang di dalam bekas telur.
Mengetahui kaedah ini, pastinya boleh membuatkan ibu-ibu tersenyum dan teruja untuk mencuba menanam bawang menggunakan bekas telur yang selama ini hanya dibuang begitu sahaja.
Jadi jom kita ketahui petua dan caranya agar bawang yang ditanam dapat hidup subur dan bolehlah hasilnya digunakan untuk kegunaan sendiri ketika memasak. Jom semak.
Bahan-bahan yang diperlukan.
Bawang
Bekas telur
Cara Penyediaan:
1. Sediakan bekas telur yang tidak digunakan.
2. Letak beberapa bawang yang anda suka di dalam bekas tersebut.
3. Basahkan bekas dengan air.
Ekstra tip : Pastikan bekas telur sentiasa lembab untuk pastikan bawang boleh hidup dengan subur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesungguhnya bukan calang-calang ibu bapa yang terpilih untuk menghadapi situasi yang mencabar dalam membesarkan anak. Baru-baru ini, melalui instagram adamsautismfamily, ayah Adam, Iman Wan, melahirkan ucapan bersyukur mempunyai seorang isteri yang sanggup menguruskan anak tanpa lelah dan jemu. Juga dibantu ibu angkat adam, mama rai.
Melalui paparan video ini jelas mengambarkan kasih sayang yang tiada berbelah bahagi agar adam dalam menjalani kehidupan dengan sempurna sejak disahkan mengalami austisme sejak usia tiga tahun lagi.