Berikut adalah kronologi kejadian tanah runtuh di seluruh negara tahun ini.
1 Jan 2022 : Tujuh kejadian tanah dan cerun runtuh dilaporkan berlaku pada hari pertama 2022 melibatkan enam kawasan di Selangor dan satu di Negeri Sembilan.
2 Jan 2022 : Sebanyak 13 laluan melibatkan lima daerah di Negeri Sembilan ditutup untuk semua kenderaan susulan kejadian jalan runtuh dan dinaiki air.
14 Feb 2022 : Seramai 31 orang daripada sembilan keluarga petugas Balai Polis Tongod, Sabah dipindahkan sebagai langkah keselamatan susulan kejadian tanah runtuh berdekatan dengan balai itu.
8 Mac 2022 : Sebanyak tiga kejadian tanah runtuh berlaku susulan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di ibu negara. Dua kawasan itu melibatkan rizab jalan di 1/27, Taman Gembira dan Jalan Hang Tuah 4, Salak Selatan, manakala di Seksyen 6, Wangsa Maju merupakan tanah persendirian.
10 Mac 2022 : Empat terkorban manakala seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, selain 15 rumah turut rosak serta 10 kenderaan terjejas.
10 April 2022 : Hujan lebat selama beberapa hari menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir berlaku di beberapa kampung di daerah Tuaran. Sebanyak lima rumah turut dilaporkan terjejas dengan kejadian tanah runtuh di Skim Penempatan Telipok.
15 Mei 2022 : Dua wanita maut dibawa arus deras dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air ketika mendaki Hutan Simpanan Kekal Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
14 Jun 2022 : Hujan lebat berterusan menyebabkan kejadian tanah runtuh di Jalan Tun Dr Ismail, Taman Bukit Sentosa serta kerosakan pada sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad.
24 Julai 2022 : Seorang pekerja kontraktor pembersihan pembentungan cedera selepas terperangkap kira-kira empat jam dalam tanah runtuh ketika melakukan kerja pembaikan tangki septik di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi di Johor.
28 Julai 2022 : Dua kanak-kanak maut manakala dua individu dewasa cedera selepas rumah yang didiami Taman Elok, Jalan Bukit Nenas di Kota Kinabalu, ditimbus tanah runtuh.
29 Ogos 2022 : Enam kediaman di Rumah Rakyat Batang Benar di Nilai runtuh dan mengalami keretakan akibat pemendapan tanah ekoran hujan lebat.
1 Nov 2022 : Enam lelaki terperangkap dalam insiden tanah runtuh di kawasan Empangan Hidro Tenom Pangi di Tenom, Sabah.
Ads
15 Nov 2022 : Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila banglo didiami mereka di Taman Halaman di Ampang ditimpa tanah runtuh menyebabkan sebahagian dinding bahagian belakang rumah itu roboh.
17 Nov 2022 : Tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Mantin Batu 8 mengakibatkan laluan Mantin-Seremban bagi kedua-dua arah terpaksa ditutup sementara bagi kerja pembersihan.
16 Nov 2022 : Beberapa rumah Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai di Ipoh tertimbus akibat kejadian tanah runtuh bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.
17 Nov 2022 : Seramai 25 penduduk daripada lima keluarga Kampung Orang Asli Sungai Raya di Mantin, Negeri Sembilan terputus hubungan apabila laluan yang menghubungkan kampung terbabit dengan jalan utama tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh dan pokok tumbang.
26 Nov 2022 : Seorang lelaki maut dalam insiden tanah runtuh di Blue Valley, Kampung Raja, Cameron Highlands.
2 Dis 2022 : Bahagian hadapan sebuah rumah teres di Taman Sri Anggerik di Rantau, Negeri Sembilan roboh akibat kejadian tanah runtuh berikutan hujan berterusan.
Ads
9 Dis 2022 : Enam individu terselamat dalam insiden tanah runtuh di Taman Halaman, Ampang. Dalam kejadian itu, rumah yang didiami mereka turut mengalami kerosakan.
10 Dis 2022 : Penghuni di tiga buah rumah di Taman Halaman, Ampang diarah mengosongkan kediaman mereka kerana pergerakan tanah berlaku susulan hujan lebat berterusan.
16 Dis 2022 : Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, awal pagi ini.
Sepanjang tahun 2022 ini, negeri Selangor paling banyak ditimpa bencana tanah runtuh. Mungkin pembalakan yang semakin berleluasa menyebabkan tragedi ini berlaku.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri, namun berita duka atas pemergian suami tercinta telah membuatkan seorang isteri berasa begitu kehilangan.
Sedang jiran tetangga membantu menguruskan pengkebumian suaminya, selang beberapa jam isterinya pula menyusul.
Kejadian menyayat hati ini berlaku di Pecangan Kulon, Jepara, Jawa Tengah di Indonesia ini di anggap sebagai ‘cinta sehidup semati’ oleh tetangga yang melihatkan betapa sedihnya seorang isteri atas kehilangan suaminya.,
Menerusi satu video pendek yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @corineaura, menunjukkan sejumlah penduduk berkabung di rumah salah seorang jiran mereka.
Sekumpulan lelaki kemudian dilihat membawa keranda untuk dibawa ke tanah perkuburan awam berhampiran.
Menurut keterangan video, seorang jiran yang tinggal di depan rumahnya, Mbah Slamet meninggal dunia pada pagi Isnin.
Kematian Mbah Slamet membuatkan isterinya, Mbah Atun berasa begitu kehilangan.
Kerana kesedihan yang teramat sangat menyebabkan keadaan kesihatan Mbah Atun merosot sebelum pengsan.
Sejam kemudian Mbah Atun juga menghembuskan nafas terakhirnya mengikut suami tercinta.
Difahamkan dua jenazah ini telah dikebumikan bersebelahan di tanah perkuburan di kawasan perkampungan tersebut.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri, namun berita duka atas pemergian suami tercinta telah membuatkan seorang isteri berasa begitu kehilangan.
Sedang jiran tetangga membantu menguruskan pengkebumian suaminya, selang beberapa jam isterinya pula menyusul.
Kejadian menyayat hati ini berlaku di Pecangan Kulon, Jepara, Jawa Tengah di Indonesia ini di anggap sebagai ‘cinta sehidup semati’ oleh tetangga yang melihatkan betapa sedihnya seorang isteri atas kehilangan suaminya.,
Menerusi satu video pendek yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @corineaura, menunjukkan sejumlah penduduk berkabung di rumah salah seorang jiran mereka.
Sekumpulan lelaki kemudian dilihat membawa keranda untuk dibawa ke tanah perkuburan awam berhampiran.
Menurut keterangan video, seorang jiran yang tinggal di depan rumahnya, Mbah Slamet meninggal dunia pada pagi Isnin.
Kematian Mbah Slamet membuatkan isterinya, Mbah Atun berasa begitu kehilangan.
Kerana kesedihan yang teramat sangat menyebabkan keadaan kesihatan Mbah Atun merosot sebelum pengsan.
Sejam kemudian Mbah Atun juga menghembuskan nafas terakhirnya mengikut suami tercinta.
Difahamkan dua jenazah ini telah dikebumikan bersebelahan di tanah perkuburan di kawasan perkampungan tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kucing adalah haiwan kegemaran hampir setiap orang di muka bumi ini. Tetapi ada satu benda yang memang ramai sangat alah dengan haiwan ini adalah najisnya! Kalau kucing sendiri boleh ajarkan nak membuang dekat mana, tapi kalau kucing orang atau kucing liar dekat luar rumah itu, pening juga nak fikirkan.
Haiwan ini pula, bila dah berak di satu tempat itu, gerenti akan datang lagi. Jadi, macam mana nak elak kucing berak di tempat yang sama atau nak halau kucing itu supaya tak datang terus dah rumah anda? Ini petua yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa.
PETUA UNTUK ELAK KUCING BERAK MERATA
Siapa tak marah, bangun sahaja pagi terbau aroma taik kucing. Lagi bertambah marah apabila kucing itu milik jiran tapi nak buat macam mana kucing kan. Nak marah pun tak boleh, nak bergaduh dengan jiran lagi lah tak boleh.
Bahan-bahan:
1. 2 labu bawang putih
2. 3 atau 4 batang serai
3. Botal spray
Bawang putih itu perlu dikupas kulit manakala serai pula perlu dipotong secara kecil-kecil.
Masukan kesemua bawang putih dan serai tadi ke dalam blender.
Apabila telah hancur, masukan air ke dalam blender dan blender sekali lagi.
Setelah itu, tuangkan ke dalam botol spray tetapi perlu ditapis tau. Sebab nak air sahaja.
Dah boleh guna, spray kat tempat yang selalu kucing bermain atau pernah berak. Dah siap!
Bagi peminat-peminat tempe, anda pastinya gemarkan ianya dimasak garing dengan kicap ataupun sambal. Namun jika ianya sudah lemau, pasti anda kecewa untuk makan hidangan yang kebanyakkan di gemari oleh masyarakat Jawa ini.
Jika anda tidak mahu ianya lemau, pastikan anda mengikut petua yang diberikan.
Kalau guna 6 petua di bawah, confirm sambal tempe tahan lama dan sedap!
6 PETUA SAMBAL TEMPE KEKAL RANGUP WALAUPUN DAH LAMA BUAT
Beberapa hari lepas ada yang tanya Ira macam mana nak buat sambal tempe rangup kriuk kriuk, tak lembab macam masuk angin. Actually sebelum ni pun ramai juga tanya Ira tips buat sambal tempe. So hari ini Ira kongsikan 6 tips sambal tempe rangup dan tahan lama.
1. Guna cili kering kisar
Cili kering tu jangan blend dengan air yang sikit. Contoh cili kering korang half jug blender tu, air pula bagi lebih sikit dari half tu. Baru la cili kering hancur betul-betul and senang untuk blender tu pusing. Lepastu guna cili kering yang pedas. Nak campur yang tak pedas boleh jugak, tapi pastikan cili pedas lagi banyak dari cili yang tak pedas.
2. Tempe, kacang & ikan bilis goreng asing
Tempe mentah, kacang dan ikan bilis tu korang kena goreng dulu dan goreng asing-asing. Goreng tempe sampai garing, pastu goreng kacang tanah, last goreng ikan bilis. Ketepikan.
Masa sambal tu dah almost siap nanti panas-panas kita gaul semua sekaligus. Baru la rangup setiap elemen sambal tempe kita.
3. Bawang putih & bawang holland blend
Bawang pula jangan guna bawang tumbuk. Blend juga. Guna bawang putij dan bawang holland, ok?
4. Gula
Gula pula Ira guna guna putih je. Tapi, Ira pernah buat eksperimen guna gula apong. Seriously lagi sedap. Gula apong ni spesis gula melaka cumanya gula apong ni ada dekat Sarawak je. Boleh beli dekat Shopee ye kalau nak cuba gula tu.
5. Jangan guna sos cili, tomato & segala jenis sos
Nak buat sambal tempe, jangan sekali-kali guna sos. Itu la antara sebab paling utama sambal tempe korang lembab.
6. Potong tempe nipis-nipis
Tempe tu jangan la segedabak tebal korang potong. Potong nipis, senipis yang boleh. Kalau nak nipis cantik guna pisau cutter. Dalam komen ada Ira update gambar. Nak sagat boleh tapi rasnaya hancur tempe tu nanti.
Itu la 6 tips utama kalau nak buat sambal tempe sedap dan rangup. Actually, nak masak ni ikut je taste kita nak macam mana rasa makanan tu. Selamat mencuba!
Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana, berkongsi kegembiraan dan rasa bangganya terhadap kejayaan anak sulungnya, Syaikhul Islam, melalui Instagram Story miliknya.