Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya.
Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya?
YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.
Ads
Tips untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:
• Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
Ads
• Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
• Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping… Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.
Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.
Ads
Nota:
1) Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
2) Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, boleh lah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.
Jangan ingat goreng ayam ni senang seperti goreng nuget. Hanya masukkan dalam minyak panas, kemudian tunggu beberapa minit dan nuget telah siap dimasak dengan sempurna.
Apa yang selalu terjadi bila kita makan ayam goreng, luar nampak garing tapi di bahagian dalam atau isi masih berdarah. Kalau terkena memang boleh putus selera untuk terus menikmati ayam goreng yang ada di depan mata.
Ayam tidak masak dengan sempurna. Masih berdarah isinya.
Bagi memastikan ayam yang digoreng masak sempurna di bahagian isi memang ada cara tertentu yang harus dilakukan. Bermula daripada proses membersihkan ayam hinggalah teknik menggoreng, semua ada petuanya. Jom semak.
1. Kelar dan kukus seketika
Cuci bersih ayam dan jangan lupa untuk kelar-kelarkan ia terutamanya pada bahagian paha ayam. Kemudian perasakan dengan garam dan kunyit dan kukus seketika.
2. Gunakan minyak yang banyak
Sediakan kuali yang bersesuaian dan isi dengan minyak yang banyak. Pastikan semasa menggoreng, ayam tenggelam di dalam minyak sepenuhnya.
3. Masak bahagian yang sama
Asingkan bahagian berdaging dengan bahagian bertulang dan masak mengikut kumpulan yang telah dibuat tadi. Contohnya, jika bahagian berdaging dimasukkan ke dalam kuali, maka pastikan semua bahagian berdaging digoreng serentak. Kemudian diikuti menggoreng bahagian bertulang pula sehingga habis. Ini untuk pastikan ia masak sekata.
4. Pastikan api sederhana
Jangan sekali-kali menggunakan api yang besar untuk memendekkan waktu menggoreng. Memanglah ayam digoreng akan nampak kekuningan dan garing di bahagian luar namun bahagian isinya pasti tidak akan masak sempurna. Sebaiknya gunakan api sederhana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila musim durian tiba maka di merata-rata tempat akan kelihatan ramai peniaga menjual buah durian.
Bagi peminat raja buah ini memang tak sah kalau tak membelinya. Selain sedap dimakan begitu sahaja, buah durian juga boleh diolah menjadi pelbagai resipi yang sedap dinikmati.
Antara resipi berasaskan buah durian yang sering mendapat tempat di hati peminatnya adalah Serawa durian, Durian crepe, Bingka durian, kek durian dan macam-macam lagi.
Serawa durian atau ada juga yang memanggilnya kuah durian antara menu olahan raja buah yang sangat popular. Tak sah rasanya kalau musim buah durian kita tak masak menu ini.
Ia biasanya sedap dimakan bersama pulut, roti jala, roti putih, serabai, lempeng atau apa sahaja mengikut selera masing-masing.
Walaupun cara memasak Serawa Durian ini mudah sebenarnya tetapi tak semua orang berjaya mendapatkan hasil yang memuaskan hati di mana kuahnya pekat, likat dan rasa manis sedang elok.
Jom kita belajar cara masak Pulut dan Serawa Durian dikongsi oleh Roslinda Abd Hamid.
Serawa Durian
Bahan-Bahan:
Isi Durian – dari 2 biji durian
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 1/2 ketul gula Melaka
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
Cara menyediakan:
Masukkan isi durian ke dalam periuk atau kuali bersama gula Melaka dan air.
Masak di atas api perlahan sambil meleraikan isi durian daripada bijinya dan kacau sehingga gula Melaka larut dan sebati.
Masukkan santan pekat dan air. Masak sehingga mendidih dan masukkan sedikit garam.
Biarkan mendidik seketika.
Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan serawa.
Kacau lagi sehingga mendidih perlahan dan tutup api dan siap untuk dihidang.
Pulut
Bahan-bahan:
2 cawan pulut
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Cara menyediakan:
Rendam beras pulut dengan air yang diletakkan asam keping selama lima jam.
Toskan beras pulut dan letakkan di dalam loyang.
Masukkan santan pekat dan air ke dalam beras pulut.
Pastikan paras pulut sama dengan paras air.
Taburkan sedikit garam dan gaulkan sebati.
Kukus selama 20 minit. Bila sudah masak kacau rata seketika dan sambung kukus semula selama 10 minit.
Angkat dan boleh dicetak menggunakan mangkuk kecil sebelum dihidangkan.
Khasiat kurma cina juga sering disebut-disebut bagus untuk kesihatan tubuh badan dan dapat membantu memberi lebih tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk kekal aktif dan sihat.
Namun begitu tidak semua antara kita biasa mengamalkan pengambilan kurma cina ini berbanding rempah atau herba seperti halba, cengkih dan sebagainya sedangkan khasiatnya cukup luar biasa.
Antara khasiat yang terkandung di dalam kurma cina menurut kajian yang dikongsikan di klikdokter adalah seperti berikut :-
Meningkatkan imuniti tubuh
Melawan pertumbuhan sel kanser
Melancarkan dan memelihara saluran pencernaan
Menibgkatkan kualiti tidur dan mencegah insomnia
Memelihara fungsi otak
Mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah
Mencegah penyalit berkaitan hati
Meningkatkan kesihatan kulit
Mengetahui betapa banyaknya kebaikkan kurma cina ini untuk kesihatan, apa kata anda amalkan untuk minum air rebusan kurma cina ini seperti mana yang diamalkan oleh Fairuz Azmi.
Menurut perkongsiannya, air rebusan ini bagus untuk membuang angin dalam badan dan sekali gus dapat menjadikan tubuh badan lebih bertenaga dan tidak mudah letih.
Bagi anda yang ingin mencuba di sini di kongsikan cara untuk menyediakan air rebusan tersebut, selamat mencuba.
Resipi Air Rebusan Kurma Cina Untuk Lebih Bertenaga
Bahan-bahan:
Air 4 mug
Kurma cina segenggam
Halba 1 sudu besar
Halia ketuk 2 inci
Gula batu Secukup rasa
Cara Buat :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak sampai mendidih.
Kemudian tuang dalam cawan dan minum panas-panas.
Ekstra info : Air rebusan ini boleh guna untuk 3-4 kali minum. Contoh : Malam ini saya rebus dalam periuk, tuang dalam cawan untuk minum. Kemudian saya tutup periuk tu elok-elok. Esok malam saya akan panaskan sahaja. Ulang sampai 3-4 hari. Lepas tu baru tukar bahan yang baru.
Menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam beberapa hari sahaja lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar tidak bermain mercun untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.