Bakal menjengah tahun 2020 esok, pasti sekarang ibu bapa sibuk dengan urusan terakhir persekolahan anak-anak. Bermula semalam, sekolah sudah mengadakan hari orientasi buat anak-anak yang bakal melangkah masuk tahun 1.
Pelbagai gelagat dan karenah anak-anak dapat dilihat pada waktu ini. Ada yang suka, ada yang menangis dan sebagainya.
Namun, berbeza dengan kanak-kanak ini, saat kawan-kawan seusianya dipimpin oleh ibu bapa yang menemani ke sekolah.
Dia pula berbeza kerana memimpin tangan ibu dan bapanya yang buta. Kisah ini dimuatnaik oleh seorang guru bernama Nadwa Nasir menerusi laman facebooknya sebentar tadi.
Ads
Cukup menyentuh hati dan membuatkan netizen sebak mengenangkan betapa prihatinnya anak itu terhadap ibu bapanya. Sentap hari terakhir tahun 2019…
Hari ni terima murid Tahun 1…
Maka bertemu la aku 30 orang anak tahun 1 2020.. Jatuh air mata aku melihat seorang anak kecil.. Memimpin mak ayahnya… yang tidak dapat melihat.. ke orientasi tahun 1..hari pertama dia sendiri ke sekolah..
Ads
Tulis nombor telefon terbalik Dia sendiri menulis nombor hp mak ayah.. Walau baru bertatih menulis.. Walau nombornya terbalik..
Kuatnya kamu wahai anak… Berdikarinya kamu pada usia terlalu muda ini… Selesai orientasi.. Dia pimpin mak ayah dia.. Tunjuk kelas dia kat mana.. Padang kat mana.. Kantin kat mana.. Mcm la mak ayah dia boleh melihat
Ads
Explain macam mak ayah nampak
“mak, sini la kantin.. Mak, ni padang sekolah…” Mak dia tanya dia.. “mana pondok mak nak tunggu kamu nanti…?”
Dia jawab… “sini la mak… Kat sini…” (padahal depan dia je pondok tu.. Tp si anak explain mcm nampak2 je) Teacher doakan kamu berjaya dunia akhirat..
Kamu yang paling kuat..
Buat teacher rasa teacher perlu kuat lebih dari kamu bagi menempuhi 2020..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Serunding daging, ayam atau organ dalaman memang ‘layan’ kalau dimakan bersama nasi putih panas-panas. Boleh makan bertambah, dua pinggan dibuatnya.
Itu kisahnya bagi wanita yang tak berpantang. Kalau berpantang jawabnya makan ikan bakar dan sayur rebus sajalah ya.
Jangan buntu kala memilih makanan ketika pantang. Paling ‘best’ wanita berpantang pun boleh makan rendang dengan hebatnya.
Rendang Halia ni cukup istimewa kalau wanita berpantang nak amalkan dalam diet harian setiap hari. Tapi kenalah jaga-jaga, jangan ambil berlebihan pula ya.
Macam mana nak sediakan serunding halia homemade ni? Puan Naeilah Rejab ada resipinya untuk menghasilkan serunding halia yang terbaik. Tak hanya sedap, boleh buang angin pulak tu!
Salam ceria di hari Ahad yang indah. Projek membuat Serunding Halia Homemade sesuka hati. Ke arah healthy food dan healthy life. Jom buang angin kuskus dalam badan. Nyum-nyum..
Bahan-bahan:
Halia -diparut halus
Bawang putih -dihiris nipis
Ikan bilis ditumbuk
Chilli flakes (jika suka)
Caranya:
1. Basuh bersih halia dan toskan airnya.
2. Kemudian panaskan minyak dan goreng halia hingga masak.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis. Ketepikan.
4. Lakukan langkah yang sama, iaitu goreng bawang putih hingga garing.
5. Satukan kesemua bahan bersama cili dan biarkan masak dengan api perlahan.
6. Apabila masak sekata, bolehlah diangkat.
Selamat mencuba!
Sumber: Naeilah Rejab
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada ustazah Fatimah Syarha tentang pengalamannya memimpin jemaah umrah sambil membawa anak kecil sering juga menimbulkan pertanyaan bagaimana cabaran dan kesukarannya.
Hal ini dikongsikan di akaun fbnya, semoga turut memberi inspirasi untuk ibu ayah lebih berlapang dada andai ingin membawa anak ke tanah suci. Jom semak perkongsian ini.
“Ustazah, tak susah ke bawa anak kecil ke Tanah Suci?”
Saya tak letak ‘expectation’ ianya mudah dan takut bersangka-sangka buruk, ianya susah.
@
Saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar dimudahkan segalanya, sebab saya lemah dan berhajat sangat-sangat pada bantuanNya.
@
Dari segi ikhtiar, siapkan awal-awal mental, fizikal, ruh dan emosi pada sebarang kemungkinan. (Bawa stroller, baby carrier, baby trap…walaupun akhirnya baby tak nak semua tu dan hanya tenang dengan bahu umi saja. Alhamdulillah)
Allah maha belas kasihan pada kita. Alhamdulillah.
Dulu…masa buat umrah tanpa anak, saya hanya mampu buat 1x umrah. .
Terkini…masa buat umrah bersama anak kecil sambil pimpin 34 orang jemaah pelbagai latar belakang, Allah mudahkan buat 4x umrah. Alhamdulillah.
Muhasabah…
Hidup tak pernah janjikan yang mudah-mudah. Ia bukan alasan untuk kita mengalah. Ia adalah ‘sebab’ kita lebih bersungguh merayu merintih pada Ya Allah Ya Basith, Yang Maha Melapangkan dan Memudahkan.
Hakikat dimudahkan urusan bukannya apabila semuanya lancar tanpa halangan. Tapi semua yang dilalui samada susah atau senang, hati kita senang berbalik pada Tuhan. Itulah makna ‘dimudahkan urusan.’
Alhamdulillah atas segalanya.
Segalanya indah.
Segalanya baik-baik sahaja sebab ia datang dari Allah, pasti bersama hikmah.
Bagi yang mengikuti drama bersiri Biniku Ninja yang bersiaran sepanjang Ramadhan yang lalu di Astro Oasis mungkin mengetahui kisah perjalanan pasangan ini.
Watak yang dilakonkan semula oleh Jihan Musa dan suaminya Engku Haris, merupakan satu perjalanan travelog yang cukup menarik.
Kini Azlan Shah Andi, 26 tahun dan isterinya Sabatini Mohd Dzuehairullah Duno, 25 tahun sudahpun memiliki dua orang anak kembar, Adam Qowiy dan Adwin Qowiy yang kini berusia 1 tahun 6 bulan.
Pasangan yang viral hanya selepas tiga minggu perkenalan mereka ini kini meneruskan misi mereka untuk menjelajah dunia. Namun menariknya kali ini, pasangan ini turut membawa dan membiasakan anak kembar mereka untuk melihat dunia ciptaan Allah SWT.
Sama seperti mereka, Azlan dan Sabatini juga mahu anak-anaknya kuat dan kental serta didedahkan dengan dunia luar, sebagai persediaan untuk menjadi manusia yang lebih berdikari. Membiasakan anak-anak mereka dengan berbagai jenis ragam ketika percutian adalah misi mereka kini.
“Disebabkan kami berdua gemar travel, jadi sejak mereka berusia 6 bulan lagi kami sudah biasakan mereka untuk ikut kami travel dan merasai situasi yang berbeza. Kami mencuba pelbagai jenis kenderaan termasuklah udara, laut dan darat untuk mengelakkan mereka berasa kekok atau mabuk kenderaan.
“Kami mulakan dengan perjalanan jarak pendek seperti penerbangan 2 jam sehinggalah 13 jam dengan waktu yang berbeza, siang atau pun malam.
Kami juga biasakan mereka untuk merasai pelbagai musim dari kawasan bersalji sehingga kawasan yang panas terik. Tujuannya adalah untuk membiasakan mereka mengikuti rentak pergerakan kami yang selalu bergerak ke destinasi berbeza.
Sehingga kini antara negara yang telah kami bawa adalah Jepun, Korea, Singapura, Brunei, Indonesia, Bangkok, London, Amsterdam dan Perancis,” katanya lagi.
Kembara Ke Eropah
Orang kata agak sukar melancong dengan membawa anak-anak kecil. Namun bagi Azlan dan Sabatini yang lebih senang membahasakan dirinya Saba, mereka langsung tidak menampakkan kesukaran. Malah mahu anak-anak mereka biasa dengan situasi di negara orang.
Pasangan ini baru sahaja pulang daripada menjelajah ke Eropah selama 20 hari dengan anak kembar mereka. Baik Azlan mahupun Saba, walaupun dilanda masalah dengan cuaca seperti hujan dan sebagai, mereka tidak meletakkan ianya sebagai satu kesukaran.
Malah membiasakan anak-anak kecil mereka dengan pelbagai aspek ketika travel adalah sesuatu yang harus dipuji.
“Hardcore travellers betul anak – anak saya dua orang ni. Alhamdulillah ini dah negara ke – 9 yang mereka pergi dalam usia 1 tahun 6 bulan. Selepas Germany, kami akan ke Amsterdam, Holland so cukup lah 10 negara, kita balik Malaysia sekejap ya anak – anak ? Setakat ini mereka dah pergi Singapore, Indonesia, Thailand, Brunei, Jepun, Oman, South Korea, France, Belgium, Germany, next Holland, Pastu, ikut Mommy balik sekolah ya kat UK.
“Soleh anak – anak saya ni insyallah. Kecik – kecik dah ikut nak solat even time travel. Actually kalau kami time travel, kami akan elakkan dari terpaksa solat dalam kenderaan bergerak sambil duduk. Tu kira last option lah kan of course. Selalu even kalau dalam flight pun Lan akan minta kat stewardess or steward nak pinjam ruang dekat belakang untuk solat or kalau tak, cari ruang tersembunyi dan bersih untuk solat. Tapi semalam punya cari takde, pastu dekat Cologne Station tu ramai polis ronda-ronda tak bagi solat. Kawasan tersembunyi banyak kena kencing etc sebab train station 24hrs so banyak homeless stay sana. Macam – macam cara, ambil air wuduk sampai berapa kali terbatal ? akhirnya sis cakap solat dalam train kami dr German – Amsterdam jelah nampak gayanya.
Dalam bermusafir semasa travel ni, macam-macam juga yang kami belajar, kena ambil tahu etc. Byk benda kena belajar lagi, endless. Semua ni Lan ada story dlm ‘Biniku Ninja 2’ dengan lebih details insyallah. Harini last kami di Eropah, malam nanti flight pulang Malaysia,” cerita Azlan dan Saba di instagram peribadi mereka.
Sedikit perkongsian kisah kembar mereka, Azlan dan Saba mengakui teruja dan sangat bersyukur kala dikurniakan Allah dengan anak kembar.
“Alhamdulillah bila dikurniakan anak kembar keriangan jadi berganda tapi perkara lain seperti tenaga dan kos juga berganda. Dari segi penjagaan, saya dan isteri masing-masing memainkan peranan berbeza. Saya sedikit tegas manakala isteri pula lebih manja dengan anak-anak.
“Salah satu kebaikan mempunyai anak kembar ialah mereka jarang untuk merasa bosan kerana ada teman sepermainan. Jadi walau di mana dan apa jua keadaan walaupun tanpa alat permainan, mereka masih boleh bermain sesama sendiri.
Walaupun mereka kembar kami biasakan mengajar mereka untuk berkongsi contohnya ketika makan, bersugi, dan berkongsi selimut ketika tidur,” kata graduan daripada University Of Wales, England ini lagi.
Kredit Foto: Instagram Sabatini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di