Sebut sahaja pasal gathering, mesti tergambar dibayangan tentang majlis perjumpaan keluarga besar atau kawan-kawan lama yang disambut meriah dengan pelbagai acara dan aktiviti.
Bagaimana pula dengan gathering haiwan peliharaan? Tentu kita tidak menyangka, dan hakikatnya telah pun diadakan buat sekian kalinya oleh komuniti CGIG.
Dan penganjuran kali ini, Majalah Keluarga dengan membawa kempen #keluargacare telah berjaya membawa misi dalam melakukan aktiviti bermanfaat bersama-sama ahli keluarga dengan menjayakan program sepertinya ini.
Kempen #keluargacare juga berharap dengan adanya aktiviti seperti ini akan mampu mendidik masyarakat untuk lebih cinta, sayang, prihatin pada si bulus dan sekali gus menjadi medium untuk ahli keluarga meluahkan rasa kasih dan sayang pada haiwan peliharaan dengan sebaik mungkin.
Dr. Mazrul Fahmi Mahadzir berkongsi tip
Istimewa gathering ini ia berjaya menemukan lebih 50 Keluarga bersama kucing peliharaan mereka di satu majlis yang cukup santai. Kucing pelbagai spesis dilepas bebas, bermesra dengan semua yang ada dan senario ini mencuri tumpuan dan perhatian pengunjung tasik. Sekali gus mendekatkan pencinta kucing dengan masyarakat umum.
Hidup berumah tangga ada kalanya berlaku pergeseran. Itu lumrah, namun kena saling bertolak ansur dan jangan bersikap ego.
Sering kali kita mendengar bahawa perkahwinan antara salah satu asbab tuhan limpahkan rezeki kepada kita dan pasangan.
Namun, jika tersalah percaturan boleh membuatkan rezeki anda sempit. Kenapa ianya terjadi? sudah pasti ada salah dan silap yang kita lakukan atau tidak sedar.
Perkongsian seorang suami bernama Mohd Fhais mungkin boleh dijadikan teladan. Akibat meninggikan suara dan ego untuk meminta maaf menyebabkan dia mengalami masalah.
Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Bukan perlu menyembah dan mengikut segala telunjuk isteri, cuma adil dalam berkongsi hidup.
Jangan hanya tahu mengarah dan meminta itu ini sedangkan isteri juga tahu erti penat. Kalau sudah namanya suami isteri, kena saling bekerjasama, bantu membantu barulah kehidupan lebih harmoni.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Natijah Tinggi Suara Pada Isteri
Pagi tinggi suara, tengahari tu dapat balasan. Serik ! Ini last lepas ni memang tak nak lagi tinggi suara dengan isteri.
Semalam jadual agak padat, pagi nak pergi KL, lepas tu tengahari ada temujanji di melaka jadi agak rushing pagi tu. Kebetulan isteri cuti, dapatlah cover jaga aish kat rumah.
Biasalah isteri kita ni kalau cuti mana boleh duduk diam, banyak kerja rumah dia nak siapkan. Dalam fikiran dia mesti fikir masa cuti lah boleh nak siapkan semua kerja rumah nanti dah kerja susah.
Tapi suami ni tak sedar benda tu. Yang suami tahu bila isteri cuti adalah peluang untuk suami buat kerja dia pulak. Itu lah yang padat sangat jadual semalam, semua nak di buat dalam satu hari.
Akibat terlalu rushing, sorang kat dapur sorang kat depan, aish pun duk menangis. Huru hara betul pagi semalam. Tanpa sengaja tertinggi suara pada isteri.
Walaupun bukan keluar kata-kata marah tapi nada agak tinggi. Cukup buat isteri terasa, dia jadi sedih, air mata meleleh keluar, nampak dia tersedu-sedu, kesat-kesat hidung.
Tapi ego buat-buat tak nampak, terus capai kunci kereta keluar rumah. Dah nampak isteri sedih tapi tak terfikir nak minta maaf. Memang mendapatlah!
Dalam satu hari sahaja semalam dapat 2 surat saman, 1 saman parking DBKL, 1 lagi saman parking MBMB. Rezeki melayang keluar gara-gara buat isteri menangis. Menyesal tak minta maaf awal-awal. Ini baru balasan fizikal.
Balasan dari segi dalaman pula, jiwa tak tenang. Dari keluar rumah ke KL sampai patah balik ke melaka hati tak keruan. Ada sahaja yang tak kena. Buka radio kuat tapi rasa sunyi. Terbayang-bayang air mata isteri mengalir.
Allahu.. besar sungguh natijah seorang isteri pada suami. Sejurus jejak je kaki di rumah saya terus minta maaf pada isteri. Walaupun masa tu mood dia dah ok, saya minta maaf juga sebab muka nampak ok tapi hati belum tentu ok. Tak nak dia pendam perasaan senyap-senyap nanti susah laluan rezeki suami.
Nasihat saya kalau ada terasa macam rezeki tu selalu bocor atau susah nak lekat cuba tanya isteri baik-baik, kalau ada terguris hati minta maafkan dulu sebelum berhempas pulas bekerja.
Belajar dari pengalaman ini usaha keras macam mana pun mencari rezeki ia akan jadi sia-sia kalau kita tak berusaha untuk sedapkan hati isteri dahulu.
Ibu ayah sudah tentu inginkan anak berjaya dalam pelajaran dan seterusnya melangkah ke menara gading.
Namun semua itu perlukan pengorbanan, usaha gigih dan tekun yang bukan sahaja hanya anak tetapi ibu ayah juga.
Jangan sesekali meletakkan usaha itu kepada anak 100%, ibu ayah juga harus memainkan peranan yang sama memberi sokongan moral kepada anak.
Sebagaimana nasihat Mantan Profesor Madya dan Timbalan Dekan Universiti Sains Malaysia, Dr Shukri Abdullah menerusi perkongsiannya di facebook miliknya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Anak Yang Cemerlang, Bukan Semestinya Selama2nya Cemerlang. Anak Yang Lemah, Juga Bukan Semestinya Selama2nya Lemah.
Banyak cerita pelajar sederhana dan lemah dalam UPSR di sekolah rendah melonjak sakan apabila menduduki PT3.
Tidak kurang juga kisah pelajar kesayangan dan kebanggaan sekolah rendah kecundang dan merudum apabila berada di sekolah menengah.
Banyak faktor yang menyebabkannya.
Pokoknya:
(a) IBU BAPA TIDAK BOLEH CEPAT BERPUTUS ASA sekiranya anak kita masih merangkak dalam pembelajaran sementara rata-rata kawannya sudah berjalan dan berlari. Dia perlukan bantuan, suntikan semangat, tunjuk ajar serta peraturan. Cikgu ada 20-30 orang murid manakala kita ibu dan bapanya mempunyai 2-3 orang anak. Sekiranya Cikgu terlepas pandang anak kita, usah mengungkit2. Kita sendiri yang perlu terus ambil tanggungjawab membantu anak kita.
(b) IBU BAPA JUGA TIDAK BOLEH AMBIL MUDAH DAN MENGANDAIKAN ANAK KITA AKAN TERUS CEMERLANG seperti sekarang jika selama ini dia mendahului rakannya. Perjalanan dari sekolah rendah, menengah rendah, menengah atas dan pembelajaran selepas sekolah masih jauh dan ranjau-ranjau yang boleh mengganggu anak kita berselerak di tengah jalan. Jaga-jaga !!
RUMUSANNYA:
Bagi anak yang ketinggalan dan lemah, ibu bapa usah cepat mengalah dan give-up dan bagi anak yang di hadapan menyerlah dalam pembelajaran, ibu bapa usah terlalu tidur lena kerana pada bila-bila masa ranjau-ranjau yang tidak disangka boleh mengganggu anak kita.
Ini bermakna ibu bapa
1.kena sentiasa peka.
2.Sentiasa ambil peduli.
3.Sentiasa menyuntik semangat.
4.Sentiasa berwaspada.
5.Sentiasa berdoa agar anak kita dalam perjalanan hidup yang selamat dan sejahtera.
Di sini, InSyaAllah saya boleh membantu anda dengan
(a) menyuntik semangat belajar pada anak anda sama ada yang kini di depan, sederhana atau di belakang
(b) Membekalkan kepada mereka strategi belajar seperti mana yang di amalkan oleh Malaysian Top Students (pelajar terbilang negara)
(c) Menanam keyakinan diri bahawa sesiapa sahaja boleh lonjak besar ke hadapan selagi berusaha. Kalau pun dulu gagal mana-mana subjek, itu hanyalah fenomena sementara. Kata orang putih “there is light at the end of the tunnel” (ada cahaya di hujung terowong kehidupan).
(d) Serta lain-lain panduan berserta nota dan buku kerja yang InSyaAllah mampu menunjuk jalan kejayaan pada mereka.
Menggunakan dapur gas yang baru dibeli memang tip top serba serbinya. Paling utama, nyalaan api berwarna biru dan ini menyebabkan waktu memasak cepat sahaja.
Namun setelah sekian lama menggunakan dapur gas tersebut, tentu ada antara kita berdepan dengan masalah api dapur bertukar menjadi oren.
Masalah tersebut menyebabkan bila memasak mengambil masa yang lebih lama malah perkakasan memasak juga menjadi hitam berjelaga.
Jadi apa perlu buat? Kena tukar dapur baharu ke?
Tapi sebelum itu, apa kata usahakan dengan cara yang mudah ini untuk baiki dapur gas tersebut. Jom semak perkongsian daripada saudari Sharina ini.
Api dapoq gas tetiba oren..Habis berjelaga periuk kesayangan.. Nak gosok periuk tu, alahai boleh sado tangan tu.. Rasa nak beli dapoq gas baru ja kan.. Tapi tu la bajet pun cukup² ja..Sapa pernah mengalami situasi sebegini..??
Lani hangpa baca setiap caption kat gambaq nah..Ni dapoq gas yang biasa tu nah.
Step 1: Pusingkan benda tu ( yang ada anak panah)
Step 2 : Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu ( anak panah)
Nah hasilnya, tak payah pening-pening kepala nak sental periuk. Nak beli dapoq gas baru. Alhamdulillah jimat duit weyy.
Pun begitu setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren/merah.
Caranya.:
1. Buka tungku api, ketuk-ketuk untuk keluarkan segala karat-karat yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
2. Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
3 Dan pasang semula tungku api tersebut.
Jika api masih oren/merah juga maka boleh la tukaq tungku api atau minta suami anda belikan dapoq gas yang baru.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.