Selain jimat belanja, bila buat sendiri tentunya kebersihan lebih terjamin. Begitu juga jika membuat sendiri mi kue teow.

Mungkin tidak terfikir, kue teow juga boleh dibuat dari dapur rumah sendiri.

Nak tahu lanjut, resipi dan tips penyediaanya, ini dikongsikan oleh Fiza Mh. Ini perkongsiannya.

Kue Teow hommemade

Tak yah beli buat je sendiri. Lepas nak buat char kue teow ke ladna ke kungfu ke goreng mamak style ke sume boleh. Dah jom, ini resepinya:-

Kue Teow Homemade, Macam-macam Menu Boleh Buat Untuk Keluarga. Ni Cara Buatnya!

(Batter)
1 cawan tepung beras*
1/2 cawan tepung ubi*
11/2 cawan air*

IKLAN

Sedikit minyak sayuran
Loyang untuk mengukus

Caranya:-

Sediakan kukusan. Saya guna kuali jek.

Satukan kesemua ramuan (*) kacau rata jangan sampai bergentel.

Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.

IKLAN

Kue Teow Homemade, Macam-macam Menu Boleh Buat Untuk Keluarga. Ni Cara Buatnya!

Tuang sesenduk adunan batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan better dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi. (guna senduk lauk tu)

Kemudian kukus sehingga masak dalam lebih kurang 7-10minit.

Biarkan sejuk kejap pastu griskan permukaan kue teow dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan. (Ulangi proses ini hingga selesai)

IKLAN

Kue Teow Homemade, Macam-macam Menu Boleh Buat Untuk Keluarga. Ni Cara Buatnya!

Sapukan permukaan pisau dengan minyak pastu bolelah dipotong mengikut saiz yang anda suka. Siap

Tips

**semasa memotong kalau pisau anda pendek bole lah lipat dua lempeng kue teow tu. Senang sikit nak potong.

** yang saya buat ni ada tebal sikit. Mungkin bole ditambah air sedikit untuk lebih nipis.

Sumber : Fiza Mh via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI