Tidak dinafikan kuih kaswi memang sedap rasanya, terasa kenyal-kenyal dan lembut bila digigit. Tambah pula rasanya yang lemak manis memang enak dimakan ketika sarapan mahu pun minum petang.
Apatah lagi bila terlihat kuih kaswi berwarna hijau pandan seperti yang dikongsikan oleh Zura Zul ini, nampak begitu sempurna bahkan licin teksturnya. Tidaklah nampak ‘berkedut’ dan sekali gus menjadikan kuih kaswi dari air tangannya terlihatcukup menyelerakan.
Sehubungan dengan itu, Zura Zul tidak lokek berkongsi resipi dan tips untuk yang ingin mencuba.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapatlah anda sediakan kuih kaswi lagend ini seperti sudah pro menyediakannya.
Kuih legend Kaswi Pandan, Lemak Manis Rasanya.
Ads
KASWI PANDAN LEMAK MANIS
BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan (6 – 7 helai daun pandan + 1 cawan air.. blender.. tapiskan)
2 3/4 cawan air
1 1/4 cawan gula – nak manis lagi boleh tambah
Sedikit air kapur makan
Sedikit pewarna hijau
1/2 biji kelapa putih gaul dengan sedikit garam
Ads
CARA-CARANYA:
1. Bancuh semua bahan atau blender halus. tapiskan
2 Loyang size 8.. sapu dengan sedikit minyak.. panaskan loyang dalan 2 minit
3 Tuang adunan dalam loyang..
4. Kukus 30 minit
5. Kalau ada wap air jatuh.. terus je lap/alas dengan tisu dapur di permukaan kuih bagi meresap air wap.. buat dengan perlahan-lahan agar tak merosakkan permukaan kuih
6.Tunggu betul-betul sejuk.. baru potong & gaul dengan kelapa.
Apabila menyebut tentang Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pasti ramai yang akan mengaitkan Baginda dengan masakan. Manakan tidaknya, anak raja ini cukup sinonim dengan hobinya yang suka memasak. Bahkan, Baginda tidak kekok berada di dapur.
Sebelum ini media juga sering kali memaparkan kisah Raja Permaisuri Agong yang turun padang memasak juadah untuk mangsa banjir ketika meninjau keadaan penempatan tersebut.
Benarlah kata orang tua-tua, kalau nak kenal orang perempuan, lihat bagaimana dia di dapur. Mungkin itulah yang dimaksudkan Al-Sultan Abdullah. Walaupun Al-Sultan Abdullah mengakui tidak dapat berkongsi banyak mengenai sifat Tunku Azizah di dapur kerana jarang berada di sana.
Namun di sebalik riak wajah Yang di-Pertuan Agong itu, ibarat tersimpan banyak cerita mengenai sifat Tunku Azizah di dapur.
“Awak kena ke dapur dengan dia, demikian komen Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika ditanya wartawan mengenai perwatakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Kelebihan dia sangat tegas dan ambil berat dengan integriti staf. Kalau telefon atas meja, ia mesti tersusun elok. Hal sama juga untuk susunan atas meja makan,” kongsi baginda sambil menyusun satu persatu telefon bimbit serta alat perakam suara milik wartawan di atas meja, untuk menunjukkan cara susunan mengikut gaya Tunku Azizah.
Sementara itu, Tunku Azizah bertitah, Tuanku tidak panggil ‘Darling’ atau ‘Sayang’.
“Tuanku selalu panggil saya Ji, sebab itu nama saya sudah dikenali dengan panggilan Jiji atau Zizi. Saya pula panggil Tuanku, Alam atau Ba dan saya rasa, Tuanku suka dipanggil Ba.
“Masa mula-mula kahwin Tuanku ada kata, tidak akan panggil antara kami dengan panggilan Honey, Sweet Heart atau Darling, nanti kalau gaduh Honey entah ke mana,” cerita Tunku Azizah.
Bagaimana pun Tunku Azizah mengakui, romantik antara mereka datang secara semula jadi.
“Ia secara automatik. Tak perasan pun kami ini romantik. Kami pasangan romantik
dengan cara tersendiri.
“Saya tidak rasa kami ni romantik sangat. Media selalu rakam momen yang tidak kami perasan macam masa suapkan lauk. Bagi saya ia adalah perkara natural (melayan suami) seperti letakkan lauk untuk suami.
“Kemungkinan berlaku selisih faham, itu adalah asam garam hidup berumah tangga. Sama juga seperti pasangan suami isteri yang lain. Dalam sebuah perkahwinan kita mesti jadi kawan baik pasangan dan boleh berkomunikasi. Itu yang saya dan Tuanku lakukan.
“Untuk membentuk harmoni itu penting dan adakalanya kita perlu lupakan semua perkara lain dan gembira untuk satu sama lama lain. Jangan ambil kesempatan dengan pasangan.
“Memang ada ketika kita marah antara satu sama lain tetapi kehidupan perlu diteruskan. Perkahwinan sesuatu yang kita usahakan untuk gembira, bukan ambil mudah antara satu sama lain. Kita perlu saling berusaha. Sedangkan lidah lagi tergigit,” titah Tunku Azizah.
Mengimbas kembali perkahwinannya yang disifatkan separa diatur, Tuanku Azizah bertitah pertemuan pertama berlaku di padang polo di Johor ketika usianya 12 tahun dan Sultan Abdullah pula berusia 13 tahun.
Selama 13 tahun berkawan dan bercinta, hanya surat, aerogram dan telefon yang menjadi penghubung setiap minggu. Istimewanya, semua surat itu masih tersimpan rapi sebagai kenangan berharga percintaan jarak jauh baginda berdua.
“Ayahanda saya dulu sangat tegas, betul-betul ikut cara Islam, mana boleh keluar bersama, pergi tengok wayang atau minum kopi. Ya, kami tidak pernah. Apatah lagi pegang tangan. Setiap kali Tuanku nak jumpa saya, kena buat temujanji dan makan tengah hari bersama ayahanda saya.
Nenda saya dan nenda Tuanku mahukan perkahwinan ini. Melihat ayahanda saya yang begitu tegas, nenda saya selalu ajak Tuanku datang Johor untuk bermain polo. Saya kenal Tuanku 13 tahun dating sekali pun tak ada. Jumpa Tuanku di padang polo. Cinta padang polo.
“Ketika umur saya 23 tahun, Tuanku pernah tanya adakah saya mahu menjadi isterinya satu hari nanti. Saya jawab, adakah Tuanku anggap saya ni cukup baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Tapi Tuanku tidak ajak saya kahwin. Tuanku beritahu ayahandanya supaya mengumumkan dia akan mendirikan rumah tangga dia akan mendirikan rumah tangga pada hari keputeraan baginda pada Oktober 1985, tetapi tidak cakap dengan siapa.
Ayahanda saya pula tidak tahu mengenai pengumuman itu. Apabila rombongan Pahang sampai, ayahanda saya tanya, adakah dia nak atau ini perkahwinan yang diatur? Jika diatur oleh ibu bapa, saya tidak terima. Kalau dia sendiri mahu, saya terima.
Selepas tiga hari, barulah ayahanda kata “Bah lupa nak tanya Azizah nak ke tak nak, tapi Bah dah terima,”. Saya bernikah pada Mac dan bersanding pada 19 Julai (1986). Antara Mac dan Julai, walaupun sudah jadi suami isteri yang sah, tetap tak boleh keluar. Saya di Johor, Tuanku di Pahang.
Majlis perkahwinan diadakan di Johor dengan penuh istiadat kerana anak Agong berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang. Titiek Soeharto selalu kata, itulah satu-satunya majlis perkahwinan yang berlarutan sampai jam 5 pagi. Pada hujung Julai ni, kami nak bersanding lagi,” titahnya.
Sudah tentu ramai menyukai kereta automatik berbanding manual. Betul tak? Nampak senang mengedalikan kereta jenis ini, namun jika salah penggunannya akan menimbulkan masalah pada kenderaan anda.
Salah satunya adalah berkaitan dengan gear. Ini kerana ramai menganggap hanya dengan masuk gear, tekan minyak terus jalan tanpa memikirkan apa fungsi setiap gear yang ada.
Bayangkan kalau kita tertekan minyak dulu sebelum masuk gear boleh rosak gear box. Begitu juga ketika hendak parking kereta. Tentu ada antara kita terus masuk gear ‘P’ lepas tu tarik hand brake. Cara ini salah dan boleh memberi kesan kepada masalah gear box.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian video yang oleh pengguna TikTok @ciktiva.
Beliau memberi tunjuk ajar cara yang betul ketika parking kereta untuk mengelak gear box rosak.
Cara salah: Dari ‘D’, terus tekan ke ‘P’ cara ini boleh rosakan gear box. Cara yang betul: Mula-mula tekan ‘N’, tarik hand brek, lepaskan break dan akhir baru tekan ‘P’.
Video ini mendapat 885 ribu tontonan dan 72.2 ribu sukaan sehingga ini.
Jadi berusaha mengubah tabiat buruk ini mampu memberikan kesan kepada bajet kewangan anda nanti!
Penantian peminat untuk melihat wajah anak pasangan sama cantik sama padan ini akhirnya tercapai.
Selepas dua bulan menyambut bkelahiran bayi sulung mereka, buat kali pertamanya, pasangan ini berkongsi wajah puteri tersayang, Nur Fatima Aisya kepada peminat sempena Tahun Baru 2021.
Gambar mereka sekeluarga dimuat naik menerusi laman instagram Fattah Amin dan juga Fazura.
Dalam perkongsian tersebut, Fatima cukup comel yang didukung Fazura, lebih-lebih lagi dalam persalinan gaun berenda rona putih, sedondon mereka sekeluarga.
Menerusi kapsyen gambar tersebut, pasangan ini mengucapkan selamat tahun baru buat semua.
“Selamat Tahun Baharu 2021. Salam Sayang. Fattah, Fazura dan Fatima,” kata pasangan itu.
Rata-rata warganet teruja dan memuji akan kecomelan Fatima di samping ibu dan ayahnya.
Pada 2 Oktober lalu, Fazura selamat melahirkan bayi perempuan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Fattah.
Pasangan enggan mendedahkan wajah penuh bayi mereka sebelum ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.