HomeInspirasi“Tuanku panggil Ji, Saya pula panggil Tuanku, Alam atau Ba.” Tiada Panggilan...
“Tuanku panggil Ji, Saya pula panggil Tuanku, Alam atau Ba.” Tiada Panggilan ‘Darling’ Atau ‘Sayang’, Tunku Azizah Akui Baginda Berdua Romantik Dengan Cara Tersendiri
Apabila menyebut tentang Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pasti ramai yang akan mengaitkan Baginda dengan masakan. Manakan tidaknya, anak raja ini cukup sinonim dengan hobinya yang suka memasak. Bahkan, Baginda tidak kekok berada di dapur.
Sebelum ini media juga sering kali memaparkan kisah Raja Permaisuri Agong yang turun padang memasak juadah untuk mangsa banjir ketika meninjau keadaan penempatan tersebut.
Benarlah kata orang tua-tua, kalau nak kenal orang perempuan, lihat bagaimana dia di dapur. Mungkin itulah yang dimaksudkan Al-Sultan Abdullah. Walaupun Al-Sultan Abdullah mengakui tidak dapat berkongsi banyak mengenai sifat Tunku Azizah di dapur kerana jarang berada di sana.
Namun di sebalik riak wajah Yang di-Pertuan Agong itu, ibarat tersimpan banyak cerita mengenai sifat Tunku Azizah di dapur.
“Awak kena ke dapur dengan dia, demikian komen Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika ditanya wartawan mengenai perwatakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Kelebihan dia sangat tegas dan ambil berat dengan integriti staf. Kalau telefon atas meja, ia mesti tersusun elok. Hal sama juga untuk susunan atas meja makan,” kongsi baginda sambil menyusun satu persatu telefon bimbit serta alat perakam suara milik wartawan di atas meja, untuk menunjukkan cara susunan mengikut gaya Tunku Azizah.
Sementara itu, Tunku Azizah bertitah, Tuanku tidak panggil ‘Darling’ atau ‘Sayang’.
Ads
“Tuanku selalu panggil saya Ji, sebab itu nama saya sudah dikenali dengan panggilan Jiji atau Zizi. Saya pula panggil Tuanku, Alam atau Ba dan saya rasa, Tuanku suka dipanggil Ba.
“Masa mula-mula kahwin Tuanku ada kata, tidak akan panggil antara kami dengan panggilan Honey, Sweet Heart atau Darling, nanti kalau gaduh Honey entah ke mana,” cerita Tunku Azizah.
Bagaimana pun Tunku Azizah mengakui, romantik antara mereka datang secara semula jadi.
“Ia secara automatik. Tak perasan pun kami ini romantik. Kami pasangan romantik
dengan cara tersendiri.
“Saya tidak rasa kami ni romantik sangat. Media selalu rakam momen yang tidak kami perasan macam masa suapkan lauk. Bagi saya ia adalah perkara natural (melayan suami) seperti letakkan lauk untuk suami.
“Kemungkinan berlaku selisih faham, itu adalah asam garam hidup berumah tangga. Sama juga seperti pasangan suami isteri yang lain. Dalam sebuah perkahwinan kita mesti jadi kawan baik pasangan dan boleh berkomunikasi. Itu yang saya dan Tuanku lakukan.
Ads
“Untuk membentuk harmoni itu penting dan adakalanya kita perlu lupakan semua perkara lain dan gembira untuk satu sama lama lain. Jangan ambil kesempatan dengan pasangan.
“Memang ada ketika kita marah antara satu sama lain tetapi kehidupan perlu diteruskan. Perkahwinan sesuatu yang kita usahakan untuk gembira, bukan ambil mudah antara satu sama lain. Kita perlu saling berusaha. Sedangkan lidah lagi tergigit,” titah Tunku Azizah.
Mengimbas kembali perkahwinannya yang disifatkan separa diatur, Tuanku Azizah bertitah pertemuan pertama berlaku di padang polo di Johor ketika usianya 12 tahun dan Sultan Abdullah pula berusia 13 tahun.
Selama 13 tahun berkawan dan bercinta, hanya surat, aerogram dan telefon yang menjadi penghubung setiap minggu. Istimewanya, semua surat itu masih tersimpan rapi sebagai kenangan berharga percintaan jarak jauh baginda berdua.
“Ayahanda saya dulu sangat tegas, betul-betul ikut cara Islam, mana boleh keluar bersama, pergi tengok wayang atau minum kopi. Ya, kami tidak pernah. Apatah lagi pegang tangan. Setiap kali Tuanku nak jumpa saya, kena buat temujanji dan makan tengah hari bersama ayahanda saya.
Ads
Nenda saya dan nenda Tuanku mahukan perkahwinan ini. Melihat ayahanda saya yang begitu tegas, nenda saya selalu ajak Tuanku datang Johor untuk bermain polo. Saya kenal Tuanku 13 tahun dating sekali pun tak ada. Jumpa Tuanku di padang polo. Cinta padang polo.
“Ketika umur saya 23 tahun, Tuanku pernah tanya adakah saya mahu menjadi isterinya satu hari nanti. Saya jawab, adakah Tuanku anggap saya ni cukup baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Tapi Tuanku tidak ajak saya kahwin. Tuanku beritahu ayahandanya supaya mengumumkan dia akan mendirikan rumah tangga dia akan mendirikan rumah tangga pada hari keputeraan baginda pada Oktober 1985, tetapi tidak cakap dengan siapa.
Ayahanda saya pula tidak tahu mengenai pengumuman itu. Apabila rombongan Pahang sampai, ayahanda saya tanya, adakah dia nak atau ini perkahwinan yang diatur? Jika diatur oleh ibu bapa, saya tidak terima. Kalau dia sendiri mahu, saya terima.
Selepas tiga hari, barulah ayahanda kata “Bah lupa nak tanya Azizah nak ke tak nak, tapi Bah dah terima,”. Saya bernikah pada Mac dan bersanding pada 19 Julai (1986). Antara Mac dan Julai, walaupun sudah jadi suami isteri yang sah, tetap tak boleh keluar. Saya di Johor, Tuanku di Pahang.
Majlis perkahwinan diadakan di Johor dengan penuh istiadat kerana anak Agong berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang. Titiek Soeharto selalu kata, itulah satu-satunya majlis perkahwinan yang berlarutan sampai jam 5 pagi. Pada hujung Julai ni, kami nak bersanding lagi,” titahnya.
Kos RM15 Je Buat Sendiri Wet Food Kucing & Nak Bagi Cantik Bulu Letak Bahan Ni Dalam Ramuan!
Memelihara si bulus bukan hanya untuk kita dapat membelai dan bermain dengannya, malah ia datang dengan tanggungjawab. Sebagai pecinta kucing kita akan pastikan haiwan peliharaan diberi tempat tinggal yang selesa, diberikan makan secukupnya dan dijaga rapi kesihatannya.
Bahkan jika ingin menyentuh tentang kos menjaga si buluh ini tidak dinafikan hingga ada yang memperuntukkan modal yang tinggi terutamanya untuk wet food. Pun begitu, sebenarnya ada cara untuk kita boleh berjimat jika wet food tersebut dibuat sendiri.
Apatah lagi untuk menyediakan wet food untuk si comel sangat mudah dengan hanya menggunakan 3 bahan. Malah jika ditambah satu bahan ini ke dalam wet food yang dibuat akan menjadikan bulu kucing lebih gebu, cantik berseri.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Lina Ramlan yang turut berkongsi resipi dan langkah demi langkah penyediaannya. Malah apa yang lebih mengujakan, hanya bermodalkan RM15 sahaja dan tahan berminggu-minggu!
Cara Buat ‘Wetfood’ Untuk Anak Kucing
– Ikan tongkol / tuna / ayam
– Carrot
– Agar-agar tali
-Vitamin kucing untuk mencantikkan bulu
STEP 2
– Bersihkan ikan dan rebus dalam periuk sehingga masak.
STEP 3
Asingkan isi ikan dari tulang. Kalau guna ikan lebih kecil. Boleh blender sekali tulang dan tapis.
STEP 4
Blender isi ikan tadi dengan carrot menggunakan air rebusan ikan sehingga hancur atau separuh hancur
STEP 5
Dah hancur tuangkan isi tadi ke dalam lebihan air rebusan. Hidupkan api dan masak seketika.
STEP 6
Masukkan separuh sahaja agar-agar tadi..separuh lagi boleh simpan untuk minggu hadapan. 1/2 agar-agar = 1kg ikan/ayam
STEP 7
Masak agar-agar tadi sehingga hancur..Dah hancur boleh tutup api.
STEP 8
Tuang isi agar-agar tadi dalam bekas. Tunggu suam-suam kuku.
STEP 9
Agak-agak dah suam-suam kuku…bolehlah letakkan sikit vitamin kucing. Sukat yee cukup 0.5ml taknak letak pun tak apa, pilihan.
Tadaa siap 4 bekas = 1 minggu
1 hari 5-6x makan (3 sudu besar)
Kos anggaran lebih kurang RM13- RM15. Jangan lupa cat grass setiap minggu. Membantu penghadaman yang lebih baik. 79sen sahaja.
Sabar adalah sifat orang mulia yang disebut dalam al-Quran banyak kali. Malah antara sifat orang akan masuk syurga adalah orang yang bersabar. Hidup dalam berumah tangga tak lepas dari sebarang masalah.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Justeru, jika ada sifat sabar pasti rumah tangga aman bahagia. Perkongsian ini cukup menarik untuk dijadikan panduan oleh suami isteri.
Bait-bait kata oleh Bonda Nor cukup menyentuh hati. Moga jadi panduan bersama buat kita semua dalam melayari alam rumah tangga.
SYURGA SEORANG ISTERI
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tak sengaja.
Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.. biiznillah. Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Amin. Amin.
Dalam persahabatan, yang paling sukar untuk ditemui adalah sahabat yang sanggup bersusah bersama dengan kita.
Ketika gembira, kita pasti akan dikelilingi dengan insan-insan yang turut sama bergelak tawa bersama tapi jika berduka, hanya yang benar-benar memahami sahaja akan setia di sisi.
Namun video yang viral baru-baru ini, seakan mengubah persepsi tersebut. Video yang menunjukkan seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) telah di suapkan makanan oleh rakannya.
Apa yang menyentuh hati adalah rakannya itu setia menguapkan ‘corndog’ sehingga kanak-kanak itu menghabiskan makanan tersebut.
Adegan ini telah berlaku ketika waktu rehat di sebuah sekolah rendah. Jelas terlihat kanak-kanak OKU tersebut tidak mampu untuk memegang makanan tersebut sendiri tanpa bantuan dari rakan.
Bagaimanapun, kekurangan fizikal pada dirinya itu dilengkapkan dengan seorang rakan yang berhati mulia, yang sabar menyuapkan makanan kepadanya.
Dari ruangan komen, ramai yang memuji tindakan rakannya itu memandangkan jika rakan lain seusia mereka ini pasti akan memilih untuk bersama rakan sebaya yang lain untuk menikmati waktu makan bersama.
“Mulianya hati awak dik. Terharu tengok awak bantu mudahkan kawan nak makan tu. Sangat istimewa.”
Dalam pada itu, ramai yang memuji didikan ibu bapa kepada pelajar tersebut sehingga membentuk peribadi yang baik dan mulia yang mungkin sukar untuk didapati oleh kanak-kanak sebaya dengannya.
Ramai yang mendoakan kesejahteraan mereka agar berjaya dan mengharapkan persahabatan ini akan terus kekal.
Lebih 10 tahun menantikan zuriat - "Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu." Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.