Kesibukan mengurus keluarga jangan pula menyebabkan kulit wajah kita hilang serinya dan lebih parah lagi menyebabkan timbulnya jerwat, bintik-bintik hitam, jeragat dan sebagainya. Bimbang semua ini terjadi, disarankan kepada ibu-ibu walau sesibuk mana sekali pun, penjagaan kecantikan jangan diabaikan. Inilah esen kita sebagai wanita yang perlu dijaga.
Untuk itu, apa kata kita amalkan beberapa petua orang lama dalam memastikan wajah terjaga dan nampak berseri-seri mengikut jenis dan masalah kulit yang berbeza-beza. Jom semak.
Kulit Berminyak
Jika kulit anda daripada jenis berminyak, biasanya masalah yang sering dihadapi adalah kulit mudah berjerawat. Oleh itu, jika ingin dirawat dengan cara alami, ambil daun sirih dan daun jambu. Kemudian diramas di dalam semangkuk air. Sapukan air itu kepada kulit wajah dan biarkan sehingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Lap lembut wajah dengan tuala. Sebaiknya amalkan selalu untuk melihat kesannya.
Ads
Menyegarkan Kulit Wajah
Jika wajah terlihat kusam, ambil teh dan rendam semalaman. Kemudian air tersebut dibuat sebagai air basuhan muka. Cara ini secara tidak langsung akan menjadikan kulit wajah nampak berseri-seri.
Caranya mudah sahaja. Sebelum cuci wajah dengan sabun, basuhkan dengan air lebihan teh tersebut. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan setiap pagi.
Ads
Menghilangkan Bintik-Bintik Hitam
Jika ternampak kulit wajah sudah ada bintik-bintik hitam jangan dibiarkan, segera lakukan amalan ini iaitu dengan merendam daun mambu, beras dan kunyit hidup. Kemudian ditumbuk halus dan disapukan pda wajah. Lakukan rawatan ini dua kali sehari sehingga kulit kelihatan licin dan sihat.
Daun mambu juga diketahui sangat bagus untuk membantu menghilangkan bintik hitam pada sel-sel kulit yang sudah mati. Ia juga baik untuk merawat penyakit campak dan kudis kering.
Ads
Licinkan Kulit Wajah
Kekalkan kulit bersih serta licin dengan menggunakan beras. Fungsi beras ini sama seperti scrub untuk melicinkan wajah. Caranya mudah, dengan membasuh beras dan direndam selama beberapa jam, kemudian dikisar bersama kunyit hidup. Sapukan campuran beras dengan kunyit pada seluruh wajah dengan lembut.
Hilangkan Kotoran Pada Kulit Wajah
Perahkan limau dan ditapis jusnya kemudian sapu pada keseluruhan wajah boleh bertindak sebagai penyegar dan sekali gus menghilangkan kotoran jauh ke dalam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai di kalangan ibu yang bersalin mengeluh kerana sukar untuk mendapatkan kembali berat badan asal. Apatah lagi, pemakanan kena jaga kerana menyusukan anak.
Jangan mengeluh atau putus asa. Ini ada jamu istimewa untuk dicuba ketika dalam pantang dan menyusu. Selain menurunkan berat badan, resipi ini juga membantu untuk mengembalikan kehangatan kulit, kesegaran dan keayuan wajah. Jom cuba resipi hebat perkongsian dari Habibah Badar Bajrai menerusi laman facebooknya.
Bahan-bahan
7 sudu makan halba campur
1/2 sudu makan kunyit
1 sudu makan cengkih
1 batang kulit kayu manis KMC stick
3 helai bay leaf
5 kuntum bunga lawang
Lemon
Madu
Caranya:
♦ Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali madu dengan lemon.
♦ Tambah air 2 liter. Rebus dalam 10minit.
♦ Tunggu suam, tuang dalam gelas.
♦ Perah lemon dengan tambah 1 sudu madu.
♦ Kacau rata ikut arah lawan jam.
♦ Baca selawat, niat mahu kurus dan sihat.
♦ Minum pagi dengan malam sebelum makan.
♦ Baki masukkan ke dalam peti sejuk. Jika mahu minum, panaskan kembali.
Tip
[su_highlight background=”#d12c34″ color=”#242121″]Ramuan ni boleh juga digunakan untuk stim, tangas dan mandian rempah. Ala-ala 4 in 1 home made spa.[/su_highlight]
Selamat mencuba!
Resipi asal oleh: Sarifa Redzuan II
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bak kata pepatah sayangkan anak tangan-tangankan. Justeru dalam mendidik ibu bapa kena pastikan anak-anak hormat dan tahu batas mereka. Kerana itu juga anak-anak perlu ajar membuat kerja supaya mereka tidak meletakkan semuanya di atas bahu ibu bapa.
Jika tidak mahu anak tersalah langkah, waktu kecil lagi mereka perlu dididik supaya bila dewasa kelak tak menjadi raja. Perkongsian lelaki ini sangat bermanfaat untuk semua!
Didik anak sebagai ‘hamba’. Bila baca nampak agak ‘kasar’ tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang. Tak boleh ikut macam ibu si Tanggang, manjakan anak sampai anak jadi raja dan ibu jadi hamba. Salah didikan cara begini. Kalau mahu anak yang taat, mesti didik anak sebagai seorang hamba.
Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini. Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah kasih sayang bak menatang minyak yang penuh. Pernah tak anda melihat senario di mana si ibu sibuk membuat kerja-kerja di rumah, seperti membasuh, mengemop lantai, memasak malah mengemas bilik si anak. Walhal, si ibu ada dua tiga orang anak dara yang duduk bersenang lenang di depan TV, atau mengadap smartphone .. atau berchating depan laptop?
Nah .. apabila disuruh untuk tolong …. terus merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa. Lagi teruk, anda yang angkat kaki .. merajuk dan tarik muka .. hanya kerana meminta untuk tutup air jerangan di dapur. Uhh .. kepala digeleng sepuluh kali pun tak jadi apa… hurmmm..
Tak kurang juga anak lelaki, mana mahu nak buat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh perempuan? Hilanglah macho .. rasa macam kelakian kena sagat kat atas tar jalanraya .. erkk.
Anak Jadi ‘Raja’ Sebagai Berleluasa Budaya anak menjadi raja semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi ‘hamba’ sejak dari kecil. Ramai pasangan ibu bapa yang terlalu manjakan anak. Kehendak anak semua dituruti, al maklumlah .. berkemampuan lebih dan tak terima BR1M. Harga barang naik pun tak ada hal .. anak minta itu ini, diberikan sahaja .. agar dapat “I Love U Daddy …”.
Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. Ya ibu bapa kaya berharta .. tapi nak sampai berjaya begitu .. bukan mudah.Ada anak-anak ni ambil tahu? Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka… jadi bagaimana nak tahu, bagaimana nak appreciate? Ini Alasan Banyak …. Bila ada beritahu .. jangan manjakan anak. Ini alasan mereka …
“Kesian anak tu kecik lagi..” “Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?” “Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”
Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” kepada anak sampai ke tua. Bila anak jadi begini, kita kata mereka anak derhaka … nah, pi tempeleng diri sendiri … dari mana mereka itu datang kalau nasi tidak tumpah ke kuah?
Bukan itu sahaja…
Ada anak yang dah kahwin beranak pinak pun masih menyusahkan mak pak. Benda ni berlaku, dan saya sendiri dah banyak kali lihat dengan mata kepala sendiri .. bukan dari drama TV slot Akasia ye ..
Betul. Ini terjadi dalam dunia masa kini .. baju laki bini anak beranak si emak yang basuh. Umur dah lebih 30 tahun kot …
Makan lak … laki bini anak beranak … mak yang masak. Nak beli sesuatu kat kedai, diminta si ayah yang dok bertongkat pergi belikan. Adeh ..
Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila sudah jadi dewasa. Kalau buatpun, tak ikhlas dan hanya lakukan secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh.
Anak-anak yang telah dewasa, berumah-tangga, beranak-pinak ini akan jadi raja kerana tiada kesedaran dalam diri mereka. Mak bapak menjadi hamba mereka. Apa yang mereka tahu … selagi mak bapak ada, selagi itulah mereka terus bergantung hidup …
Saya bukan mahu para ibu bapa untuk dera anak. Dalam Islam sendiri pun ada tingkatan cara didik anak ini. Guna sahaja tips dan panduan yang telah Nabi Muhammad S.A.W sarankan. Jika nabi kata pukul .. maka pukullah .. jika nabi kata ajarkan anak sholat .. maka ajarkanlah.
Ibu bapa harus sedar, bermula dari anak berumur 2 tahun, mereka perlu dipupuk dan dididik supaya menjadi ‘hamba’. Arah mereka lakukan sesuatu, paksa mereka. Jangan terlalu lembut hati.
Usah terlalu kasihankan anak Jangan terlalu memanjakan anak Ajar mereka erti susah payah sejak kecil Ajar mereka tentang kerja rumah Ajar mereka erti kehidupan Pupuk kesedaran dalam diri mereka Ajar anak perempuan kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik anak perempuan mengenai kebersihan, terutama kebersihan diri. Anak lelaki kena biasakan mereka untuk ringan tulang. Ajar juga anak lelaki untuk membuat kerja-kerja seperti bertukang, betulkan paip air, siram pokok dan macam-macam lagi. Kalau boleh, ajar juga perkara yang anak perempuan buat seperti memasak. Tak ada salah, malah nanti akan jadi satu bonus sebagai seorang lelaki dewasa.
Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi perlu tegas dan pastikan mereka ikut arahan.
Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T
Sumber: www.hasrulhassan.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dapat dibayangkan betapa remuknya hati ibu dan bapa bila mana anak meninggal dunia dipangkuan sendiri. Kegembiraan tiga beranak ini dalam perjalanan untuk ke majlis konvokesyen akhirnya bertukar duka apabila si anak meninggal dunia selepas mereka terbabit dalam satu kemalangan.
Lebih memilukan apabila melihat ibu dan ayah memangku arwah yang sudah tidak bernyawa lagi. Inilah yang dilalui oleh Abdul rahem, 65 dan isterinya, Homaidah Abdul Manaf, 60.
Arwah Muhammad Firdaus Abdul Rahem, 20, bersama bapa dan ibunya dalam perjalanan menghadiri konvokesyen GiatMARA di kompleks Belia dan Sukan Paroi di Seremban,sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal.
Dalam kejadian 7.10 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada rusuk kiri.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dipandu Abdul Rahem dari arah Seremban menghala ke Paroi membelok ke kanan untuk masuk ke Kompleks Belia dan Sukan.
Pada masa sama, sebuah motosikal Kawasaki ZR800 ditunggang Kamaruzaman Ismail, 36, yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh pintu hadapan bahagian penumpang.
Akibat kemalangan itu, arwah yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut, manakala penunggang motosikal parah di kepala dan badan.
Mengimbas perubahan pada adiknya, menurut Rozi Abdul Rahem arwah sebelum itu ada meminta memakai baju putih ketika membuat persiapan untuk menghadiri majlis konvokesyen tersebut.
“Adik mahu pakai baju putih dan tak sangka itulah permintaan terakhirnya. Saya dapat tahu kejadian tersebut daripada bapa yang menghubungi saya kira-kira jam 7.30 pagi. Ketika itu, saya tidak tahu keadaan adik dan segera bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, hanya emak dan bapa yang masih di lokasi manakala adik sudah dibawa ke hospital dengan ambulans. Ketika itu, baru saya tahu adik sudah tiada,” jelas Rozi lagi.
Menuri Rozzi lagi, adiknya itu seorang yang rajin dan tidak suka menyusahkan keluarga. Dia melakukan pelbagai kerja sampingan untuk menampung yuran pengajian kerana tahu keluarganya bukan orang senang.
“Kami sekeluarga sangat terasa kehilangan arwah tetapi kami reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya jenazah Muhammad Firdaus dibawa pulang ke Ampang untuk dikebumikan selepas solat Zohor