Sayang kan jika nak dibuang pakaian yang masih baru dan lebih penting lagi mungkin ia salah satu baju kegemaran anda. Tetapi melihat warnanya yang luntur menyebabkan anda tidak lagi berkenan untuk memakainya.
Biarpun ada pelbagai barangan atau peralatan yang memudahkan kerja kita dalam mengatasi masalah sebegini, namun, cara lama masih praktikal untuk diamalkan dan hasilnya lebih berkesan. Selain menjimatkan wang, cara ini juga diyakini selamat.
Jom lihat antara petua lama yang menggunakan barang dapur untuk membantu masalh warna baju turun. Petua ini juga boleh sesuai untuk menghilangkan kesan baju rosak dan kotor.
Mengelak kain batik luntur
Ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air . Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu, bolehlah dicuci seperti biasa . Kain itu tidak akan luntur lagi
Menanggalkan kesan kopi, teh dan darah, dakwat dan minyak
Ads
Kesan -kesan teh , kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ke tempat yang terkena kesan-kesan itu. Sekiranya kesannya masih tidak hilang, letakkan serbuk pencuci yang basah dan biarkan selama satu jam sebelum dicuci.
Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian di dalam air yang berisi garam .Rendamlah hingga kesan itu tanggal ( 1 sudu makan garam – 1 bekas air)
Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus, serta cuka. Lecekkan pada tempat terkena kesan dakwat. Beruskan perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali sehingga kesan dakwat tersebut hilang,ini akan menjadikan proses pembersihan menjadi lebih mudah. Anda juga boleh mencucinya dengan cuka atau air asam limau.
Ads
Jika terkena minyak tanah pula, kain itu diwap terlebih dahulu sebelum dicuci. Pakaian yang terkena minyak perlu disapukan bedak dan biarkan bedak di situ selama beberapa minit sebelum dibasuh. Selain itu, cara mudah untuk menghilangkannya, sapukan sedikit majerin pada pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan seketika barulah cuci seperti biasa.
Menghilangkan kesan kunyit pada pakaian
Kesan kunyit pada pakaian memang sukar untuk dibersihkan. Petua untuk menanggalkan kesan itu adalah dengan mengambil sedikit sabun cuci pinggan mangkuk. Sapukan pada tempat yang terdapat kesan kunyit. Biarkan selama lebih kurang 15-20 minit. Selepas itu, cuci seperti biasa.
Ads
Menghilangkan kesan karat
Cara 1 : Bilas pakaian dalam campuran air cuka dan garam kemudian dijemur sehingga kering.
Cara 2 : Ambil limau nipis, kemudian dibelah dua. Keluarkan biji-bijinya . Selepas itu, gosokkan limau tersebut pada tanda karat . Rendamkan pakaian di dalam air yang bercampur sedikit garam serbuk. Setelah tanda karat itu hilang, basuh, bilas dan keringkan seperti biasa.
Cara 3 : Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis dan larutkan bersama air rendaman pakaian. Biarkan semalaman. Keesokannya, cucilah seperti biasa.
Sumber: impiana.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sihat, antara nikmat yang tiada ternilai harganya. Satu anugerah yang membolehkan kita menjalani kehidupan ini bagi melakukan kerja dan aktiviti harian dengan lancar dan sempurna.
Namun hidup ini juga satu ujian, tidak selalunya indah. Hari ini sihat, mana tahu esok lusa diuji pula dengan kesakitan. Semua boleh berlaku dengan sekelip mata.
Apatah lagi bila diuji dengan penyakit kanser. Seakan satu bom jangka dapat dirasakan terjadi dalam hidup.
Ini memandangkan stigma bagi sesetengah pihak yang beranggapan jika disahkan menghidap penyakit tersebut, itu bermakna maut menanti. Sekali gus apabila disahkan mempinyau penyakit kanser dalam tubuh badan, ia menjadi detik hitam dalam hidup mereka.
Sudah pasti berita yang diterima itu membuatkan penghidap kanser tertekan, namun kisah perjuangan Nur Izzatie Mohd Rizan, 33, melawan penyakit kanser Limfoma ini boleh disifatkan menakjubkan untuk dijadikan inspirasi buat semua.
Ketepikan Kerjaya Untuk Bangkit Melawan Kanser
Memetik kisahnya sebagaimana dikongsikan di mStar, wanita yang mesra disapa Zety ini mengetahui mengenai penyakitnya selepas pulang bertugas membuat liputan Pilihanraya Umum ke-14 di Pengerang, Johor.
“Kesibukan kerja menyebabkan saya ingatkan benjolan di sebelah kanan leher saya ni beguk.
“Saya pula jenis lasak dan sememangnya dari kecil susah nak dapat penyakit, jadi saya tak layan sakit badan dan rasa lesu macam nak demam tu. Tapi keadaan makin teruk pula selepas tu dan benjolan itu tak surut, sebaliknya makin besar.
“Saya ambil keputusan ke klinik berjumpa doktor. Doktor bagi antibiotik dan ubat sapu untuk jangkitan kuman tapi tidak nampak kesanya. Saya pun ambil keputusan ke hospital swasta di Seremban,” ujar Zety yang sudah berkecimpung dalam dunia kewartawanan selama 13 tahun turut mengakui dirinya kurang pendedahan mengenai penyakit kanser sebelum ini.
Balik Kampung Berubat
Setelah mendapat keputusan buat kali kedua menerusi prosedur imbasan CT yang mengesahkan dia menghidap kanser limfoma pada tahun 2018, ahli keluarga Zety membawanya pulang ke kampungnya di Jelebu, Negeri Sembilan.
“Kesedaran tentang kanser memang kurang dan ia beri kesan pada diri hinggakan kurang tidur sebab stres. Asyik fikir apa nak buat dengan hidup.
“Lebih-lebih lagi apabila ramai yang menasihatkan supaya tidak teruskan rawatan kemoterapi,” katanya sambil menambah kansernya dalam kategori tidak agresif.
Berkongsi pengalamannya, Zety berkata kesakitan yang dialami begitu perit dan sukar digambarkan sekitar pukul 5 pagi di mana dia akan alami batuk berterusan dan wajahnya akan membengkak.
Lebih menyeksakan apabila mengalami sakit pada tubuhnya hinggakan berat badannya turun mendadak dan menyebabkan Zety sukar untuk duduk.
Keadaan Semakin Parah
Disebabkan keadaan semakin parah, pada tahun 2019 paru-paru wanita ini dipenuhi air membuatkan dirinya semakin lemah untuk bergerak.
“Masa tu saya dah tak larat. Nak tidur pun secara menelungkup di sofa, sebab dengan cara itu saja saya boleh bernafas.
“Disebabkan keadaan saya semakin lemah, emak bawa saya ke hospital dan rawatan yang dibuat menyebabkan air dikeluarkan dari paru-paru, semuanya lebih kurang 10 botol,” katanya.
Bercerita lanjut, wartawan penyiaran stesen televisyen terkemuka di negara ini mengakui mencuba rawatan alternatif hingga berdepan masalah untuk mendapat rawatan susulan di hospital.
“Saya ingat lepas makan ubat alternatif, kesannya lebih baik sebaliknya keadaan semakin parah,” luah wanita yang mendakwa ditinggalkan suami yang dikahwininya selama empat tahun ketika berdepan dugaan akibat penyakit itu.
“Diberi 2 Pilihan, Koma Atau Paru-paru Ditebuk…”
Walaupun banyak hospital telah menolak untuk merawatnya, namun Zety bersyukur ada sebuah hospital di Seremban bersedia membantunya.
“Saya diberi pilihan untuk koma atau paru-paru ditebuk tetapi saya tolak kedua-duanya dan saya memilih untuk ditebuk,” ujarnya yang bersyukur kerana mempunyai ibu yang bersusah payah membantunya.
Ditanya mengenai tugasnya sebagai wartawan, graduan Ijazah Komunikasi Korporat Universiti Infrastruktur (IUKL) yang belum dikurniakan cahaya mata itu akui apabila terpaksa melepaskan kerjayanya bagi memberi tumpuan kepada kesihatan dirinya.
“Bila dah kena macam ni, banyak urusan dunia harus dilepaskan kerana fokus utama adalah rawatan untuk segera sembuh,” katanya.
Energy Positif Bantu Segera Pulih
Bagaimanapun, Zety tidak terpaksa menerima hakikat apabila terkena jangkitan virus sehingga lapisan pertama paru-paru sebelah kanannya bernanah dan terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang lapisan tersebut.
Setelah segala ujian yang ditempuhi wanita ini, dia akhirnya pulih daripada penyakit kanser pada Jun 2020 dan sejak itu hanya perlu melakukan pemeriksaan secara berkala dan dapat kembali bertugas seperti biasa.
“Saya rasa salah satu sebab saya segera pulih kerana saya memaafkan “Saya rasa salah satu sebab saya segera pulih kerana saya memaafkan orang. Bila kita maafkan orang ni, energy positif membantu saya cepat pulih.
“Jangan anggap penyakit yang Allah beri ini satu musibah, sebaliknya ia anugerah daripadaNya. Sebenarnya melalui dugaan ini jugalah kita boleh kenal orang di sekeliling kita. Siapa yang ada dan bantu kita ketika sakit sebab saya sendiri banyak hilang kawan masa sakit,” ujarnya.
Nasihatnya buat sesiapa yang didiagnosis menghidap kanser supaya tidak membuang masa mendengar cakap-cakap orang terutama yang gemar mencadangkan pelbagai rawatan alternatif, sebaliknya terus dapatkan dan jalani prosedur rawatan di hospital adalah tindakan terbaik.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Ekoran itu ada anak-anak yang dibawah 7 tahun telah diberi lambakan ‘homework’ untuk memastikan lebih cepat pandai. Sudah pasti anak ini akan menjadi kebanggaan ibu ayah.
Namun ada pro dan kontranya. Sebagaimana perkongsian pensyarah pendidikan kanak-kanak ini menerusi facebooknya, Teacher Ina.
Seterusnya ikuti perkongsianya.
Memberikan anak ‘kesusahan’ dalam subjek/silibus baik di peringkat menengah/rendah dan lebih2 lagi bwh 7thn tak menjadikan minda pemikir mereka ‘tercabar’ dan akan lebih pemikir….
Terang2 neurologist dah cerita dan dapat maklumat melalui byk kajian…
“…. without play those neurons aren’t changed” (Pellis, 2014)
Father of Pedagogy kata
“…thru head, heart and hands…but it should be lead by heart” (Pestalozzi, tahun sy xingat)
Kita beri mereka Kbat dlm bentuk soklan maths…(ini yg sy nampak byk soklan Kbat) …tapi menurut Gardner
“..terdpt 9 kecerdasan berbeza pd setiap individu dengan kepelbagaian dominant” (Gardner, tahun dlm 19… something)
Kemudian kita bg anak2 exam samarata dan kelaskan ‘kepandaian’ mereka…sedangkan Einstein ckp…
“Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid”
Dan Islam mengatakan bahawa pendidikan anak bertahap2 dan jgnlah kita memberikan anak sesuatu yg belum smpai ke tahapnya…
Pastu bagaimana kita tanpa rasa bersalah…
DRILL…PAKSA…PEJAM MATA…
Beri anak sesuatu yg tidak sesuai dgn mereka…
Rampas hak mereka utk bermain terutamanya…
Lambakkan homework…
Atas tiket KPI harus dicapai…
Mahupun demi sesuap ‘content’ utk kita berbangga anak kita sangat ‘pandai’
Ticer Ina
Wild Nature Educational Psychologist
15 years of ECE advocating
A mom, lecturer, advocator and ecce warrior
Lazimnya seorang isteri terlihat begitu ‘kuat’ dalam menguruskan kerja-kerja rumah, dari celik mata hingga malam hari ada sahaja kerja yang dibuat untuk urusan rumah tangga dilakukan dengan sebaik mungkin.
Namun hakikatnya, seorang isteri atau ibu itu juga manusia biasa, tahu erti penat, lelah malah stress dalam menguruskan kerja-kerja rumah jika tidak mendapat pertolongan dan sokongan daripada ahli keluarga yang lain.
Bukan sahaja penat fizikal malah lebih teruk lagi jika penat emosi. Keadaan ini berlaku apabila seorang isteri itu tidak lagi mampu menampung tekanan apabila sumber kekuatan dalaman untuk menghadapi tekanan selama ini dirasakan semakin menyusut.
Dalam penulisan di facebook daripada seorang suami ini, Firdaus Shakirin ada berkongsi tentang pengorbanan isteri dalam melakukan kerja harian dan cara bagaimana untuk suami dapat membantu pulihkan semula semangat isteri agar kembali rasa gembira dan bahagia.
Ikuti perkongsian ini dan bolehlah dijadikan panduan.
Macam mana isteri boleh tahan buat kerja yang sama berulang kali…?
Skrip perjalanan kehidupan harian seorang isteri ini sama sahaja setiap hari. Dari bangun tidur, sampai masuk tidur pula, kerja yang diselesaikan hari itu, disambung semula esok hari.
Tak habis..Sentiasa perlu buat perkara yang sama hampir setiap hari…tak jemu? Tak bosan? Tak meluat?
Itulah kehidupan seorang isteri…sebab itu isteri ini makhluk yang beremosi, sebab itu isteri perlu dihargai, sebab itu isteri perlu disayangi untuk dia kekal terus mengulangi apa yang perlu dibuatnya dari hari ke hari.
Kalau suami itu tidak mampu menghulurkan pertolongan, maka jangan membebankan atau membiarkan isteri keseorangan.
Lelaki tak boleh buat apa yang isteri buat, ulang ulang dan ulang sepanjang perkahwinan. Selagi jadi isteri, selagi itu lah perkara itu dia kena hadapi, dia kena tempuhi.
Dia akan burn out, dia akan burst out mentally and physically. Dia akan letih dan penat perasaan serta fikiran.
Kalau suami memahami, kalau suami itu nampak pengorbanan seorang isteri, suami tak akan biar isteri jalani kehidupan itu sorang-sorang. Suami akan tolong isteri, suami akan ringankan beban isteri.
Suami akan bawa isteri keluar jalan-jalan, suami akan belanja isteri makan. Suami patut tahu untuk refreshkan diri isteri, resetkan diri isteri. Isteri mungkin tak cakap, mungkin tak luah, tapi isteri perlukan TERAPI. Terapi cara isteri, terapi yang boleh menguatkan hati dan emosi untuk terus kekal bergelar isteri.