Kulit Tangan Jadi Kasar Kesan Cuci Pinggan Sepanjang Raya, Ni Petua Lembutkannya!

Share

Sepanjang hari raya ini kita kaum perempuan selain sibuk memasak pelbagai juadah,  tidak dinafikan kita jugalah yang akan mencuci pinggan mangkuk yang berlambak di sinki.

Dek kerana sentiasa mencuci,  boleh menyebabkan kulit tangan menjadi kasar terutamanya bagi yang sensetif dengan bahan pencuci.

Jika terasa kering dan kasar ada baiknya anda segera lakukan beberapa cara ini untuk merawat kulit tangan agar kembali lembut seperti sedia kala.

Selamat mencuba!


  1. Gunakan hampas serbuk kopi untuk menghaluskan kulit tangan. Caranya mudah sahaja iaitu dengan meramas hampas kopi tersebut. Gosok perlahan-lahan pada tangan dan jadikan seperti scrub. Dikatakan kopi mengandungi khasiat yang boleh membuang sel-sel kulit mati. Kopi juga dapat menghaluskan dan melembapkan kulit. Kopi turut berfungsi dapat menghilangkan bau yang tidak enak di telapak tangan.

2. Kelapa parut mempunyai kadar kelembapan yang tinggi dan dapat membantu mengatasi masalah kulit kering. Jadi anda boleh lulurkan kelapa parut pada bahagian tangan mahu pun keseluruhan kulit badan jika mahu.

 

3. Campurkan 4 sudu minyak zaitun dalam semangkuk air suam. Kemudian rendam tangan anda selama 10 hingga 15 minit. Cuba amalkan 3 kali seminggu. Pasti kulit akan lebih lembap dan lembut.

 

4. Penggunaan minyak aroma terapi juga boleh membantu untuk melembutkan kulit tangan. Pilih la minyak aromaterapi yang anda suka untuk mengurut tangan. Cuba buat setiap hari. Urutan yang lembut boleh menghilangkan keletihan dan lenguh tangan serta melancarkan peredaran darah.

 

5. Meramas beberapa biji limau nipis yang telah dipotong boleh membantu menjadikan kulit lebih halus. Ini kerana limau nipis dikatakan bertindak menanggalkan sel kulit mati. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu.

 

6. Ambil lidah buaya dan buangkan kulitnya. Kemudian gunakan jeli lidah buaya untuk diratakan pada keseluruhan telapak tangan. Urut secara lembut dan lakukankan secara rutin. Bukan sahaja kulit tangan akan menjadi lebih lembut malah kulit lebih bersih dan berseri.

 

IKLAN