Setiap pasangan sudah tentu inginkan kebahagian hingga akhir hayat. Hidup harmoni serta dilengkapi cahayamata sebagai penyeri rumahtangga.
Begitulah bahagia yang diimpikan setiap pasangan suami isteri. Biarpun usia perkahwinan sudah lama, kekalkan kehormonian adalah tunjang utama.
Selain itu, berpaksikan kepada agama juga menjadi tunjang kepada berkat semua keluarga itu.
Ads
Begitulah yang diamalkan oleh pasangan ini. Biarpun berkahwin pada usia muda ketika dirinya baru berusia 20 tahun dan suami 25 tahun, kini setelah 22 tahun melayari bahtera, pasangan ini bahagia dikurniakan 5 orang cahayamata.
Bukan hendak mendabik dada, namun berkongsi cerita agar manfaat bersama.
Ads
Ikuti perkongsian beliau.
Ads
Saja akak nak share dengan kawan akak kat sini. Pengalaman selama 22 tahun melayari alam rumahtangga .
Gambar kiri tu, 2 minggu selepas kahwin dan masa tu baby dah ada dalam perut tapi akak tak tau lagi. Patut la masa jalan-jalan tu akak tak larat, tapi tabahkan juga sebab taknak rosakkan plan abang yang “excited” nak tunjukkan bandar Melaka kat akak.
•
Gambar kanan tu selepas 5 orang anak soleh dan solehah dah keluar dari perut akak. 2 orang keluar secara normal dan 3 orang secara pembedahan. Dan harini akak nak share beberapa tips buat adik-adik akak yang baru kahwin atau bakal berkahwin. Semoga bermanfaat.
•
Pertama, benda paling penting dalam kehidupan dan rumahtangga ni sebenarnya ialah solat. Kalau kehidupan kita tak berharta, tak berapa baik, tak berapa teratur, tak mengapa. Tapi berusahalah untuk solat 5 waktu. Walau terasa payah nak tunaikan solat tapi tolonglah paksa diri, keep fighting 💪🏼, solatlah jugak walau tak berapa khusyuk atau solat di akhir waktu.
•
Kalau kehidupan kita sempurna sekalipun, jika kita abaikan solat, maka Allah akan abaikan kita. Janganlah pelik kenapa masalah kita belum selesai, malah bertimpa-timpa pula. Kita perkecilkan solat, jangan merungut kenapa kita nampak kecil di mata dunia.
•
Kedua, ialah “mindset”. Ramai yang kata pasangan berubah selepas berkahwin. Ya, memang betul. Sebab masa bercinta, hubungan tu cuma bersandarkan emosi. Tapi selepas kahwin, hubungan tu datang dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab. Nasihat akak, rendahkan “expectation”. Kita bakal berkahwin (atau berkahwin) dengan orang yang tak sempurna. Lengkapilah dia.
•
Ketiga, bagi tumpuan kepada rumahtangga sendiri. Jangan tengok langsung rumahtangga orang lain. Jangan dok “compare” suami orang lain atau isteri orang lain macam mana. Perisaikan diri kita dari tengok apa yang orang lain ada. Bukan sebab “jealous”, atau iri hati. Cuma berpijak di bumi yang nyata. Belajar bersyukur dengan apa yang kita ada.
•
Last but not least, kurangkan menuntut hak. Banyakkan memberi dan menunaikan hak. Percayalah, Allah akan balas dengan macam-macam jenis bahagia dan kesenangan di masa depan. Perkahwinan adalah ibadah. Gunakan perkahwinan untuk cari jalan-jalan mudah ke syurga, melalui ‘harga’ sabar dan memberi yang tinggi. Perkahwinan juga adalah lubuk pahala, dan “investment” yang takkan rugi kerana Allah janjikan pelbagai ganjaran terhadap segala penat lelah yang suami isteri lakukan. Tiada satu pun perbuatan kita yang sia-sia.
•
Kadang-kadang dari pengalaman kita orang lain akan dapat pengajaran. Sama-sama kita belajar. Akak pun masih belajar. Ambillah jika ada sisi yang baik dan “ignore the rest”.
Salam sayang dari akak.
Sumber: Muhaszlina Sanip
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah pastinya kita semua ingin memiliki rumah yang mempunyai dekorasi yang cantik. Namun tidak bermakna untuk perkakasan perlu mewah dan mahal supaya rumah nampak cantik. Jika barang yang dibeli murah tapi jika kena gaya dan cara susun pasti nampak mewah!
Begitulah cara yang digunakan oleh wanita ini. Rumah ini adalah syurga dunia buat Puan Suzana Yunan sekeluarga. Biarpun hanya sebuah rumah kediamaan yang tidak mewah semuanya sederhana, namun cara susun atur memang ada kelas tersendiri!
Tidak mustahil ia telah dikongsi ramai di facebook. Biarpun dekorasi murah tapi tetap kekal cantik. Barangkali boleh mencuba idea yang beliau.
Ikuti perkongsiannya.
My way of deco. Menghias dan mendeco tidak semestinya memerlukan modal dan bujet yang besar..kita masih mampu mendeco dgn cantek. yang penting kemas dan barang tak terlalu banyak.nak mengemas pun tak makan masa yang lama. Kebanyakan barang yang dibeli hanya di kedai DIY dan ECO dan KAISON. Bijak membeli maka kena bijak jugaklah mendeco. Sharing is caring. Terapi minda dan ketenangan jiwaku.
Susun atur meja makan
Ruang dapur
Kabinet dapur
Ruang sinki
English style walaupun barang hanya dibeli kedai bajet sahaja.
Pelawak veteran popular kelahiran Selangor, Datuk Jamali Shadat, 78, menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Pulau Indah, Klang, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Berita sedih itu disahkan anak bongsunya, Sazli Jamali.
“Bapa sudah tiada. Saya diberitahu arwah bapa menghembuskan nafas terakhirnya di atas katil.
“Insya-Allah, urusan pengebumian akan dipercepatkan. Berkemungkinan selepas Zohor atau Asar hari ini.
“Arwah bapa akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah,’ ujarnya lagi.
Allahyarham Jamali dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor dan mempunyai lapan anak dan 39 cucu.
Pelawak komedi popular itu cukup terkenal pada 1980-an, dengan kebolehannya membawa watak kanak-kanak bernama ‘Atan’.
Allahyarham sebelum ini dilaporkan uzur dan perlu bergantung kepada bantuan anak dan menantunya untuk menguruskan diri.
Anak keenam beliau, Fauzi Jamali, 48, berkata, bapanya banyak mendiamkan diri, murung dan kerap tidur selepas kematian ibunya, Allahyarham Lela Yacob pada Jun 2018.
Menurutnya, tahap kesihatan dan ingatan Allahyarham yang menghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis juga merosot sejak dua tahun lalu.
Al-Fatihah buat Allahyarham Jamali Shadat, semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Sesi persekolahan tinggal akan bermula lusa, hari rabu ni. Pastinya kaum ibu adalah orang yang paling sibuk menguruskan kelengkapan anak. Jika pergi ke gedung membeli belah, penuh ibu ayah membeli kelengkapan kasut sekolah dan pakaian sekolah. Persiapan last minute ni agak kelam kabut sikit kan. Salah satu yang paling mencabar nak menampal lencana dan tag sekolah anak. Jika anak ramai tentu ambil masa untuk menyiapkannya.
Namun melalui perkongsian Puan Muni Yusoff memang praktikal cara menampal lencana dan tag nama hanya menggunakan gam fabrik aje. Mudah dan cepat. Paling menarik tak perlu guna sterika. Jom buat hari ni.
Bismillahirrahmanirrahim. Memang dah lama tak tulis panjang mcm ni. Tapi sbb dah lama plan nak share cara senang nak tampal lencana dan tag nama sekolah. cuma tak ada masa je sejak banyak tempahan tudung sekolah anak customer. Dan terbaru ni sarung tangan muslimah. tq yang order tu. Citer balik pasal lencana ni, senang je. Tak yah guna sterika. Hanya pergi kedai beli gam kain ni je. Modal RM5 je harga gam kain. Gam ni biasa saya beli kat kedai jahit. Rasanya kedai yang jual alatan kelengkapan kahwin pun ada. Ok ni bahan-bahannya. -Gam kain (rujuk gambar, pergi kedai tunjuk nak gam ni ye- bukan gam UHU ye) -gunting itu je heheh. Cara nak buat ikut senang je, macam kita tampal kertas, macam tu lah caranya. Cuma gam, ni sapu kat tepi lencana dan tag nama dan dot kan sikit tak tengah. Jangan banyak, nanti ada kesan mcm basah kat lencana. Tag nama boleh nak sapu banyak sbb kain tebal kain. Pastu tekan-tekan dengan tangan je kat tag atau lencana tu . Dah siap! heheh. NO STERIKA DAH Biasanya gam ni , saya guna untuk tampal manik pada tudung costumer. Jika baju sekolah koyak boleh je guna gam ni. Nak share petua sikit: Jika ada tersilap tampal kan, mana lah tahu, salah tampal lencana, guna sterika aje nak cabut balik lencana tu. Bila dah panas, tu tarik slow2. Untuk kesan gam pada baju tu, guna kuib ais, gosok pada bahagian gam tu, InsyaAllah tak de kesan gam pada baju tu. Moga dapat membantu cepatkan uruskan lencana sekolah anak. Dan sesuai sangat pada mereka yang tak ada mesin jahit. Nak detail, ada penerangan kat setiap gambar ni.
bahan: Gam kain (macam dlm gambar) Tak yah guna sterika . Gam ni hg RM5 .. kalo anak ramai beli extra lagi satu.ni dia gam kain ni.gunting muncung kat depan nisapu pada lencana. Cuma jgn byk sgt kt tengah nnti ada kesan basah gam. kat tepi boleh byktampal dan tekan dengan tangan tag nama … kain ni tebal nak sapu banyak pun tak per. tak ada kesan basah. tapi kalo nak jimat tak yah sapu banyak hehetampal ajedah siap!ni pulak, ada baju anak sekolah menengah koyak. Tak perasan ada kesan koyak. Guna gam ni jeyang best .. jika ada sekolah ada tag macam ni, mmg gam lah mudah kerjasapu gam dan tampalSiap
Cara ini adalah antara cara yang mudah untuk menampal lencana dan tag sekolah. Sesuai buat mereka yang tidak mempunyai mesin jahit dan menjimatkan kos mengambil upah menjahit lencana. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di