Wanita bernama Natalia Aivy Dibitberkongsi pandangan kenapa dia begitu mengagumi sikap dan perwatakan yang ada pada diri Datin Eina.
Baik dari segi penampilan diri dan juga karakter pelakon putih melepak ini mahupun cara pembawaan dirinya.
Perempuan macam saya pun suka tengok perempuan cantik dan berbakat. Saya adore Datin Eina sebab dia seorang yang sangat humble and down to earth. Dia mengaku dia baru belajar memasak masa dah kahwin. Dia ada maid but still masak setiap hari untuk keluarga. Look at her.
Ads
Leher kosong tiada aksesori berat.
Tangan kosong tiada aksesori berkilat.
Kuku pendek dan tak berwarna.
Dia tahu handle makanan tangan kena kosong dari aksesori, kuku kena pendek.
Ads
Ads
Dia lemah lembut bila bercakap dan terangkan satu per satu cara masak.
Periuk kukus itu legend. Orang sekarang dah guna macam-macam yang hebat dan auto masak. Datin Eina masih guna periuk legend. Itu belum kamu nampak blender kesayangan dia yang dia sayang nak tukar baru. Blender biasa. Mungkin blender itulah benda pertama dia beli untuk belajar memasak bagi suami dan anak-anak. Ada sentimental value bagi dia.
Datin Eina buat saya rasa dekat dengan dia sebab dia pakai serba biasa, bahan masakan mudah dan peralatan memasak yang mostly kita ada di rumah. Shes a dime with big heart.
Kunci kepada hati suami adalah air tangan seorang isteri. Itu yang saya belajar dari dia.
Women empowered women. Datin Eina Azman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Impian menunaikan ibadah haji bersama keluarga akhirnya menjadi kenyataan buat sebuah keluarga dari Perak apabila 10 beradik bersama enam ipar masing-masing berpeluang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.
Lebih menyentuh hati, perjalanan penuh bermakna itu bukan berlaku secara tiba-tiba. Sebaliknya, ia adalah hasil disiplin menyimpan yang dipupuk oleh ibu bapa mereka sejak kecil melalui simpanan Tabung Haji, bermula dengan jumlah kecil iaitu RM10 sebulan.
Muhammad Huzair Zakhal, anak keempat daripada 12 beradik berkata, setiap sen yang digunakan untuk menunaikan haji hari ini mempunyai nilai tersendiri kerana sebahagiannya datang daripada simpanan sejak zaman kanak-kanak.
Menurutnya, duit raya yang diterima mereka sejak kecil juga tidak dibelanjakan sewenang-wenangnya, sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji.
“Sebenarnya duit raya kami dari kecil pun tidak digunakan. Semua disimpan dalam Tabung Haji. Hari ini itulah antara yang kami gunakan untuk menunaikan haji,” katanya.
Muhammad Huzair berkata, amalan menyimpan itu diterapkan oleh ibu bapanya sejak awal. Malah setiap anak telah dibukakan akaun Tabung Haji sebaik sahaja dilahirkan.
Katanya, ibu mereka memulakan simpanan dengan jumlah kecil namun konsisten, bermula RM10 setiap bulan sebelum ditingkatkan kepada RM20 bagi setiap anak.
“Mak yang mula simpan untuk kami semua. Dia potong daripada pendapatan sendiri, sedikit demi sedikit, sampai cukup jumlah untuk daftar haji bagi semua anak-anak pada 2009,” katanya.
Selepas beberapa tahun, akaun tersebut diserahkan kepada setiap anak untuk diteruskan sendiri. Cara itu secara tidak langsung mendidik mereka tentang tanggungjawab mengurus kewangan dan pentingnya membuat perancangan awal.
“Bila mak serahkan, kami pula sambung simpan. Walaupun sedikit, tetapi konsisten sampai akhirnya cukup untuk tunaikan haji,” katanya.
Lebih mengharukan, apabila panggilan menunaikan haji diterima, ada dalam kalangan adik-beradik yang masih belum mempunyai simpanan mencukupi. Namun ibu mereka tetap tampil membantu demi memastikan semua anak dapat pergi bersama.
“Ada yang rasa nak tangguh sebab simpanan belum cukup. Tetapi mak kata tak apa, mak sanggup bantu asalkan semua anak-anak dapat pergi haji bersama,” katanya.
Bagi Muhammad Huzair, pengorbanan itu menjadi bukti betapa besar kasih sayang dan harapan ibu bapa mereka. Apa yang dikecapi hari ini bukan sekadar peluang menunaikan rukun Islam kelima, tetapi juga hasil doa, usaha dan perancangan orang tua sejak awal lagi.
Selain disiplin menyimpan dalam Tabung Haji, didikan agama juga menjadi asas penting dalam keluarga mereka. Sejak kecil, mereka dibesarkan dalam suasana pembelajaran al-Quran dan hadis di rumah.
Muhammad Huzair berkata, ibunya sering berpesan agar mereka menjaga niat ketika beribadah, terutama sepanjang berada di Tanah Suci.
“Mak selalu ingatkan, jaga niat. Kita datang untuk haji kerana Allah, bukan sebab nak tunjuk atau benda lain,” katanya.
Pesanan itu menjadi pegangan mereka ketika berdepan keletihan dan kepadatan jemaah di Tanah Suci.
Bagi keluarga ini, peluang menunaikan haji bersama adik-beradik adalah nikmat yang sangat besar. Setelah masing-masing dewasa, bekerja dan mempunyai keluarga sendiri, bukan mudah untuk berkumpul dalam tempoh yang lama.
“Biasanya memang susah nak berkumpul lama sebab semua dah bekerja, ada keluarga sendiri. Tapi di sini, hampir 48 hari kita bersama. Itu satu nikmat yang tak dapat digambarkan,” katanya.
Sepanjang berada di Tanah Suci, masa tersebut bukan sahaja dimanfaatkan untuk beribadah, malah turut menjadi peluang mengeratkan hubungan kekeluargaan antara adik-beradik dan pasangan masing-masing.
Dalam masa sama, nilai yang diterapkan oleh ibu bapanya kini diteruskan kepada generasi seterusnya. Muhammad Huzair sendiri telah membuka akaun Tabung Haji untuk ketiga-tiga anaknya dan mula menyimpan sejak mereka kecil.
“Kita buat perkara sama seperti yang mak ayah buat dulu. Simpan dari kecil, walaupun sedikit, tetapi konsisten,” katanya.
Muhammad Huzair berharap kisah keluarganya dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk membuat perancangan awal bagi menunaikan ibadah haji.
Menurutnya, kunci utama bukanlah jumlah simpanan yang besar, tetapi disiplin, kesungguhan dan niat yang betul.
“Kalau mula awal dan konsisten, insya-Allah akan sampai juga. Yang penting usaha dan niat,” katanya.
Kisah keluarga ini membuktikan bahawa simpanan kecil yang dilakukan secara istiqamah mampu memberi manfaat besar pada masa hadapan. Lebih daripada itu, ia mengingatkan kita tentang besarnya pengorbanan ibu bapa dalam merancang masa depan anak-anak.
Bermula dengan RM10 sebulan, seorang ibu bukan sahaja menyimpan wang untuk anak-anaknya, tetapi turut menyimpan impian, doa dan harapan agar mereka suatu hari nanti dapat menjadi tetamu Allah bersama-sama.
Ibu bapa mana yang tak nak lihat anak-anak mereka berjaya kan. Sebab itu, mereka sanggup berbuat apa sahaja, termasuklah berhabisan demi melihat kejayaan anak-anak.
Makanan antara salah satu perkara penting yang harus dititikberatkan oleh ibu bapa. Kena tahu apakah jenis makanan yang boleh membantu perkembangan otak anak-anak.
Jangan anggap makanan mahal sahaja yang boleh membuatkan otak anak-anak cergas dan pintar. Pengambilan ikan misalnya sangat baik untuk otak kerana ia mengandungi DHA. Ini perkongsian daripada Dr Mazliana Mazlan berkongsi info mengenai kebaikan yang ada pada ikan berbanding ayam.
Biasakan anak kita dengan ikan, berbanding ayam, daging, sotong, udang, dan lauk pauk yang lain. Pastikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mesti kena ada menu ikan. Kalau lebih, lagi bagus.
60peratus daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Separuh daripada lemak itu adalah DHA. Anak kita akan bijak jika kandungan lemak dan DHA dalam otak mereka mencukupi. DHA bantu perkembangan fungsi otak anak-anak.
Ikan adalah sumber DHA yang terbaik dan mudah untuk kita dapat dan beri pada anak-anak. Buat singgang kosong, letak bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas, sampai habis nasi pun anak saya minta nak makan lagi.
Bagus sangat kalau anak dapat hirup kuah singgang yang tinggi dengan DHA dari ikan, dan juga ramuan anti inflamasi dari bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas.
Tak perlu ikan kayangan, ikan sardin atau ikan kembung segar di pasar pun dah cukup banyak DHA yang ada. Sesuai sangat untuk anak-anak kita makan. Kita cuba ya, perbanyakkan menu ikan untuk anak-anak, berbanding ayam goreng.
Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih lagi tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Siapa sangka, kanak-kanak enam tahun pun tahu berbakti kepada tanah. Begitulah yang dilakukan oleh murid pra Sekolah Kebangsaan Sri Keledang ini.
Hanya berbekalkan modal RM10, Muhammad Afiq Aryan Rosman mula menanam kangkung di halaman rumahnya di Taman Slim Permata.
Beli benih guna tabungan
Lebih menarik si cilik ini membeli benih sayur kangkung menggunakan tabungannya sendiri.
Menggunakan tiga paket benih kangkung pada harga RM6 dan bakinya digunakan bagi membeli baja.
“Modal itu hasil tabungan saya yang diberikan keluarga. Menanam kangkung juga bukannya sukar kerana selepas disemai, saya hanya perlu menyiramnya mengikut waktu ditetapkan seperti yang pelajari di facebook Jabatan Pertanian.
“Kangkung tidak mengambil masa yang lama untuk dituai dan penjagaannya pula mudah. Walaupun laman hadapan rumah tidak luas namun kangkung yang tanam boleh dinikmati oleh saya sekeluarga dan jiran,” katanya.
Tidak gemar makan sayur.
Dalam pada itu, kanak-kanak ini mengakui sebelum ini tidak gemar makan sayuran. Bagaimana pun selepas bercucuk tanam sayur kangkung, dia mula menyukai sayu-sayuran.
“Selepas tiga minggu ditanam, kangkung dituai dan dimasak oleh ibu. Selebihnya saya sedekahkan kepada jiran.
“Aktiviti ini saya lakukan waktu lapang sejak sekolah dibuka dan harap rakan-rakan lain boleh cuba menanamnya,” katanya.
Nyata usaha kanak-kanak ini sungguh inspirasi! Jadi tiada alasan untuk kita sebagai orang dewasa memberi alasan untuk tidak bercucuk tanam.
Dalam pada itu, cara anak kecil ini telah menarik perhatian netizen yang meluahkan rasa kagum melihat usaha yang dilakukannya.
JKM kesan waris tiga beradik yang berada di bawah perlindungan sejak 2023. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi JKM bagi membantu proses penilaian dan kebajikan kanak-kanak tersebut.