Pertandingan Piala Dunia Pastri telah dimulakan sejak tahun 1989 lagi. Dalam tempoh tersebut Malaysia yang turut serta bagaimana pun tidak bernasib baik untuk memperoleh sebarang anugerah. Termasuklah tidak pernah berjaya meletakkan nama antara Top 3.

Namun, tahun ini menyaksikan buat pertama kalinya negara Malaysia berjaya merangkul dalam Piala Dunia Pastri 2019 yang diadakan di Lyon, Perancis.

Kemenangan manis tersebut menyaksikan buat pertama kalinya lagu Kebangsaan Malaysia iaitu Negara ku Berkumandang di negara Perancis apabila pasukan negara berjaya mengalahkan 21 pasukan yang lain.

Lagu Negaraku Berkumandang Di Bumi Perancis, 4 Anak Malaysia Dari Pasukan Pastri Dinobat Juara Piala Dunia Pastri 2019.

 

Pasukan Malaysia yang menyertai pertandingan yang diadakan pada 27 hingga 28 Januari yang lalu  dipimpin Ketua Chef, Patrick Siau dari Sekolah Hospitaliti, Sunway University.  Patrick Siau turut dibantu tiga lagi chef; Tan Wei Loon, Otto Tay dan Ming Ai Loi.

Lagu Negaraku Berkumandang Di Bumi Perancis, 4 Anak Malaysia Dari Pasukan Pastri Dinobat Juara Piala Dunia Pastri 2019.

IKLAN

Menerusi kertas pemarkahan keseluruhan menunjukkan Malaysia berada di tangga teratas dengan meraih 11,904 markah untuk merangkul emas, diikuti Jepun (perak) dengan markah 11,862 selain Itali (gangsa) yang mencatat 11,083 markah.

Dalam saingan kali ini, sebanyak 21 wakil turut serta mewakili negara berbeza bagi merebut trofi paling berprestij dalam dunia penghasilan hidangan pastri.

Lagu Negaraku Berkumandang Di Bumi Perancis, 4 Anak Malaysia Dari Pasukan Pastri Dinobat Juara Piala Dunia Pastri 2019.

Dalam pertandingan tersebut, setiap negara hanya diberikan masa selama 10 jam untuk menyediakan beberapa hidangan pastri

IKLAN
Lagu Negaraku Berkumandang Di Bumi Perancis, 4 Anak Malaysia Dari Pasukan Pastri Dinobat Juara Piala Dunia Pastri 2019.

Image via Malaysia Good News

Antara hidangan itu adalah tiga pencuci mulut coklat cara Valrhona, 19 jenis pencuci mulut dan tiga pencuci mulut jenis buah beku daripada variasi capfruit.

Bukan itu sahaja, buat kali pertama sepanjang penganjuran kejohanan tersebut diadakan, kali ini penganjur menampilkan kelainan apabila setiap hidangan perlu mencerminkan gaya hidup vegetarian.

Lagu Negaraku Berkumandang Di Bumi Perancis, 4 Anak Malaysia Dari Pasukan Pastri Dinobat Juara Piala Dunia Pastri 2019.

Kek yang dihasilkan pasukan Malaysia yang diukir menjadi monyet berpakaian seperti Elvis, berjaya menarik perhatian para juri dan dengan demikian, dinobatkan sebagai juara.

IKLAN

Pertandingan ini adalah sebahagian daripada Sirha, iaitu Pameran Katering Hotel dan Dagangan Makanan Antarabangsa di Lyon. Ia diadakan bagi meraikan seni coklat dan pakar pencuci mulut serta ais krim sempena sambutan ke-30 Coupe du Monde de la Patisserie.

Bertema Nature, Flora and Fauna, pertandingan ini juga memperkenalkan satu cabaran baru yang memerlukan setiap pasukan menghasilkan pencuci mulut 100 peratus vegan, tidak menggunakan sebarang produk berasaskan haiwan.

Pertandingan berprestij ini dianjurkan setiap dua tahun di Lyon yang bertujuan mengenalpasti bakat di kalangan Cef Pastri muda daripada seluruh dunia.

Lagu Negaraku Berkumandang Di Bumi Perancis, 4 Anak Malaysia Dari Pasukan Pastri Dinobat Juara Piala Dunia Pastri 2019.

Lagu Negaraku Berkumandang Di Bumi Perancis, 4 Anak Malaysia Dari Pasukan Pastri Dinobat Juara Piala Dunia Pastri 2019.

Lagu Negaraku Berkumandang Di Bumi Perancis, 4 Anak Malaysia Dari Pasukan Pastri Dinobat Juara Piala Dunia Pastri 2019.

Sumber & Gambar: Says Seismik VIA  Malaysia Good News

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI