Keenakan rasa Laksa Johor diakui terletak pada kepekatan dan rasa kuah yang dimasak menggunakan ikan segar. Ini sekali gus memberi kesempurnaan rasa Laksa Johor apabila dimakan bersama spaghetti dan ramuan-ramuan lainnya. Tidak dinafikan memang boleh buat kita makan berselera apatah lagi buat penggemarnya.
Bercerita lanjut tentang rahsia menyediakan kuah laksa yang sedap, sebenarnya pemilihan jenis ikan juga memainkan peranan utama. Ini sebagaimana menurut perkongsian Puan Fatimah Ali, hanya dengan menggunakan ikan tenggiri, kembung atau selar mata besar sahaja yang akan memberi rasa kuah Laksa Johor menjadi lebih enak.
Bahkan turut dikongsikan olehnya resipi lengkap dan bolehlah dicuba untuk memasaknya dan seterusnya dinikmati bersama keluarga tercinta.
RESIPI LAKSA JOHOR IKAN TENGGIRI
BAHAN :
1 kg ikan- Ikan yang sedap untuk kuahnya adalah ikan tenggiri, kembung atau selar mata besar. Bersihkan, rebus dengan asam keping. Kemudian asingkan isi dan blend bersama air rebusan. Ketepikan
Satu paket spaghetti- Rebus dengan sedikit minyak. Bila sudah siap tos dan gulungkan.
BAHAN KISAR UNTUK KUAH :
15 tangkai lada kering
6 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
Udang kering segenggam
2 peket kecil rempah kari
Ads
2 batang serai -dititik
2 keping asam keping
2 peket kecil kerisik
2 kotak kecil Santan
2 kuntum bunga kantan- potong 4
Daun kesum, selasih, pudina
Garam,gula,perasa
CARA-CARANYA :
1.Blend bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.Ketepikan.
2.Panaskan minyak, masukkan serai
3.Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak
Ads
Masukkan rempah kari
5.Gaul rata dan kemudian masukkan isi ikan
6.Masukkan Asam keping, bunga kantan, daun kesum
Setelah itu masukkan santan dan air jadikan kuah
Letak kerisik, garam, gula, sedikit perasa. Masak hingga kuah pekat.
9.Bila sudah siap boleh makan dengan hirisan timun,tauge,hirisan bawang,bunga kantan,daun selasih, pudina dan sambal belacan.
RESEPI SAMBAL BELACAN :
Cili hidup merah,hijau anggaran 10 biji
Segenggam cili padi
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Ads
2 cm belacan
Cara Buat :
1.Semua ni digoreng dengan minyak sedikit
2.Kemudian blend semua dengan sedikit air suam
3.Perasakan dengan gula, perasa atau garam. Saya tak letak garam sebab belacan sudah masin.
Membayangkan hidangan sambal sotong dengan kuahnya yang pekat, merah warnanya dan rasanya pun menyelerakan, membuatkan kita terasa tidak sabar pula untuk menyediakan menu ini sebagai hidangan istimewa tengah hari ini untuk dijamah bersama keluarga.
Namun sering kali juga bila kita sendiri menyediakan hidangan ini, lain pula jadinya. Sambal yang dimasak menjadi cair dan kurang enak rasanya. TApa sebabnya ye?
Memalui perkongsian daripada Puan Emilia Saadon, katanya ada petua untuk memastikan sambal sotong yang dimasak pekat kuahnya. Nak tahu bagaimana ikuti selanjutnya.
nk kongsikn sikit petua masak sambal sotong ni…ada setengah orgkn klu msk smbl sotong mesti jdi bnyk kuah n cair sambalnya…sebab apa??..sebab air sotong tu kluar walupn dh ditoskn…..jadi kt sni saya nk kongsikn sdkit petua utk sambal sotong yg pekat …
Mula2 lps dh cuci sotong tu adik kakak ya…carilh kuali ke priuk ke…msukkn sotong dlm tu…rebuskn skjp..jgn pndai2 tmbh air pulak..sb air sotong tu sdri akn kluar…rebuslh agak2 5 ke 8 mnit ke gitu..
Jgn rebus lame benor yee….lps tu angkt n toskn..buang air rebusan sotong tdi tu..klu rasa nk simpn buat stok air rebusan tu utk buat apa2 ke..ikut suka kome lerr..
Haahhh….biorkn sotong tdi bersendirian berehat dlm tapis tu ya…apa lagi..tumiskn bawang…cili n bahan2 perasa smpailh garing n betul masak..lps tu awak2 rasalh kesedapan ramuan tdi tu…lps tu msukknlh sotong yg dh lma duk berehat dkm tapis tu…kacau sebati smpi masak yee..
Apa lagi udah masak..masuk dlm pinggan,hidang..trus mkn…tq..
sumber : Emilia Saadon via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi mak-mak yang suka makan kuih tradisional Melayu, boleh cuba buat kuih puteri ayu yang sedap dan lembut.
Sudah pastinya ramai yang menyukai kuih Puteri Ayu, kuih berwarna hijau yang lemak manis dan kaya dengan rasa pandan ini sememangnya disukai ramai.
Nak tahu cara membuatnya ikuti resipi ini.
___________________________
Alhamdulillah berjaya dengan jayanya. 250pcs puteri ayu
Bahan A 1cawan gula 1sudu makan overlate 3biji telor A 1kotak kecil santan 1sudu makan pewarna hijau+esen pandan
Bahan B 2cawan tepung 1sudu teh baking powder Bahan C Kelapa+garam
Cara penyediaan: Putar bahan A sampai gebu Putih. Campur bahan B.. Sapu minyak dekat acuan. Tekap kelapa dekat acuan Sedia untuk di bubuh adunan. Jom kukus 5minit sahaja api paling slow Nak berjaya sampai tahap ni entah berapa kali Bantat dan gagal. Jiran pun jemu agaknya selalu suruh makan untuk try kueh2 kita. 1 adunan dapat 45pcs.
Ramai juga kita lihat orang menjual kuih keria di sana sini. Tapi antara yang famous ialah Kuih Keria Antarabangsa Limbongan, Melaka. Siapa pernah membeli kuih keria viral tersebut pasti akan teringat-ingat dan teringin untuk menikmatinya untuk sekian kalinya.
Justeru itu, atas keinginan tersebut tidak dinafikan telah memberi inspirasi ramai antara kita untuk turut dapat menghasilkan rasa dan bentuk kuih keria tersebut dengan melakukan ‘try and arror’ bagi memastikan kuih keria yang dihidang untuk anak-anak bukan sahaja sedap malah cantik kejadiannya.
Malah buat puan Qhaira Afiah yang menetap di Perak ini pula bukan sahaja menyediakan untuk santapan anak beranak malah pernah menjadikan Kuih Keria Gula Melaka tersebut sebagai sumber mencari ‘duit tepi’ untuk keluarga apabila menu yang disediakan nyata mendapat sambutan ramai.
Dan di sini Qhaira turut ingin berkongsi resipi agar lebih ramai ibu-ibu di luar sana dapat menyediakan sendiri menu yang digemari ramai ini.
“Saya sharekan resepi keria gula melaka yang menjadi jualan saya pada suatu ketika dahulu,” tulisnya di kapsyen group masakan yang mana telah mencuri tumpuan warganet.