Laksa Kuah Lemak Putih Style Kelantan, Rasa Sedap ‘Do’do’ Bila Buat Sendiri

Buntu nak fikir menu apa untuk rumah terbuka? Jadi jom buat Laksa memandangkan menu laksa ramai juga penggemarnya. Bahkan laksa juga ada pelbagai jenis dengan citarasa berbeza dan keunikannya yang tersendiri antaranya Laksa Penang, Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksa Kelantan dan sebagainya.

Bercerita lanjut tentang Laksa Kelantan, umumnya rasa kuahnya lebih berlemak dan berwarna putih. Sangat sedap dimakan hingga kuahnya dihirup boleh licin semangkuk, bak kata orang Kelantan ‘Sedap Do’oh’!

 

 

Jadi buat anda yang belum merasainya, elok dicuba buat sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Roselinda Jd ini dan bolehlah dijadikan menu istimewa merai tetamu yang berkunjung di majlis rumah terbuka.

Selamat mencuba.

Laksa Kuah Lemak Putih Style Kelantan

Laksa Kuah Lemak Putih Style Kelantan, Rasa Sedap ‘Do’oh’ Bila Buat Sendiri!

1 paket laksa kecik kering

Kuah:

5 ekor ikan kembung

2 asam keping

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

IKLAN

1 ketul kecik halia

½ sudu makan lada hitam

1 sudu teh garam

1 ½ kotak santan

2 cawan air

Laksa Kuah Lemak Putih Style Kelantan, Rasa Sedap ‘Do’oh’ Bila Buat Sendiri!

 

 

Ulam:

IKLAN

1 ikat daun selom

5 batang kacang panjang

1 ikat daun kesum

1 kuntum bunga kantan

1 mangkuk taugeh

*** Semua ulam dihiris halus

Laksa Kuah Lemak Putih Style Kelantan, Rasa Sedap ‘Do’oh’ Bila Buat Sendiri!

Sambal Belacan:

2 cili merah

IKLAN

10 cili padi

½ sudu teh garam

1 sudu teh belacan

1 limau nipis

** Tumbuk semua bahan kecuali limau.

Bila semua bahan tumbuk lumat..perah limau

  1. Rebus ikan letak garam & asam keping.. asingkan isi dan tulang kemudian diblend dengan 2 cawan air rebusan ikan dan tapis ambil airnya. Isi ikan juga diblend dgn air tulang ikan tadi.
  2. Blend bwg besar,halia,bwg putih dan lada hitam.
  3. Dalam periuk campur isi ikan,bahan blend,asam,santan,air, garam dan asam keping.
  4. Masak dan kacau selalu hingga mendidih perlahan dan kuah pekat.. Sesuaikan rasa garam gula..

dah siappppp

Laksa Kuah Lemak Putih Style Kelantan, Rasa Sedap ‘Do’oh’ Bila Buat Sendiri!

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Laksa Kuah Lemak Putih Style Kelantan, Rasa Sedap ‘Do’oh’ Bila Buat Sendiri!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI