Bagi warga negeri Perak, laksa mee Pangkor merupakan hidangan yang cukup popular terutama di Pangkor, Lumut, Pantai Remis dan sekitarnya. Kalau di tempat lain mungkin agak susah kita nak jumpa laksa mee Pangkor.
Bagi orang Perak yang rindu nak makan laksa mee Pangkor, jom kita masak laksa mee Pangkor mengikut resipi yang dikongsikan oleh Chef Sue M Arukin ini. Memang puas hati bila masak sendiri. Nak tunggu balik kampung lambat lagi jadi kita buat sendiri, boleh makan ulang-ulang.
Laksa Mee Pangkor Original
RESIPI LAKSA MEE PANGKOR
BAHAN-BAHAN A:
2 ikat laksa mee Pangkor*
BAHAN-BAHAN B (Kuah):
10-12 ekor ikan kembung/termenung – saiz sederhana
3 keping asam gelugur
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya (sekitar 1.5 liter)
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – ketuk kasar
BAHAN-BAHAN C (Sambal):
500 gram udang saiz sederhana- bersihkan
10-15 tangkai cili kering – rebus & kisar
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – ketuk kasar
1/2 inci belacan
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN D (Sayur):
200gram kacang panjang – hiris kecil (refer gambar)
3 ulas bawang putih -ketuk & cincang kasar
Garam secukup rasa
Ads
Ini Resipi Macam Mana Nak Masak
CARA MEMBUAT:
1. Celur laksa mee macam celur laksa atau mi kemudian toskan.
2. Untuk kuah; rebus semua bahan B hingga ikan empuk. Perisikan ikan (kisar tulang ikan dan tapis, ambil airnya). Isi ikan boleh dikisar halus atau kisar kasar. Boleh juga biarkan ikan rebus seeekor begitu. Tuang air rebusan ikan, air kisaran tulang ikan dan isi ikan kembali ke dalam periuk. Didihkan hingga menggelegak. Tambah garam secukupnya dan sedikit gula (untuk balancekan rasa). Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak dalam kuali, goreng bawang merah dan putih hingga perang (jangan sampai terlalu garing), kemudian tuang semuanya dalam kuali sup ikan tadi. Tutup api, tabur cincangan daun sup dan daun bawang.
Ads
3. Untuk sambal; panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali. Goreng bawang merah hingga perang. Masukkan cili kisar lalu tumis hingga masak. Masukkan bawang putih (bawang putih akan hancur sendiri), asam gelugur dan udang. Tumis hingga semua bahan masak sempurna. Tambah garam dan gula secukup rasa.
4. Untuk sayur: panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, goreng hingga wangi. Masukkan kacang panjang dan garam secukupnya. Kacau sebentar dan tutup api. Tak perlu tumis lama kerana kita nakkan kacang itu masih ada rasa rangup.
Ads
5. Untuk menghidang; letak sedikit laksa mee dalam mangkuk. Tuang kuah berserta isi ikan, sayur kacang dan sambal udang. Nikmati ketika kuah masih panas.
Kuah kacang sememangnya cukup digemari terutama sekali apabila dimakan bersama nasi impit, cucur udang dan pelbagai hidangan lain. Namun tidak ramai yang tahu cara-cara yang betul memasak hidangan ini supaya ia enak, pekat dan lambat basi walaupun menggunakan santan.
Menjelang raya nanti, bolehlah ibu-ibu cuba resipi ini. Boleh dihidangkan untuk para tetamu yang berkunjung ke rumah nanti.
Menerusi perkongsian Ruziati Amat Sarbini ini katanya diperoleh dari arwah ibunya. Bahkan, rakan-rakan turut mengakui akan keenakannya sehinggakan ada yang memintanya menjual kuah kacang. Betapa hebatnya penangan resipi arwah ibunya itu.
Disebabkan itu, Ruziati tidak lokek untuk berkongsi resipi kuah kacang tersebut. Yang nak cuba jom baca ni:
Kawan kata kuah kacang saya sedap… siap pujuk saya jual kuah kacang ni resepi kuah kacang saya..
bahan-bahan 1 kg kacang tanah (goreng) 800 gm gula 2 setengah sudu garam 3 biji bawang besar 4 ulas bawang putih Segenggam asam jawa (bancuh pekat) 4 btg serai Seinci lengkuas Minyak masak Air Udang kering (ikut selera) Rm3 cili kering ( kalau rasa nak lebih pedas boleh tmbh cili)
Cara
Tumis bahan kisar tadi.
Kemudian, masukkan semua bahan, tambah air.
Biarkan mendidih sehingga agak-agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah).
Kecilkan api dan renihkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.
Tips Extra:
1). Kacang yang disangai tu nak kena betul-betul masak.
2) Apabila tumis cili, itu pun nak kena betul-betul masak juga. Agak ambil masa tapi insyaAllah berbaloi. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
3). Apabila dah masukkan santan, kena santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang. .Ada sebabnya tapi mokcik dah terlupa..Kalau tak silap supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
4). Dah masuk kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya ia tidak cepat hangus di bawahnya.
5). Dari segi rasa pula..kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya Allah kuah akan rasa ummpphh.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ziarah-menziarahi sesama ahli keluarga merupakan tradisi yang tidak pernah dilupakan terutama bila adanya sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau perayaan lain. Selain itu, adat ini juga sangat membantu dalam merapatkan lagi hubungan silaturahim antara ahli keluarga.
Selalunya apabila menziarah, pastinya ada juadah yang akan dihidangkan sebagai tanda penghargaan. Dua menu ini sangatlah sesuai untuk dihidangkan kepada sanak-saudara yang datang.
Bukan itu je, resipi kek belacan dan kek horlicks yang dikongsikan ini juga sangat mudah untuk dibuat.
Resipi kuih bingkalabu memang enak dimakan sebagai sajian pencuci mulut. Kalau dahulu agak renyah nak masak kuih bingkalabu, kini mak-mak boleh memasak kuih ini dengan cepat menggunakan air fryer.
Kuih bingka labu yang dibakar dengan menggunakan air fryer juga lembut teksturnya. Bau semerbak labu menggoda selera. Jika mak-mak berhajat nak buat kuih bingka labu, boleh cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Eniza M.Salim ini.
Hasilnya cantik dengan permukaan atas yang garing. Nak masaknya pun mudah sangat! Bakar guna air fryer, kejap sahaja masak.
Resipi Kuih Bingka Labu, Lembut Bergedik
RESIPI BINGKA LABU
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula(boleh guna gula perang)
2 biji telur
1 cawan labu( yang telah di rebus + lenyek)
2 sudu kecil majerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan santan
Sedikit bijan
Beberapa titik pewarna kuning( optional)
Bakar Guna Air Fryer Je
Cara membuat:
Kisar semua bahan di atas, kecuali bijan.
2. Tuang ke dalam acuan loyang yang telah di sapu marjerin. Taburkan bijan.
3. Bakar dalam air fryer. Suhu 160 darjah celcius selama 25 minit. 5 minit akhir, tambah suhu 180 darjah celcius untuk dapatkan bahagian atas yang garing.
4. Bergantung pada air fryer masing-masing, jika dicucuk dengan lidi tapi masih belum masak, tambahkan lagi masa membakar dan rendahkan suhu.
Nota: Resipi ini menggunakan santan kotak kara 200 ml cukup untuk 1 cawan
Guna loyang 6′ (bergantung kepada saiz air fryer)
Menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam beberapa hari sahaja lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar tidak bermain mercun untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.