Kehilangan ibu tersayang pastinya memberi tamparan hebat kepada sesiapa pun yang bergelar anak. Kehilangan wanita yang melahirkan dan banyak berkorban membesarkan kita, akan membuatkan hari-hari yang dilalui terasa sunyi tanpanya.
Apa tidaknya dulu semasa hayatnya, dialah tempat kita bermanja dan bergantung harap. Bahkan bukan sahaja ibu memberikan kasih sayang yang secukupnya, malah ibu jugalah ‘syurga’ buat kita.
Bagi mereka yang biasa melayan TikTok sejak musim pandemik pasti mengenali dua beranak ini yang gelagatnya cukup menghiburkan. Meskipun terlihat ibunya tegas, namun si anak yang bernama Nurul Ain sering akan menyakat dengan pelbagai cara hingga menjadikan video yang dikongsikan begitu lucu dan viral hingga meraih jutaan tontonan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu sejak setahun yang lepas, ramai juga yang perasan kelibat ibunya tidak lagi muncul di dalam video yang dikongsikan oleh anak gadisnya itu.
Ads
Siapa sangka, tiba-tiba baru-baru ini Nurul Ain memaklumkan bahawa ibunya itu telah kembali ke rahmatullah. Bukan sahaja berkongsi video duka tersebut, bahkan dia turut abadikan kenangan manis bersama Allahyarhamah Siti Hawa Binti Sidek kepada pengikutnya.
Pemergian insan ini cukup dirasai ramai pihak, bukan sahaja ahli keluarga malah termasuklah rakan baiknya ketika di bangku sekolah. Kongsi Cikgu Fredy, disebalik sifat ceria dan suka bergelak ketawa, rupa-tupanya Allahyarhamah Siti Hawa menyembunyikan rahsia hidap barah.
Aktiviti mengemas rumah seperti mengemop lantai memang selalu kita buat setiap hari. Rutin harian ini nampak mudah pada pandangan mata kita. Mudah pada pandangan mata tetapi sebenarnya ada banyak ilmu yang harus kita pelajari.
Mengemop lantai hingga benar-benar bersih dan diistilah bersih di sisi islam, Ustaz Syed Shahridzan buat pencerahan ke atas permasalahan ini. Jangan pandang mudah. Pastikan rumah kita, syurga kita anak beranak ini bebas najis dan bersih.
AIR MOP LANTAI BERCAMPUR NAJIS
Banyak orang zaman sekarang, bila ada najis seperti muntah, tahi lipas ke, cicak ke, dia buang dulu najis kmudian mop, cuma, dia tak guna air mutlak, dia guna air mop lantai (sabun lantai). Adakah semua kawasan lantai yang dia mop menjadi najis atau kawasan najis tu sahaja selepas mop?
Menurut mazhab Syafi’ie, air yang berkapasiti 2 kolah (230 liter) dan ke atas bercampur dengan najis, maka air tersebut tidak bertukar menjadi najis melainkan berubah salah satu dari 3 sifat air tersebut, iaitu bau, warna atau rasa. Ini berdasarkan sepotong hadith yang menyebut:
Maksudnya: Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadith: “Tidak bernajis”. (Diriwayatkan oleh Imam empat dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim, dan Ibnu Hibban)
Jadi jika air mutlak 2 kolah dan ke atas berubah salah satu sifatnya contoh jernih berubah warna kekuningan disebabkan najis, maka air itu bukan lagi air mutlak malah kategori air mutanajjis (air najis). Ini berdasarkan hadith baginda -sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang menjelaskan:
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ – صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ، إِلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ، وَلَوْنِهِ». أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَهْ
Maksudnya: Abu Umamah al-Bahily RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang menajiskan ia kecuali sesuatu yang dapat merubah bau, rasa dan warnanya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Manakala air di bawah kapasiti dua kolah, jika bercampur dengan najis maka secara automatik ia berubah menjadi air mutanajjis (air najis) meskipun tidak berubah sifat sama sekali. Ini kerana kekuatan menolak kesan najis hanya ada pada air yang berkapasiti 2 kolah dan ke atas sepertimana yang dinyatakan oleh Baginda -sallalhu ‘alaihi wa sallam- dalam hadith di atas.
Berbalik kepada air mop yang bercampur najis seperti najis dan muntah. Mengikut kaedah mazhab Syafi’ie, air mop di dalam baldi bercampur dengan najis maka air itu menjadi air mutanajjis. Bahan bernajis seperti air mutanajjis haram dimanfaatkan termasuklah mop lantai menurut mazhab Syafi’ie. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab-kitab fiqh Syafi’ie antaranya Imam al-Khatib al-Syirbini -Rahimahullah-, sepertimana kata beliau di dalam karangannya ‘al-Iqna Fi Hall Alfaz Abi Syuja’:
لو أخذ دما أجنبيا ولطخ به نفسه أي بدنه أو ثوبه فإنه لا يعفى عن شيء منه لتعديه بذلك فإن التضمخ بالنجاسة حرام
Maksudnya: ” Begitu juga seseorang yang mengambil darah orang lain(ajnabi) kemudian melumuri dirinya iaitu badannya atau pakaiannya maka ia tidak dimaafkan sedikit darinya kerana lumuran darah yang melampau pada dirinya, sesungguhnya meletakkan(menyentuh) najis adalah haram”.
Oleh disarankan sesiapa yang mop lantai agar mengelakkan dari membersihkan lantai yang dengan air yang sudah bercampur dengan najis. Ini kerana kapasiti air di dalam baldi ternyata di bawah kadar 2 kolah, maka ia bernajis apabila bercampur najis meskipun tidak berubah sifatnya. Ini kerana air yang bernajis tidak dikira mampu menyucikan sesuatu tempat dari najis.
Jika lantai yang sudah dimop dengan air yang bercampur najis yang tidak dimaafkan, maka wajib lantai dibilas/disapu dengan air mutlak sehingga hilang kesan-kesan najis pada tempat itu. Apa pun terpulang kepada kebijaksaan masing-masing untuk melaksanakan cara penyucian tempat yang bernajis mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.
Antara najis yang dimaafkan ialah najis cicak yang terlalu sedikit. Sebagai contoh najis cicak dua tiga butir termasuk ke dalam air baldi, ia dikategori najis yang dimaafkan selagimana ia tidak merubah sifat air. Ini kerana tahi cicak antara najis yang sukar untuk dielakkan. Jika ia banyak maka tidak dimaafkan iaitu menajiskan air yang sedikit walaupun tidak berubah sifat.
Bolehkan membersihkan tempat bernajis dengan air sabun? Menurut mazhab Syafi’ie, tempat atau benda yang terkena najis wajib dibersihkan dengan air mutlak dan tidak sah dengan air mutlak yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun. Tiada masalah untuk menggunakan air sabun untuk basuhan awal namun basuhan kedua mestilah menggunakan(bilas) air mutlak.
Menurut mazhab Hanafi, air mutlak yang berubah sifatnya dengan bahan lain seperti sabun maka ia tetap suci dan menyucikan. Pendapat mazhab Hanafi boleh diamalkan jika melibatkan kawasan terlalu besar seperti kilang dan proses pembersihan melibatkan mesin canggih yang menggunakan sabun, ini termasuk kategori darurat. Manakala tempat yang kecil seperti rumah maka jangan lari dari kaedah mazhab Syafi’ie.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Kredit: Ustaz Syed Shahridzan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam bermula sesi persekolahan bagi tahun 2025 dan sudah pastilah mencatat pelbagai ragam anak-anak kecil yang baru bersekolah.
Pasangan kembar tiga yang viral di Tik Tok turut sama memasuki alam persekolahan. Ketiga-tiga anak kecil ini kini sudah pun bersekolah di tadika.
Menerusi akaun Tik Tok ibunya, Mama Triplet, ketiga-tiga mereka akhirnya sudah melangkah ke sekolah dan hari pertama mencatat sebuah episod dan kenangan manis untuk dikenang.
Ujar ibunya menerusi perkongsian video, ketiga-tiga mereka begitu teruja untuk bersekolah hingga membuatkan rumah bertambah gamat ketika pagi hari.
“Hari pertama si kembar tiga masuk tadika. Kecoh rumah hari ini.
“Seronoknya bukan main,” ujarnya menerusi kapsyen di video.
Tular video gambar sama
Terdahulu pasangan kembar tiga ini tular di Tik Tok kerana mengelirukan pemilik studio kedai gambar ketika memilih gambar terbaik mereka yang kesemuanya dilihat hampir sama.
“Kesian aunty kedai gambar tadi. Dia punya teliti tak nak tersalah print. Akhirnya tersalah print juga.
“Tiga kali ulang print barulah dapat gambar yang betul. Kalau tak, terprint muka yang sama berulang-ulang,” kongsinya.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut akaun Mama Triplet ini begitu teruja melihat telatah anak kecil itu yang bersemangat untuk ke sekolah malah tidak sabar untuk melihat perkongsian video seterusnya dari ibunya.
Semua orang mempunyai rumah idaman. Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tanga pastikan inginkan kediaman baru. Malah ia memberi lebih privacy kepada mereka.
Namun, akibat tiada pengurusan wang yang sempurna impian jadi musnah. Usah putus asa, masa ada lagi untuk anda merancang kewangan dengan baik.
Ikuti panduan ini, supaya anda berbelanja secara berhemah.
Untuk membeli rumah idaman, pastikan korang mempunyai pendapatan tetap. Semak status kewangan, adakah masih mempunyai baki yang mencukupi dari duit gaji untuk membuat simpanan. Jika tidak, cari pekerjaan lain yang boleh mengukuhkan pendapatan anda.
2)Tentukan target simpanan
Tentukan dahulu pada waktu bila korang ingin beli rumah. Jika korang rancang untuk membeli rumah pada tahun berikutnya, tetapkan jumlah simpanan dan berapa lama untuk korang menyimpan.
3) Buat senarai perbelanjaan
Senaraikan setiap perbelanjaan korang setiap minggu, bulan dan tahun. Rekodkan juga setiap keluaran duit. Dari situ, korang boleh buat analis apa yang perlu dan tak perlu untuk korang. Ini untuk memudahkan, simpanan duit untuk beli rumah idaman itu.
4) Tambahkan pendapatan
Cuba berusaha untuk tambahkan lagi pendapatan. Contohnya, korang boleh belajar buat side income dengan cara bisnes online, dropship atau agen untuk sesuatu produk.
5) Disiplinkan diri
Disiplin diri perkara yang paling penting sekali korang kena terapkan dalam diri. Takde disiplin macam mana nak menyimpan, kata nak ada rumah idaman. So, sentiasa disiplin dalam menyimpan duit. Utamakan dahulu keperluan daripada kemahuan.
Sebenarnya, banyak cara boleh kita praktikkan untuk simpan duit. Terpulang kepada diri kita sendiri macam mana dan bagaimana untuk kita menyimpan duit. Kita yang nak benda tu, kita kena usaha sendiri. Biarkan sesiapa yang memperkecilkan usaha kita, bukannya mereka nak tolong pun. Tetap usaha semampu boleh
Sumber: tuanbri.com
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Anak balik dari sekolah dengan pakaian kotor, baju bertompok dakwat pen, water colour, kesan minuman serta makanan tumpah memang boleh buat ibu stres.Belum lagi...