Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir berkaitan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan, terkini pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew dengan segera telah menghulurkan bantuan kepada seorang ibu tunggal yang gambarnya tular di media sosial sedang menghantar makanan menaiki motor sambil mengendong anak oku buta.
“Hadiahkan kereta buat ibu tunggal Azimah Rahim yang tular kerja menghantar makanan sambil mengendong anak oku buta.
“Menangis akak terharu dalam kereta hadiah untuknya sambil peluk anaknya dan kata,ya Allah anak rezeki kita. Tak sangka dapat rezeki begini.
“Sebak sayu hati bila ziarah akak ni tadi. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan dengan mengendong anaknya,” cerita ustaz Ebit Lew di akaun facebooknya.
Difahamkan bantuan yang diberikan itu, bukan kali pertama. Ini sebagaimana dijelaskan oleh Ustaz Ebit Lew lagi.
“Syukur pada Allah , 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah akak ini dan anak kecilnya sehingga kini. Kami cuba bantu nak carikan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana dia perlu perhatian 24 jam oleh ibunya.
“Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya.
“Hari ini kami hadiahkan sebuah kereta supaya akak ni boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta. Kadang mengambil tempahan membuat mee kari dengan laksa untuk rumah yang inginkan. Beliau pandai masak juga.
“Ya Allah semoga Allah beri kekuatan buat kakak ini bersama anak kecilnya,” doanya diakhir perkongsian.
Sumber : Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum mengetahui anak selebriti terkenal Wawa Zainal dan Aeril Zafril mengalami masalah gigi rosak. Bermula dengan anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar, sehingga lah kepada anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Namun, masalah tersebut nampaknya sudah diatasi apabila anak kedua, Hayla sudah dipakaikan gigi palsu.
Hayla yang kini berusia enam tahun dilaporkan melakukan prosedur pemasangan gigi palsu baru-baru ini. Kisah tersebut dimuat naik oleh Wawa menerusi laman insgtagramnya.
Wawa berkongsi video ketika anaknya sedang melalui prosedur berkenaan.
“‘Akhirnya impian Hayla menjadi kenyataan. Cantik tak Hayla ada gigi? Untuk Hayla saya buatkan crown dan gigi palsu macam orang tua ni ha apa ntah nama dia.
“Hayla ditidurkan masa operate buang gigi dan alhamdulillah selepas bangun tiada rasa sakit pun,”tulis Wawa dikapsyennya.
Dalam pada itu, Wawa menasihati ibu bapa lain yang mempunyai anak mengalami masalah gigi rosak supaya tidak sedih dengan situasi tersebut.
Mengakui kesilapan diri kerana lambat mendapatkan rawatan gigi untuk anak-anaknya, Wawa bagaimanapun berkata tidak pernah miss memastikan anak-anak memberus gigi dua kali sehari.
“Anda yang ada anak gigi rosak jangan rasa down. Saya pun habis kena tuduh tak pandai jaga gigi anak.
“Padahal mereka gosok gigi dua kali sehari, cuma silapnya lambat jumpa doktor gigi sahaja.
“Dalam pada itu, Wawa memberitahu anak sulungnya Attar tidak dapat melakukan prosedur seperti adiknya Hayla kerana sudah berusia 8 tahun.
“Macam Attar, saya tak pasang gigi kerana dia pun dah lapan tahun, jadi biar gigi tumbuh sendiri. Hanya buang gigi yang rosak sahaja,”kata Wawa lagi.
Wawa dan Aeril sebelum ini dikecam gara-gara gigi anak-anak mereka yang dikatakan bermasalah.
Untuk rekod, Wawa dan aeril berkahwin pada tahun 2013 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata. Selaian Attar dan Hayla, anak ketiga pasangan ini bernama Aya Soffya.
Botol kaca jangan dibuang, banyak sekali kegunaannya untuk digunakan semula sebagai bekas menyimpan mengikut keperluan yang pelbagai.
Pun begitu, sebelum diguna semula elok juga kiranya ditanggalkan label yang ada di botol tersebut untuk nampak lebih cantik dan kemas bila diatur di ruangan tertentu.
Hakikatnya label yang terdapat pada botol ada yang mudah ditanggalkan namun tidak kurang juga sukar untuk dibersihkan terutamanya kesan gam yang digunakan.
Untuk itu, ikuti langkah ringkas dan mudah yang dikongsikan oleh kebun local ini. Terbukti cara yang dipraktikan cukup cepat dan mudah, malah tiada kesan gam sedikit pun melekat pada permukaan botol.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Bekas kaca terpakai adalah bekas simpanan yang terbaik yang boleh kita manfaatkan semula.
Untuk itu, Dalam perkongsian sekalian kali ini, kami kongsikan dengan tuan/puan sekalian cara mudah untuk menanggalkan kesan gam pada label yang diletakkan di botol berkenaan.
STEP 1 : Kumpul semua botol dan balang kaca yang terpakai. Bersihkan dahulu sisa makanan yang masih terdapat padanya.
Pada waktu ini, jika tuan/puan mampu tanggalkan labelnya pun boleh sahaja.
Cuma kami pasti, adalah lebih senang jika tuan/puan ikuti langkah seterusnya ini.
STEP 2 : Masukkan botol dan balang kaca ke dalam periuk dan penuhkan dengan air.
Panaskan air tersebut dengan api yang besar.
STEP 3 : Semasa air tengah panas.Tuan/Puan sudah boleh memulakan proses menanggalkan label dari botol/balang kaca.
Mungkin sedikit panas pada tahap ini. Sila berhati-hati ya.
Penutup botol/balang kaca juga saya sarankan untuk direndam bersama, untuk menghilangkan kesan serta bau dari sisa makanan yang lepas.
STEP 4 : Setelah yakin sudah tiada lagi kesan gam pada sekeliling botol/balang kaca, maka tuan/puan boleh mula jemurkan pula.
Jika nak lapkan pun boleh juga.
Penggunaan botol/balang kaca amat baik untuk menyimpan benih dan juga untuk penyediaan baja.
Adakalanya tuan/puan juga boleh gunakan sebagai bekas peraman makanan. Jauh lebih baik dari menggunakan plastik.
Sumber : Kebun Local
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di