Siapa tak penat, kalau lantai yang sudah di mop masih tidak berkilat dan kelihatan seperti kotor. Pasti ianya menimbulkan kekecewaan terutamanya bagi surirumah yang sudah seharian menguruskan rumah.
Untuk pengetahuan anda, perkara ini biasanya terjadi pada lantai yang berjubin (tiles). Walaupun sudah berbagai jenama pencuci digunakan namun hasilkan masih sama.
Terbaharu, satu perkongsian di laman sosial oleh Roz_8492 telah mendapat sambutan ramai. Rupanya ramai yang berdepan dengan masalah ini dan malu jika tetamu bertandang ke rumah melihat lantai seperti kotor tidak di mop.
Menurut Roz_8492, cara yang dipraktikkan untuk mendapatkan lantai bersih dan berkilat, malah tak melekit dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja.
Ads
Roz_8492 telah menunjukkan cara dengan memuatnaik video di laman sosialnya.
Melalui video yang dimuat naik, terdapat tiga bahan dimasukkan ke dalam baldi berisi air panas. 1. Cecair pencuci lantai 2. Cuka 3. Soda bikarbonat
Ads
Cara-cara :
1. Panaskan air dan tuang ke dalam baldi.
2. Masukkan cecair pencuci lantai bersama sedikit cuka (elak berbau masam) dan soda bikarbonat.
3. Basahkan mop dan perah, kemudian anda boleh terus mop lantai seperti biasa sehingga nampak bersih dan berkilat.
Gambar kecederaan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan ketika proses bedah siasat tersebar. Gambar keadaan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin mula tersebar di media sosial. Gambar tersebut dipercayai ketika proses bedah siasat dilakukan.
Memetik Harian Metro dua gambar berkenaan dimuat naik menerusi aplikasi telefon pintar, Telegram sejak malam tadi. Kedua-dua gambar berkenaan memaparkan keadaan kanak-kanak berkenaan selepas ditemui di anak sungai berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Sebelum ini, tular kertas siasatan pembunuhan kanak-kanak berkenaan di aplikasi yang sama. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan penularan kertas siasatan terbabit.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata sekiranya ia kertas siasatan yang benar, pihak yang menyebarkannya perlu diambil tindakan berikutan kes berkenaan akan dibicarakan di mahkamah.
“Tindakan pihak-pihak tertentu memasukkan perkara seperti ini (kertas siasatan) dalam Telegram umpamanya, tidak diketahui sama ada maklumat itu (kertas siasatan) betul atau tidak, sama ada direka atau dibuat-buat,”katanya.
Sebelum ini, ibu dan bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember tahun lalu.
Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang berusia 29 tahun itu dilaporkan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman di Damansara Damai dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya.
Ibu bapa kanak-kanak malang itu kemudiannya ditahan pada 31 Mei lalu di sekitar Puncak Alam, Selangor dan direman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.
Berikut kronologi peristiwa menyayat hati yang menimpa Zayn Rayyan:
5 Disember 2023 – Zayn Rayyan dilaporkan hilang selepas bermain di taman permainan di rumahnya.
Keluarganya memuat naik status kehilangan Zayn Rayyan di media sosial sebelum melaporkan kehilangan itu kepada polis. Kanak-kanak itu dilapor dilihat kali terakhir memasuki belukar bersebelahan blok kediamannya.
6 Disember 2023 – Polis Daerah Petaling Jaya dan persatuan penduduk kediaman berkenaan melakukan operasi pencarian dari rumah ke rumah serta mengawal laluan keluar masuk di blok kediaman bermula 8 malam.
Jasad Zayn Rayyan ditemui di aliran anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya kira-kira pukul 10 malam. Polis berkata lokasi penemuan mayat itu merupakan kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) hari sebelumnya.
7 Disember 2023 – Polis mengklasifikasikan kematian Zayn Rayyan sebagai kes bunuh selepas proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan kanak-kanak itu.
8 Disember 2023 – Polis melakukan tapisan individu yang mempunyai jenayah lampau di sekitar daerah berkenaan. Polis sahkan tiada kesan kecederaan lama menjurus penderaan dikesan pada jasad kanak-kanak berkenaan.
10 Disember 2023 – Seramai 228 individu diambil ujian DNA bagi membantu siasatan yang melibatkan pemeriksaan 2,484 unit rumah dan premis perniagaan.
13 Disember 2023 – Polis menemui sehelai stokin dalam takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan dijumpai selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pengaliran dan Saliran Selangor menyedut keluar air di aliran anak sungai berkenan.
14 Disember 2023 – Stoking yang dijumpai dalam air bertakung sekitar anak sungai berhampiran lokasi disahkan bukan kepunyaan Zayn Rayyan.
23 Disember 2023 – Polis meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam pencarian bukti kes Zayn Rayyan.
6 Februari 2024 – Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor Datuk Seri A. Thaiveegan menawarkan ganjaran RM20,000 kepada individu yang membantu penahanan suspek.
23 Februari 2024 – Dilaporkan tiada pihak yang tampil memberi maklumat berhubung kes Zayn Rayyan walaupun ganjaran RM20,000 ditawarkan kepada individu yang membantu penahanan suspek.
8 Mei 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan pihaknya masih mengharapkan petunjuk baharu.
31 Mei 2024 – Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan di sekitar Puncak Alam oleh Polis Selangor bagi membantu siasatan polis.
1 Jun 2024 – Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan reman pasangan berusia 29 tahun itu selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
7 Jun 2024 – Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan tempoh reman pasangan suami isteri berusia 29 tahun dilanjutkan selama enam hari lagi sehingga 13 Jun.
10 Jun 2024 – Polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Apartment Idaman Damasara Damai untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn Rayyan sehingga kepada penemuan mayatnya.
12 Jun 2024 – Ibu Rayyan dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi mendapatkan pengakuan salah wanita itu berhubung siasatan kes. Polis kemudiannya menahan datuk dan nenek Zayn Rayyan bagi membantu siasatan pada pukul 2.30 petang.
13 Jun 2024 – Ibu dan bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember tahun lepas.
Kanak-kanak 10 tahun, Mohd Mifzal Anaqi Muhammad Rizal yang meninggal dunia Khamis lalu kerana mengalami keracunan makanan disyaki makan tart keju yang dibeli bapanya.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sana berkata, jabatannya melalui Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Sandakan telah menerima notifikasi satu kematian kanak-kanak disyaki keracunan makanan.
“Kes kematian ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dengan sejarah memakan makanan yang dibeli oleh bapanya iaitu disyaki tart keju pada 23 Julai lalu (Selasa).
“Kanak-kanak tersebut telah mengalami gejala cirit-birit, demam dan hilang selera makan.
“Pada 24 Julai, kanak-kanak ini mengalami sawan dan telah dibawa oleh ahli keluarga ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Rawatan kecemasan seterusnya diberikan kerana kanak-kanak itu didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.
Katanya lagi, kanak-kanak itu terlebih dahulu dimasukkan ke wad perubatan pediatrik sebelum disahkan meninggal dunia.
“Maklumat awal yang diperoleh, menyatakan bahawa ibu kanak-kanak tersebut juga ada memakan makanan tersebut dan mengalami gejala yang sama serta diberikan rawatan di Wad Perubatan Perempuan Hospital Duchess of Kent (HDOK).
“Bagaimanapun, sejarah lengkap pergerakan dan pendedahan kes kepada makanan dan punca kematian masih dalam siasatan.
“Sampel makanan dan persekitaran turut diambil bagi tujuan menentusahkan punca kejadian,” katanya.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Sejak dulu lagi, isu pembuangan bayi kerap dilaporkan di dada akhbar dan juga di sosial media. Banyak artikel dan juga kempen khas dibuat demi memupuk kesedaran masyarakat berkenaan perkara ini.
Terdapat banyak sebab perkara ini terjadi di antaranya adalah mengenai aktiviti seks bebas dikalangan masyarakat yang seterusnya membawa kepada kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada juga keluarga yang baru melahirkan bayi namun tidak mampu untuk menjaga mereka kerana terdapat beberapa masalah yang timbul seperti berpendapatan rendah, keluarga terlalu besar dan lain-lain.
Ada yang terpaksa menyerahkan bayi mereka untuk dijaga oleh orang lain namun ada juga yang mengambil jalan mudah dengan membuang bayi itu. Tetapi adalah tidak wajar membuang bayi yang tidak berdosa itu di tempat yang tidak sepatutnya, yang mungkin boleh mengancam nyawa mereka.
Begitulah kisah sepasang suami isteri yang meninggalkan bayi mereka oleh kerana keadaan yang memaksa.
Menerusi video di TikTok, difahamkan sepasang suami isteri bertindak untuk meninggalkan bayi mereka di depan pintu pagar surau oleh kerana masalah ekonomi yang dihadapi mereka.
Dalam video itu, pasangan tersebut turut menyertakan nota sampingan pada bayi mereka buat sesiapa yang menjumpainya.
“Kami mohon maaf kerana tak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi. Kami mohon sesiapa yang dapat dan sanggup membesarkan dia.”
“Kami sangat-sangat berterima kasih.”
Bayi yang ditinggalkan itu dilihat lengkap berbaju dan disertakan barangan lain seperti selimut, tisu basah dan susu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan keputusan yang terpaksa dibuat oleh suami isteri berkenaan.
Selain itu, terdapat juga netizen yang dilihat seperti memahami tindakan pasangan itu apabila segala keperluan bayi dan nama telah disediakan lebih awal.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.