Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bagi Puan Naima Yuzi dan suaminya, Affizan Sarif, saat mengetahui anak mereka menghidap penyakit yang membawa maut, hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu. Andai boleh ditukar ganti mungkin itu yang mereka mahu, namun jodoh pertemuan, ajal maut segalanya ditangan Pencipta.
Titisan air mata sang ibu cukup meluahkan segalanya. Keperitan yang dipendam sedikit sebanyak terungkap dek wajah yang suram dan penuh hiba. Biar bibir masih mampu melayangkan senyuman, namun jauh dek sudut hatinya hanya Tuhan yang tahu.
Cukup minat dengan pasukan bomba, Adik Akmarul Haikal Affizan cukup bertuah kerana impiannya untuk menyambut hari jadi ke 12 bersama abang bomba dimakbulkan. Majlis berlangsung di Wad 7A, PPUM baru-baru ini, nyata menyuntik senyuman Akmarul biarkan tampak cukup lemah ketika itu.
Sambil menantikan kehadiran pasukan Bomba Dan penyelamat dari Balai Bomba Pantai yang diketuai oleh YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur PKPjB Khirudin Bin Drahman @ Hussaini, Akmarul terlelap seketika.
Penulis yang berpeluang menghadiri majlis ketika itu berkesempatan menemu bual ibunya, Naima Yuzi berkenaan penyakit yang dihadapi anak sulungnya itu.
“Akmarul lahir normal tanpa ada sebarang masalah, sehinggalah usianya menjangkau setahun, kesihatannya mulai merosot. Demam, muntah-muntah, perut buncit, dan berak berdarah. Sehinggalah dibuat pemeriksaan terperinci, doktor mengesahkan Akmarul yang menghidap penyakit usus terkeluar atau chron’s disease atau bahasa mudahnya Usus Kronik dan radang otak.
“Waktu itu, punggungnya bernanah, apa sahaja maknanan yang ditelan keluar balik, dan ususnya di luar. Usus besarnya bermasalah dan penuh nanah. Doktor cakap buatlah apa yang dia kerana sekarang Akmarul bergantung pada ubat semata.
“Sebelum ini kami pernah sampai ke Jerman untuk rawatan. Waktu itu usianya baru 8 tahun. Menurut doktor, penyakit Akmarul ini sangat kronik dan kami terpilih antara pesakit di Asia untuk mengikuti rawatan di sana. Pihak Jerman yang taja dan minta kami ke sana.
“Awalnya saya dan suami menolak kerana tak ada duit, tetapi doktor yang merawat Akmarul bersungguh-sungguh dan mencari jalan untuk mendapatkan dana. Alhamdulillah masalah kami didengari dan ramai yang menghulurkan sumbangan untuk kami membeli peralatan dan barangan keperluan ke sana. Sampai di sana bukan hanya Akmarul, sebaliknya kami satu keluarga juga di ambil sampel darah dan di buat ujian itu ini.
“Selepas pulang ke Malaysia, saya menunggu juga laporan kesihatan tapi alasan mereka masih dalam kajian. Rupa-rupanya pihak sana juga tidka mampu berbuat apa-apa. Baru-baru ini saya tanyakan tahap kesihatan Akmarul yang makin merosot hari ke hari, jadi doktor yang merawatanya berterus-terang, penyakit anak saya ini kedua paling kronik di dunia. Yang pertama dari Pakistan, tetapi sudah meninggal dunia. Hanya mampu bertahan dua tahun. Hanya Akmarul yang kuat semangat dan melawan penyakit. Itu yang dia masih bertahan sehingga berumur 12 tahun sekarang.
“Tetapi kata doktor lagi, sampai satu tahap beginilah keadaannya, selalu sakit-sakit. Jadi, saya tanyakan sama ada Akmarul ada harapan atau tidak. Doktor cakap sekarang segalanya bergantung kepada Akmarul sama ada kuat dan mampu bertahan. Memang penyakitnya tidak dapat disembuhkan sebaliknya hanya bergantung pada rawatan untuk meneruskan kehidupan.
‘Doktor pun sudah terangkan sampai satu tahap Akmarul akan bergantung dengan ubat dan akan selalu keluar masuk wad. Dari tahun lepas lagi memang nampak perubahan dia. Dulu dia aktif walaupun tidak boleh berjalan dan pergerakannya cukup terhad, manakan tidaknya dia terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.
Tetapi sekarang walaupun dia atas kerusi roda pun dia tak larat dan nampak penat. Sekarang ini kami ikut segala apa kemahuan Akmarul. Di rumah kalau nampak dia tidak sihat kami akan bawa ke hospital.
“Kadang-kadang baru sampai rumah dia sakit semula dan cepat-cepat kami bergegas ke hospital semula. Sekarang ini kalau Akmarul minta nak balik rumah kami akan bawa, kemudian sakit kami akan kembali semula ke hospital. Boleh dikatakan hospital sudah menjadi rumah kedua kepada Akmarul.
“Saya ada seorang lagi anak, dan dia selalu selalu tanya, ibu tak sayang adik ke, asyik dengan abang sahaja. Waktu itu saya tidak tahu apa yang patut cakap sebab dia masih kecil. Dalam usia 8 tahun dia terpaksa menumpang kasih orang lain kerana saya banyak berulang alik ke hospital menguruskan abangnya.
“Kalau ditanya tentang sudahkah saya bersedia ‘kehilangan’ Akmarul, Ibu mana yang sanggup kan. Tetapi melihat anak menderita sebegini, kalau boleh biarlah dia ‘pergi’ dari menderita sakit begini. Sedih memang sedih, ibu mana yang tak ralat kan tetapi saya sudah tak sanggup melihat anak saya terseksa sakit. SAYA SUDAH REDA DAN BERSEDIA KEHILANGAN AKMARUL.
Dalam masa yang sama, doa saya tidak pernah putus supaya ada keajaiban untuk Akmarul. Namun jika Tuhan sudah menetapkan begini, saya reda dan cukup bersedia. Sekarang ini yang penting saya mahu penuhi segala keinginan Akmarul supaya bila dia ‘pergi ‘ nanti tidak ada ralat di hati saya.
Saya juga ingin berterima kasih kepada para doktor, jururawat, keluarga, rakan-rakan dan pelawat yang datang meraikan dan melawat Akmarul selama ini. Jasa doktor dan jururawat memang tak mampu saya balas,”ujar Naima sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap anak mempunyai peelnya tersendiri. Anak sulung, anak tengah dan bongsu sudah tentu mempunyai karenah.
Kita sebagai ibu bapa tentu harus bersabar dengan sikapnya. Biarpun kadang kala buat kita ‘mengucap’ panjang.
Namun apa yang pasti, setiap kerenah anak itu jangan biarkan, sebagai ibu bapa kita kena menegurnya.
Nak tahu lanjut karenah anak nombor dua. Jom ikuti perkongsian saudara Mohd Fhais Salim yang sering membuat coretan mengenai keibubapaan.
Anak nombor 2 paling banyak buat kita mengucap!
Anak paling kuat melasak, paling kuat memanjat, paling kuat terjah badan kita dan paling kuat keras kepalanya.
Kita marah ke, garang ke, dia tak heran pun. Muka selambe tak tahu takut orang. Memang, biasanya anak nombor 2 ni la paling lasak, paling gasak dan paling tak makan saman.
Anak-anak lain pun ada je, tapi yang nombor 2 paling selalu buat kita mengucap. Astaghfirullah al azim… Cuma satu la, kadang bila dah terlalu lasak dan gasak ni kadang dia boleh lampaui batas juga.
Sayang sayang juga tapi soal adab kita kena juga titik beratkan tau. Terutama adab terhadap ibu dan ayahnya. Mana-mana tingkahlaku yang huduh sangat tu terus instant remove, jangan tangguh-tangguh.
Kalau nampak dia buat begini pada ibu & ayahnya : – cepat memukul – suka tinggi suara – selalu marah-marah – menyampuk ketika bercakap – melawan cakap
Cepat-cepat larang dan lentur sebelum menjadi parah. Umur 0-3 tahun ni fasa paling senang nak lentur, menjelang 4 tahun payah sikit dah sebab dia dah pandai auta sikit-sikit.
Anak nombor 2 paling banyak buat kita mengucap tapi kalau dia tidur atau pergi sekolah kita pula yang rasa bosan. Huh! Wallahu A’lam,
Tak pelik pun bilamana kita sebagai pengguna internet ini terlupa password. Maklumlah terlalu banyak sangat password perlu dibuat setiap kali melakukan beberapa urusan secara online. Ini penting demi keselamatan dan privacy kita sebagai pengguna, itu sebab diciptakan kata laluan.
Tapi itulah, bila terlupa atau keliru berkaitan password yang kita cipta itu menyebabkan sukar pula untuk kita log in.
Diakui mungkin itu sebabnya ada butang ‘forgot password’ bertujuan untuk memudahkan kita cipta semula password baharu. Tatapi banyak pula step yang perlu dilakukandan apa yang lebih memeningkan kepala,kena ingat pula password baru yang telah dibuat. Sudah bertambah password jadinya!
Jadi tahukah anda sebenarnya ada cara lain yang lebih mudah boleh kita buat tanpa perlu kita klik ‘Forgot Password’ dan kita tetap boleh dapatkan semula password yang kita terlupa itu. Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Hafizi Zain di aplikasi Tik Tok.
Langkah 1 : Pergi ke apps Google Chrome yang digunakan untuk layari laman web .
Langkah 2 :Tekan titik tiga yang terletak di bahagian atas kanan.
Langkah 3 : Scroll ke bawah hingga anda nampak Setting, kemudian klik.
Langkah 4 : Kemudian klik Passwords
Langkah 5 : Secara automatik akan tersenarai semua website bersama password yang pernah kita masukkan sebelum ini.
Langkah 6 : Untuk melihatnya, klik mana-mana senarai yang anda lupa password.
Langkah 7 : Kemudian klik icon mata untuk lihat password.
Senang bukan? Dan yang penting password kita tidak perlu mencipta password baharu. Guna sahaja yang password terdahu yang pernah kita gunakan.
Nak lagi jelas ini dikongsikan video untuk anda semua.
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.