Setiap orang akan menghadapi cabaran yang besar dalam kehidupan. Seperti ada pasang surutnya, kita pasti akan melalui satu rentetan dugaan yang besar untuk dilalui. 

Namun ianyanya bergantung pada cara kita menyelesaikan masalah tersebut. Siapa yang putus asa pasti akan melakukan sesuatu yang tidak dijangka. 

Seperti yang tular di aplikasi Tiktok, sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dari Malaysia bertindak untuk menjual organ dalamanannya demi untuk mendapatkan sejumlah wang yang besar. 

Mungkin di antara kita akan mengatakan itu adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana menjual organ dalaman adalah sangat berisiko kepada pemberinya lebih-lebih lagi ia melibatnya nyawa. 

Melalui video tersebut, lelaki itu telah berkongsi perkembangannya pergi ke Singapura untuk menjual buah pinggang.  Bagaimanapun selepas membuat pemeriksaan lanjut, doktor mendapati buah pinggang lelaki itu tidak sesuai untuk digunakan kerana dia merupakan seorang perokok tegar dan ada kemungkinan buah pinggang itu akan mendatangkan masalah kepada ‘pembelinya’ pada masa hadapan.

IKLAN
@daddy_keacy Alhamdulillah dh ada buyer..semoge semua baik2 shj.. #fypシ #ramadhan2023 #malaysia #johor #singapore #rezeki #jualbuahpinggang ♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

Oleh sebab itu, ‘pembelinya’ menawarkan harga yang lebih murah iaitu sebanyak  (SGD30,000/~RM99,756) daripada harga pasaran semasa, SGD60,000-SGD100,000 (~RM199,512-RM332,520) namun permintaan itu telah  ditolak oleh lelaki tersebut.

Dalam satu videonya yang terbaharu, dia menjelaskan keputusan dibuat itu bukanlah sebab dia ‘pemalas’ dan tidak berusaha untuk mendapatkan kerja bagi meraih pendapatan seperti yang didakwa oleh segelintir netizen. 

IKLAN

Sebaliknya jawatan yang pernah dipegangnya dahulu, sebagai seorang ketua pegawai eksekutif telah menyebabkan banyak majikan takut dan kurang yakin untuk mengambilnya bekerja bagi jawatan yang lebih rendah daripada kelayakkannya.

Netizen yang menonton video-video yang dikongsikan mendoakan lelaki itu dipermudahkan urusan dan dapat mengatasi masalah yang membelenggunya pada ketika ini.

[TIPS]

IKLAN

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Lelaki Ini Cuba Jual Buah Pinggang Untuk Kelangsungan Hidup Di Singapura Tapi …

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI