Bahagia itu setiap pasangan ingina agar rumahtangga kekal hingga akhir hayat. Bahkan apabila usia perkahwinan sudah sudah lama, pasangan haruslah menjadikan hubungan lebih mesra. Ia termasuk peranan suami.

Tak salah jika suami sentiasa berusaha ‘mengurat’ isteri agar rumah tangga sentiasa harmoni. Nampal remeh je kan tapi itulah kunci kebahagiaan.

Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.

Tips mengurat hati isteri.

Lelaki Ini Kongsi Tip Nak ‘Mengurat’ Isteri Agar Rumahtangga Kekal Bahagia Dan Harmoni.

Fahami kehendak fisiologi isteri atau bahasa mudah kita sangat faham yang isteri juga perlukan tubuh badan yang sihat. Insyaallah isteri akan tenang dan bahagia. Sebenarnya isteri tidak memerlukan rehat yang banyak untuk mereka bahagia. Sebab itu kita tengok isteri boleh hadap kerja rumah 24jam.

IKLAN

Perhatikan. Dalam masa yang sama mereka boleh buat 2 3 kerja. Sambil goreng ikan boleh mandikan anak,boleh basuh pinggan, boleh mop lantai. Boleh bisnes online. Eh siap boleh order barang online depan kuali? Fuh.. hebat الله cipta otak wanita. inilah yang dipanggil ‘otak multitracking’,yakni boleh bagi tumpuan kepada banyak perkara dalam satu masa. Sebab itulah jangan pelik kalau mereka masuk mall rambang mata…

Isteri suka perhatian suami

Tapi.. apa yang buatkan mereka stress? Bukan sebab tidak cukup rehat. Sebab hormon oxytocin mereka turun secara mendadak bila stress. Kenapa stress? Sebab tiada tumpuan,perhatian,belaian dari suami. Hormon cortisol meningkat,mereka akan nampak lesu,kusam,suka makan makanan manis sebab cortisol telah bakar gula dalam darah.

IKLAN

Rupanya isteri kita ini,apabila mereka penat bukan sahaja perlu rehat,tetapi perlukan belaian,pelukan dan paling penting suami perlu jadi PENDENGAR yang setia. Dengar dengan penuh tumpuan,tatap wajah mereka sambil pegang tangan dan peluk dia dengan erat sambil gosok-gosok belakang mereka. Yes! Waktu ini oxytocin hormone mendadak naik.

sambil peluk dia,bisik ditelinga “Sayang…. bonus abang dah masuk….cakaplah apa sayang nak……”

Jadi para suami rajin-rajinlah peluk isteri bukan sahaja ditempat tidur. Nampak isteri penat pergilah peluk dia,ajak anak peluk sekali. Dalam masa yang sama oxytocin dalam badan lelaki juga akan meningkat. Dengan pelukan kita akan jadi lebih tenang dan boleh buat banyak keputusan yang baik.

IKLAN

Sumber: Muhammad Hassan

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Lelaki Ini Kongsi Tip Nak ‘Mengurat’ Isteri Agar Rumahtangga Kekal Bahagia Dan Harmoni.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI