Lelaki Kongsi DIY ‘Table Top’ Dapur Guna Besi C Channel. Kemas, Lawa & Nampak Eksklusif

Share

Memiliki ruang dapur yang luas menjadi idaman buat ibu-ibu. Terasa aura menenangkan sambil memasak untuk keluarga. Sebab tu, dapur antara ruang kegemaran ibu-ibu kan. Apa tidaknya, di sinilah diletakkan pelbagai koleksi pinggan mangkuk dan kuali serta barangan dapur.

Bagi yang rajin dan kreatif tak perlu nak upah tukang jika mahu mendeko ruang dapur. Misalnya saudara Mizee Abu Bakar

 menerusi page Tukang Apa Hari Ini berkongsi idea membina table top.

Menurutnya sebelum ini ruangan tersebut kosong dan hanya mempunyai singki biasa pada tingkap sahaja.

sebelum dibina table top.

Namun selepas 80 peratus siap, table top tersebut dilihat begitu kemas dan ekslusif. Ditambah dengan hiasan pada dinding, dan kombinasi warna pada binaan tersebut membuatkan dapur nampak eksklusif dan mewah. Alhamdulillah 80% siap, DIY table top c channel..biase duk tgok kitchen cabinet yg gempak2 dlm ni, sy cara B40 jelah.

Tambhnya lagi, modal untuk projek tersebut kira-kira RM500 bagi menyiapkan projek tersebut.

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!

 

IKLAN