Rezeki tidak pernah salah alamat, begitulah yang boleh diceritakan tentang kisah lelaki ini bila melakukan proses semakan Wang Tidak Dituntut secara dalam talian.Tanpa diduga, ada RM 700++ miliknya yang masih belum dituntut.
Berita kegembiraan ini telah dikongsikan di akaun fbnya dan turut memaparkan step by step yang dilakukannya untuk memberi panduan kepada umum.
Jom fahami langkahnya, dan kemudian bolehlah disemak. Mana tahu, rezeki kita ada juga di sana.
Ini perkongsiannya.
Semakan wang tidak dituntut (WTD) secara online
alhamdullilah.. wang tidak dituntut dalam RM 700++ boleh la buat beli jajan..
**********************************************
Cara untuk semakan wang tidak dituntut (WTD) secara online
2. untuk pengguna pertama kali – perlu mendaftar first – boleh click pendafaran
3. Isi maklumat yang diminta seperti email, kad pengenalan username dan pasword
4. Setelah selesai pendaftaran. anda boleh login kedalam portal (tidak perlu pengesahan melalui email)
Ads
5. Selepas login pertama kali, anda diminta untuk memasukkan pasword yang baru.
6. selepas itu anda diminta untuk kemaskini maklumat seperti alaman dan no tel
7. selepas selesai kemaskini.. anda dah boleh melakukan pencarian menggunakan no kad pengenalan – hanya 2 carian boleh dilakukan sehari.
Ads
8. jika ada wang tidak dituntut.. hasil carian akan memaparkan senarai berserta jumlah wang yang tidak dituntut
**********************************************
cuba la.. mudah.. tak perlu pergi ke jabatan akaun negara dah untuk semakan.. tetapi untuk tuntutan bayaran balik.. perlu isi borang.. hantar by pos atau pergi kecawangan akauntan negara yang terdekat..
borang tuntutan bayaran balik boleh didapati disini
Kanak-kanak perempuan hidap Cerebral Palsy ‘idam’ nak berjalan, “Mama, bila Kakak boleh berjalan?.” Tiada yang memilukan hati apabila Nor Nazlia Yusoff ditanya sebegitu oleh anak perempuannya, Puteri Irfa Mikayla Saiful Nizam, 5, yang menghidap Cerebral Palsy (CP) Diplegic.
Pertanyaan itu pastinya membuatkan ibu berusia 35 tahun itu tersentak mendengarnya. Namun Nor Nazlia dari Bukit Rangin, Kuantan berkata, dia tidak dapat menunjukkan kesedihan di depan Puteri Irfa Mikayla sebaliknya perlu memberi semangat kepada anak sulungnya itu supaya tidak berasa kekurangan.
“Kalau tak nak dia berasa ‘down’, saya akan beritahu dia kakak (nama panggilan buat anak) insan terpilih dan istimewa, sebab itu tak sama macam orang lain.
Alhamdulillah, anak faham dan bila pergi sekolah (tadika) dan ada kawan tanya, dia akan beritahu kakinya sakit dan dia istimewa cuma sejak akhir-akhir ini kerap juga dia bertanya.
“Sebagai ibu, saya tak boleh ‘down’ depan dia tapi kena pastikan anak kuat semangat dan setakat ini, penerimaan guru dan murid terhadap anak baik malah tiada rakan mengejeknya,” katanya.
Bercerita lanjut, Nor Nazlia berkata, Puteri Irfa Mikayla dilahirkan pramatang iaitu ketika kandungan berusia 28 minggu hingga ditahan selama dua bulan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) selepas kelahirannya.
Menurutnya, pada awalnya, doktor tidak dapat mengesan kelainan pada Puteri Irfa Mikayla namun dia dan suami, Saiful Nizam Zakaria, 38, menyedari ada tidak kena ketika anak mereka berumur enam bulan.
Katanya, ketika itu, dan suami nampak perkembangan Puteri Irfa Mikalya tidak seperti bayi seusianya kerana masih belum dapat merangkak sebaliknya berguling dan sengetkan badan untuk bergerak.
“Tapi ketika kakak berumur setahun, baru kami dapat pengesahan doktor yang dia menghidap CP Diplegic akibat kecederaan pada otak dan kelahiran pramatang.
“Keputusan itu pun diperoleh hasil ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan memang sedih bila dapat tahu kerana lapan tahun saya dengan suami tunggu kehadiran anak pertama.
“Bagaimanapun, kesedihan itu tak lama kerana akhirnya dapat terima dan keluarga banyak beri semangat untuk kuat membesarkan kakak walaupun tiada pengalaman menjaga anak istimewa,” katanya.
Nor Nazlia berkata, penyakit dihidapi menyebabkan Puteri Irfa Mikayla tidak dapat berjalan seperti biasa dan bergerak menggunakan alat bantu berjalan atau ‘walker’ dan tongkat.
Katanya, Puteri Irfa Mikayla dilatih menggunakan ‘walker’ sejak berumur setahun lagi dan kini membiasakan diri berjalan dengan tongkat.
“Dia memang tak kuat berjalan sendiri jadi kena berpaut pada ‘walker’ dan tongkat atau berlutut.
“Tapi di sekolah, kakak terang hati kerana cikgu beritahu bacaannya dalam Iqra’ lancar berbanding murid lain, dia pun sudah boleh membaca buku murid enam tahun.
“Selain bacaan al-Fatihah, doa makan dan naik kenderaan, kakak juga sudah menghafaz tiga Qul, doa solat Duha, Qunut Nazilah dan surah al-Mulk yang akan dipasang sebelum tidur,” katanya.
Sebagai ibu, Nor Nazlia hanya mengharap yang terbaik buat Puteri Irfa Mikayla malah akan terus berdoa semoga ada keajaiban buat anaknya itu berjalan seperti insan normal satu hari nanti.
Dia juga berharap impian Puteri Irfa Mikayla menjadi doktor tercapai apabila dewasa nanti.
“Penyakitnya tiada penawar namun saya dan suami cuba ikhtiar selagi termampu. Salah satu rutin dilakukan kini adalah berdiri satu jam sehari di atas alat khas (standing frame) untuk membantunya berdiri.
“Nampak ada perkembangan positif walaupun proses itu mengambil masa namun terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan kakak terutama pengikut TikTok kerana ada juga dari Indonesia.
“Bagi saya, kakak anugerah terindah dalam hidup saya dan suami sesuai dengan makna namanya iaitu anugerah Allah SWT yang membahagiakan serta sangat senang dijaga sejak kecil hingga kini,” katanya.
Setiap orang ada cara didikan tersendiri dalam mendidik anak-anak. Namun, kadang kala, kena juga tahu ada ilmu keibubapaan atau cara orang dulu-dulu.
Sebagaimana perkongsian pendakwah bebas yang sering mendapat undangan memberi ceramah kekeluargaan, Ustazah Asma’ Harun mengenai cara ibu bapanya mendidik adik beradiknya seramai 10 orang.
Perwatakannya yang lembut dan lantunan intonasi suara lembut tetapi penuh penegasan semasa memberi ceramah agama dan keibubapaan menjadikan perkongsiannya inspirasi kepada followernya. Malah telah tular hingga cecah lebih 4K share.
Ikuti perkongsiannya.
بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين.
36 tahun yang lepas saya lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk saya.
Adik beradik 10 orang, Najihah, Asma’, Ibrahim, Aishah, Abdul Hadi, Asiah, Siti Khadijah, Siti Aminah, Muhammad Nasrullah dan Nabilah.
Alhamdulillah, kami membesar dengan kasih sayang, disiplin dan didikan agama yang baik. Sedikit perkongsian biasa, kami 10 beradik semuanya belajar dan khatam alQuran dengan emak ayah. Waktunya selepas maghrib dan subuh. Alhamdulillah.
Sesibuk dan sepenat mana pun, mereka tetap disiplin mengajar semua anak-anak. Itulah juga yang selalu diingatkan oleh emak saya, supaya mengajarkan sendiri anak baca AlQuran.
Satu lagi, waktu makan mesti berjemaah, dilarang makan sendiri² walaupun ketika itu dah lapar (pandai²lah sementara tu isi perut dengan biskut ke), kalau dah kenyang pun kena duduk di meja makan bersama ², kena buat² lapar .
Daripada kecil Emak Ayah istiqamah bawa anak² hadir kuliyah Jumaat Tok Guru Haji Hadi di Masjid Rusila, sehingga adik ke 10 pun begitulah rutinnya. Walaupun kami tak faham apa² lagi tapi memang suka pergi sebab boleh pergi pantai dan beli macam² makanan daripada gerai yang sangat banyak.
Hampir setiap hujung minggu pula Emak Ayah akan bawa ke mana², taman mainan dan pantai lah selalunya, asyik berkelah aje. Memang mereka rajin bawa anak² berjalan walaupun tempat sama sahaja. Kereta sedan dengan jumlah yang ramai kami duduk sambil beribakan adik². Semua wajib ikut walaupun dah besar.
Saya boleh simpulkan, usaha Emak Ayah secara berterusan memastikan kami adik beradik sentiasa bersama dan berjemaah. Saling berkasih sayang dan menghormati. SubhanAllah, moga Allah rahmati dan ganjarkan SyurgaNya buat semua Ibu Bapa.
Pengajian saya bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, KUSZA, alAzhar Mesir dan OUM. Doakan rezeki ke PHD. InsyaAllah.
Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Pen.Pengarah Bahagian Undang² Keluarga Islam dan Pen.Pengarah Bahagian Halal. Meletakkan jawatan pada 2017.
Ketika Umur 22 tahun, saatnya Allah temukan saya dengan seorang lelaki, suami dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu.
Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah . Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering. Alhamdulillah, kami dikurniakan Allah 7 orang anak, Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah.
Apa kebaikan atau kelebihan yang dilihat oleh manusia tentang saya, hakikatnya kerana susah payah didikan Emak Ayah, dan seorang suami yang sangat sabar, memahami, prihatin, pendengar setia, serta tidak jemu memberi nasihat dan semangat kepada saya.
SubhanAllah, hanya Allah sebaik² yang memberi ganjaran atas segala kebaikan mereka, Moga saya kuat berusaha untuk memperolehi redha daripada Emak Ayah dan redha seorang Suami.
Saya tak pernah share cerita peribadi kerana segan. Namun sempena hari lahir hari ini, sekadar mengimbau dan muhasabah akan perjalanan usia yang Allah kurniakan.
SubhanAllah, saya hanya orang biasa² sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran bila saya buat salah.
Terima Kasih atas semua ucapan dan doa, mohon maaf yang tidak terbalas. kembali semua doanya kepada sahabat sekalian.
*Gambar 18 tahun yang lepas.
Asma’ binti Harun
Moga jadi inspirasi mendidik anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan sedikit cabaran yang perlu dihadapi, bermacam-macam dugaan perlu diharungi sebelum berjaya. Memang benar, semua orang mahu jadi usahawan kerana mahu bebas bekerja dengan peraturan dan cara sendiri. Berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri adalah impian semua orang.
Kagum dengan perkongsian Encik Fahmie Abu Bakar yang pernah jatuh dalam pernigaannya, tetapi tetap berusaha untuk berjaya. Begitulah onak duri yang perlu ditempuh. Moga coretannya menjadi motivasi diri apa juga yang ingin dilakukan. Asalkan ada usaha dan keinginan, pasti berjaya!
Jom semak!
Bila jumpa member ramai cakap,
“Best la Mie, kerja sendiri, masa sendiri. Pergi jalan sampai Sabah.”
Selalunya aku sengeh je.
Kerja sendiri ni, feeling macam kena tanam dalam kubur 6 kaki.
Kau kena gali jalan keluar. Kau give up, bukan kau sahaja mati, anak bini, mak ayah, pekerja & keluarga dia, pelanggan dan semua yang bergantung pada kau.
Aku dah rasa macam tu 3 kali. Sekali pun aku tak share kat FB. Apa yang aku boleh kata, tiap kali kena kambus tu, teknik aku gali jalan keluar jadi lebih baik.
Aku dimana harini bukan kerana skil aku manage company, kehebatan menjual, KABEL apa ke.. Tapi sebenarnya 90% tu NASIB.
Dan kita tahu NASIB itu datang daripada DIA. Ujian semua orang lain-lain, tapi jawapan dia tetap sama.
CARILAH DIA.
Sumber: FB Fahmie Abu Bakar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.